Klik dan lihat

Wednesday, August 12, 2009

bisnes oh bisnes

Konsep dunia perniagaan mengikut zaman moden aliran barat ataupun istilah ekonomi dan politik menjurus kearah keuntungan dan ketidakseimbangan dari segi sosial dan keadilan.Jika di pihak yang teraniaya corak pemikiran ekonomi sekarang adalah tidak adil dan zalim tetapi bagi pihak yang berkemampuan dan berkuasa,ini adalah pilihan yang tepat walaupun melanggar tatasusila dan moral yang hina.

Konsep ekonomi sejagat mempengaruhi persekitaran dunia.Semakin kejam ahli politik dan ahli perniagaan maka semakin majulah sesebuah negara itu.Ini adalah hakikat tetapi akan mewujudkan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh mana-mana pemegang kuasa.Permasalahan yang utama adalah jurang pendapatan yang ketara.Yang miskin bertambah miskin yang kaya bertambah kaya.Pemegang kuasa semakin dibenci dan dituduh dengan pelbagai tohmahan.Terang-terangan konsep tersebut adalah bercanggah dengan syariat islam.

Menyelami pandangan dan pemikiran ahli-ahli perniagaan yang berjaya akan menghasilkan sesuatu dimensi kearah pemikiran baru mengenai konsep keduniaan.Konsep keduniaan ini selalunya akan mewujudkan budaya korupsi dan persaingan secara tidak sihat.Diakui konsep tersebut amat popular di masa sekarang.Mereka akan mempergunakan pelbagai cara untuk meraih keuntungan tanpa mengira dosa dan pahala.Corak pemikiran golongan ini adalah berbeza.Bagi mereka kesalahan moral adalah perkara biasa.Walau apa cara sekalipun yang dilakukan, mereka merasakan mereka tidak bersalah selagi mereka tidak dijatuhkan hukuman salah oleh mahkamah ciptaan manusia.Sekiranya mereka memperolehi keuntungan mereka merasakan mereka adalah orang yang paling bijak berniaga dan orang yang paling bijak menghidu peluang dan ruang tanpa menghiraukan moral yang terhakis.

Konsep yang pertama yang saya istilah kan konsep rugi rm1 dan untung rm10.konsep ini dinamakan konsep yang berisiko tinggi dan jika berjaya akan memperoleh keuntungan yang amat besar.Kebiasaan ahli perniagaan dari golongan ini akan menggunakan orang tengah atau pelobi bagi menjayakan sesuatu perniagaan.Yang dikatakan konsep ini adalah melabur rm1 kepada orang tengah dan memperolehi rm10 apabila sesuatu urusan perniagaan itu berjaya.Konsep ini bersesuaian dengan gergasi-gergasi perniagaan kerana mempunyai kewangan yang kukuh dan berani menanggung risiko kerugian.

Konsep yang kedua saya istilah kan jangan kehilangan rm1 tetapi ingin mencapai rm10.Konsep ini dinamakan konsep yang tidak berisiko tetapi bergerak dengan perlahan-lahan.Konsep ini kebiasaannya digunakan oleh orang tengah atau pelobi.Pelobi ini takkan menggunakan aset yang ada kerana takutkan kerugian tetapi pelobi ini akan melobi pihak-pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan sesuatu perniagaan bagi pihak gergasi-gergasi perniagaan.Sikap pelobi ini kebiasaannya tamak dan berhasrat ingin setaraf dengan gergasi-gergasi perniagaan.Oleh itu Pelobi ini akan memainkan peranan yang amat aktif bagi menjayakan cita-cita tersebut.Pelobi ini juga akan mewujudkan persaingan yang tidak sihat,cantas-mencantas,pergunakan nama,korupsi, dan pelbagai lagi moral yang tidak sihat.

Renung-renungkan lah agar kita menginsafi hasil yang kita usahakan agar memperolehi keberkatan.

No comments:

Post a Comment