Klik dan lihat

Monday, August 31, 2009

ISU Kenaikan Harga Minyak Sejarah berulang kembali dalam Kerajaan UMNO

Tiada Perubahan Harga Petrol Utama Negara - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.

RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri.

"Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaannya adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

"Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung daripada produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi," katanya semasa berucap melancarkan RON95 di seluruh negara di sini Isnin.

Ismail Sabri berkata produk RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

Beliau turut menjelaskan harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lepas kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

-- BERNAMA

.................................................................................................................................................................................................................

CAKAP TAK SERUPA BIKIN...RASANYA BOLEH KOT AKU GELAR MUNAFIK..

APA PUNYA MUNAFIK LAAAA......DULU KATA PAK LAH...KESIAN PAK LAH...LAA NAK KATA SIAPA PULAK....UNTUK DIJADIKAN ALASAN KEKALAHAN UMNO

PESANAN UNTUK SEMUA MANUSIA.

Satu pencarian yang kita perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhan kita mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan... Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Jika buka minda kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Kita analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan kita menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya'. Dengan keyakinan sedemikian dalam diri kita akhirnya kita sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Sesetengah orang masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hati masing-masing aku percaya.


Mari kita mengkaji dan membuat perbandingan sebagai panduan dan ilmu.Lepas tu aku bertanya pada diriku "Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."


Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.... Aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments', Taurat, jiwa Yahudi...apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)'.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka...yang ada syurga je...kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci...macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu lain pula...

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli'. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil... tak logik... aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia'.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan.... Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam....

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok.Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.

Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku...yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab... memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"...

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah "Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu... tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku... Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.


Aku kini menyedari setiap manusia wajib mengikuti Islam.......kemudian aku mengucap syahadah berulang-ulang kali...aku bersyukur dilahirkan di dalam islam dengan kebenaran. Aku begitu sedih sekiranya orang islam sendiri tidak sayangkan islam,mengabaikan tanggungjawab sebagai orang islam.Sebab itu aku begitu benci jika ada orang atau pemimpin yang menghalalkan apa yang diharam dan mengharam apa yang dihalalkan oleh Allah.Harus diingat islam itu bukan hak kekal kita jika tidak dijaga dengan baik.



Bukan semua orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah akan kekal di dalam Islamnya sampai ke akhir hayat, bahkan ada di antaranya terkeluar dari agama Islam menjadi murtad sama ada dengan disedari atau pun tidak. Yang menjadi murtad itu kerana melakukan perkara-perkara yang membatalkan tauhid, iman dan syahadah mereka.

Allahu Akbar.......

WHEN BAD THINGS HAPPEN TO FUNNY ?????

The SPRM, The PDRM, and the LEGISLATORS are all trying to prove that they are the best at apprehending criminals. The President decides to give them a test. He releases a rabbit into a forest and each of them has to catch it.

The PDRM goes in.

They place animal informants throughout the forest. They question all plant and mineral witnesses. After three months of extensive investigations they conclude that rabbits do not exist.

The SPRM goes in.

After two weeks with no leads they burn the forest, killing everything in it, including the rabbit, and they make no apologies. The rabbit had it coming.

The LEGISLATORS goes in.

They come out two hours later with a badly beaten bear. The bear is yelling: "Okay! Okay! I'm a rabbit! I'm a rabbit!"

MUSA HITAM: ORANG UMNO TELAH LAPUK & TENAT


Tun Musa Hitam bosan dengan politik yang berlaku dalam negara.

Itulah ungkapan bekas Timbalan Presiden Umno itu dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Tun Musa pernah berkata Umno sudah tua. Tetapi malangnya, tiada usaha dalam Umno untuk "meremajakan" parti yang sudah tua ini.

Beberapa nasihat dan ungkapan Tun Musa pasti sukar diterima atau mungkin tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Umno. Malah ada di kalangan ahli-ahli Umno termasuk pemimpin generasi muda tidak mengenali Tun Musa.


Kata Tun Musa: "Saya ingin bercakap terus terang, saya bosan dengan apa yang terjadi di kalangan Umno sendiri yang mana saya sendiri pernah memegang pelbagai jawatan dan menjadi ahli berpuluh-puluh tahun dan masih menjadi ahlinya hingga kini."

"Kebosanan saya ini adalah bagaimana kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan kepada Umno dan Barisan Nasional berkecamuk begitu teruk hinggakan kita kalah banyak sama ada di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri."

1) Kecaman Tun Musa terhadap Umno kerana gagal mengawal negara.

"Keadaan politik negara sangat berkecamuk. Satu sebabnya ialah Umno tidak dapat mengawal Malaysia yang jauh bertukar dalam jangka masa pendek. Dan pemimpin-pemimpin Umno masih lagi berfikiran dengan cara dahulu. Iaitu andaian kita sentiasa menang dan berkuasa"

"Kita ada kuasa, kenapa kita tidak buat macam-macam. Inilah andaian dan pemikiran pemimpin Umno dari dahulu. Ini yang telah memusnahkan kita. Ada kuasa disalahgunakan kuasa atau membuat sesuatu tidak mengambil kira akibat serta pandangan masyarakat. Pada pendapat saya ia begitu teruk keadaannya."

2) Kecaman Tun Musa kepada mereka yang tidak mahu menerima kritikan.

"Tetapi kita masih alpa bahawa perkara yang sering kita hujahkan masih lagi berteraskan isu lama. Malah makin lama makin lapuk.

"Kita masih tidak sedar malah sesiapa yang menyatakan orang Umno telah lapuk akan dicap sebagai anti-Umno. Mereka terus tenggelam dalam dalam pemikiran bahawa kita akan memperjuangkan hak Melayu bermati-matian. Tetapi golongan baru dan terpelajar tidak berfikiran begitu. Logik mereka adalah lebih sofistikated dan pendedahan mereka kepada dunia luar lebih luas."

3) Kecaman Tun Musa terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Minta maaf saya sebutkan, selama 22 tahun di bawah kepimpinan Dr Mahathir perkara ini tidak disedari kerana beliau memimpin sebuah kerajaan yang kuat. Beliau dapat menjayakan pembangunan dari segi fizikal dan menjadikan kita berbangga dengan pelbagai pembangunan yang dilakukan."

4) Kecaman terhadap ketamakan ahli-ahli Umno.

"Malangnya yang masuk Umno itu pula kerana hendak dapat tempat. Ramai mereka beranggapan masuk Umno dapat bisnes, jawatan dan sebagainya. Ini sudah jadi budaya. Jika mereka sudah tanam modal untuk bertanding atau mendapat jawatan maka mereka ini akan mencari jalan untuk mengaut keuntungan atas jawatan yang dimenangi.

"Saya sedih dan bosan dengan perkara ini. Ada juga yang pada awalnya dilihat menonjol dan radikal namun bila masuk Umno sudah bertukar."

5) Rasuah, nepotisme dan kronisme dalam Umno.

"Akibat dari merasa kuasa itu kita punya telah mengakibatkan Umno dalam keadaan yang begitu tenat. Implikasi dari ayat kita berkuasa itu telah mengakibatkan kita membolehkan nepotisme, rasuah dan kronisme. Itu mentaliti yang menghantui kita sekarang. Perkara ini ada berlaku dahulu tetapi tidak seteruk sekarang."

"Tiap kali orang kritik, kita akan kutuk mereka. Kita langsung tidak mahu melihat sama ada kita salah atau tidak. Bila kita tengok dahulu orang Umno ini pakai kereta biasa sahaja tetapi bila dilantik menjadi ahli Parlimen ataupun Adun, rumah dan kereta pun bertukar. Bila ditanya mana dapat duit, mereka akan menjawab jangan tuduh tanpa bukti. Kemudian orang yang bertanya ini akan dicap anti Umno. Ini yang dinyatakan oleh golongan muda yang saya jumpa dan mereka ini ramai yang anti Umno."

Sunday, August 30, 2009

Peringatan supaya jangan mempermain-mainkan takbir

PEMBATALAN TAUHID

Bukan semua orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah akan kekal di dalam Islamnya sampai ke akhir hayat, bahkan ada di antaranya terkeluar dari agama Islam menjadi murtad sama ada dengan disedari atau pun tidak. Yang menjadi murtad itu kerana melakukan perkara-perkara yang membatalkan tauhid, iman dan syahadah mereka.

Yang membatalkan tauhid, iman dan syahadah ialah mana-mana iktikad atau mana-mana perkataan atau perbuatan yang menunjukkan adanya pengingkaran dan penentangan kepada ucapan syahadah atau penentangan terhadap mana-mana satu dari ajaran Islam. Pembatalan tauhid boleh berlaku apabila seorang Muslim ingkar atau menentang terhadap empat perkara berikut; keingkaran dan penentangan terhadap tauhid rububiyah, tauhid asma wa sifat, tauhid uluhiyah dan keingkaran dan penentangan terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW.

1 Keingkaran dan Penentangan Terhadap Tauhid Rububiyah

Mana-mana iktikad, kata-kata atau perbuatan yang mengingkari tauhid di atas boleh merosakkan tauhid seperti mengingkari kekuasaan Allah dengan mengatakan alam ini bukan dijadikan oleh Allah atau mengatakan Allah tidak mentadbir alam ini atau mendakwa rezeki bukan dari Allah dan lain-lain lagi. Atau mendakwa hak ketentuan Allah di atas menjadi miliknya seperti dakwaan Firaun yang mengatakan, 'Akulah Tuhan yang tertinggi atau seseorang itu mendakwa dia berkuasa mentadbir alam ini, dia member! rezeki, bukan Allah dan lain-lain.

2 Keingkaran dan Penentangan Terhadap Tauhid Asma Wa Sifat

Keingkaran dan penentangan ini seperti seseorang menafikan sifat atau'nama-nama Allah yang disebut oleh Allah dan Rasul-Nya, seperti menafi sifat ilmu, hayat dan lain-lain. Atau mengisbatkan sesuatu sifat yang tidak disebut oleh Allah dan rasul seperti mengatakan Allah ada anak, lemah, zalim tidak adil dan sebagainya.

3 Keingkaran dan Penentangan Terhadap Tauhid Uluhiyah

Kebanyakan murtad berlaku di kalangan orang ramai adalah melalui keingkaran terhadap tauhid ini, seperti beriktikad atau berkata atau melakukan sesuatu perbuatan yang menunjukkan:

• Allah tidak perlu ditakuti.
• Atau tidak perlu sujud, rukuk, tidak perlu taat kepada Allah .
•Atau melakukan sesuatu ibadat kepada selain Allah . seperti menyembah jin, malaikat, berdoa tidak kepada Allah dan lain-lain.
•Atau mendakwa dia mempunyai hak membuat peraturan atau undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah seperti mendakwa dia berhak menghalal sesuatu yang haram atau mengharam sesuatu yang halal, umpamanya dia menghalalkan riba, mengubah hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah merubah hukum pesaka atau menghalal berkahwin dengan saudara perempuan dan lain-lain.

4 Keingkaran dan Penentangan Terhadap Kerasulan Nabi Muhammad
Keingkaran terhadap kerasulan Nabi Muhammad termasuk mengingkari ajaran yang dibawanya sama ada melalui iktikad, perbuatan atau kata-kata seperti:

• baginda bukan nabi akhir zaman.
• baginda hanya diutus khusus untuk
orang-orang sahaja.
• ingkar sifat-sifat wajib baginda .
• mencaci baginda dan ajaranya.
•mengingkari al-Quran, al-Hadis dan ajaran ajaran baginda sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja.
•mengingkari satu hukum daripada hukum Islam dan lain-lain.

Sehubungan dengan pembatalan tauhid ini kitab Mustika Hadis menyebut dengan panjang lebar mengenai perkara-perkara yang membatalkan tauhid dengan membahagikan sebab-sebab pembatalan itu melalui tiga perkara, batal melalui iktikad, batal melalui perkataan dan batal dengan perbuatan.

5 Pembatalan Melalui Iktikad

Perkara yang membatalkan iman dan Islam melalui iktikad seperti iktikad alam ini qadim, tidak ada pencipta atau alam ini kekal, atau iktikad pencipta alam ini baru, menyerupai makhluk atau bersifat dengan sifat baru, mempunyai anak isteri, berbilang dan mati.

Juga menafi kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah mengiktikad kerasulan Nabi Muhammad hanya untuk orang-orang Arab sahaja, mengiktikad hukum Islam lapuk, tidak sesuai dengan zaman, atau mengingkari mana-mana rasul Allah , iktikad ada nabi lain sesudah Nabi Muhammad SAW.

Juga seperti iktikad tidak ada dosa pahala, syurga neraka, tidak ada bangkit hidup semula, tidak ada kiamat dan lain-lain. Atau iktikad agama kafir itu lebih baik daripada agama Islam, berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa akan datang.

6 Pembatalan Melalui Perkataan

laitu mana-mana perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek dan mempermainkan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-Nya, rasul-rasul Nya, kitab-kitab-Nya dan hukum-hukum Allah ^ serta hukum Rasul-Nya sepert berkata:

• hukum ini sudah lapuk.
•berzina sekarang tidak patut
diharamkan.
• dalam zaman serba maju ini kaum wanita tidak perlu dibungkus (menutup aurat).
• apalah haramnya berzina kalau suka sama suka.
• apa salahnya meminum arak bagi menyihatkan badan untuk beribadat.
• apa salahnya berjudi kalau masing-masing rela menerima untung rugi.
• si anu sudah menyalak sewaktu
mendengar azan.
• aku tidak mahu memotong kuku
sekalipun sunat.
• Atau kata-kata mengkafirkan seseorang Islam padahal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadi kafir dan lain-lain.

7 Pembatalan Dengan Perbuatan

laitu setiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar atau mengagung Allah seperti:

• sujud kepada makhluk.
• tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai kepada had sekurang-kurangnya rukuk sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah.
• melakukan upacafa ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
• melakukan mana-mana cara ibadat terhadap selain Allah.
•meletak ayat-ayat al-Quran, Hadis-Hadis Nabi , nama-nama Allah H, rasul-rasul-Nya, malaikat-malaikat-Nya dan ilmu-ilmu agama di tempat yang najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendahkannya, kalau tidak dengan tujuan itu hukumnya haram.
• mengguna kertas yang tertulis ayat-ayat al-Quran, al-Hadis dan mana-mana nama Allah atau ilmu agama bagi membungkus, mengesat dan menyapu sesuatu dengan tujuan menghina dan lain-lain."

Apa yang disebut di atas adalah sebahagian sahaja daripada perkara-perkara yang membatalkan tauhid. Pembaca boleh mengkaji kitab-kitab seperti az-Zawajir tulisan Ibn Hajar al-Haitami dan kitab-kitab fekah Islam berhubung dengan ar-Riddah dan lain-lain kitab lagi kalau mahu mengetahui dengan lebih meluas. Perkara pembatalan iman dan tauhid sangat penting diketahui oleh semua orang bagi menjaga diri dari tergelincir dari agama Islam atau menjadi murtad.

Dari huraian yang ringkas, jelaslah bahawa tauhid merupakan ajaran asasi dan yang paling penting dari ajaran Islam. Tauhid perlu dipelajari dengan sungguh-sungguh supaya setiap individu Muslim mengetahui semua selok-belok tauhid dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis tauhid, hubungannya dengan syahadah, tuntutan-tuntutannya, perkara-perkara yang membatalakannya. Semoga dengan itu kta akan menjadi seorang Muslim yang benar-benar memahami Islam dan menghayatinya.

Saturday, August 29, 2009

Ustaz Ahmad Awang sangkal Harussani

Oleh Ustaz Ahmad Awang

Mengapa Saya Perlu Menjelaskan

Pada mulanya saya tidak bercadang hendak menyiarkan petikan sebahagian besar artikel yang ditulis oleh Zulkafly Baharuddin, Editor Milenia Muslim (MM), yang tersiar dalam keluaran bulan Ogos majalah tersebut. Perkara ini saya sebutkan dalam posting saya terdahulu kerana segala penjelasan saya mengenai krisis politik Perak yang dibangkitkan dalam temubual Tan Sri Harussani Zakaria (TSHZ), Mufti Perak dalam temubualnya dengan saudara Zulkafly akan disiarkan sepenuhnya dalam majalah MM.


Akan tetapi setelah mendapati beberapa kesalahan fakta dan beberapa bahagian jawapan/penjelasan saya terhadap pandangan mufti perak tidak disiarkan, maka saya memetik beberapa bahagian penting untuk disiarkan dalam blog ini dengan memberikan jawapan-jawapan sepenuhnya seperti yang dibuat dalam temubual saya dengan editor berkenaan pada 09 Jun 2009 di Pejabat Jamiyah Dakwah Islamiah Selangor, Jalan Rahmat, Kuala Lumpur, di samping membuat pembetulan atas kesalahan-kesalahan fakta yang disiarkan.

Sebenarnya pihak MM telah berjanji dengan saya supaya draf tulisan editor MM itu diserah kepada saya untuk disemak bagi mendapat kelulusan saya sebelum dicetak dan setiap penjelasan saya terhadap kenyataan TSHZ hendaklah dimuatkan sepenuhnya dalam artikel berkenaan. Selain itu, gambar kulit majalah MM itu mestilah diletakkan sepenuhnya gambar saya sahaja. Tetapi ternyata pihak MM telah mungkir janji. Saya hanya diberikan draf tulisan editornya setelah majalah tersebut dihantar ke percetakan. Beberapa penjelasan penting tidak dimuatkan dalam artikel tersebut. Gambar kulit pula disiarkan gambar saya bersama Tan Sri Mufti. Setelah berkali-kali saya menghubungi saudara Zulkafly, (editor berkenaan) beliau mengatakan artikel itu tidak boleh dibuat apa-apa pindaan lagi dan bila saya bertegas untuk berjumpa dan berbincang dengan beliau, jawapannya, perbincangan hanya boleh dibuat setelah majalah berkenaan diterbitkan. Terakhir beliau menghantar SMS kepada saya seperti berikut, “Salam. Saudara Zainuddin Ayib cadang selepas MM terbit minggu depan – ZulB”. Pesanan ringkas ini dihantar pada 20 Julai 2009 jam 2.55 petang. (Saya difahamkan saudara Zainuddin Ayib adalah orang yang bertanggungjawab atas penerbitan majalah berkenaan). Namun hingga ke hari ini, saya tidak mendapat sebarang maklumat mengenai pertemuan dan perbincangan yang dijanjikan. Kali terakhir saya menghantar pesanan SMS kepada saudara Zulkafly pada 1 Ogos 2009, jam 5.31 petang.

Berdasarkan kepada tindak tanduk saudara Zulkafly itu, saya dapat membuat kesimpulan bahawa pihak Majalah MM tidak beramanah dan mungkir janji. Bahkan seperti cuba secara sengaja menyembunyikan beberapa fakta yang penting seperti yang saya jelaskan. Dalam hal ini saya ada rakaman video temubual saya dengan editor MM itu untuk rujukan.

Berikut petikan dari jawapan dan penjelasan saya. Dengan memetik semula beberapa soalan yang dibangkitkan dalam artikel “Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa”.


MM menulis mengenai pandangan TSHZ

UMNO hanya memperoleh 28 kerusi, PAS 6, DAP 18 dan PKR 7 kerusi. Kata Datuk Seri Harussani, Ketua Perhubungan UMNO negeri, Dato’ Seri Diraja Tajol Rosli Mohd Ghazali, memintanya menyampaikan keputusan itu kepada Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerana ingin melihat cadangan itu yang akan membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan negeri yang kesemuanya Melayu dan beragama Islam buat pertama kalinya sejak Merdeka, malam itu juga dalam hujan lebat, Dato Seri Harussani membawa amanat itu ke Kota Bharu…

Dato' Seri Harussani berkata, Nik Aziz bersetuju dengan cadangan itu tetapi memberitahu bahawa kuasa pemutus tiada di tangannya. Ia di tangan Presiden parti, katanya.

Dato Seri Abdul Hadi Awang menelefon Dato' Seri Harussani pada jam 10 pagi 9 Mac memberitahu persetujuannya kepada cadangan UMNO Perak itu. Namun, kata Hadi pemutus buka di tangannya tetapi terletak di tangan Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu dan beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir. Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini.


MM menulis mengenai pandangan Ahmad Awang


… Ustaz Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu, menyangkal dakwaan Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang mempersalahkannya dengan keengganan menerima tawaran UMNO Perak untuk membentuk kera¬jaan sehingga membawa kepada krisis keabsahan kerajaan negeri di Mahkamah Persekutuan. Beliau tampil dengan sang¬gahan balas bagi menjernih kekerohan salah tafsir mengenai peranannya di seba¬lik tabir krisis tersebut dan pendirian PAS Perak sejak awal 8 Mac 2008.

“Ia seolah semuanya berpunca dari saya. Membaca kenyataan beliau menunjukkan bahawa sahabat saya ini, Tan Sri Mufti adalah seorang yang mencampuri politik kepartian. Tiada lagi atas sifat non-partisan. Terang-terangan menyebelahi UMNO. Sebagai seorang mufti yang diberi perkenan oleh sultan sepat¬utnya tidak boleh terlibat dengan politik. Malah secara peribadi beliau selalu mengingatkan masyarakat Islam di Perak agar meninggalkan baju politik dan sangkut di luar pagar masjid.
“Maka analoginya juga pada hari ini, tidak sepatutnya mufti mencampuri urusan hal politik sungguhpun bekas Menteri Besar (MB) meminta beliau berjumpa Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jika beliau berhujah atas kepentingan Melayu Islam, itu masih dalam konteks politik. Sepatutnya jika beliau mahu campur tan¬gan, dia hanya perlu aturkan perjumpaan antara pimpinan UMNO yang diketuai Dato’ Seri Diraja Mohammad Tajul Rosli dengan kami pimpinan PAS. Setakat itu boleh dilihat yang beliau bersifat adil.

“Justeru itu, saya mahu menjawab “Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa” kerana saya tidak mahu fitnah ke atas diri saya sehingga sampai satu tahap di dalam kursus Biro Tatanegara (BTN) saya dituduh sebagai pengkhianat bangsa dan agama kerana menolak tawaran untuk berpakat sesama Melayu Islam untuk membentuk kerajaan negeri.


MM: Boleh ustaz jelaskan siapakah sebenarnya punca Krisis Politik Perak hari ini kalau bukan ianya berpunca daripada ustaz seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Harussani?

AA: Sebenarnya punca krisis politik Perak ini segala-galanya bermula dari UMNO Perak yang tidak bersedia menerima kekalahan mereka dalam PRU ke-12 pada Mac 2008. Sejak dari keputusan diumumkan oleh SPR yang menunjukkan UMNO/BN Perak hanya memenangi 28 kerusi dari 59 kerusi DUN Perak, mereka terus merancang untuk menggagalkan penubuhan kerajaan Perak dari pakatan parti-parti pembangkang PAS/PKR/DAP. Pada malam keputusan tersebut diumumkan UMNO telah menghubungi beberapa ADUN PAS untuk melompat parti dengan tawaran RM berjuta. Orang yang pertama mendapat tawaran itu ialah Ir. Hj.Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang (kini Dato' Seri). Setelah saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan persetujuan PAS untuk bersama DAP dan PKR membentuk kerajaan di Perak, tidak berhenti-henti saya dihubungi oleh beberapa orang yang mewakili UMNO, diantaranya beberapa orang pegawai kerajaan. Bahkan saya ditemui oleh beberapa orang pemimpin PEKIDA yang saya percaya mereka mewakili UMNO. Saya mendapat maklumat pihak UMNO cuba mempengaruhi istana untuk membentuk kerajaan minoriti dengan 28 ADUN kerana parti-parti lain memperolehi bilangan kerusi yang lebih kecil dari UMNO/BN. Akan tetapi kami berjaya memintas dengan membuat keputusan menubuhkan gabungan 3 parti yang kemudian dikenali dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. UMNO terus mencuba memujuk kami memujuk PAS dengan menghantar Dato' Zahid Hamidi untuk berbincang dengan saya, tetapi saya enggan berjumpa beliau. Beliau dan beberapa orang rakannya termasuk Dato' Amin Salleh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan gagal berjumpa saya kerana rumah kediaman saya di Simpang Empat Semanggol dikawal ketat oleh Unit Amal dengan dibantu oleh beberapa orang polis. Kejadian itu berlaku pada malam 16 Mac 2008, sehari sebelum majlis upacara mengangkat sumpah Hj. Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.

Semenjak keabsahan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, UMNO Perak di bawah pimpinan Tajol Rosli menetapkan beberapa tarikh tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila tarikh 31 Ogos 2009 yang diletakkan sebagai sasaran terakhir gagal dicapai oleh UMNO maka Tajol Rosli meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak. Lalu Dato' Seri Najib mengambil alih jawatan tersebut dan bermulalah episod rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan cara yang begitu gelojoh dan tidak demokratik seperti yang pernah disebut sendiri oleh Tun Dr Mahathir. Bermula dari situ berlakulah suasana huru hara krisis politik Perak. Saya percaya semua perkara ini dapat disaksikan oleh Tan Sri Dato' Mufti Perak (penjelasan ini tidak disiar oleh MM).


MM: Apa penjelasan ustaz mengenai kenyataan TSHZ tentang ramainya orang melayu mengkritik sultan dalam kemelut politik di Perak dan ada antara mereka yang enggan mendoakan sultan dalam khutbah Jumaat?

AA: Dari kenyataan beliau itu, saya melihat ianya seolah-olah ditujukan kepada orang melayu dalam Pakatan Rakyat samada dari kalangan ahli-ahli PAS atau PKR. Kepada saya ia hanya merupakan tuduhan secara rambang kerana jika benar ada di antara mereka yang tidak mendoakan sultan dalam khutbah, perkara itu boleh diambil tindakan oleh pihak berkenaan. Tapi ia tidak pernah dibuktikan dan apa yang saya ketahui sepanjang saya menerajui pimpinan PAS di Perak selama 8 tahun, belum ada seorang pun khatib atau imam dari kalangan ahli/penyokong PAS yang pernah diambil tindakan kerana tidak mendoakan sultan dalam khutbah Jumaat.

Mengenai dakwaan TSHZ bahawa beliau tidak pernah masuk BN atau menyokong BN, tidak perlulah beliau berdalih bahawa beliau “terperangkap” dengan soalan wartawan di hadapan Menteri Penerangan kerana rakyat mengetahui bahawa beliau sendiri bersusah payah pada waktu malam hari bertolak ke Kota Bharu menemui Tok Guru Nik Aziz kerana memenuhi permintaan Dato' Seri Diraja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak masa itu untuk mengajak PAS menyertai BN. Seperti saya katakan, itu sudah terang-terang berpolitik bersama dengan UMNO/BN. Lagipun kalau bercakap supaya menyeru rakyat menyatakan kesetiaan kepada sultan, maka sepatutnya ketika pihak UMNO/BN berusaha hendak menumbangkan kerajaan PR yang diperkenankan penubuhannya oleh Duli Tuanku Sultan, sepatutnya TSHZ bersuara mengingatkan orang UMNO supaya tidak menderhaka kepada sultan. Apatah lagi kesemua ADUN Pakatan Rakyat seramai 31 orang telah berikrar secara bertulis, masing-masing bersetuju dengan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat dan perlantikan Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10. Ikrar bersurat itu dibuat atas titah Seri Paduka Tuanku Sultan. Sepatutnya TSHZ menasihati ketiga-tiga ADUN Pakatan yang keluar parti masing-masing, lalu menyatakan sokongan kepada UMNO/BN itu supaya tidak berbuat demikian kerana mereka boleh dianggap menderhaka kepada Tuanku Sultan sebab memungkiri ikrar masing-masing terhadap sultan. (penjelasan ini tidak disiar oleh MM).


MM: TSHZ berkata “Ini bukan kerja saya. Saya tiada kena mengena dengan politik. Kalau saya ketuk pintu istana, walaupun sultan bagi saya masuk, nanti sultan tanya apa hal? Awak masuk parti mana? Saya nak kata apa?”, demikian kata beliau ketika pihak PAS datang ke rumah beliau pada jam 11 malam meminta jasa baik beliau memohon Paduka Sultan supaya membubarkan kerajaan dan membuat Pilihanraya Negeri.

AA: Saya suka menegaskan bahawa apa yang TSHZ kata itu adalah tidak benar sama sekali kerana apa yang kami sampaikan kepada beliau pada malam itu (3 Febuari 2009) ialah permintaan isteri Dato' Nasarudin Hashim ADUN Bota yang diambil dari rumahnya oleh sekumpulan tertentu dan membawanya ke Putrajaya. Isteri beliau meminta kami berikhtiar membolehkan dia mengadap Raja Muda bagi menceritakan apa yang sebenar terjadi terhadap suaminya yang konon telah berpaling tadah semula kepada UMNO dan menyokong penubuhan kerajaan BN di Perak. Isteri beliau memberitahu pihak kami kumpulan yang datang dengan sebuah kereta mengatakan bahawa Tuanku Raja Muda meminta Dato' Nasarudin mengadap baginda, tiba-tiba suaminya berada di Putrajaya. Hasrat itulah yang kami sampaikan kepada TSHZ. Tidak timbul langsung meminta beliau berjumpa sultan mohon bubar DUN. Saya mengetuai rombongan bertemu beliau malam itu. Yang lain-lain ialah Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malik (PAS), Cikgu Ismail Yusof dan Ustaz Zulkefli Ibrahim (PKR).

Saya masih ingat TSHZ berkata, “ Saya tak ada ruang sama sekali untuk menyampaikan hasrat tersebut kepada Tuanku Raja Muda, kerana seolah-olah jalan tertutup bagi saya disebabkan kini ada “orang lain” yang telah mengambil tempat saya duduk di sebelah tempat duduk Raja Muda. Dahulu sayalah orang yang boleh duduk di sebelah tempat duduk Raja Muda di dalam kereta baginda. TSHZ kata “orang” tersebut sangat tidak mesra dengan saya sehingga semasa sambutan Jubli Perak Duli Tuanku Sultan baru-baru ini pun, “orang” itu tidak bersalam dengan saya.” Nama “orang” berkenaan, beliau sebutkan kepada kami. Saya hanya boleh “quote” kan sebagai DSAZ sahaja. (Dalam pertemuan malam itu, kami tidak sebut langsung tentang hendak mengadap Tuanku Sultan)

Bersabit dengan kenyataan TSHZ bahawa Tuanku Sultan akan menanyakan, “… apa hal? Awak masuk parti mana?” Tidakkah TSHZ terfikir yang beliau sebok-sebok bersama UMNO ketika keputusan PRU 8 Mac 2008 dahulu yang Tuanku Sultan boleh bertanya seperti itu? Jelaslah beliau berfikiran tidak konsisten kerana pendirian politik beliau yang bias. (penjelasan ini tidak disiar oleh MM)


MM: Apa pandangan ustaz mengenai kenyataan TSHZ bahawa beliau dilantik sebagai EXCO tapi hanya berperanan sebagai penasihat sahaja kepada kerajaan, bahkan jika boleh mengundi pun, keputusan pasti memihak kepada orang bukan melayu kerana menurut beliau ada 8 EXCO Cina dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

AA: Kenyataan beliau itu boleh mengelirukan. Oleh itu prlu saya membetulkan faktanya iaitu TSHZ adalah dilantik sebagai mufti bukan sebagai seorang EXCO dalam kerajaan sejak kerajaan UMNO/BN lagi. Cuma jawatan mufti itu diberi taraf sebagai EXCO iaitu Mufti Perak, siapa pun yang menjawat jawatan itu mendapat kemudahan-kemudahan seperti yang diperolehi oleh EXCO misalnya kenderaan, elaun rumah dan sebagainya. Bahkan Mufti tidak merupakan seorang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang. Mengenai undi yang beliau mengatakan ianya akan memihak kepada orang bukan melayu kerana adanya 8 orang Cina dalam EXCO kerajaan Pakatan Rakyat, itu tidak benar kerana jumlah EXCO dari kaum Cina hanya ada 6 orang, bukan 8 seperti yang didakwa beliau. Tambahan pula sebarang keputusan penting yang dibuat dalam mesyuarat MMK terlebih dahulu ianya dibincang dan diputuskan bersama dalam Mesyuarat Majlis Penyelarasan antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, yang keputusannya dibuat tidak secara undi tetapi secara syura atau konsensus. (penjelasan ini tidak disiar oleh MM)


Seterusnya, ikutilah temubual saya seperti yang disiarkan dalam MM keluaran Ogos 2009 yang diolah tulisannya oleh Editor MM, Saudara Zulkafly Baharuddin dalam susunan yang tidak begitu kemas.

…“Hakikatnya, cerita yang sebenar ialah beliau (TSHZ) tidak pernah bertemu dengan saya ketika isu pembentukan kerajaan baru negeri Perak. Dia hanya menelefon saya ketika dia berada di Kelantan selepas men¬emui Dato’ Nik Aziz. Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang juga tidak pernah menghubungi beliau kerana Dato’ Abdul Hadi sendiri tidak mempunyai nombor telefon dia, sebaliknya Tan Sri sendiri yang menghubungi Dato’ Abdul Hadi, ” kata Ustaz Ahmad kepada Milenia Mus¬lim baru-baru ini dalam usahanya untuk menjelaskan keadaan sebenar.

MM: Tetapi mengapa ustaz menolak usaha tersebut?

AA: Bukankah selama ini, Tan Sri ke hulu ke hilir khasnya ke se¬bahagian besar masjid di seluruh negeri Perak menceritakan angkara 50 tahun kita merdeka, kerajaan yang sedia ada ini berkuasa maka ramai orang Melayu Islam yang murtad. Tan Sri sendiri kata mempunyai hubungan yang paling rapat dengan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga boleh telefon secara peribadi, mufti-mufti sendiri boleh berdialog dengan PM, buat memorandum kepada Majlis Raja-Raja mengenai isu murtad ini na¬mun akhirnya Tan Sri sendiri mengakui, semuanya tidak boleh diharap.

Sebab itu, Dewan Ulama PAS pernah datang ke pejabat mufti untuk menyatakan sokongan. Adakah Tan Sri hari ini hendak kami berpakat dengan mereka walau mereka semua Melayu? Ini hujah Tan Sri sendiri. Jadi atas alasan itu saya menolak usaha tersebut.

Walau Tan Sri mempersoal Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngo Kor Ming ini adalah orang kafir yang anti Islam. Saya jawab ia di dalam pengetahuan saya. Saya kenal mereka berdua bukan baru, sudah 10 tahun. Saya tahu dia beragama Kristian walaupun namanya adalah Cina.

Tetapi hari ini, DAP inilah yang men¬gajak kami walau dahulu kelihatan dia yang memusuhi PAS dan Islam. Kami beri syarat jika mahu bekerjasama maka jawa¬tan MB hendaklah di kalangan Melayu Islam sebagaimana tuntutan perlembagaan negeri dan mereka terima.
Sebenarnya selama ini pemimpin Melayu sendiri sebelum ini yang menzalimi Islam. Saya pernah bekerja sebagai pegawai kera¬jaan dalam bidang dakwah, saya tahulah. Walau mereka DAP orang kafir, kita cuba dan kami boleh bekerjasama atas dasar parti dan kerajaan campuran.
Jika kemudian hari mereka menyeleweng dari persefahaman ini, bila-bila kita boleh tinggalkan bukan ada perjanjian pun.

Saya tidak boleh menerima dia kata Dato’ Abdul Hadi beri lampu hijau dan Dato’ Nik Aziz setuju dengan UMNO. Kerana sebelum pilihanraya bermati-matian UMNO dan BN yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan menan¬tu PM, Khairi Jamaluddin bergilir hari turun ke Kelantan untuk hancurkan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Dato’ Nik Aziz.?

Logikkah esok hari, Dato’ Nik Aziz boleh berubah pendirian bersetuju ber¬pakat dengan UMNO? Sedangkan saya mengetahui pendirian Dato’ Nik Aziz sangat sensitif terhadap UMNO sehingga terbaru dalam isu kerajaan perpaduan seolah nampak percanggah antara musyi-dul am dan presiden sebagaimana yang dilaporkan oleh media. Orang yang seperti ini, hendak kata dia boleh merelakan memberikan lampu hijau.

Padahal pada malam 8 Mac 2008, Datuk Husam Musa telefon dari Kota Bharu menyokong usul kami untuk berpegang pada ‘tahaluf siyasiy’ iaitu berfungsi dengan PR, hak demokrasi dan keadilan adalah hak kita untuk berpegang bersama.

Hari esoknya Dato’ Nik Aziz hubungi bersetuju hatta kalau PAS tidak menjadi MB, kita akan teruskan bersama PR. Sampai kepada satu tahap DAP negeri juga sanggup keluar dari DAP pusat jika diminta untuk berbuat demikian. Malah dua hari kemudian, presiden parti meng-hubungi saya, “Ustaz perlu pastikan ia diteruskan, jangan pedulikan orang lain”.

Benar saya tidak bersetuju dengan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri tetapi bukan sebab peribadi saya tetapi sebab dasar parti kerana kami telah membuat keputusan di peringkat negeri. Sudah ada ‘tahalluf siyasiy’ yang diluluskan dari Majlis Syura.

Presiden dan musyidul am turut mengesahkan tindakan kami ini. Malah kami juga diperingatkan tentang kisah Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah s.a.w dengan kaum musyirikin Mekah, walau ada terma-terma perjanjian berat memihak kepada golongan musyirikin tetapi Rasulullah s.a.w menerimanya un¬tuk strategi dakwah dengan lebih luas lagi dalam suasana damai.
Jadi saya ambil pengajaran ibarat jika bentuk kerajaan bersama PR. Biar dapat jadi exco asalkan boleh dekat dengan DAP un¬tuk berdakwah dan kerja-kerja Islam.

MM: Tidakkah ustaz melihat cadan¬gan UMNO untuk beri jawatan MB dan Exco kepada PAS untuk tubuh kerajaan adalah satu kelebihan ke¬pada PAS?

AA: Zahirnya begitu. Tetapi kita ada pengalaman bergabung dengan UMNO pada 1971 selepas kejadian 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak menjadi PM dan mengajak PAS duduk bersama untuk menjaga kepentingan Melayu Islam. Jadi PAS masuk semata-mata hendak bekerja untuk Melayu Islam. Tetapi apa yang terjadi kemudian?

Apabila UMNO telah mendapat kekua¬tan semula, maka PAS ditendang keluar. Makanya pengalaman pahit ini PAS tid¬ak boleh lupa sehingga PAS kalah teruk dalam PRU 1978 dengan hanya tinggal dua kerusi parlimen.

Kali ini PAS ditawar jadi MB, Speaker, lima jawatan exco dan empat jawatan exco lagi dikosongkan. Dato’ Seri Tajol Rosli tidak akan duduk dalam kerajaan. Tetapi kita boleh percayakah empat exco ini akan terus kosong?

Esok bila dia sudah kuat, dia boleh tarik orang yang duduk dalam pembangkang untuk undi tidak percaya kepada kerajaan pimpinan PAS. Sebab kita sudah melihat apa yang dia buat sehingga berjaya tum¬bangkan kerajaan Terengganu tahun 1961 namun gagal mengulanginya di Kelantan pada tahun 1968.

Kesimpulannya, kita sudah baca se¬muanya sebab kita tahu jika betul dia minat kerja Islam dan hendak Pas mem¬impin kerajaan negeri mengapa tidak mereka menyertai PAS.

Bila saya dihubungi oleh Adun Se¬lama (UMNO), Datuk Daud Yusof, saya menjawab, Dato' bawalah masuk enam orang Adun UMNO ke dalam PAS yang telah ada enam kerusi Melayu (Islam) dan PKR ada tiga kerusi Melayu. Adun UMNO yang lain boleh jadi pembangkang UMNO tetapi kalau dapat 10 masuk PAS lagi baik, Melayu boleh jadi majoriti dengan 16 kerusi mahunya dapat lima kerusi exco. Tetapi beliau kata tidak boleh kerana Dato' Tajul Rosli tidak bersetuju. Saya menambah, kalau niat betul hendak beri PAS memimpin ini bukan masalah tetapi nampaklah ta¬waran tersebut sebenarnya untuk menjaga kepentingan UMNO sahaja.

Sekarang saya cabar, UMNO sudah memerintah dengan 27 Melayu majoriti, dua ADUN Bebas juga Melayu dan hanya dua bukan Melayu, Tan Sri Mufti sepatut¬nya pergi jumpa MB sekarang (Dato' seri Zambry Kader) dan nasihatilah dia supaya menegakkan Islam kerana jumlah ADUN melayu 93.5%. Bukan bangkitkan isu seperti ini. Punca huru hara, dari awal hingga akhir ialah UMNO langsung tidak boleh menerima kekalahan dalam PRU 12.

MM: Kalau tahun 1971 dahulu, pem¬impin UMN0 yang mengajak PAS bergabung dalam BN adalah generasi yang lepas tetapi tidakkah ustaz terfi¬kir generasi pemimpin UMNO pada hari ini mungkin lebih baik?

AA: UMNO hari ini, bandingkan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak dengan zaman Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi apatahlagi zaman Datuk Seri Najib terlalu jauh. Ini diakui sendiri oleh UMNO termasuk veteran parti itu.

Tunku Abdul Rahman menjadi PM walaupun kehidupannya sedikit sosial ke¬baratan tetapi dialah yang menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Tiada sesiapa yang berani ban¬tah sehingga berjaya Islamkan pemimpin MCA, Tun Omar Yoke-Lin Ong. Sekarang cuba kita lihat, pemimpin dalam MCA berani pertikaikan Islam.

Saya masih ingat, cadangan saya di Pusat Islam kepada Tun Razak untuk membawa 10 orang pendakwah dari Libya dan melakukan kerja dakwah. Beliau menyokong dengan berkata “Buatlah apa yang baik, yang tuan-tuan fikir elok un¬tuk kerja-kerja Islam”.

Tetapi bermula dengan Tun Hussein menjadi PM, bila saya menyediakan ucapan perasmian untuk “Musabaqah Quran Tentera”, dia tanya kepada Setiausaha Akhbarnya Datuk Wahab Majid siapa yang buat ucapan ini?

Dia maklumkan kepada saya PM tidak mahu dan menyuruh membuang beberapa isi ucapan yang menyentuh mengenai budaya arak di kalangan tentera walau saya buat secara ilmiah. Sedangkan sebelum itu, saya membuat ucapan Tun Abdul Razak tiada masalah malah ramai memuji ucapan tersebut.

Zaman Tun Mahathir menjadi Menteri Pelajaran, beliau menghentam kepimpinan pelajar di Londan dan UK yang menyalahgunakan kemudahan Malaysian Hall untuk menjadi pusat dakwah yang didakwanya sebagai dakwah songsang.

Saya mempertahankan dengan menjawab bahawa sebelum mereka ini memegang kepimpinan persatuan pelajar, tiap-tiap minggu ada dibuat majlis tari menari dan minum arak di sana. Mengapa kita tidak protes? Jadi mana yang lebih baik antara keduanya?

MM: Apakah pencapaian Pakatan Rakyat dari segi Islam?

AA: Dalam masa 10 bulan sebelum kerajaan PR tumbang, pencapaian kita dari segi Islam antara lain ialah kita berjaya mengambil alih dua sekolah agama kerajaan negeri yang hampir-hampir diserahkan oleh kerajaan BN dahulunya kepada kerajaan pusat.

Apabila Kerajaan Persekutuan menarik balik ban¬tuan per kapita Sekolah Agama Rakyat (SAR), kita menganugerahkan tanah 1,000 hektar untuk dimajukan bagi pembiayaan 18 buah SAR melalui konsortium. Sama seperti sekolah Cina swasta juga 1,000 hektar, walau ada 8 buah sekolah tetapi bilangan pelajarnya lebih ramai daripada 18 buah SAR. Dahulu mereka dapat bantuan RM30,000 tahunan sedangkan SAR tiada bantuan kerajaan langsung.

MM: Mufti kata beliau tidak dapat memberi nasihat kepada kerajaan Pakatan Rakyat walaupun dia dilantik sebagai seorang exco.

AA: Sejak 10 bulan kita berkuasa, mesyuarat tidak pernah diputuskan dengan undi guna angkat tangan. Kita berbincang secara secara syura dan konsensus. Apa jua perkara penting, mesti dibincangkan dahulu di peringkat pelarasan tiga parti iaitu Majlis Pakatan Rakyat yang diwakili oleh tiga pimpinan kanan dengan dipengerusikan oleh MB.

Contohnya tuntutan DAP mahu perlantikan Timbalan MB untuk orang Cina dan orang India serta perlantikan Kulasegaran sebagai Datuk Bandar Ipoh mewakili orang politik bukan di kalangan pegawai kerajaan seperti kebiasaan namun apabila dibawa ke majlis ini ia digugurkan dengan persetujuan secara syura.

MM: Bagaimana dengan Geran Hal Milik Kekal Tanah 999 Tahun?

AA: Geran kekal 999 tahun untuk kampung tersusun dan kampung baru. Ini adalah termasuk satu daripada 10 tawaran manifesto pilihanraya PAS/PKR yang lalu. 70,000 lot tanah kampung baru Cina dengan keluasan tanahnya hanya meli¬batkan 3,000 ekar dan lot ini tidak boleh bertambah sejak zaman darurat lagi.

Manakala bagi kampung tersusun yang 80% majoritinya adalah Melayu diluluskan sebanyak 1,002 lot tanah (sebenarnya 102,000) yang melibatkan keluasan 7,000 ekar dan kampung ini boleh dita¬mbah. Tetapi UMNO tidak pernah sebut langsung mengenai kampung tersusun itu dan yang diwar-warkan ke sana ke mari adalah kampung baru cina sahaja.

Tentulah tidak adil kepada orang yang tinggal di kampung baru lebih 60 tahun sehingga ke anak cucu walaupun dia orang Cina, mereka bukan baru datang dari negara China dan tanah itu bukan tanah milik orang Melayu.

Padahal dalam 50 tahun UMNO/BN memerin¬tahlah paling banyak tanah rizab Melayu diambil untuk projek pembangunan dan tidak diganti. Seperti misalnya Syarikat Gula Per¬ak Berhad di kawasan Beruas dan Perak Manjung Simen Berhad yang kini sudah diambil alih YTL, ini syarikat Cina yang dibuat atas tanah rizab Melayu. Begitu juga Pemuda UMNO tidak pula bantah bagi tanah ber¬puluh ribu hektar yang diluluskan untuk Universiti Tunku Abdul Rahman di Kampar.

MM: Boleh Ustaz jelaskan mengenai hubungan baik dengan para pem¬impin bukan Islam?

AA: Kami dengan orang bu¬kan Islam bukan memberi ‘wala’ iaitu kasih sayang hidup dan mati selagi tiada pengkhianatan tetapi berdasarkan ‘tahaluf’ iaitu berjanji untuk sesuatu tujuan yang baik. Nabi pun bertahaluf tetapi tidak berwala dengan orang Musyirikin dan orang yang menun¬jukkan jalan hijrah baginda ke Madinah. Itu sebab dalam PAS, diputuskan oleh Majlis Syura Ulama membenarkan kita bertahaluf.


MM: Tapi mufti kata muslimat PAS berkasih sayang dengan Elizabeth Wong, exco kerajaan Selangor yang dituduh terlibat dalam perbuatan tidak bermoral.

AA: Dalam kes Elizabeth Wong, tidak salah kita menunjukkan simpati kita terhadap orang yang teraniaya. Malah kematian orang kafir Yahudi, rasulullah s.a.w. menganjurkan kita tunduk sebagai menghormati bani Adam tetapi tidaklah sampai mendoakan mereka masuk syurga. Lagipun dalam konteks politik ini ada sen¬inya sendiri iaitu memenangi hati orang.

Walaupun Tan Sri Mufti mengatakan sudah terang orang itu berbuat maksiat tetapi maksiat ini pun mesti di bawa kes ke mahkamah dahulu, bukan hanya berdasarkan andaian surat khabar, internet dan blog. Bagi orang bukan Islam, kalau bersekedudu¬kan mungkin dalam budaya mereka sekadar tidak baik tetapi tidak boleh di¬takrif sebagai maksiat kerana dalam enekmen pentadbiran agama Islam, orang kafir tidak tertakluk pun dengan undang-undang Islam, halal dan haram itu hanya ditaklif kepada orang muslim sahaja. Mufti pun tidak pernah bantah enekmen seperti itu.

Bagaimana pula jika Tan Sri Mufti ti¬dur, kain terselak dan orang ambil gambar, bolehkah dituduh Tan Sri Mufti berbuat maksiat? Itu sudah salah prinsip.

Apabila kita bercakap seperti itu kepada orang bukan Islam maka kita telah me¬letakkan persepsi zalimnya Islam kepada orang yang bukan Islam. Banyak benda yang Tan Sri Mufti kata sebelum ini yang saya boleh sokong sep¬erti pengharaman ke atas Bollywood dan konsert ‘Sure Heboh’. Tetapi dalam masa kerajaan UMNO/BN memerintah di Perak, mereka tidak pernah laksanakan fatwa mufti Perak itu. Malah apabila ada pemuda PAS menyebarkan risalah membantah konsert itu, mereka pula yang ditahan oleh polis dan mufti tidak berbuat apa-apa pun. Namun bila kerajaan pakatan rakyat memerintah, “Sure Heboh” itu tidak dilaksanakan walaupun mereka telah menetapkan tarikh dan tempatnya kerana mereka menghormati kerajaan Pakatan Rakyat.

Kami (PAS) bersama dengan Mufti Perak. Bila beliau dicabar untuk me¬letakkan jawatan dalam Perhimpunan Agung Parti Gerakan Wilayah Persekutuan. Saya atas nama Ketua Penerangan PAS ketika itu, dalam kenyataan akhbar dua muka surat memberikan sokongan supaya hal ehwal orang Islam tidak dicampur tangan oleh orang bukan Islam. Cuma kita minta Mufti jangan terlibat dengan politik.

MM: Bagaimana Ustaz melihat per¬anan Biro Agama UMNO?

AA: Pernah anda dengar Biro Agama Umno mencadangkan apa-apa sekarang? Nama Biro Agama UMNO pun sekarang sudah tidak pernah didengar. Belum pernah ada dalam sejarah pemili¬han UMNO, orang berkelulusan Islam tidak mendapat tempat untuk dipilih menganggotai Majlis Tertinggi UMNO seperti yang berlaku hari ini.

Dahulu Tan Sri Datuk Paduka Dr Ab¬dul Hamid Othman, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Tan Sri Wan Mokthar Ahmad. Mereka menduduki kerusi pimpinan tertinggi UMNO. Hari ini sudah tidak ada lagi. Men¬gapa Dato’ Dr Abdullah Mat Zin tidak dilantik sebagai menteri kabinet?

Tun Abdullah Badawi sendiri tidak melantik beliau sebaliknya ambil Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Mengapa kini Dato' Seri Najib ambil pula Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Baharom? Nampaknya jawatan ini hanya jadi boneka sebab tidak boleh berbuat apa-apa

Kenapa Yahudi bangsa bijak??????

" A good article for reference! Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua.

Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika) telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy)

Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang.

Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik. Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA. Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Dr. Stephen Carr Leon

Thursday, August 27, 2009

BENARKAH MALAYSIA NEGARA ISLAM

Perkataan negara Islam bukan satu perkara baru dalam Islam. Bagi PAS inilah agenda penting perjuangan mereka sejak sekian lama, namun ianya belum selesai. Walaupun begitu ada petanda yang memberangsangkan kerana agenda negara Islam mereka semakin mendapat sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam.
Perkembangan ini tidak memberi banyak keuntungan kepada Parti lawannya iaitu UMNO, sekiranya UMNO tidak bijak melakukan percaturan dalam isu yang besar ini. Sekurang-kurangnya UMNO perlu bersedia dengan senjata yang lebih baik untuk mengelakkan diri daripada ditenggelamkan dalam isu ini. Lalu perkataan negara Islam mula diangkat tinggi menjadi istilah yang paling laris di pentas politik Malaysia dewasa ini. Ia bermula dengan desakan dan cabaran Dr. Mahathir Mantan PM Malaysia dan Parti DAP kepada PAS supaya mengisytiharkan bentuk negara Islam yang hendak dijalankan oleh PAS.
Cabaran ini disambut oleh pemimpin PAS secara politik kerana cabaran tersebut dianggap satu isu politik untuk mengaut keuntungan dan sokongan orang Islam dan bukan Islam. Presiden Parti Islam telah mencabar Dr. Mahathir mengiytiharkan Malaysia sebagai negara Islam di Parlimen. Dr. Mahathir tidak menyahut cabaran tersebut, sebaliknya membuat pengiytiharan negara Islam sewaktu ucapan perasmian mesyuarat Agung Parti Gerakan. Sebelum itu, iaitu menjelang pilihanraya umum Negeri Sarawak, Parti DAP telah mengisytiharkan keluar daripada Barisan Alternatif iaitu gabungan kerjasama parti pembangkang, atas alasan tidak bersetuju dengan hasrat PAS mahu menegakkan Negara Islam melalui BA.
Jelasnya isu negara Islam telah menjadi topik utama yang dipergunakan oleh pihak UMNO untuk memerangkap PAS melalui media masa cetak dan elektronik sepanjang hari.
Walaupun ianya begitu hangat ditimbulkan kebelakangan ini, namun sebenarnya UMNO telah membuat berbagai persediaan untuk menjawab tuduhan PAS bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam. UMNO sedar bahawa lebel "Malaysia bukan negara Islam" mendatangkan kesan yang amat buruk kepada UMNO dari segi sokongan orang Islam. Oleh yang demikian Presiden UMNO mahu satu jawapan tegas dan hujah konkrit dapat disimpulkan dengan kadar segera bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Sebab itu dalam perkembangan yang berlaku, seluruh tumpuan diberikan kepada usaha menambah dan mengukuhkan hujah bahawa Malaysia adalah negara Islam. Di antara usaha sungguh-sungguh yang dilakukan ialah: Debat olok-olok yang dibuat oleh UMNO berkaitan dengan isu negara Islam dan isu takfir.
Langkah seterusnya ialah mengeluarkan buku dan kertas kerja yang menghuraikan konsep negara Islam Malaysia. Antaranya Kertas kerja/buku negara Islam yang ditulis oleh Wan Zahidi Wan Teh dan Kertas Kerja berkaitan negara Islam yang ditulis oleh Dato Haji Nakhae Hj Ahmad.
Beberapa siri penjelasan tentang negara Islam Malaysia telah dibuat melibatkan para ulama yang berada dalam Parti UMNO, terutamanya melalui siaran televisyen, seminar, khutbah jumaat dan perjumpaan. Kemuncak kepada usaha itu ialah pengisytiharan negara Islam yang dibuat oleh PM selaku presiden UMNO tempoh hari.
Bagi PAS, mereka seolah-olah tidak berganjak daripada sikap lama yang menolak sebarang kenyataan negara Islam daripada pihak UMNO. Beberapa pimpinan tertinggi PAS membuat kenyataan agar isu negara Islam ini dibincang secara bersemuka dengan pihak UMNO. Akhirnya Timbalan Presiden UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbincangan tidak perlu dibuat kerana kedudukan negara Malaysia sebagai negara Islam sudah jelas dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Inilah gambaran dan latarbelakang yang mewarnai isu negara Islam di Malaysia sehingga isu itu begitu panas sepertimana hangatnya nama Osama bin Laden dengan Presiden Amerika Bush selepas peristiwa hitam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada bulan September 2001 yang lepas.
Berdasarkan latarbelakang itu, kita perlu melihat isu negara Islam dalam konteks akademik dan keilmuan, kerana penjelasan secara keilmuwan dapat menghuraikan perselisihan yang berlaku dengan lebih baik. Melalui perbincangan ilmiah, asas teori dan permasalahan dapat dilihat dengan lebih jelas dan adil. Ini sudah tentu dapat kerana penjelasan secara keilmuwan dapat membantu mengghuraikan menggunakan metod munaqasyah dan menolak hujjah pihak kedua.
Metod ini digunakan untuk mematikan hujah pihak lawan, seperti alasan ini tidak dapat dielakkan kerana perbincangan yang dibuat biasanya akan sampai kepada kesimpulan dan jawapan. Ia menghasilkan sesuatu rumusan yang menepati mana-mana pandangan dan secara terbuka kita harus menerima kenyataan tersebut dengan penuh insaf dan takwa. Kita perlu menolak sikap keras kepala dan degil dalam menerima kebenaran ilmu dan hujjah.
Untuk tujuan tersebut, kertas ini akan membincangkan beberapa persoalan berikut yang dikira paling rapat hubungannya dengan isu negara Islam yang diperdebatkan kini.
• Persoalan Pertama: Apakah metod Ulama UMNO mendakwa negara Malaysia sebagai negara Islam ?
• Persoalan Kedua: Bagaimanakah pula konsep negara Islam yang dibawa oleh Parti Islam SeMalaysia dan apakah hujah mereka bahawa Malaysia bukan negara Islam
• Persoalan Ketiga: Apakah kaedah yang digunakan oleh Ulama Islam silam dalam mentakrifkan sebuah negara Islam,negara kufur/ negara musuh dan negara yang membuat perjanjian dengan negara Islam?
• Persoalan Keempat: Analisis dan Penilaian terhadap metod yang digunakan oleh UMNO dan PAS
• Persoalan Kelima: Sejauhmana Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan? (Persoalan ini tidak dikupas)
• Persoalan Keenam: Apakah sebenarnya status negara Malaysia menurut pandangan ilmu Politik Islam? Apakah sikap politik Islam terhadap polimik ini?
Dalam menghuraikan persoalan di atas, kita akan merujuk kepada hujah al-Quran melalui tafsiran para ulama, begitu juga hadith-hadith Nabi. Malah model negara Islam Madinah merupakan petunjuk utama yang akan menjadi pegangan dan asas perbincangan. Manakala pendapat para ulama akan dikupas dan dianalisis bagi menentukan kaedah yang digunakan dan juga tujuan di sebalik daripada kenyataan tersebut.
Kertas ini diharap tidak menimbulkan salah tafsiran oleh setengah pihak, sebaliknya menerima secara terbuka berdasarkan metod dan disiplin ilmu yang betul untuk mencari hakikat sesuatu perkara. Sebarang teguran dan kritikan adalah dialu-alukan dari semua pihak. Sekian terima kasih.
Persoalan Pertama: Apakah Metod Ulama' UMNO mendakwa negara Malaysia sebagai Negara Islam ?
Pemimpin UMNO yang dilihat banyak mengambil bahagian dalam menjelaskan konsep negara Islam Malaysia ialah:
Dato' Sri Hamid Othman, iaitu Penasihat Khas Agama Perdana Menteri Malaysia, Dato Haji Nakhae Hj Ahmad iaitu Yang Dipetua YADIM, Wan Zahidi Wan Teh iaitu Pegawai Unit Penerangan Khas Kementerian Penerangan Malaysia.
Beberapa tokoh dari IKIM juga terlibat secara langsung dalam perbincangan dengan menyokong konsep negara Islam Malaysia, seperti Pengarah IKIM Dato' Dr. Ismail Ibrahim dan Fellow Kehormat IKIM Ust Othman al-Muhammadi.
Selain dari mereka itu, ada lagi tokoh-tokoh lain yang memberikan pandangan mereka, Cuma tidak ada huraian detail daripada mereka, sebaliknya memberikan komen apabila ditanya oleh pihak media sahaja, Contohnya Dato Prof. Dr. Mahmood Zuhdi Hj Abd. Majid Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pernah membuat beberapa kenyataan bahawa Negara Islam secara ideal tidak ada sekarang. Yang ada sekarang ialah negara Islam menurut rasional. Beliau juga pernah menyebut Malaysia boleh dianggap negara Islam, tetapi termasuk dalam kategori tidak memenuhi syarat sepertimana orang fasik.
Di antara metod dan kaedah yang digunakan Oleh Dato Haji Nakhae Hj. Ahmad dan Wan Zahidi Wan Teh serta rakan-rakan yang lain untuk mengisthbatkan negara Malaysia sebagai negara Islam ialah:
1. Membentuk asas teori negara Islam menurut tafsiran dan pandangan Abu Hanifah dan beberapa fuqaha lain
2. Menggunakan metod qiyas
3. Menggunakan metod pengukuhan dan pengesahan secara tawsif /ciri-ciri
4. Menggunakan metod Perlembagaan Negara
5. Menggunakan metod akal dan logik
6. Menggunakan metod munaqasyah dan menolak hujjah pihak kedua.
Metod Pertama:
Membentukan asas teori negara Islam, berdasarkan pandangan para Fuqaha dan tafsiran-tafsiran mereka
Pengertian Negara Islam telah dinyatakan oleh beberapa Ulama' silam dalam kitab mereka, termasuklah huraiannya sekali. Dengan merujuk kepada pendapat-pendapat tersebut, UMNO membuat tafsiran tertentu sehingga selaras dengan maksud dan tujuan yang dikehendaki iaitu: "Malaysia sebagai sebuah negara Islam".
Pendapat yang popular yang selalu menjadi rujukan dan sandaran hujjah ialah pengertian Dar kufr yang disebut oleh al-Kasani dari Mazhab Hanafi dalam Kitabnya Bada'I'alsana'I', juz 7, halaman 130-131 (cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut 1986)
Al-Kasani menyebut pendapat Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani (murid Abu Hanifah):
Maksudnya: Sesungguhnya kenyataan yang kami sebut dar al-Islam dan dar kufr ialah menyandarkan keadaan negara kepada Islam dan kepada kufur. Sebenarnya disandarkan negara kepada Islam atau kepada kufur adalah kerana zahir/menonjolnya Islam atau menonjolnya kufur di dalamnya. Contoh lain ialah sebagaimana Syurga dinamakan Dar al-Salam dan neraka sebagai Dar al-Bawar, kerana adanya keselamatan dan kesejahteraan dalam syurga dan wujudnya kesengsaraan dalam neraka.
Al-Kasani menyambung lagi kenyataanya:
Maksudnya: Zahirnya Islam dan zahirnya kekufuran itu bermaksud zahir dan menonjolnya hukum/undang-undang/peraturan kedua-duanya, Maka apabila zahirnya/dominannya hukum kufur dan undang-undangnya dalam sebuah negara, maka jadilah ia Dar kufr dan betullah sandaran tersebut (al-idafah). Dan begitulah juga akan jadi sebuah negara sebagai negara Islam apabila zahir dan menonjolnya undang-undang Islam di dalamnya tanpa syarat yang lain.
Dalam kenyataan yang berkaitan al-Kasani menambah pendapat Imam Abu Hanifah:
Maksudnya: Pendapat Abu Hanifah mengenai maksud sandaran negara kepada Islam dan kufur bukan kerana ain/zat Islam atau kufur, tetapi maksudnya ialah dari aspek keamanan atau ketakutan. Maknanya ialah: Jika keamanan bagi orang Islam secara mutlak dan ketakutan bagi orang kafir secara mutlak, maka ia adalah negara Islam. Jika keamanan di dalamnya bagi orang kafir secara mutlak dan ketakutan bagi orang Islam secara mutlak, maka ia adalah negara kufur. Peraturan/hukum-hukum itu diasaskan kepada keamanan dan ketakutan, bukannya bergantung kepada Islam atau kufur, kerana pemakaian kaedah aman dan takut itu lebih baik dan utama.
Berhubung dengan pendapat para Ulama Hanafi di atas, pendapat Abu Hanifah telah menjadi sandaran untuk meletakkan Malaysia sebagai negara Islam, Dato' Nakhaei menyatakan:
"Tetapi, saya lebih meyakini pendapat bahawa negara-negara bangsa sekarang termasuk Malaysia, kekal statusnya sebagai Negara Islam. Hujah-hujah dari segi hukum telah dijelaskan sebelum ini. Justeru tidaklah perlaksanaan hukum itu menjadi syarat utama bagi Abu Hanifah dan ulama dari Mazhab al-Syafii bagi menentukan sesebuah negara itu sebagai negara Islam"
Teori Pertama mereka ialah: "adanya beberapa ciri tertentu daripada ciri-ciri lengkap sebuah negara Islam, akan mengekalkan statusnya sebagai negara Islam, meskipun tidak sepenuhnya sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin." Inilah sebenarnya asas permasalahan atau asas teori negara Islam" (asl al-mas'alah) dalam persoalan ini mengikut pendapat Dato Nakhaei.
Ini menunjukkan beliau tidak mengambil pandangan Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani yang mengatakan bahawa dominan undang-undang Islam dalam sebuah negara merupakan asas bagi sebuah negara Islam. Atau mengikut ungkapan mereka berdua bahawa perbezaan antara negara Islam dengan negara kufur adalah berdasar kepada undang-undang mana yang dominan. Apabila undang-undang Islam dominan, maka jadilah ia sebuah negara Islam. Sebaliknya jika undang-undang kufur dominan, maka jadilah ia negara kufur.
Bertolak daripada asas teori di atas, maka kita dapati beliau (Dato Nakhaei) telah menumpukan seluruh perbincangan kepada satu matlamat iaitu membuktikan bahawa wujudnya ciri-ciri negara Islam di Malaysia, kerana dengan adanya beberapa ciri tersebut sudah menjadikan Malaysia sebagai negara Islam Contohnya:
1. "Islam adalah agama rasmi negara. Walaupun ada yang mentafsirkan bahawa Islam sebagai agama negara hanyalah berupa adat istiadat seperti membaca doa di dalam majlis-majlis resmi, tetapi hakikatnya dengan adanya kedudukan Islam sebagai agama negara itu, kerajaan boleh membelanjakan wang untuk memajukan pembangunan Islam di negara ini dan membuat rancangan-rancangan bagi kemajuan tersebut secara rasmi,melalui peruntukan yang dibentang dan diluluskan di dalam parlimen" ( Kertas Nakhae h.21 )
Penulis Astora Jabat pernah menyebut bahawa kerajaan Malaysia telah menyediakan dana yang besar untuk pendidikan Islam. Perkara ini sudah tentu tidak dilakukan oleh negara bukan Islam.
2. Parti-parti politik yang menganggotai Barisan Nasional bersepakat memberi kepercayaan kepada kepimpinan orang Melayu(Islam) untuk menerajui parti dan kerajaan. ( Kertas Nakhae h.21)
3. Kedaulatan orang Islam kerana orang Islam menguasai jentera kerajaan, polis dan tentera. ( Kertas Nakhae h 21)
4. Banyak program pembangunan dalam bidang ekonomi Islam telah berjaya memperbaiki tahap dan taraf hidup orang Islam di Malaysia, seperti bank Islam. Dari situ Dato Nakhae menambah bahawa keadaan ini telah dapat memenuhi ciri utama bagi negara Islam yang menetapkan bahawa kekuasaan orang Islam dan kedudukan kukuh agama Islam itu sendiri. (Kertas Nakhae h.21 )
5. Memberikan hak dan kebebasan kepada orang bukan Islam di Malaysia. Orang bukan Islam dapat hidup dengan baik di Malaysia.
Teori kedua: Negara Islam mithali pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rasyidin bukanlah satu ukuran/ciri mutlak dalam penentuan status negara Islam (Kertas Nakhae h. 17). Beliau menyebut:
"Sedangkan negara mithali yang diakui oleh semua sebagai contoh itu, tidaklah menjadi ciri yang mutlak sehingga jika tidak terdapat Teori kedua: Negara Islam mithali pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rasyidin bukanlah satu ukuran/ciri mutlak dalam penentuan status negara Islam (Kertas Nakhae h. 17).
Teori ini dirumuskan daripada kenyataan al-Sarakhsi dalam kitabnya Syarh al-Siyar al-Kabir juz 3 h.61 dan pendapat Bahauddin Muhammad b. Ahmad Asbijabi dalam kitab Ahkam al-Zimmiyyin wa al-Musta'maninin fi dar al-Islam oleh Dr. Abdul Karim Zaidan, 1963 hh 20-21.
Wan Zahidi Wan Teh juga telah mengutarakan teori ini bersandarkan kenyataan Abu Zuhrah yang menyebut negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintah Islam, dengan kekuasaan dan pertahannnya di tangan orang Islam (Kertas Wan Zahidi . h.1)
Metod Kedua: Menggunakan Metod Qiyas
Metod kedua yang digunakan oleh mereka itu ialah qias. Perkara ini dapat dilihat melalui kenyataan berikut:
"Keadaan yang terdapat di dalam dunia Islam setelah berlalu zaman khulafa al-Rasyidin tidak lagi sebagaimana keadaan di zaman mithali itu. Kualiti kepimpinan lebih rendah, keadaan masyarakat yang berperang sesama sendiri dan berpecah belah, kestabilan politik dan perpecahan yang berlaku tidak menghilangkan status negara sebagai negara Islam. Tidak sesiapa pun di kalangan ulama Islam dahulu dan sekarang , mengeluarkan negara-negara tersebut dari senarai negara-negara Islam (kertas Nakhaei h. 11)"
Penulis merujuk kepada hakikat penyelewengan dan kelemahan yang berlaku dalam kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah tidak dijadikan sebab oleh para ulama untuk menolak status negara itu sebagai negara Islam. Untuk itu kelemahan yang ada dalam negara Malaysia seperti tiada perlaksanaan hudud, tidaklah menyebabkan hilangnya status negara Islam di Malaysia. Malah Ust. Nakhaei pernah menegaskan dalam satu forum di Uni. Malaya bahawa sekiranya ulama silam masih hidup, mereka juga akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam sebagaimana mereka mengakui kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah sebagai negara Islam.
Metod ini juga digunakan untuk mempersamakan antara langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan peranan Khalifah Islam yang digariskan oleh al-Mawardi. Wan Zahidi semasa menjawab persoalan sejauhmana kerajaan Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah negara Islam, beliau telah menyenaraikan 12 peranan yang dijalankan oleh khalifah Islam. Beliau kemudiannya menyimpulkan bahawa kerajaan Malaysia telah pun melaksanakan kesemua tugas itu, kecuali hudud kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi kekurangan itu telah ditampung oleh kerajaan melalui program Islamisasi. (Kertas Wan Zahidi h.1-8)
Metod Ketiga: Menggunakan metod pengukuhan dan Pengesahan secara tawsif /ciri-ciri
Metode ini digunakan untuk menyenaraikan ciri-ciri yang dimiliki oleh Malaysia yang didapati selari dengan ciri-ciri sebuah negara Islam yang diutarakan oleh beberapa ulama silam. Perkara ini telah disebutkan di bahagian awal perbincangan ini. Sebagai maklumat tambahan Wan Zahidi telah mengutarakan ciri Syura (melalui parlimen) yang wujud dalam negara Malaysia adalah menepati kehendak Syura sebenar. (Kertas Wan Zahidi h .9)
Begitu juga cara perlantikan pemimpin di Malaysia adalah menepati kaedah pemilihan ketua negara menurut Islam, iaitu secara pilihanraya dan wilayah al-`ahd. (Kertas Wan Zahidi h. 8)
Dengan itu ciri ini mengukuhkan lagi kedudukan dan status negara Islam di Malaysia.
Metod Keempat: Menggunakan metod Perlembagaan Negara
Metod ini merujuk kepada peruntukan 3(1) mengenai kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Bagi Wan Zahidi, peruntukan tersebut mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. Beliau menyifatkan kedudukan Islam itu sebagai hasil perjuangan UMNO. Dengan peruntukan tersebut beliau menegaskan Malaysia sebagai negara Islam (Kertas Wan Zahidi h 3)
Metod Kelima: Menggunakan Metod Akal dan Logik
Metod akal dan logik juga digunakan untuk menyokong kedudukan Malaysia sebagai negara Islam. Antaranya ialah seperti yang dinyatakan oleh Wan Zahidi .iaitu, jika tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam, maka bermakna Malaysia termasuk dalam kategori negara kafir, kerana tidak ada pembahagian ketiga yang dibuat oleh fuqaha selain daripada negara Islam dan negara kafir. Sedangkan menganggap Malaysia sebagai negara kafir adalah suatu yang tidak mungkin. Oleh yang demikian nyatalah bahawa Malaysia termasuk dalam kategori negara Islam (Kertas Wan Zahidi h 2)
Selain daripada itu beliau membangkitkan satu lagi logik bahawa jika menganggap negara Malaysia bukan negara Islam, maka tidak wajib mempertahankan negara ini dari pencerobohan musuh negara (Kertas Wan Zahidi h. 2). Sehubungan dengan itu Dato Nakhaei meyimpulkan secara logik bahawa jika dianggap negara seperti Malaysia adalah negara kafir, maka haruslah ditentukan pula samada negara itu negara perang atau negara perjanjian. Katanya, jika negara itu dianggap negara perang, maka diharuskan darah golongan yang memerintah dan para penyokong mereka, walaupun dari kalangan orang Islam, kerana tidak ada lagi hak memelihara darah bagi sesebuah negara dan pemerintah kafir, melainkan jika termasuk dalam negara perjanjian (kertas Nakhaei h. 18)
Metod Keenam: Menggunakan metod munaqasyah dan menolak hujjah pihak kedua
Metod ini digunakan untuk mematikan hujah pihak lawan, seperti alasan Malaysia mengamalkan dasar sekularisme dan asobiyyah yang bercanggah dengan Islam. Dengan itu mereka mengemukakan berbagai-bagai tafsiran bagi menjelaskan konsep sekularisme dan asobiyyah yang ada di Malaysia adalah selaras dengan kehendak Islam.
Huraian panjang lebar tentang sekularisme dan asobiyyah ini telah dijuarai oleh Ust Othman al-Muahmmadi, Fellow Kehormat IKIM. Beliau memetik pandangan dan teori asobiyyah Ibn Khaldun di dalam bukunya al-Muqaddimah bahawa asobiyyah yang ada di Malaysia adalah suatu tuntutan Islam, kerana ia merupakan satu gambaran kekuatan sesuatu bangsa dalam menjalankan pemerintahan dan kekuasaan. Ia tidak ditolak oleh Islam. Sedangkan asobiyyah yang bercanggah dengan Islam ialah dalam perkara kezaliman seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w .
Manakala sekularisme pula ditafsirkan sebagai satu sikap menolak agama dalam kehidupan, sedangkan apa yang ada di Malaysia bukannya sikap menolak Islam, kerana kedudukan Islam begitu mendapat tempat di dalam masyarakat dan negara Malaysia. Sebab itu tidak timbul soal sekularisme di Malaysia.
Inilah metod dan kaedah serta hujah yang diutarakan oleh ulama yang berada dalam dalam UMNO untuk mendokong kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.
Persoalan Kedua: Bagaimanakah pula konsep negara Islam yang dibawa oleh Parti Islam SeMalaysia dan apakah hujah mereka bahawa Malaysia bukan negara Islam
Setakat ini PAS tidak mengeluarkan bahan bertulis secara khusus menolak kedudukan Malaysia sebagai negara Islam, kecuali setelah pengisytiharan negara Islam oleh Dr. Mahathir. Antaranya artikel bertajuk "Apa Ukuran Negara Islam" oleh Dr. Dzulkifli Ahmad Pengarah Pusat Penyelidikan PAS disiarkan dalam Harakah 16-31 Okt 2001 Tulisan itu banyak mempersoalkan tentang ketidakwajaran pengisytiharan negara Islam bagi sebuah negara yang mengamalkan unsur kezaliman, penekanan, pencabulan hak dan keadilan, pendakwaan dan penghukuman terpilih dan sebagainya.
Disamping itu artikel itu membuat penegasan yang sama dalam masalah dasar dan perinsip negara Islam sebagaimana yang dinukil daripada kitab Fiqh al-Daulah oleh Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Manakala sebelum itu pemimpin PAS cuma menolak pengisytiharan negara Islam itu melalui ceramah dan kuliah pengajaran. Kenyataan juga dibuat apabila pihak media mengajukan soalan yang berkaitan.
Sebaliknya Para ulama PAS membicarakan pengertian dan konsep negara Islam dalam penulisan mereka tanpa menghurai panjang lebar sejauhmana status negara Islam di Malaysia, contohnya buku Konsep Negara Islam dan Matlamatnya oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, buku Model kerajaan Islam oleh YB Haji Haron Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Sebab itu kita dapati PAS menolak status Malaysia sebagai negara Islam, berdasarkan teori dan konsep negara Islam yang mereka bincangkan. Jadi inilah satu-satunya metod PAS dalam menyatakan Malaysia bukan negara Islam. Ini berbeza sama sekali dengan UMNO yang telah merangka beberapa metod khusus untuk mengiyakan bahawa Malaysia sebagai negara Islam.
Dalam perbincangan ini, kita akan menumpukan perhatian kepada teori-teori yang menjadi asas kepada konsep negara Islam menurut PAS.
Bagi PAS penentuan negara Islam adalah berdasarkan kaedah/teori Perlembagaan (perundangan), teori kedaulatan Islam, teori kerajaan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin, teori Agama dan politik tidak boleh dipisahkan, teori sekularisme dan asobiyyah adalah dasar yang bercanggah dengan Islam, teori kepimpinan ulama dan teori tanggungjawab kerajaan Islam
Teori Kerajaan Islam pada zaman Rasulullah s .a.w dan Khulafa al-Rasyidin.
Teori yang paling asas bagi PAS ialah:model kerajaan Islam yang ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w dan diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin adalah rujukan utama dalam sistem politik dan kenegaraan. (lihat kenyataan Model kerajaan Islam oleh Haji Harun Taib h.27)
Ini berdasarkan kedudukan Rasulullah s.a.w sebagai pengasas kepada pembentukan negara menurut acuan Islam yang tulin. Identiti kerajaan Islam tersebut telah di teruskan oleh para khulafa al-Rasyidin.Oleh yang demikian segala asas yang ada dalam sistem pemerintahan Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin adalah suatu kerangka utama yang semestinya ada bagi sebuah kerajaan/negara Islam. Di antara asasnya ialah: perlembagaan,kedaulatan Islam, kepimpinan Islam, kesatuan dan kebajikan umat
Teori Perlembagaan Islam atau Perundangan:
Perlembagaan Negara Islam merupakan undang-undang tubuh bagi sebuah negara. Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi, negara hendaklah mengucap dua kalimah syahadah melalui peruntukan perlembagaan dengan cara memasukkan peruntukan khusus bahawa undang-undang tertinggi dalam negara ialah Undang-undang Islam. Dengan itu mana-mana undang-undang dan peraturan lain yang bercanggah dengan Islam dikira terbatal. Melalui teori ini , mereka berpendapat bahawa negara Islam ialah negara yang mempunyai perlembagaan Islam sendiri sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w melalui perlembagaan Madinah. Sementara Negara demokrasi pula mempunyai perlembagaan demokrasinya.
Teori Kedaulatan Syariah Islamiyyah
Kedaulatan Syariah Islamiyyah dalam negara bermaksud segala kegiatan pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatan tunduk dan patuh kepada peraturan Islam/Syariah. Haji Abdul Hadi menyebut:
Syariat Allah wajib menjadi aqidah negara dan pegangan kerajaannya. Perlembagaan dan segala urusan pemerintahan hendaklah dirujuk kepadanya"... (Haji Hadi, Konsep Negara Islam h. 8 & 20,21,22dan23 )
Ini bermakna negara menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan tertinggi. Perkara ini juga disandar kepada perjalanan kerajaan Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rasyidin. Perkara inilah yang diulang berkali-kali oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan, yang juga Mursyid Am PAS.
Haji Haron Taib menyatakan bahawa pemerintahan Islam itu adalah pemerintahan yang berasaskan Agama, sebagaimana yang difahami daripada kata-kata al-Imam al-Ghazali yang bermaksud:
Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang (buku Model Kerajaan Islam, h 42)
Dalam satu kenyataan lain Haji Harun Taib juga menegaskan teori ini dengan katanya:
"Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau imaratul mukminin ataupun al-imamah al-Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariah Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya". (Model Kerajaan Islam h.49)
Teori Kepimpinan Ulama' dan Tanggungjawab Kerajaan
Kepimpinan negara Islam adalah terdiri daripada barisan para ulama yang berkemampuan dan memenuhi syarat kelayakan menurut konsep kepimpinan Islam.Model ini adalah satu lanjutan daripada sistem pemerintahan Islam pada zaman awal Islam. Haji Harun Taib menyebut:
"Ia merupakan kerajaan yang dipandu oleh para Ulama. Hal ini adalah di dapati daripada beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakim di dalam negara Islam" ( Model Kerajaan Islam h. 42)
Beliau menambah lagi bahawa penglibatan para ulama pada zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin bukan sekadar dalam bidang politik sahaja, malahan menjadi tonggak kepada kepimpinan negara. Sebab itu beliau menegaskan:
"Golongan ulama bukan sekadar menjadi penasihat kepada negara atau kerajaan, tetapi mereka adalah pemegang polisi dan pelaksana kepada dasar negara" (Model Kerajaan Islam h 43)
Perkara ini dibangkitkan kerana kedudukan ulama dipinggirkan terus dari institusi kuasa dan pemerintahan dalam sistem sekular, sebaliknya ulama hanya diberi peranan sebagai penasihat agama yang jauh lebih rendah kedudukannya darripada penasihat undang-undang moden. Akhirnya ulama' sendiri berpecah belah sesama mereka.
Dalam konteks ini Haji Abd Hadi merujuk kepada Firman Allah dalam surah al-haj ayat 41 yang menggariskan ciri-ciri asas kepimpinan islam bagi negara Islam, iaitu: (Konsep Negara Islam, h. 38-39)
1. Mendirikan sembahyang dengannya berlakulah hubungan yang kuat di antara masyarakat Islam dengan Allah
2. Memberi zakat, dengannya diberi perhatian kepada masalah ekonomi dan pembahagiannya yang adil
3. Menyuruh yang makruf, menyebarkan kebaikan dan melakukan islah dalam masyarakat
4. Mencegah kemungkaran, memerangi segala bentuk kejahatan, penyelewengan, kezaliman dan maksiat.
Beliau menambah: "Pemerintah yang begitu rupa memerlukan orang yang benar-benar layak, adil dan soleh, mempunyai persediaan ilmu, amal dan peribadi yang mulia. (Haji Abd Hadi h. 39)
Manakala teori tanggungjawab kerajaan pula, mereka merumuskan dua tanggungjawab indduk yang dinyatakan oleh al-mawardi, Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan ulama' yang lain iaitu: hirasah al-Din siyasah al-Dunia bih - Penjagaan Agama dan Pentadbiran Dunia menurut Kehendak Agama (Lihat kenyataan Dato' Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS dalam Model Kerajaan Islam h. 1)
Inilah asas kepimpinan ulama' bagi sebuah negara Islam menurut PAS.
Teori Agama dan Politik Tidak Boleh Dipisahkan
"Islam itu adalah agama yang syumul dan sempurna. Ajarannya mencukupi segala aspek, aqidah, syariah, akhlak dan nizam, menyentuh kerohanian dan kebendaan, kepentingan individu dan masyarakat dan tiap-tiap asppek itu tali menali di antara satu sama lain, tanpa perlaksanaan yang menyeluruh, nescaya gagaal mengatasi semua masalah. Oleh itu wajiblah negara menjalankan sifatnya yang syumul." (Haji Abd Hadi h. 23)
Asas teori ini adalah merujuk kepada kesepaduan antara islam dan urusan pentadbiran. Ia tidak boleh dipisahkan dalam apa keadaan sekalipun. Malah kedua-duanya mestilah berjalan seiringan dalam urusan pemerintahan negara. Asas teori ini akan membezakan negara Islam dengan negara bukan Islam yang memenjarakan Agama dalam instutusi keagamaan semata-mata, sedangkan urusan pentadbiran negara tunduk kepada sistem lain yang bercanggah dengan kehendak Islam
Teori Sekularisme dan Asobiyyah adalah dasar yang bercanggah dengan Islam
PAS juga menolak sekular dan asobiyyah sebagai dasar bagi negara Islam. Apabila ideologi sekular menjadi dasar negara, maka nasib Islam sudah tidak terjamin. Begitu juga apabila asobiyyah menjadi dasar negara, maka berlakulah banyak unsur percanggahan dengan Islam dalam urusan pemerintahan negara. Sebab itu kedua-dua dasar itu tidak boleh menjadi dasar sebuah negara Islam. Keadaan inilah yang berlaku dalam negara bangsa pada zaman moden ini.
Teori ini, bagi PAS, bukan bermaksud menolak sifat cintakan bangsa dan berusaha meninggikan tamaddun bangsa menjadi satu bangsa yang kuat dan maju, tetapi apa yang ditolak oleh mereka ialah tindakan meletakkan kepentingan dan kehendak bangsa mengatasi kehendak dan kepentingan Islam. Dalam konteks inilah Tuan Guru Haji Hadi mengungkapkan kata-katanya yang bermaksud: Jika Islam selamat, bangsa akan selamat, tetapi jika bangsa selamat belum tentu Islam selamat. Begitulah juga jika Islam maju, maka bangsa akan turut maju dan mulia, tetapi kalau bangsa maju belum tentu Islam dapat maju. Sebab itulah Islam mesti dijadikan sebagai dasar, bukannya bangsa dan kebangsaan.
Teori Kesatuan Ummah dan Kebajikan Mereka
Umat Islam adalah rakyat negara Islam yang utama. Mereka hidup brsama rakyat bukan Islam.Umat adalah elemen penting dalam negara Islam kerana mereka merupakan sumber kekuatan negara.
Oleh itu umat adalah pendokong negara Islam yang merealisasikan kehendak persaudaraan dan kesatuan sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10, maksudnya Sesungguhnya orang Islam adalah bersaudara. (Konsep Negara Islam, h 28)
Persoalan Ketiga: Apakah Metod dan Kaedah yang digunakan oleh Ulama Islam silam dalam mentakrifkan sebuah negara Islam, negara kufur/ negara musuh dan negara yang membuat perjanjian dengan negara Islam?
Para Ulama silam telah memberikan beberapa pengertian negara Islam mengikut bidang penekanan masing-masing. Kadang-kadang perbezaan tersebut disebabkan perbezaan dari segi latarbelakang atau tujuan perbincangan yang dibuat. Walaupun secara zahirnya nampak berbeza, namun hakikatnya mereka membawa konsep yang sama tentang negara Islam.
Sehubungan dengan itu didapati Ulama Islam menggunakan sekurang-kurangnya tiga metod dalam menghuraikan makna negara Islam.
Metod Pertama ialah Metod Perundangan (Perlaksanaan Undang-Undang Islam)
Di antara contohnya ialah Abu Yusuf dan Muhamad al-Syaibani yang menyebut: Negara Islam adalah negara yang zahir/dominan undang-undang islam di dalamnya. Sebab itu negara yang tidak melaksanakan undang-undang Islam adalah kafir, walaupun orang-orang islam tinggal di negara tersebut. Mereka menggunakan perkataan Zuhur Ahkam al-Islam fiha.
Abd al-Qahir al-Baghdadi mengatakan: Mana-mana negeri yang penduduknya menerima sistem Islam atau rida dengan Islam tanpa sebarang syarat dan orang zimmi tunduk di bawah kekuasaan Islam ,maka ia sebuah negara Islam (Kitab Usuluddin h 270)
Metod Kedua ialah Metode Politik dan Kepimpinan (sultah)
Sebahagian daripada ulama melihat konsep negara Islam dari sudut kepimpinan dan politik, lalu mentakrifkanya sebagai sebuah negara yang dikuasai oleh para pemimpin Islam seperti yang diutarakan sebelum ini. (Muhammad al-syaibani, Syarh al-Siar al-Kabir juz3 h 81)
Metod Ketiga ialah Metod Kemasyarakatan
Ada juga ulama yang menghuraikan konsep negara Islam dari kaca mata kemasyarakatan, lalu mentakrifkan negara islam sebagai negara yang menjamin keamanan orang islam. Mereka dapat hidup dengan baik ddan selesa.
Mengikut Abu Hanifah sesebuah negara itu hanya akan bertukar menjadi negara kafir dengan wujudnya tiga faktor iaitu: zahirnya undang-undang kufur, bersempadan dengan negara kafir yang mana ia terdedah kepada serangan dan ancaman musuh dan tidak ada unsur perlindungan atau keamanan bagi orang Islam dan zimmi di dalamnya.
Ini bererti sebuah negara tidak dianggap negara kafir selagi tidak lengkap ketiga-tiga syarat itu. Sebaliknya sebuah negara akan dianggap Islam apabila undang-undang Islam zahir dan menonjol di dalamnya. Oleh kerana beliau lebih menekankan kepada aspek keselamatan sosial orang Islam , maka Abu Hanifah tidak menjadikan syarat perlaksanaan Islam sebagai asas dan ukuran utama Negara Islam ., kerana bagi beliau penekanan dari aspek keselamatan itu lebih tepat memandangkan bahawa apabila negara itu tidak bersempadan dengan negara kafir dan orang Islam tidak memerlukan jaminan perlindungan/keselamatan , maka ia memberi erti bahawa undang-undang kafir juga tidak akan menonjol dengan sendirinya.
Maka dengan itu jelaslah jaminan keselamatan itu suatu yang lebih utama dijadikan sebagai asas pengukur. Tetapi jika bersempadan dengan negara kafir dan orang Islam memerlukan jaminan perlindungan, maka yang akan dominan ialah undang-undang kafir.Asas yang dikemukakan oleh Abu Hanifah itu harus difahami secara mendalam, kerana ia tidak memberi maksud selapis iaitu apabila orang Islam aman ,amak negara itu jadi negara Islam. Kalau menggunakan maksud mudah itu, maka negara Amerika, England dan sebagainya jadi negara Islam kerana orang Islam boleh hidup , mencari harta dan beribadat .
Sebenarnya penekanan kepada aspek keselamatan itu bermaksud bahawa sebuah negara Islam tetap menjadi milik umat Islam dan dikira sebahagian daripada wilayah Islam yang mesti terlaksna di dalamnya hukum Islam, selagi tidak memenuhi tiga syarat yang telah dijelaskan.Sebab itu walaupun dalam sebuah negara Islam itu tidak dilaksanakan hukum Islam, ia tetap dianggap sebahagian daripada milik Islam dan tertakluk kepada perlaksanaan hukum Islam. Sebaliknya jika kita telah menganggap negara itu bukan lagi sebahagian daripada negara Islam , maka hukum Islam tidak lagi wajib dilaksanakan seperti orang Islam yang berzina di negeri kafir/harb, atau mencuri atau minum arak atau melakukan fitnah qazaf ,maka hukum Islam tidak dikenakan ke atasnya.
Maka jelas daripada huraian di atas, bahawa Imam Abu Hanifah bukan merendahkan kepentingan perlaksanaan undang-undang Islam di dalam negara apabila beliau mengutamakan asas keselamatan.Sebaliknya asas keselamatan itu digunakan kerana ia lebih menguntungkan kedudukan Islam dalam negara di mana selagi kedudukan orang Islam tetap terjamin/selamat , maka peraturan/undang-undang Islam mesti dikuatkuasakan ke atas penduduknya, disebabkan negara itu masih berada dalam senarai negara Islam.
Walaubagaimanapun secara keseluruhannya daripada perbincangan di atas menunjukkaan bahawa asas keselamatan adalah amat berkait rapat dengan aspek perlaksanaan undang-undang dalam sebuah negara itu seperti yang dijelaskan dalam kitab Bada'I` al-Sana'I` karangan al-Kasani , h 131:
(La tazhar Ahkam al-Kufr illa inda wujud hazain al-Syartain, al-Mutakhmah wa zawal al-aman al-awwal)
Selain daripada itu para ulama silam juga menekankan metod pembebasan dan jihad bagi negara Islam yang jatuh ke tangan musuh.Dari situ mereka mengatakan sebuah negara Yang pernah diperintah oleh Islam tidak gugur status islamnya walaupun dijajah oleh musuh, samada syiar Islam masih kekal atau tidak di dalamnya. Ia tetap menjadi sebahagian daripada negara Islam dan wajib dibebaskan daripada cengkaman musuh yang menjajah.
Rumusan metod ulama dalam menentukan konsep negara Islam
Sebenarnya jika merujuk kepada pandangan ulama silam tentang konsep negara Islam, mereka sebenarnya bersetuju dengan satu prinsip utama iaitu: undang-undang Islam dominan di dalamnya. Apa yang menjadi perselisihan di kalangan mereka ialah untuk menentukan bagaimanakan negara Islam boleh bertukar statusnya kepada kafir. Sebab itu sepatutnya disedari bahawa asas teori negara Islam adalah terletak pada aspek kedaulatan Islam dalam sebuah negara kerana asas ini lah yang menjadi paksi negara Islam pertama Madinah yang diterima oleh semua orang sebagai contoh utama. Model negara Madinah adalah contoh terbaik memandangkan model-model lain sudah mengalami perubahan yang menyebabkan sukar untuk mendapat kata sepakat daripada para ulama untuk menerimanya. Sebab itu pengukuran berdasarkan model asal tadi lebih selamat dalam menentukan asas sebenar bagi sebuah negara Islam.
Dari sini jelas menunjukkan bahawa walaupun ada ruang perbezaan di kalangan ulama silam dalam beberapa perkara berbangkit, namun begitu mereka bersetuju bahawa negara Islam adalah negara yang berasaskan undang-undang Islam sebagai undang-undang utama dan tertinggi.
Persoalan keempat: Analisis dan Penilaian terhadap metode yang digunakan oleh UMNO dan PAS
Kedua-dua pihak di atas (UMNO dan PAS) telah mengutarakan asas teori masing-masing mengenai negara Islam. Dalam bahagian ini kita akan meninjau sejauhmana kekuatan asas teori tersebut dari sudut pandangan ilmiah, bagi mencapai satu hala tuju dan kekuatan asas teori sebuah negara Islam
UMNO cuba merangka satu teori asas yang releven dengan realiti semasa iaitu realiti kelemahan sistem politik Islam masa kini . Untuk itu awal-awal lagi teori asas mereka berundur kebelakang supaya tidak dilihat terlalu bercanggah dengan konsep asal negara Islam yang ditegakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sebab itu awal-awal lagi UMNO mengelakkan diri daripada mengambil model dan asas kerajaan Madinah dan kerajaan Khulafa al-Rasyidin sebagai rujukan utama. Inilah yang dilakukan oleh Ust Nakhae .Cara ini dapat mengelakkan satu jurang perbezaan yang terlalu besar antara realiti yang ada dengan kosep asal. Keadaan ini akan menyulitkan langkah dan perbincangan mereka.
Sebaliknya PAS tetap berpegang kepada model utama negara Islam dan metod salaf yang menjadikan al-Quran dan al-sunnah sebagai sandaran utama. Apa saja yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w khususnya model kerajaan Islam Madinah dijadiakan asas penting bagi PAS. Walau pun mereka dituduh terlalu ideal dan tidak berpijak kepada realiti, tetapi seolah-olah PAS tidak dapat memisahkan diri daripada metod itu Sebab itu kita dapati para ulama PAS mendahulukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas utama dalam perbincangan negara Islam. Manakala pandangan para ulama silam dijadikan bahan rujukan kedua dan ketiga bagi mereka.
Metod UMNO di atas walaupun nampak menarik kerana cuba menghidupkan nilai semasa dalam pertimbangan dan kewajaran hukum, namun tanpa disedari mereka terlalu melayani realiti dan kehendak semasa mengatasi tuntutan prinsip dan dasar. Keadaan ini boleh mendedahkan Islam kepada fenomena kecelaruan/fawda, sedangkan asas kekuatan Islam berada pada prinsipnya yang tegas dan tetap.
Ketika mengemukakan teori berikut: "adanya beberapa ciri negara Islam sudah cukup mengekalkan status negara Islam", Ust Nakahei, dilihat terlalu ghairah untuk menjayakan misi segera negara Islam Malaysia, tanpa menyedari bahawa mereka telah mengabaikan satu asas atau ciri penting yang tidak boleh diketepikan sama sekali, kerana tanpa asas/ciri ini , maka ciri-ciri lain tidak memberi apa-apa makna. Mereka mengabaikan asas yang paling pokok dan tunggak kepada sistem Islam iaitu bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tanpa kedua-dua tapak ini, maka binaan sistem politik Islam tidak akan dapat ditegakkan. Perkara ini ditegaskan oleh Prof. Dato' Mahmood Zuhdi dalam kenyataannya: "Ini bererti pemakaiannya (siasah syar`iyyah) hanya akan berbangkit jika pemerintahan itu berdasarkan kepada sistem pemerintahan Islam seperti difahami daripada al-Quran dan sunnah" ( jurnal Syariah,jilid 2 bil.2 1994, h.38)
Ini adalah asas kepada segala teori-teori lain berkenaan dengan negara Islam, kerana dengan adanya asas ini barulah teori lain dapat berperanan dengan sebaiknya seperti sembahyang merupakan tiang kepada ibadat yang lain. Tanpa sembahyang apalah guna ibadat yang lain.
Ketiadaan asas ini dikenalpasti sebagai faktor utama kepada kecelaruan tafsiran Islam yang dipakai dalam negara moden sekarang yang benar-benar menyeleweng daripada maksud sebenar Islam. Tetapi jika asas teori ini mantap, maka Islam tidak terdedah kepada permainan dan tafsiran yang salah dan mengelirukan. Semua pihak mengakui bahawa Islam yang disebut sebagai agama Persekutuan telah ditafsirkan sebagai agama untuk upacara rasmi sahaja. Islam yang ada itu tidak diberikan tafsiran yang sebenar dalam perlaksanan undang-undang , kerana sumber undang-undang yang menajdi asas teori politik Islam tidak diberi tempatnya yang sewajarnya.
Apabila ulama UMNO terlupa untuk membicarakan perkara yang paling pokok ini, maka ia merupakan satu kepincangan yang nyata, seolah-olah mereka hanya bertindak secara terbatas. Lebih-lebih lagi mereka tidak berani mengemukakan aspek kelemahan yang berlaku secara adil dan terbuka, sebaliknya menyenaraikan ciri-ciri yang baik sahaja.Perkara ini tidak wajar berlaku dalam disiplin ilmu.
Dari segi metod qias di dapati ulama UMNO kurang cermat dan tidak mendalam kerana kedudukan kerajaan Umayyah tetap diakui oleh ulama Islam sebagai negara Islam kerana ciri asas negara Islam tadi masih kekal sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun dan disokong oleh Dr. Diya al-Din al-Rais. (al-Nazariyyat al-siyassiyyah al-Islamiyyah h.194-195) Sedangkan negara bangsa zaman moden ini telah hapus sama sekali kedaulatan sumber undang-undang (Quran dan snnah ) sebagai rujukan utama dalam seluruh urusan pentadbiran, kecuali urusan perkahwinan dan ibadat. Apa yang ada hanya pengakuan kosong seperti yang dinyatakan oleh al-Quran surah al-Nisa' ayat 60, maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.
Daripada perbincangan di atas nampaknya teori-teori asas negara Islam yang dibawa oleh PAS agak sukar untuk ditolak, kerana merangkumi dasar dan prinsip kepada pembentukan negara Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Cuma sejauhmana mereka mampu merealisasikannya dalam kenyataan !!. Ini boleh dijadikan satu lagi asas perbincangan diperingkat perlaksanaan, bukannya konsep dan dasar. Sebab itu, teori yang diutarakan PAS telah dapat memenuhi kehendak konsep dan dasar.
Sebenarnya teori-teori asas negara Islam yang dipegang oleh PAS telah diutarakan oleh Ust Nakhaei semasa beliau menjadi pimpinan tertinggi PAS melaluinya bukunya: Penghayatan Politik Islam Dalam Pemerintahan. Melalui buku itu beliau telah menegaskan bahawa Negara Islam ditegakkan di atas dasar kedaulatan hukum Allah,kekuasaan ummah, dasar keadilan,syura, tanggungjawab pemerintah dan ketaatan rakyat. Buku tersebut bertujuan menolak program Islamisasi kerana dikatakan tidak bertepatan dengan kehendak Islam sebenar. Beliau mengungkapkan satu kenyataan tegas berikut: "WALAUPUN TERDAPAT SEKARANG INI BEBERAPA RANCANGAN YANG BERFAEDAH DARI SEGI ISLAM DAN DITEGASKAN DI ATAS NAMA ISLAM SEPERTI BANK ISLAM, NAMUN IA TIDAK DAPAT MENGUBAH SIFAT DAN STRUKTUR NEGARA INI SEBAGAI NEGARA SEKULAR YANG TIDAK MENDAULATKAN HUKUM-HUKUM ALLAH" (Nakhaei h.5)
Persoalan kelima: Apakah sebenarnya status negara Malaysia menurut pandangan ilmu Politik Islam? Apa sikap politik Islam terhadap polemik ini?
Bagi politik Islam , polemik ilmiah di atas antara PAS dan UMNO dapat diterima sebagai positif, kerana dapat menyubur/ memeriahkan dunia pemikiran politik Islam di Malaysia dan dapat membangunkan teori politik Islam yang berguna untuk negara dan masyarakat.
Namun begitu agak mendukacitakan apabila tindakan yang ganas dan keras dikenakan ke atas beberapa pihak tanpa memberi ruang yang cukup untuk berbincang dan bertukar pandangan, sedangkan suasana perbincangan itu lebih meriah dan memberangsangkan alam pemikiran dan keilmuan. Tangkapan dan sekatan tidak membantu alam pemikiran yang kita bincangkan ini, kecuali setelah peluang terbuka luas tidak dipergunakan dengan baik.
Terdapat dua persoalan yang memerlukan penelitian politik Islam dalam isu negara Islam:
Pertama: Apakah mampuu kita tegakkan sesuatu perkara besar seperti negara islam dengan hanya menumpang prinsip politik asing seperti demokrasi dan mengharapkan ihsan pihak tertentu untuk memberikan laluan dan layanan baik kepada islam? Perkara ini sudah terbukti kesukarannya, kerana prinsip politik moden sepertti demokrasi mempuunyai falsafah dan misi agongnya sendiri yang tidak secucuk dengan Islam. Adakah Islam terlalu lemah untuk mengemukakan falsafah dan prinsip politiknya sendiri?
Kedua: Sikap melarikan diri daripada panduan dan petunjuk Rasulullah SAW dalam sistem politik akan membawa kepada satu polemik dan perdebatan yang tidak akan berkesudahan , kerana teori-teori baru akan menghadapi kesukaran untuk memperolehi kata sepakat, disebabkan ianya telah dipengaruhi oleh berbagai suasana dan kepincangan. Sebaliknya pertunjuk Rasulullah s.a.w dalam soal politik memang diakui oleh semua. Mengapa kita sengaja meninggalkan asas persepakatan kepada sandaran yang tidak sepakat? Jawabalah persoalan ini. Sekali lagi kita akan berjumpa jawapan kepada masalah yang kita hadapi.
Negara Islam hanya satu, bukan dua, tiga atau empat. Negara Islam adalah negara yang mendaulatkan Islam dalam pemerintahannya.Manakala ciri-ciri lain hanya boleh dibincangkan setelah asas ini dapat diselesaikan dengan baik oleh para penganalisis.
Apabila disedari kepincangan yang ada, maka langkah membetulkan kelemahan adalah tanggungjawab seluruh umat Islam, kerana tidak berbangkit kenyataan bahawa jika negara itu bukan negara Islam maka halal darahnya. Yang berbangkit sekarang ialah kepincangan itu mesti diperbetulkan dan penduduknya perlu disedarkan, ulamanya perlu ditegur dan sebagainya. Inilah langkah bijak untuk menyelamatkan negara dan tanahair kita yang tercinta daripada kehancuran yang ditujukan kepada umat yang tidak mendaulatkan ajaran Islam.
Apa yang sepatutnya disedari ialah kelemahan negara umat Islam sekarang ialah kerana mereka berpecah lantaran masing-masing bertuankan sistem yang asing daripada Islam. Akhirnya kesatuan umat terhakis, kekuatan umat berkecai, masing-masing negara tidak membantu umat Islam yang diceroboh . Sekiranya umat Islam bersatu dengan al-Quran dan al-Sunnah , maka mereka tidak mudah dipecahbelahkan dan ditindas.
Sebab itu kita tidak boleh menganggap remeh persoalan dasar dan prinsip sebagai isu-isu teknikal atau persoalan-persolaan kulit. Inilah kepincangan pemikiran Islam moden yang gagal memberikan hak kepada asasnya yang sebenar, semata-mata mahu mengejar keunggulan yang direstui oleh barat.
Sekian , Wassalam.
Senarai Rujukan:
1. Haji Haron Taib, Model Kerajaan Islam , Dewan Ulama Pas Pusat K. Lumpur, 2000.
1. Haji Abdul Hadi Awang, Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, GG Edar, Kuala Lumpur,1986
1. Haji Nakhaie Haji Ahmad, Penghayatan Politik Islam Dalam Pemerintahan, GG Edar, K. Lumpur, 1987
1. Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Fard wa al-Dawlah fi al-Syariah al-Islamiyyah,
1. Muhammad Atiyyah Khamis al-Muhami, Perlembagaan Islam (terjemahan oleh Ust Yahya haji Othman) K. Lumpur, 1982
1. Abdul Rahman Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah ,Beirut (t.t)
1. Dr. Arif Khalil Abu Iid, Nizam al-Hukm fi al-Islam, Urdun 1996
1. Dr. Diya' al-Din al-Rais, al-Nazariyyat al-Siyasiyyah al-Islamiyyah, Kaherah,1976
1. Datuk Haji Nakhaie bin haji Ahmad, Jihad Guru Agama Dalam Pembangunan Bangsa Melayu dan Pembentukan Negara Islam Maju, (Kertas kerja dbentangkan dalam Kursus Khas Perdana (Pendidikan Islam) fasa I Pada 22 Mei 2001, Di Kuala Lumpur.
1. Wan Zahidi bin Wan Teh , Malaysia Daulah Islamiah, Kertas kerja dibentangkan sempena perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Pegawai-pegaawai Agama Islam Seluruh Malaysia, pada 28-29 Ogos 2000, Putra Jaya, anjuran JAKIM.
1. Shukeri Mohamad, Pengenalan Politik Islam dan Perlaksanannya dalam Negara Malaysia, Seminar Siasah Syar`iyyah, pada 28 Ogos 1998, Akademi Pengajian Islam, K. Lumpur.
1. HARAKAH,16-31 Okt.2001
1. Jurnal Syariah, jilid 2 bil 2 Akademi Pengajian Islam1994,