Klik dan lihat

Monday, September 28, 2009

Pengkhianat ke kita jika menolak pemimpin rasuah

Sudah puas aku mencari jawapan.Adakah layak aku digelar pengkhianat bangsa sekiranya aku menolak pemimpin yang rasuah.Adakah aku layak dikatakan pembecah belah bangsa hanya kerana aku tidak menyukai perompak dan penyangak besar yang masih bermaharajarela di Malaysia ini.Adakah hanya perompak sahaja yang bijak mentadbir negara.Adakah hanya penyangak sahaja yang perlu kita taat dan setia.Jika difikirkan adakah sisten parti yang diamalkan itu lebih baik daripada sistem beraja.Jika baik kenapa aku lihat sistem parti itu umpama sistem beraja.Kerana apa aku katakan begitu.tidak lain tidak bukan kerana aku sudah melihat begitu banyak contoh .Hendak dimudah bicarakan, anak ganti ayah seterusnya ke cucu-cicit menjadi peneraju sistem politik tersebut.Bagi aku yang kurang ilmu ini,semestinya aku mengatakan sistem itu sistem beraja.Adakah hanya keturunan itu sahaja yang baik dan pintar mentadbir.

Sudah puas aku mencari jawapan. Adakah ajaran islam yang aku perolehi semasa zaman persekolahan aku mencukupi. Adakah tamatnya zaman persekolahan akan menjadikan aku sebagai manusia atau khalifah yang taat kepada penciptanya,ataupun akan membuatkan kita semakin jauh dari kesedaran kebenaran.Adakah aku layak digelar manusia yang tidak mengenang budi jika aku mengatakan pendidikan di Malaysia gagal untuk melahirkan umat islam yang berkualiti.Kenapa perlu dibeza-bezakan antara pendidikan dengan islam sehinggakan wujudnya sekolah agama dan sekolah kebangsaan,sebagai contoh sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah agama.Tidakah ini melihatkan ketampakkan dalaman usaha memisahkan islam dengan pendidikan.Memesongkan dan menimbulkan keraguan seolah-olah islam itu khas dan bukannya semulajadi dan tuntutan yang wajib bagi umat islam.Begitu banyak persoalan yang sentiasa bermain difikiran aku....

No comments:

Post a Comment