Klik dan lihat

Tuesday, October 6, 2009

Di sebalik UMNO adalah pejuang islam bagi pemikir yang lurus

UMNO adalah pejuang islam

PR mengamalkan rasuah sebab tu mereka kaya raya.tak seperti pemimpin UMNO yang miskin dan papa kedana tahap hina dan dina.

UMNO tak pernah amalkan rasuah UMNO cuma amal politik wang.politik wang hukum dia harus sebab pemimpin umno kata dalam berpolitik mesti guna wang.mana ada politik tak guna wang

politik wang bukan masalah jenayah tetapi masalah teknikal.oleh itu SPRM tak boleh campur tangan dalam urusan mana-mana parti.saya syorkan akta sprm dipinda kerana dalam akta yg baru itu politik wang diklafikasikan sebagai rasuah.bercanggah dengan kenyataan yang mulia datuk najib.

jika tidak dipinda kesannya adalah seperti berikut:

Seorang Naib Ketua UMNO Bahagian di Perak dan dua ahli UMNO di Melaka dan Pahang akan didakwa di mahkamah Khamis ini oleh Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia kerana sogok wang masa pemilihan bahagian baru-baru ini.Naib Ketua UMNO Bahagian itu didakwa sogok RM300 manakala dua ahli UMNO sogok RM200 untuk undi calon Ketua bahagian. Menurut satu kenyataan SPRM hari ini ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.- 20/1/2009
..............................................ADAKAH INI MASALAH TEKNIKAL JUGA.KENAPA PERLU MEREKA DIDAKWA DIMAHKAMAH KENAPA TIDAK DI AMBIL TINDAKAN OLEH LEMBAGA DISIPLIN PARTI SAHAJA.MEREKA BUKAN PERASUAH MEREKA CUMA MENGAMALKAN POLITIK WANG.POLITIK WANG HALAL RASUAH HARAM


saya ingin meminta maaf kerana selama ini saya tidak nampak kebaikan dan keuntungan menyokong UMNO.Hari ini saya telah sedar.Oleh itu hari ini marilah kita beramai-ramai mengamalkan derma wang(rasuah yang ditukar istilah) bagi kepentingan diri kita sendiri.marilah kita mengaut keuntungan walau apa cara sekalipun dengan berpandukan sistem kapitalis iaitu kebebasan dalam sesuatu urusan tanpa mengira soal moral dan ketidak adilan sosial.

sekiranya UMNO ingin memenangi pru 13 nanti kami akan menubuhkan satu task force peminta politik wang pilihanraya..iaitu satu undi bagi setiap ahli kami akan ditetapkan nilai mengikut nilai pasaran calon tersebut.

kami meminta jasa baik mufti dan majlis fatwa mengeluarkan hukum harus bagi politik wang pilihanraya sejajar dengan masalah politik wang yang melanda UMNO.ini adalah konsep 1malaysian yang sebenar iaitu pencapaian diutamakan rakyat didahulukan..hidup najib..

jika pemimpin boleh rakyat pasti boleh..sekian -faizal yang sudah insaf dan baru memahami erti islam UMNO yang sebenar.

No comments:

Post a Comment