Klik dan lihat

Sunday, August 9, 2009

isu arak perlu diambil serius oleh semua pihak.

saya begitu sedih dan kecewa dengan kenyataan pemimpin dan penyokong umno berkaitan isu arak di selangor.

penyokong dan pemimpin umno begitu ghairah dan seronok menghentam yb hassan ali padahal mereka tidak sedar bahasa isu yang diperjuangkan oleh yb hassan ali adalah kepentingan islam semua tanpa mengira parti dan ideologi.

sememangnya arak telah merosakkan pemikiran melayu sehinggakan arak dikatakan ibu segala maksiat.tetapi malang bagi orang melayu yang dikatakan membela melayu dan mengaku islam memperleceh dan polimek kan isu tersebut.

sepatutnya UMNO sedar bahawa hasil kesilapan mereka..mereka telah memberi kelonggaran terhadap penjual arak, menjual arak dengan bebas tanpa pemantauan dengan terperinci.kesan daripada perbuatan tetrsebut menyebabkan ramai orang melayu yang telah terhakis dari ciri-ciri keislaman mereka.

pesanan untuk semua muslim dan muslimat

jika anda terlihat ada orang islam yang berjudi dan minum arak di selangor sila laporkan kepada pihak yang berkenaan supaya kita dapat menghancurkan maksiat tersebut..

marilah kita bersama-sama membuat pemerhatian keatas premis yang menjual air setan ini..jika ada orang islam masih membeli racun dan air setan tersebut,kita akan desak dengan lebih hebat agar perbuatan maksiat tidak berlaku di selangor..

negeri-negeri UMNO disarankan mengikuti jejak langkah negeri selangor demi menjaga kepentingan islam di malaysia.janganlah sampai rakyat kata hanya PAS yang perjuangkan islam sementara UMNO orang tuduh sebagai pengkhianat ataupun munafik moden..masyaallah..minta simpang.........
......................................................................................
Jais terus operasi banteras jual arak

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meneruskan operasi membanteras penjualan minuman keras kepada orang Islam di negeri itu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun isu itu mencetuskan kontroversi berikutan perbalahan di antara pemimpin Pas dan DAP negeri.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata operasi bersama secara berterusan itu bagaimanapun hanya akan dilakukan jika ada keperluan mendesak.

Katanya, Jais mempunyai peruntukan mendakwa orang Islam yang minum, menjual, membeli dan mempamerkan minuman keras mengikut Seksyen 18 Enakmen Jenayah Syariah Selangor sementara PBT hanya ada kuasa dari segi pelesenan.

No comments:

Post a Comment