Klik dan lihat

Saturday, September 5, 2009

Sepertimana Zambry,Saya akan cabar speaker-Gobind

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyaksikan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dibenarkan sama sekali untuk bersuara apatah lagi membela diri apabila usul yang menyebabkan dirinya digantung sebagai ahli parlimen dibentangkan.
TV Antara menghubungi talian telefon bimbit beliau untuk mendapatkan kepastian, mengapa keadaan menjadi sedemikian rupa, dan ini reaksi spontan beliau.

" Ya, apabila mereka bawa usul itu, semasa usul itu dibincangkan di parlimen, saya tidak diberikan hak untuk bercakap. Itu yang kita kata salah. Barisan Nasional macam itu lah. Tak nak bagi kita cakap sebab dia tahu, kalau saya cakap, memang saya akan buktikan" .

Pada 23 April lalu, Gobind telah memfailkan kes penggantungannya ke mahkamah dan mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Gobind sebelum ini dikatakan dengan lantangnya menyebut dalam Dewan Rakyat menyatakan penglibatan Datuk Seri Najib Razak yang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, terlibat dalam pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Dalam persidangan 12 Mac itu, Gobind diminta memohon maaf namun beliau enggan berbuat demikian kerana yakin dengan apa yang dikatakannya.

Dengan itu, speaker Dewan Rakyat, Tan sri Pandikar Amin Mulia memutuskan untuk menggantung Ahli Parlimen Puchong itu tanpa memberi peluang kepada beliau membela diri.

Gobind digantung selama setahun dan keistimewaanya sebagai ahli parlimen dibekukan. Elaun beliau sebagai ahli parlimen serta pembiayaan perubatan juga dibekukan dalam tempoh itu.

Demi mempertahankan haknya, Gobind yang diwakili oleh peguam handalan Karpal Singh mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan sri Pandikar Amin Mulia di Mahkamah Tinggi semalam.

Gobind dalam hujahnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa membatalkan penggantungan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir seperti yang diarahkan Speaker V. Sivakumar, maka keputusan ke atasnya juga boleh dipertikaikan.

Lantaran tindakan Mahkamah Persekutuan itu, mereka juga boleh "menggulingkan" keputusan Dewan Rakyat. Karpal juga menyifatkan, Mahkamah Persekutuan lah yang membuka ruang dan mereka hanya mengikut perundangan yang telah dijalankan sebelumnya.

Dalam satu temubual yang lain, Pakar Undang-Undang Perlembagaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau tidak terkejut dengan perkembangan ini.

Aziz berkata ramalannya bahawa tindakan Umno-BN mengheret mahkamah dalam urusan legislatif Perak akan menghasilkan lebih banyak kes dari penyelesaian sepertimana yang dapat dilihat dalam hal Gobind ini.

Umno telah menyebabkan mahkamah meletakkan ketetapan bahawa kuasa Speaker boleh dicabar dan dibatalkan, maka rayuan Gobind untuk mencabar keputusan Speaker Parlimen juga harus diterima.

“Dalam kes Gobind tiada beza dalam keadaan yang berlaku di Perak, Peguam Negara berhujah tindakan speaker dan tidak boleh dipersoal tetapi mengapa di peringkat persekutuan dan negeri tiba-tiba lain.

“Sedangkan undang-undangnya sama sepatutnya di Perak dan Kuala Lumpur sama sahaja. Saya tidak suka menyebut ini tetapi sudah orang sebutkan satu undang-undang untuk Umno-BN satu undang-undang untuk orang lain. Maknanya undang-undang BN semua menguntungkan dia,” katanya.

No comments:

Post a Comment