Klik dan lihat

Monday, September 14, 2009

Buat renungan.Adakah anda seorang muslim?Adakah anda hamba Allah?Adakah anda kenal tuhan?

Perlulah kita ketahui bahawa persoalan iman atau persoalan tauhid adalah merupakan ajaran yang terpenting atau yang terpokok di dalam Islam.

Ibarat sebatang pokok, iman dan tauhid adalah merupakan akar tunjang baginya.

Di dalam kitab dikatakan 'AWALUDDIN MAKRIFATULLAH' ertinya awal-awal agama ialah mengenal Allah.

Kalau seseorang itu tidak mengenal Allah, segala perintah suruh yang dibuatnya serta segala perintah Iarang yang dijauhkannya yang mana adalah merupakan anugerah yang hendak dipersembahkan kepada Allah S.W.T. tidak akan sampai.

Kemudian perlu kita ingat bahawa segala perintah suruh yang kita buat sama ada yang berbentuk fardhu mahupun sunat dan segala perintah larang yang kita jauhi sama ada yang berbentuk haram ataupun makruh, semua itu adalah berupa amal bakti yang hendak kita persembahkan kepada Allah S.W.T.

Manakala kalau kita tidak kenal Allah S.W.T. maka segala amal bakti itu tidak akan sampai.

lbarat kita di dunia ini hendak memberi satu hadiah kepada seorang raja sedangkan kita tidak kenal raja itu. Maka hadiah yang hendak kita sampaikan itu tidak akan sampai kepada raja itu.

Bila kita sampai ke istana, kita nampak pembesar istana dan kita pun menyangka dia raja dan terus memberikan hadiah itu kepadanya. Kita ingat pembesar istana itulah raja tetapi rupa-rupanya dia bukan raja. Kerana itu kita perlu kenal sungguh-sungguh kepada raja itu, barulah senang kita hendak menyampaikan hadiah kita itu kepadanya.

Begitu jugalah dengan segala amal bakti kita yang hendak kila hadiahkan kepada Allah S.W.T., kita mesti mengenal Allah S.WT. sungguh-sungguh, maka barulah hadiah kita itu sampai kepada-Nya. Dengan sebab itulah, di dalam ajaran Islam, mula-mula sekali ialah mengenal Allah S.W.T.

Bila seseorang itu telah kenal Allah S.WT., maka apabila dia berpuasa, puasanya sampai kepada Allah; dia bersembahyang, sembahyangnya sampai kepada Allah S.W.T. dia berzakat, zakatnya sampai kepada Allah; dia naik haji, hajinya sampai kepada Allah; dia berjuang, dia berjihad, dia bersedekah dan berkorban, membuat segala amal bakti, semuanya akan sampai kepada Allah S.W.T.

Kerana itulah, mengenal Allah ini adalah amat penting kepada kita. Dan untuk kita mengenal Allah melalui sifat-sifat yang wajib bagiNya iaitu yang sebanyak 20 sifat, adalah dengan cara dalil-dalil 'aqli dan dalil-dalil naqli.

Adapun dalil 'aqli adalah dalil-dalil yang bersumberkan akal

Manakala dalil naqli adalah dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah.

Melalui dalil 'aqli dan dalil naqli ini sahajalah baru kita dapat mengenal Allah. Kemudian setelah kita dapat mengenal Allah untuk mengesahkan pengenalan itu, kita mesti menempuh empat syarat. Tanpa kita menempuh empat syarat ini, maka tidak.sah pengenalan kita kepada Allah atau tidak sah makrifah kita kepada Allah
S.W.T.

  • Yang pertama ialah percaya adanya Allah.
  • Yang kedua ialah jazam yang qat'ii iaitu keyakinan kita kepada Allah ialah dengan keyakinan yang sungguh-sungguh tidak dicelahi oleh sebarang syak, dzan atau waham. Dengan lain-lain perkataan, keyakinan kita kepada Allah begitu padu dan kental, tidak goncang dan ragu walau sedikitpun sama ada ragu itu bertaraf syak, dzan atau waham. Kalau syak bererti percaya kita di antara 50% ragu dan 50% percaya. Kalau dzan bererti percaya kita lebih dari ragu seperti 75% percaya 25% ragu. Kalau waham pula bererti ragu kita lebih dari percaya seperti 25% percaya 75% ragu.
  • Kemudian syarat yang ketiga dikatakan bersetentangan dengan yang benar yakni selaras dengan yang sebenarnya. Ertinya setelah kita meyakini sungguh-sungguh tentang adanya Allah, keyakinan itu mestilah bersetentangan dengan yang sebenar.
  • Dan syarat yang keempat ialah, meti ada dalil.

Demikianlah 4 syarat yang mesti ada pada kita untuk mengesahkan pengenalan kita kepada Allah S.WT. Yakin kita akan adanya Allah dan keyakinan kita jtu pula adalah secara padu tanpa sebarang syak, dzan atau waham. Seterusnya keyakinan yang padu itu pula mestilah bersetentangan dengan yang sebenar serta cukup dengan keterangan-keterangan atau dalil atau bukti walaupun secara ijmal atau secara ringkas.

Dan kalau kita telah memiliki 4 syarat di atas tadi, maka kita dikatakan telah mengenal Alldh secara akal. Maka sahlah aqidah yang demikian. Apakah kita telah memiliki keempat-empat syarat itu? Kalau sekiranya kita tidak mempunyai 4 syarat ini, bermakna kita belum. mengenal Allah dan apabila kita belum mengenal Allah, apa yang kita telah buat selama ini menjadi sia-sia belaka. Sia-sialah sembahyang kita selama ini, sia-sialah puasa kita, sia-sialah haji kita, sia-sialah perjuangan dan jihad kita dan sia-sialah apa saja amal bakti kita selama ini kerana kita belum bagi benar-benar mengenal Allah S.W.T.

Kerana itu amat perlu sekali kita ingat di sini bahawa kalau sekadar di dalam diri kita ada rasa bertuhan, itu belum dikatakan beraqidah atau beriman. lni adalah kerana rasa bertuhan itu adalah fitrah semulajadi manusia.

Ia samalah seperti rasa tahu susah, tahu senang, ingin pandai, ingin bahagia dan sebagainya. lni semua dikatakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia. Hal-hal ini tidak perlu diajar dan dipelajari kerana ia memang sedia ada. Umpamanya, kalau kita mendapat sesuatu yang menyukakan, hati kita akan rasa terhibur. Begitu jugalah kalau kita mendapat sakit, hati kita akan merasa kesusahannya. Semua ini telah menjadi naluri manusia yang Allah bekalkan bersama-sama tubuh kasar kita ini.

Semua manusia, tidak kira apa bangsa atau kaum, rasa bertuhan itu memang sudah ada di dalam jiwa masing-masing. Hatta orang yang berfahaman komunis pun ada rasa bertuhan di dalam jiwanya. Cuma kerana orang komunis itu, rasa marah kepada orang yang percaya kepada Tuhan, mereka tidak mengakui adanya rasa itu di dalam jiwa mereka.

Jadi, kalau hanya ada rasa bertuhan di dalam diri kita, itu belum cukup lagi untuk mengesahkan aqidah dan iman kalau sekiranya 4 syarat tadi tidak ditempuhi. Bukti yang menunjukkan bahawa rasa bertuhan itu adalah fitrah semulajadi manusia.Jika kita bertanya kepada orang kafir pasti mereka percaya kepada tuhan.Percaya adanya tuhan.

Kita dapati di sini betapa orang-orang kafir pun mengakui adanya Tuhan pencipta langit dan bumi ini tetapi mengapakah mereka masih dianggap kafir? Ini adalah kerana pengakuan yang mereka buat itu adalah pengakuan dan fitrah semulajadi mereka dan pengakuan itu tidak menempuh 4 syarat yang dikehendaki untuk mengesahkan aqidah dan iman. Mungkin mereka percaya adanya Tuhan sekalian alam dan mereka yakini kepercayaan itu sungguh-sungguh tetapi keyakinan mereka tidak bersetentangan atau selaras dengan yang sebenarnya.

Mereka menggambarkan Tuhan dengan berbagai-bagai rupa seperti ada misai, ada kepala, ada belalai, ada janggut dan lain-lainnya. lni bermakna, tidak bersetentangan dengan yang sebenar kerana Tuhan sebenarya tidak demikian. Sebab itulah aqidah mereka tidak sah walaupun rasa bertuhan itu sudah ada. Sebab itulah mereka tetap juga dianggap kafir.

Begiiu juga kita ambil orang-orang Kristian sebagai contoh. Apakah mereka tidak percaya kepada Tuhan? Jawabnya, mereka begitu percaya adanya pencipta langit dan bumi ini, malah kepercayaan mereka begitu padu dan kental. Tetapi mengapakah mereka tetap kafir? lni adalah kerana kepercayaan mereka itu tidak bersetentangan daripada yang sebenar. Tuhan yang sebenamya adalah Esa iaitu satu sahaja tetapi bagi orang Kristian, mereka mengatakan Tuhan 3 atau yang mereka sebut 'TRINITY". Pada mereka ada Tuhan bapa, ada Tuhan anak dan ada Tuhan syurga. Apakah ini betul? Jawabnya tidak dan kerana itu orang-orang Krisstian itu tetap kafir kepada Allah walaupun mereka percaya adanya Tuhan. Makrifah mereka kepada Allah tidak sah.

Seterusnya, begitu jugalah dengan orang yang bert'aqlid. Aqidahnya atau imannya dikira tidak sah kerana dalil atau buktinya tidak ada. Tadi telah kita katakan bahawa untuk mengesahkan aqidah mesti ada 4 syarat yang mana termasuk ada dalil dan bukti. Manakala orang yang imannya teraqlid, aqidahnya tidak sah kerana salah satu syarat yang 4 itu tidak ada.

Orang yang beriman teraqlid sekadar percaya adanya Tuhan tetapi tidak ada dalil dan keterangan. Dia tidak mempunyai hujjah secara ilmiah. Kepercayaannya sekadar ikut-ikut saja. Oleh kerana ibu dan ayahnya percaya ada Tuhan, dia pun percaya. Dia pernah dengar kawan-kawannya menceritakan tentang adanya Tuhan yang menjadikan seluruh alam ini, dia pun ikut percaya. Tetapi kalau kita tanya orang yang beriman taqlid ini bukti-bukti serta dalil-dalil tentang adanya Allah, dia tidak dapat memberikan hujjahnya. Dia hanya percaya tetapi kepercayaannya tidak berdasarkan dalil-dalil ilmiah. Maka itu, imannya tidak sah. Daripada 4 syarat yang dikehendaki untuk mengesahkan iman, satu dan pada syaratnya kekurangan.

Kemudian, kalau sekiranya seseorang itu sudah mempunyai 4 syarat yang dikehendaki untuk mengenal Allah, maka iman atau aqidahnya sudah dianggap sah. Dia dikatakan sudah mengenal Allah berdasarkan ilmu pengetahuan kerana selain daripada dia yakin, yakinnya pula adalah padu serta bersetentangan pula dengan yang sebenar dan kemudian dia ada dalil dan bukti. Tetapi amatlah perlu kita ingat di sini, walaupun seseorang itu sudah dapat mengesahkan iman dan aqidahnya kerana ia sudah menempuh 4 syarat yang dikehendaki itu, namun imannya baru dikatakan mempunyai tapak.

Nisbahnya adalah seperti benih yang sudah ditanam di atas tanah yang sesuai dengannya. Yang perlu ada selepas ilu ialah untuk menyuburkannya supaya ia tumbuh dan membesar hingga ia berbuah. ini adalah dengan menyiram benih itu setiap hari dengan air. Kemudian ia diberi baja supaya bertambah subur dan tapaknya sentiasa digembur supaya kekuatan akarnya bertambah kukuh dan kemas. Dan begitulah dengan orang yang sudah mempunyai iman yang telah menempuh 4 syarat untuk mengenal Allah tadi. Dia sudah mempunyai benih iman. Aqidahnya sekadar sudah sah tetapi belum bererti yang aqidah itu sudah cukup sempurna. lman itu perlu disuburkan dengan amal ibadah seperti bersembahyang, berpuasa, berzakat, naik haji, berjuang dan berjihad, bersedekah, berkorban, dengan mengikut segala perintah Allah dan dengan menjauhi segala larangan Allah.

Segala-galanya itu adalah merupakan baja kepada iman supaya ia menjadi subur dan sempurna. Ia juga adalah merupakan air yang untuk menyuburkan iman. Tetapi di sebaliknya, kalau sekiranya benih iman itu tidak ada, apakah dengan memberi baja serta menyiram air boleh menyuburkannya? lbarat kalau di dalam tanah itu tidak ada benih, apakah dengan kita menyiram air atau menabur baja, boleh mencambahkan hingga menjadi pokok? Tentu mustahil kerana di dalam tanah itu tidak ada benih, macam manalah pokok hendak tumbuh!

Samalah kalau iman belum bertapak disebabkan seseorang itu belum mengenal Allah melalui 4 syarat tadi, bagaimana sembahyang boleh menyuburkan iman? Begitu juga bagaimana berpuasa boleh menyuburkan iman? Seterusnya bagaimana naik haji, berjuang dan berjihad serta Iain-lainnya boleh menyuburkan iman? Bagaimana boleh ia subur sedangkan asas atau tapak imannya tidak ada!

Ertinya, dia boleh bersembahyang, boleh berpuasa, boleh naik haji, boleh berjuang dan berjihad serta boleh melakukan-segala amal bakti tetap semuanya tidak dapat memberi kesan kepada imannya kerana ia belum bertapak di dalam dirinya. Untuk iman hendak bertapak, kita mesti mengenal Allah melalui 4 syarat itu, barulah iman kita berbenih. Tetapi, apakah ia sudah cukup dan sempurna? Jawabnya, tidak. Ia mesti disuburkan dengan bersembahyang, berpuasa, berzakat naik haji dan membuat segala amal bakti yang lain.

Dengan demikian, iman kita akan menjadi sempurna hingga ia pergi kepada iman ayyan atau iman orang soleh. Kemudian, manakala kita usaha-usahakan lagi hingga menambah kesempurnaannya, maka ia boleh dipertingkatkan hingga kepada iman haq dan iman haqiqah. Itulah yang dikatakan kesempurnaan iman. Dengan sebab itulah kita katakan yang kalau seseorang itu sudah mengenal Allah setelah menempuh 4 syarat tadi, baru sah imannya. Tetapi imannya itu belum cukup sempurna. Dia baru ada tapak iman atau dalam lain-lain perkataan, asas iman sudah dimilikinya. Tetapi kalau asas iman, itu tidak disempurnakan dengan amal ibadah, ia masih Iagi dalam golongan mukmin 'asi atau mukmin yang masih melanggar perintah-penntah Allah. Dia tetap juga masuk neraka kalau dosanya tidak diampun. Cuma tidak kekal di dalamnya kerana aqidahnya sudah sah.

Kita perhatikan di dalam pengalaman hidup kita ini betapa orang-orang yang sudah ada asas iman atau orang-orang yang pengenalannya dengan Allah sudah sah kerana sudah menempuh 4 syarat tadi, sedangkan itupun masih mukmin 'asi, betapalah kalau pengenalan kita kepada Allah tidak sah langsung kerana tidak menempuh 4 syarat tadi. lbarat orang yang sudah ada asas iman itu seperti benih yang sudah tertanam dan sudah cambah. Tetapi cambahnya tidak sempurna kerana tidak cukup dibaja dan disirami air hinggakan apabila ada yang cambah amat mudah dimakan semut, ulat-ulat, siput bab* dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kerana tapaknya ada walaupun dijahanamkan oleh musuh namun ia ada akar tunjang.


Betapalah kalau memang didapati yang benih tidak ada langsung. Jadi dengan sebab itulah, bagi orang awam semacam kita ini pengenalan dengan Allah secara ilmu dengan menempuh 4 syarat tadi mestilah diusahakan Iebih dahulu. Bila pengenalan secara ilmu itu sudah ada, ertinya benih iman sudah ada. Cuma yang hendak kita usahakan Iagi ialah supaya ia berbatang, berdahan, berdaun serta berbuah. Dan itulah dengan jalan membuat berbagai amal ibadah seperti bersembahyang, berpuasa, naik haji serta lain-lain amal bakti sama ada dengan mengerjakan yang disuruh yang fardhu dan yang sunat juga dengan meninggalkan yang dilarang, yang haram dan yang makruh.

Dan inilah yang hendak kita jaga benar-benar dalam persoalan aqidah ini supaya kita faham awal-awal agama itu ialah mengenal Allah. Kalau tidak sia-sialah sahaja amal ibadah kita selama ini. Manakala telah kita kenal Allah melalui 4 syarat tadi, jangan pula kita biarkan iman itu tanpa dibaja dan disirami air supaya menjadi subur. Kalau dibiarkan ia cambah sendiri, maka hasilnya adalah kurang subur, macam pokok-pokok kering dan ketot-ketot. Kalau ada pun buahnya, buahnya busuk-busuk. Inilah yang diibaratkan kepada mukmin 'asi yang di akhirat kelak masuk neraka lebih dahulu.

Telah kita katakan bahawa untuk mengenal sifat-sifat Allah adalah terbahagi kepada dua iaitu dalil ''aqli dan dalil naqli. Dalil ''aqli ialah dalil akal atau dalil yang berdasarkan logik atau mantik atau falsafah. Boleh juga kita katakan dalil ''aqli ini sebagai dalil yang berdasarkan ilmu pengetahuan. Manakala dalil naqli ialah dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Dalil-dalil ''aqli pula boleh kita bahagikan kepada dua iaitu dalil secara ijmali dan dalil secara tafsili. Dalil ijmali ialah dalil secara ringkas manakala dalil tafsili ialah dalil secara terperinci atau secara terhurai.

Adapun dalil 'aqli yang secara ijmali atau secara ringkas, kedudukannya adalah fardhu ain. Ertinya, setiap mukallaf adalah wajib mengenal sifat-sifat Allah melalui dalil-dalil akal secara ijmali atau secara ringkas. Ia tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada orang lain. Cuma yang perlu kita ingat ialah bahawa dalil-dalil akal secara ringkas ini tidak boleh membawa hujjah-hujjah kalau ada orang yang mendatangkan hujjah-hujjah kepada kita. Dan ia juga tidak boleh menolak perkara-perkara yang syubhat. Umpamanya, kalau ada nanti orang yang membawa ajaran-ajaran yang karut atau ajaran yang salah yang dicampur-adukkan dengan ajaran atau aqidah yang benar, kemudian diajukannya kepada kita serta ditanyakan kepada kita, ketika itu kita tidak ada daya upaya untuk menolaknya.

Kemudian yang dikatakan dalil akal secara tafsili ialah dalil-dali yang panjang lebar, dalil-dalil yang luas serta detail. Adapun dalil-dalil ''aqli secara detail ini, kedudukannya adalah fardhu kifayah. Ia tidak dituntut kepada setiap mukallaf untuk mengetahuinya. Ertinya, kalau ada satu kawasan yang sudah boleh kita lakukan sembahyang qasar yang kita ambil salah satu khilafiah jarak yang membolehkan sembahyang diqasar iaitu 48 batu, di dalam kawasan itu kalau ada seorang saja yang tahu dalil akal yang secara panjang lebar atau secara tafsili, maka dia telah melepaskan dosa setiap orang yang mukallaf di kawasan itu. Kalau sekiranya di dalam kawasan itu ada 50,000 orong penduduk dan terdapat seorang yang tahu tentang dalil akal secara tafsili tadi, maka semua 50,000 orang yang mukallaf itu terlepas dari dosa di bidang itu. Tetapi kalau sekiranya daripada 50,000 orang di kawasan itu tidak ada seorang pun yang tahu tentang dalil akal secara tafsili, maka selama belum adanya orang mengetahui, maka selama itu seluruh yang mukallaf di situ berdosa di bidang tersebut.

Dan begitu jugalah di dalam mendatangkan dalil naqli ke atas sifat-sifat Allah, kedudukannya juga adalah fardhu kitayah. Ia bukan fardhu ain. Jadi nampaknya dalam hal ini terdapaf kelonggaran dari Allah. Di dalam mendatangkan dalil ''aqli secara ijmali atau secara ringkas-ringkas, telah kita katakan yang kedudukannya adalah fardhu ain. Tetapi bagi dalil naqli iaitu dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah, dalil naqli secara ijmali pun tidak fardhu ain. Ia hanya fardhu kifayah.

Di sinilah rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat. Allah amat mengetahui yang semua yang Islam ini bukan tahu tentang bahasa Arab. Allah mengetahui yang orang yang masuk Islam bukan semuanya bangsa Arab. Bangsa yang tidak tahu bahasa Arab itu dinamakan 'ajam. Kita ini adalah termasuk golongan 'ajam kerana di dalam syarat hanya ada dua bangsa sahaja iaitu Arab dan 'ajam. Luar daripada bangsa Arab, itu dinamakan 'ajam. Dan bagi mereka yang 'ajam itu, Allah tahu yang mereka itu amat susah hendak mengetahui Al Quran dan Sunnah iaitu sudah menghafal hadis. Sebab itulah datang kemaafan dari Allah dan meletakkan dalil naqli walaupun secara ijmali sebagai fardhu kifayah saja.

Jadi tanggungjawab untuk mendatangkan dalil naqli ini terletak kepada berbahasa Arab sahaja, terutama orang Arab. Kerana Al Quran dan Hadis itu adalah bahasa mereka. Sebab itu bagi orang-orang Arab, semuanya boleh dikatakan berupaya menghuraikan Hadis dan Al Quran. Malah orang-orang Arab yang kaflr pun pandai tentang Al Quran dan Hadis.

Tetapi bagi orang-orang 'ajam seperti kita ini, memang susahlah hendak menghafal Hadis dan Al Quran. Kalau boleh pun dengan bahasa yang telor hingga hendak menyebut satu hadis atau ayat pun begitu teruk sekali. Tetapi Allah tahu tentang orang 'ajam yang bilangan mereka ini Iebih ramai lagi daripada orang Arab. Ini memang benar ker
di hari ini, Iebih ramai lagi orang 'ajam yang masuk Islam danpada orang Arab.

Ulama-ulama 'ajam adalah lebih ramai dan ulama-ulama Arab sendiri. Ulama-ulama Arab hanya sebanyak bilangan jari sahaja seperti Imam Syafie. Imam Ghazali adalah orang 'ajam, -bukan orang Arab. Imam Hanafi, bukan orang Arab. lmam Hambali juga bukan orang Arab. Begitu juga dengan ulama-ulama dari Afrika, Russia, Sepanyol dan lain-lainnya.

Bagaimanakah yang dikatakan dalil-dalil secara ijmali ke atas 20 sifat Allah S.W.T.? Katakanlah dalil secara ijmali ke atas sifat wujud bagi Allah S.W.T. Secara ijmali, dalil-dalil yang menunjukkan Allah itu wujud, memadailah dengan mengatakan bahawa buktinya ialah adanya makhluk dan alam ini. Semua langit dan bumi serta segala yang baharu ini adalah membuktikan bahawa adanya Tuhan yang mencipta.

Begitu juga, apakah dalil-dalil ijmali yang menunjukkan bahawa Allah itu bersifat qidam? Cukup dan memadai jugalah kalau kita buktikan sifat itu dengan menunjukkan kepada kejadian alam dan makhluk ini, kepada kejadian Iangit dan bumi dan lain-lainnya.

Seterusnya, begitulah dengan sifat-sifat yang lain bagi Allah S.W.T. Asal sekadar kita dapat memberikan dalil-dalil dan bukti yang secara ringkas demikian, maka pengenalan kita sudah dianggap sah. Oleh itu sedikit sebanyak kita diwajibkan mempelajari dalil-dalil itu supaya kita dapat memberikan hujjah-hujjah. Barulah kita tidak dihukum secara berdosa. Tetapi, kalau sekadar dalil yang seringkas itu pun kita tidak tahu, maka kita tetap berdosa. Kecualilah kalau mengikut kata sesuatu hinggakan hari ini dia belajar esok dia lupa atau baru sejam tadi dia mempelajari sifat Tuhan, tidak beberapa ketika lepas itu dia lupa. Namun dia terus juga berusaha unluk belajar. Orang yang semacam ini adalah dimaafkan oleh Allah S.W.T.

Tetapi kalau seseorang itu malas belajar serta tidak mahu hendak mempelajari dalil-dalil untuk mengenal Allah S.W.T. melalui sifat-sifat yang wajib bagi-Nya walaupun secara ijmali, maka orang yang bert'aqlid seperti itu tidak sah imannya. Kalau mati, dia masuk Neraka kekal abadi selama-Iamanya. lni adalah kerana dia mempunyai akal fikiran yang baik serta lain-lain pancainderanya baik cuma dia malas belajar dan tidak mahu Iangsung belajar.

Sedangkan perkara-perkara yang sulit-sulit, semua boleh diketahuinya. Apa yang ada di dalam bumi, apa yang ada di dalam lautan serta apa yang ada di dalam angkasa, semuaya dia tahu. Malah bila angin ribut akan datang, bila hendak berlakunya gerhana dan lain-Iainnya semua dia tahu. Dia juga tahu apa yang ada di dalam kayu, bagaimana perangai binatang, perangai ular, perangai katak dan sebagainya, semuanya diketahuinya yakni perkara-perkara yang sulit-sulit mengenai sains dan teknologi hafal di kepalanya.

Tetapi dengan Allah S.W.T. dia tidak kenal. Dia tidak tahu dalil-dalil dan bukti ke atas sifat-sifaf yang wajib bagi Allah S.W.T. walau pun secara ringkas-ringkas. Orang yang seperti ini tidak akan lepas tanggungjawabnya kepada Allah S.W.T.
Bagaimanakah yang dikatakan dalil-dalil naqli tentang sifat-sifat Allah S.W.T. seperti tentang sifat wujud bagi Allah, sifat qidam bagi Allah dan seterusnya? Di antaranya adalah seperti ayat-ayat yang maksudnya di bawah:

"Katalah (Wahai Muhammad) Allah itu Esa."

Dalam ayat yang lain Allah menerangkan dengan maksudnya:

"Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu buat."

Kemudian terang Allah lagi di dalam Al Quran, maksudnya;
"Allah itu maha mendengar lagi maha melihat."

Seterusnya di dalam ayat yang lain pula Allah berkata dengan maksudnya:
"Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui.

Dalam ayat lain pula, maksudnya:

"Allah itu tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan.

Seterusnya Allah berkata lagi di dalam ayat yang lain maksudnya:

"Kekal zat Allah S. W.T. lagi mulianya."

Dan berfirman Allah bagi, bermaksud:

"Dan adalah Allah itu ke atas setiap suatu itu berkuasa."

Kata-Nya lagi di dalam ayat yang lain, maksudnya:

"Dan Tuhanmu itu men jadikan apa yang Dia mahu dan apa yang Dia kehendaki."

Demikianlah beberapa sifat Al Quran yang menunjukkan dalil-dalil dan bukti ke atas sifat-sifat Allah S.W.T. DaliI-dalil demikian itulah yang dikatakan dalil naqli. Sumbernya adalah dari Al Quran. Pengetahuan sebegini mesti dimiliki oleh seorang di dalam satu kawasan musafatul qasar bagi melepaskan dosa penduduk-penduduk yang ada di dalam kawasan itu menanggung dosa

No comments:

Post a Comment