Klik dan lihat

Saturday, August 1, 2009

Jalan terbaik untuk UMNO.

Pelbagai isu dan masalah dalaman melanda parti yang dianggap keramat dan secara terang melambangkan kepercayaan khurafat yang masih menular dan terus menusuk ke dalam jiwa dan raga para-para pendokong parti keramat tersebut.

UMNO seringkali war-war kan bahawa melayu sudah berpecah ekoran daripada kekalahan mereka di PRU-12 dan rentetan peristiwa yang berulang dan ulang sehinggakan mereka berbangga dengan pencapaian kekalahan mereka di Manek Urai.

Adakah UMNO ikhlas memperjuangkan agenda melayu mereka.Adakah UMNO dan melayu tidak dapat dipisahkan.Begitu hebat kemelayuan mereka sehinggakan selain dari UMNO dikatakan kurangnya melayu.Kerana kehebatan kemelayuan mereka, menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing mengatakan akulah hero melayu.Adakah ada lagi sinar untuk UMNO bagi menjamin kelangsungan kuasa dan politik mereka.

Para pemimpin UMNO tidak sedar bahawa dengan budaya wang yang diamalkan mereka, akan menyukarkan mereka untuk bergerak dan bernafas sebagai parti politik yang mempunyai penyokong yang taat dan setia.Hilangnya kuasa UMNO maka hilanglah pengikut mereka yang hanya mengharapkan balasan dan imbuhan terhadap hasil usaha mereka dengan alasan pengorbanan mereka harus dibayar.

UMNO melancarkan perang saraf iaitu kerajaan perpaduan,dan menuduh PAS tidak suka kepada perpaduan dan mengatakan PAS lebih rela berpakat dengan DAP berbanding mereka yang lebih melayu nya.Tetapi mereka tidak menyedari bahawa kenyataan mereka akan menyebabkan pengundi bukan melayu lebih jauh dan lari dari gagasan BN.

penulis melihat jalan yang terbaik bagi UMNO adalah melakukan perubahan secara besar-besaran iaitu mendokong islam sebagai keutamaan bukannya bermain dengan retorik dan dusta dengan mengatakan bahawa mereka memperjuangkan islam melalui ekonomi.Jika benar apa yang dikatakan pasti hasilnya lebih mengundang keberkatan.

perkara sesat-menyesat seringkali keluar diantara UMNO dan PAS.Penulis berpandangan bahawa isu ini akan selesai sekiranya kerajaan sekarang, mendokong Al-Quran sebagai perlembagaan Negara.Tidak akan timbul isu kemelayuan dan kekurangan kemelayuan. Yang akan ada ialah pembentukan akidah umat islam.Pembentukan akidah yang mantap akan menjamin kemajuan negara dan tidak timbul isu melayu dipinggirkan ataupun islam dipergunakan kerana penghapusan dasar sekular dan kebangsaan itu sendiri.

No comments:

Post a Comment