Klik dan lihat

Friday, August 21, 2009

Nasionalisme adalah perjuangan yang tidak selari dengan Syariat Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman,

dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman,

dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.

-Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.

Nasionalisme=perkauman sempit=kepentingan kaum sendiri=takut kepada kaum lain.
Sepatutnya takut kepada Allah kerana tidak memartabatkan Islam.
Semua bangsa, suku kaum, etnik apa sekalipun akan selamat apabila Islam dimartabatkan.

Renung kembali Sejarah Gemilang Islam, Negara Islam Madinah tegak dengan Islam menjadi tunjang negara (bukan sekadar sebagai agama rasmi), maka semua umat manusia di sana muslimin, yahudi, nasrani dan majusi hidup aman, makmur, selamat, sejahtera dan berkebajikan.

Begitu juga yang berlaku di bawah pentadbiran Empayar-empayar Islam selepasnya seperti Empayar Islam Umawiyyah, Abbasiyyah, Turki Uthmaniyyah dll.

Tamaddun Islam mula runtuh hanya apabila umat Islam mula berpecah belah di atas dasar perkauman bukan atas dasar persamaan akidah.

Masing-masing menuntut hak dan kepentingan atas dasar persamaan suku kaum masing-masing sahaja, maka bermula dari situ hinggalah sekarang sebahagian besar umat Islam yang ada hari ini masih mewarisi perjuangan semangat perkauman yang serupa, dek kerana itulah tamadun Islam di seluruh dunia masih belum dapat bangkit semula. Umat Islam dihina dicaci dipersenda dibunuh dan sebagainya.

Oleh itu marilah kita umat Islam di Malaysia sama bersatu di bawa satu panji iaitu Panji Islam di atas satu dasar iaitu Dasar Islam, buangkan lah dasar perjuangan yang hanya berlandaskan ketakutan perkauman semata-mata kerana dasar mementingkan kaum sendiri dan takut kepada kaum lain tidak akan membawa kita ke mana melainkan ke tempat yang tidak baik di akhirat kelak...wal'iyazubillah.

No comments:

Post a Comment