Klik dan lihat

Monday, August 31, 2009

ISU Kenaikan Harga Minyak Sejarah berulang kembali dalam Kerajaan UMNO

Tiada Perubahan Harga Petrol Utama Negara - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.

RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri.

"Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaannya adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

"Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung daripada produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi," katanya semasa berucap melancarkan RON95 di seluruh negara di sini Isnin.

Ismail Sabri berkata produk RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

Beliau turut menjelaskan harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lepas kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

-- BERNAMA

.................................................................................................................................................................................................................

CAKAP TAK SERUPA BIKIN...RASANYA BOLEH KOT AKU GELAR MUNAFIK..

APA PUNYA MUNAFIK LAAAA......DULU KATA PAK LAH...KESIAN PAK LAH...LAA NAK KATA SIAPA PULAK....UNTUK DIJADIKAN ALASAN KEKALAHAN UMNO

3 comments:

  1. UMNO memang munafik...

    sakit hati aku..raya nak dekat ni..

    penampar juga si najib ni..

    ReplyDelete
  2. Naruto Sensei said...

    Ha ha Undi lah Barisan Nasional Hidup anda kan terus gemilang dan tertemberang...

    Ha ha Dengan Undi UMNOBN anda akan mendapat hadiah berharga dari kerajaan Iaitu harga minya yang murah lagi berdiskaun he he..

    UMNGOK le tu..

    ReplyDelete
  3. pening kepala..kerana kebodohan sesetengah rakyat yang mengundi UMNO semua rakyat terpaksa menanggung derita..

    sebab tu TGNA kata undi UMNO masuk neraka..

    ReplyDelete