Klik dan lihat

Wednesday, September 2, 2009

sedikit lagi imbasan sejarah

Pejuang kemerdekaan sebenar

Antaranya ialah Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Shamsiah Fakeh, Dr. Buhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Baqir. Mereka memimpin pertubuhan-pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin (Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi pertama).

Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun.

Berikutan pengisytiharan darurat pada 20 Jun 1948 (British telah mengharamkan parti-parti politik yang keras menentang mereka) ruang telah terbuka luas kepada UMNO, MCA dan MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambanthan melanjutkan tuntutan kemerdekaan.

Pihak Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kerana mereka sanggup bekerjasama, berkompromi dan menjaga kepentingan ekonomi penjajah.(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi kedua).

Begitu juga sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga berperanan dalam menuntut kemerdekaan sejak mula ia ditubuhkan (Mei 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan; merupakan parti politik pertama di Tanah Melayu yang sudah ada jaringan antarabangsa dengan kehadiran Ho Chi Minh dari Vietnam pada tarikh penubuhannya).

Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.

Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan.

Tidak dinafikan mereka berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk satu bentuk penjajahan baru dengan doktrin komunisme untuk menubuhkan sebuah negara komunis (yang sama sekali ditolak masyarakat Melayu dan Islam) tetapi, usahasama dan gandingan perjuangan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah wajarkah dinafikan.

Tiada siapa yang seharusnya menafikan peranan Tunku dan Umno untuk akhirnya mendapatkan kemerdekaan dari kerajaan Inggeris menerusi perundingan. Memang salah jika ada pihak yang mengatakan mereka tidak memberikan sumbangan sama sekali.

Tetapi sebaliknya, salah juga jika kita tidak mengiktiraf sama sekali peranan dan sumbangan oleh golongan-golongan lain, termasuk golongan ulama, bangsawan tradisional dan tokoh serta pertubuhan 'kiri' yang disebut tadi.

Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan Negara ini amat penting demi menjamin keadilan dan kebenaran fakta sejarah kemerdekaan keseluruhannya. Ini kerana kita tidak mahu "The victor writes history, the loser writes poetry"(Yang juara menulis sejarah, yang kalah menulis sajak)

3 comments:

  1. Itulah dia, Melayu yang tidak pernah bersyukur.

    Senang diperkuda dan diperlembukan oleh bangsa pendatang ini.

    Sedih dengan Melayu Penderhaka.

    ReplyDelete
  2. bukan melayu tetapi UMNO mudah lupa

    ReplyDelete