Klik dan lihat

Thursday, September 3, 2009

SPR Jangan Pandai-pandai Buat Keputusan Sendiri - Prof. Aziz Bari


"SPR sebenarnya tiada kuasa untuk menentukan kekosongan DUN Kota Siputeh,"tegas Profesor Dr. Abd Aziz Bari,Seorang pensyarah undang-undang di UIA.Sebaliknya SPR perlulah bertindak mengikut notis yang dikeluarkan oleh Speaker Kedah.

Tindakan SPR mengistiharkan tiada kekosongan di DUN Kota Siputeh tidak langsung mengikut undang-undang,kerana arahan mengosongkan DUN berlandaskan Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Sepatutunya SPR mengambil tindakan berdasarkan maklumat daripada Speaker Dewan Datuk Dr. Abdul Isa Ismail,dan bukannya pandai-pandai membuat keputusan sendiri,kerana bila masa SPR boleh mentafsir? tanya beliau lagi.

Beliau sangat bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Azizan Razak untuk membawa kes ini ke mahkamah,cuma kita bimbang nanti keputusannya sama dengan keputusan yang berlaku di Perak,apabila ada tangan-tangan ghaib yang mencampuri urusan mahkamah.

Tambah beliau lagi," Perlembagaan Negeri itu sudah jelas tanpa perlu sebarang keputusan daripada SPR,dan di sini kita dapat lihat bahawa keputusan SPR itu tidak betul sama sekali."

2 comments:

  1. nampak sangat..cover-cover laaa sikit..

    sebab tu dalam cerita ali baba bujang lapuk.. ibrahim pendek bukak dadu 3 kali aje..sebabnya
    makin lama makin orang tahu taktik si penipu

    ReplyDelete
  2. bodoh punya UMNO..gila kuasa..

    tunggu laaa pru-13 nanti..akan ku pastikan kesemua keturunan aku takkan memangkah UMNO..
    kalau ada nahas mereka..

    ReplyDelete