Klik dan lihat

Sunday, September 13, 2009

KEROSAKAN YANG DIRANCANG

Apabila kita melihat kemungkaran dan maksiat serta
kerosakan yang melanda dunia hari ini, negara-negara
umat Islam tidak terkecuali daripada turut menjadi mangsa.
Malah di sesetengah tempat dan negara kita dapati umat
Islamlah yang paling banyak terlibat dengan segala bentuk
gejala sosial hinggakan timbul pertanyaan, apakah tidak ada
sebarang pembelaan dan perlindungan dari Tuhan untuk umat
Islam?

Persoalannya ialah apakah perkara ini kebetulan ataupun
memang dirancang. Sejarah membuktikan bahawa sejak dari
zaman para rasul lagi, memang musuh-musuh Islam sentiasa
berusaha dan mencari jalan bagaimana untuk melemah dan
menghancurkan umat Islam. Di antara musuh-musuh Islam
yang di sebut oleh Tuhan di dalam Al-Quran ialah Yahudi dan
Nasrani. Firman Allah SWT:

"Tidak akan redha ke atas kamu orang-orang Yahudi
dan Nasrani hinggalah kamu mengikut jalan mereka."
(Surah Al-Baqarah: 120)

Kedatangan para rasul dan mujaddid juga sangat ditunggu-tunggu
oleh musuh terutama Yahudi. Para pendeta Yahudi
dan Nasrani telah membawa berita dari generasi ke generasi
tentang kedatangan wakil-wakil Tuhan ke muka bumi. Tujuannya
ialah supaya mereka bersiap sedia dan merancang untuk
memerangi orang-orang Tuhan di setiap zaman.

Mereka sedar bahawa kedatangan pemimpin-pemimpin
yang ditunjuk oleh Tuhan tidak boleh dihalang, kerana itu
adalah janji Tuhan. Tetapi mereka tidak berputus asa, malah
sentiasa berusaha merancang bagaimana untuk menutup
rahsia ini supaya manusia tidak tahu, mengganggu dan menghalang
manusia daripada menerima kebenaran yang dibawa
oleh para rasul dan mujaddid sepanjang zaman.

Begitu jugalah kepada bangsa Yahudi ini diberi satu kelebihan
oleh Tuhan iaitu mereka sangat cerdik akalnya dan
mampu melihat apa yang bakal berlaku ratusan tahun akan
datang. Ini tidak berlaku pada umat Islam hari ini di mana
nasib umat Islam di hari esok pun masih ramai yang tidak
mampu melihat.

Dalam misi mereka yang diperturun dari generasi ke generasi
untuk menghancurkan umat Islam, pihak musuh terutama
Yahudi sangat mengkaji tentang Islam. Di antara perkara yang
sangat di kaji ialah di mana kekuatan umat Islam, di mana
kelemahan mereka, dan bagaimana umat Islam boleh dirosakkan.

Mari kita ambil contoh apa yang berlaku di Turki. Turki pernah
mencatatkan sejarah kegemilangan Islam di bawah pemerintahan
Bani Usmaniah yang dipimpin oleh seorang sultan
yang bertaqwa iaitu Muhammad Al Fateh. Di zaman kegemilangannya,
Bani Usmaniah telah berjaya menakluki 29 buah
negara, termasuk negara-negara Eropah berada di bawah
jajahan takluknya.

Pada masa yang sama, pihak musuh walaupun mereka
lemah di waktu itu, tetapi mereka tidak duduk diam. Mereka
mengkaji dan merancang bagaimana untuk menghancurkan
kekuatan dan pengaruh Islam di Turki. Mereka juga sangat
mengkaji di manakah kekuatan sebenar umat Islam yang
menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan
mereka.

Hasil kajian mereka di dapati bahawa kekuatan utama yang
ada pada umat Islam di waktu itu ialah mereka dipimpin oleh
pemimpin yang dijanjikan iaitu Sultan Muhammad Al Fateh.
Ini berdasarkan Hadis Rasulullah yang memberitahu bahawa
Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin
yang baik dan tentera yang baik. Maka apabila Muhammad
Al Fateh berjaya memenuhi ciri-ciri tersebut maka berlakulah
kemenangan di tangannya sepertimana yang disebut
oleh Rasulullah itu.

Apakah kekuatan yang ada pada Muhammad Al Fateh
sehingga berjaya menawan Konstantinopel? Muhammad Al
Fateh adalah putera seorang raja Turki yang bernama Sultan
Murad. Dari kecil lagi beliau dididik di rumahnya oleh Samsuddin
Al Wali, seorang ulama sufi dan waliullah yang sangat
masyhur di Turki di waktu itu. Ketika berumur 20 tahun,
Muhammad Al Fateh telah menjadi seorang ahli sufi. Tiada
siapa dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi
dan akhirnya dapat menawan dan mengislamkan Konstantinopel
pada usia 23 tahun.

Konstantinopel jatuh setelah 600 tahun Rasulullah bersabda
mengenainya. Kejayaan Muhammad Al Fateh adalah apabila
beliau berjaya mendapat bantuan Allah kerana ketaqwaannya
serta ketaqwaan tenteranya. Beliau telah berusaha memenuhi
ciri-ciri yang disebut oleh Rasulullah iaitu Konstantinopel akan
berjaya ditawan apabila rajanya ialah sebaik-baik raja, tenteranya
adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah
sebaik-baik rakyat. Baik yang dimaksudkan di sini ialah hingga
ke tahap taqwa yang tinggi kepada Tuhan.

Sejarah telah menceritakan kepada kita bagaimana Muhammad
Al Fateh sebelum menghantar tenteranya ke medan
perang akan memeriksa terlebih dahulu siapakah di kalangan
mereka yang tidak sembahyang malam. Jika ada yang cuai
sembahyang malam maka tidak akan dibenarkan menyertai
perbarisan ke medan perang kerana dikhuatiri tidak akan mendapat
bantuan Tuhan. Begitulah sekali seriusnya Muhammad
Al Fateh dalam mendidik dan memimpin tenteranya bagi memastikan
bantuan Tuhan berlaku hingga akhirnya tercapailah
kemenangan yang sangat bersejarah itu.

Apabila raja, tentera dan rakyat sesebuah negara itu ber-
taqwa maka akan datanglah bantuan Tuhan dari sumber yang
tidak terduga. Sepertimana yang berlaku pada Muhammad
Al Fateh dan tenteranya, di zaman itu tidak ada siapa yang
menduga seorang anak muda bersama tenteranya yang sedikit
dapat mengalahkan Rom dan akhirnya mengislamkannya. Hal
ini sangat memeranjatkan dunia termasuk ulama yang sezaman
dengannya.

Rahsia kemenangan dan kekuatan umat Islam itu rupanya
sangat menjadi perhatian musuh terutama Yahudi. Mereka
merancang bagaimana untuk melumpuhkan kekuatan umat
Islam yang sangat bersandar kepada kekuatan dalaman iaitu
iman dan taqwa. Mereka menunggu beberapa tahun hingga
umat Islam sudah agak lalai, lalu mereka jalankan rancangan
mereka untuk merosakkan umat Islam.

Apa yang mereka lakukan sungguh halus dan licik hingga
tidak mampu dikesan oleh umat Islam di waktu itu. Mereka
mulakan dengan mencari jalan untuk merosakkan keturunan
umat Islam. Memang di dalam Islam pun diakui bahawa antara
faktor tersirat yang menjadi punca kejahatan seseorang
ialah kerana keturunan yang telah rosak seperti keturunan
zina. Betapalah kalau tidak dididik, keturunan yang rosak akan
menjadi lebih jahat lagi.

Oleh sebab itulah Yahudi menaja berbagai bentuk maksiat
untuk merosakkan keturunan manusia bermula daripada pergaulan
bebas yang akhirnya akan membawa kepada zina. Begitu
juga gejala lesbian dan homoseks yang sangat merosakkan
keturunan umat Islam.

Apabila umat telah rosak, timbullah perpecahan, hilang
perpaduan, hilang malu dan maksiat berlaku di mana-mana.
Akhirnya sedikit demi sedikit akhlak umat Islam menuju kejatuhan
dan kehancuran sama ada secara sedar ataupun tidak.
Sebab itulah di antara budaya bangsa Yahudi yang memeranjatkan,
kalaulah ada orang Islam yang bermusafir dan
menumpang tidur di rumahnya, dia akan menyuruh anak
gadisnya tidur dengan orang itu. Akhirnya apabila berlaku
penzinaan dan bila lahir anak zina, anak itu juga akan disuruh
berzina dan diatur untuk dikahwinkan dengan anak zina juga.

Hal ini akan berlaku secara berterusan dan akhirnya akan
bercampuraduklah keturunan zina dengan keturunan yang
berslh, dan apabila majoriti masyarakat terdiri daripada orang
yang telah rosak keturunannya maka mudahlah mereka
diperkotak-katikkan oleh Yahudi.

Sejarah perancangan jahat Yahudi untuk merosakkan umat
Islam ini berlaku sejak zaman Rasulullah dan para Sahabat
lagi. Di zaman pemerintahan Sayidina Umar, anak lelakinya
pernah di perangkap tidur di rumah seorang Yahudi. Tanpa
disedari dia telah diberi minum arak. Sewaktu anak Sayidina
Umar berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar, Yahudi
tersebut telah mengarahkan anak gadisnya supaya tidur
dengan anak Sayidina Umar. Berlakulah penzinaan hingga
menyebabkan anak gadis Yahudi itu mengandung.

Setahun selepas itu setelah melahirkan anak, perempuan
Yahudi itu telah membawa bayinya berjumpa dengan Sayidina
Umar r.a. lalu berkata, "Inilah cucumu hasil daripada perhubungan
luar nikah aku dengan anakmu."

Sayidina Umar r.a. lalu memanggil anaknya dan dihukum
sebat hingga mengakibatkan dia mati. Begitulah sekali licik
dan jahatnya perancangan Yahudi dalam hendak merosakkan
umat Islam.

Begitulah juga untuk merosakkan Turki, mereka telah merancang
selama lebih 300 tahun, bagaimana hendak menghancurkan
umat Islam Turki. Mereka telah mengkaji dan faham
di mana kelemahan umat Islam Turki. Mereka pun mengusahakan
agar lahir sebanyak-banyaknya anak zina. Anak-anak
itu kemudian dipisahkan daripada ibu bapa mereka. Kemudian
Yahudilah yang me'monitor' anak-anak itu, merekalah
yang menjadi master plannerya. Anak-anak hasil zina itu diusahakan
pula supaya berzina dengan orang lain.

Begitulah diusahakan secara sambung-menyambung sehingga
akhirnya lahirlah Mustafa Kamal Ataturk, seorang
manusia yang tidak diketahui siapa ibu bapanya. Dia diasuh,
dididik dan di'monitor' oleh Yahudi dan diusahakan hingga
akhirnya menjadi seorang pemimpin yang sangat kejam, zalim
dan sangat menentang Islam.

Dia memulakan pemerintahan kuku besinya dengan menyembelih
para ulama. Sedikit demi sedikit, Turki yang
asalnya sebuah empayar Islam yang sangat kuat akhirnya telah
berjaya dicorak oleh Yahudi hingga menjadi sebuah kerajaan
sekular yang sangat menentang kebangkitan Islam.

Begitulah hasil perancangan Yahudi yang memakan masa
ratusan tahun, tetapi dibuat dengan begitu licik dan terancang
hinggakan apabila umat Islam tersedar, ia sudah terlambat.
Kerosakan sudah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi malangnya,
masih ramai umat Islam yang belum menyedari faktor
tersirat ini lalu tidak berhati-hati dalam berhadapan dengan
perangkap Yahudi.

Perancangan ini sebenarnya bukan terhenti di Turki sahaja
tetapi dilakukan juga di negara-negara dari generasi ke generasi
hinggalah ke hari ini. Selagi ada umat Islam di muka bumi
ini selagi itulah Yahudi tidak akan berdiam diri dan akan terus
mengusahakan kehancuran umat Islam.

Pernah terjadi di Paris, Yahudi sanggup mengirimkan anak-anak
gadis mereka untuk tidur selama setahun dengan rakyat
Iraq yang sedang berlatih di sana untuk mendapatkan maklumat
tentang kekuatan senjata nuklear di Iraq. Bukan sekadar
itu sahaja, tetapi mereka juga berjaya mencatur wanita-wanita
Yahudi mengahwini pemimpin-pemimpin penting di negara-negara
Arab yang menjadi sasaran mereka. Begitu mudah
sekali umat Islam yang telah lemah imannya termasuk ke dalam
perangkap Yahudi.

No comments:

Post a Comment