Klik dan lihat

Monday, August 10, 2009

UMNO Membuka pekung di dada, masihkah ada harapan atau sekadar kata-kata semangat

Hasrat dicapai jika pemimpin Umno lebih ikhlas bekerja: PM

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) perlu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana negeri ini menjadi nadi penting kepada pembangunan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, beliau berkata, sasaran merampas Selangor hanya akan tercapai jika semua pemimpin Umno pada semua peringkat sanggup berubah dan lebih ikhlas melaksanakan tanggungjawab.

"BN khususnya Umno akan menang pada pilihan raya akan datang dan kembali memerintah Selangor jika pemimpin berubah menjadi rendah diri, insaf dan melaksanakan tugas tanpa mengira kaum.
.......................................................................................................................................

Berhati-hati lah kerajaan Pakatan Rakyat selangor.Perhatikan baik-baik langkah pembangkang iaitu Barisan Nasional.Apakah ada lagi siri penculikan seperti di Perak.Penulis berbangga sekiranya pemimpin UMNO dapat berubah dan lebih ikhlas melaksanakan tanggungjawab.Kenyataan PM membuktikan bahawa segala tohmahan berkaitan salahguna kuasa dan rasuah yang dilemparkan oleh pakatan rakyat adalah benar sebelum ini.Jika benar seperti apa yang diucapkan oleh PM maka amat malang sekali sekiranya pemimpin yang tidak amanah dipilih semula untuk bertanding di PRU13.Yang paling malang adalah pengundi Barisan Nasional kerana mempercayai bahawa calon pilihan mereka adalah orang yang bersih,pejuang bangsa dan agama.

melaksanakan tugas tanpa mengira kaum hanya lah retorik sedangkan kita sudah ketahui bahawa kaum melayu sering diabaikan dan ditipu dengan sewenang-wenangnya.Projek-projek Mega diberi kepada negara luar, seperti singapura.Syarikat melayu kroni hanya menjadi orang tengah ataupun pelobi dan hanya mengharapkan komisyen.Syarikat melayu terus menerus tidak berdaya saing kerana bergelumang dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.Lobi-melobi terus berlaku tanpa ada teguran secara terbuka mahupun tertutup oleh pihak kerajaan.walaubagaimana pun penulis berharap UMNO berubah menjadi lebih islamik dan mengugurkan pemimpin yang kurang islamiknya agar rakyat beroleh keberkatan dan tidak dihukum oleh Allah s.w.t kerana memilih pemimpin yang zalim dan fasik.

No comments:

Post a Comment