Klik dan lihat

Friday, October 9, 2009

ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kedudukan Islam di dalam kerangka perundangan Malaysia sudah dibahaskan seawal zaman pra-merdeka. Kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu bukan sahaja membawa pedagang dan muballigh Kristian, tetapi juga para hakim yang bertanggungjawab mengubah landskap perundangan sedia ada. Kebanyakkan negeri-negeri Melayu ketika itu telah sedia melaksanakan hukum syarak ke atas orang Islam secara berdaulat dan mutlak sebelum dijajah dan kemudiannya disekat kepada perkara yang berkaitan dengan undang-undang keluarga, hartanah dan perwarisan sahaja.



Sikap yang diambil oleh hakim-hakim Inggeris ini terhadap aplikasi undang-undang Islam berbeza dari satu kes kepada kes yang lain. Mahkamah di dalam kes Ramah lawan Laton (1927) umpamanya memutuskan undang-undang Islam berkaitan pewarisan harus digunapakai bagi memutuskan perebutan harta yang melibatkan isteri si mati. Begitu juga di dalam kes Shaik Abdul Latif lawan Shaik Elias Bux. Isu utama dalam kes ini berkaitan undang-undang manakah yang harus digunapakai bagi menentukan kesahihan wasiat yang dibuat oleh si mati. Mahkamah memutuskan undang-undang Islam harus digunapakai bagi menentukan kesahihan wasiat tersebut.

Walaubagaimanapun, pendekatan sebegini tidak bersifat menyeluruh. Undang-undang Islam diberikan haknya pada satu masa dan dinafikan pada suatu masa yang lain. Keadaan ini berterusan sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan mempunyai Perlembagaannya sendiri. Aplikasi undang-undang Islam (walaupun hanya terhad kepada perkara tertentu) dilihat lebih stabil dan konsisten. Keadaan ini bertambah baik dengan pindaan perlembagaan pada Perkara 121 dengan memasukkan Klausa 1(A) yang meletakkan Mahkamah Syariah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Mahkamah Sivil. Sehinggalah pindaan ini dibuat, Mahkamah Syariah bersifat kelas kedua dan keputusanya boleh dicabar di Mahkamah Sivil dan bukan sebaliknya.



Semenjak kewujudan perlembagaan Malaysia, polemik berkaitan kedudukan Islam bertitik tolak dari pemahaman dan penafsiran Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyebut: “Islam merupakan agama rasmi persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni”.



Peruntukan seumpama ini dimasukkan buat pertama kali di dalam Perlembagaan Negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar. Seterusnya ia dicadang dan dipersetujui untuk dimasukkan ke dalam draf perlembagaan Malaysia bersama dengan jaminan kebebasan beragama kepada rakyat yang beragama lain.

Penafsiran popular terhadap Islam sebagai agama rasmi dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia mengatakan perkataan Islam adalah terhad kepada perkara yang bersifat ritual dan keramaian. Ia tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bahkan ia kekal dengan sifatnya sebagai sebuah negara sekular. Penafsiran ini berdasarkan kepada beberapa sandaran.

Pertama: Kertas Putih kepada Draf Perlembagaan Malaysia menyebut:“….di sana telah dimasukkan peruntukan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia. Peruntukan ini walaubagaimanapun, sama sekali tidak menjejaskan sifat sekular persekutuan…”.

Kedua: Kenyatan daripada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman di dalam Parlimen Malaysia yang menyebut:

“….saya ingin menjelaskan di sini bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam seperti yang difahami oleh kebanyakkan, kita hanya memasukkan perkataan Islam di dalam perlembagaan dengan maksud ianya sekadar agama rasmi persekutuan…”

Ketiga: Mahkamah di dalam beberapa kes telah membuat ketetapan berhubung penafsiran maksud Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Di dalam kes Che Omar bin Che Soh lawan Pendakwa Raya umpamanya, mahkamah tidak berganjak dari memberi mafhum yang sempit kepada perkataan Islam di dalam perlembagaan. Perayu di dalam kes ini mencabar di mahkamah kesahihan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya berdasarkan kepada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Perayu mendakwa, memandangkan Islam sebagai agama persekutuan, maka hukuman mati yang dijatuhkan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia kerana hukuman gantung tidak termasuk di dalam mana-mana hukuman Islam.

Walaubagaimanapun Hakim Tun Salleh Abbas di dalam penghakimannya menolak penghujahan ini dengan katanya:

“...di sana tidak ada keraguan bahawasanya Islam bukan sekadar agama yang berkaitan dengan perkara ritual, bahkan ia sebuah agama yang merangkumi cara hidup yang merangkumi soal politik, undang-undang, ekonomi, akhlak, sosial dan sebagainya. Cuma persoalanya di sini, adakah Islam yang sebegini yang difahami oleh penggubal Perlembagaan Malaysia ketika memasukkan perkataan Islam di dalam perlembagaan? Maka menurut pandangan saya, berdasarkan kepada pertimbangan sejarah perundangan Malaysia, Islam yang difahami oleh penggubal perlembagaan, bukan Islam yang kita fahami, sebaliknya Islam yang difahami oleh mereka ketika memasukkan Islam sebagai agama rasmi adalah Islam yang memisahkan soal agama dan politik. Sekiranya Islam yang difahami oleh penggubal perlembagaan sebagai Islam yang lengkap dan syumul, pastinya di sana akan terdapat peruntukan khusus di dalam Perlembagaan Malaysia yang menyebut, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Islam akan terbatal dengan sendiri...”

Penafsiran yang sama juga dapat dilihat di dalam kes Hajjah Halimatussaadiah lawan Perkhidmatan Awam. Dalam kes ini Plaitif merupakan seorang kerani di pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak memakai purdah di waktu pejabat. Pemakaian purdah itu dikatakan bercanggah dengan surat pekeliling yang berbunyi “ apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai sewaktu bekerja”.

Mahkamah memutuskan, dalam kontek Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan tidak membenarkan sebarang tindakan yang menjejaskan ketenteraman awam. Larangan terhadap seseorang pegawai awam wanita untuk memakai pakaian yang menutup aurat semasa bekerja tidak menjejaskan hak perlembagaan beliau untuk mengamalkan agama Islam.

Hakim Mohd Noor Abdullah di dalam kes Meor Atiqulrahman bin Ishak lawan Fatimah bt Sihi memperlihatkan suatu pembaharuan berani yang sangat positif. Pendekatan yang diambil memberi perspektif baru kepada penafsiran Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.. Kalimah Islam diberikan penafsiran yang lebih luas, lunak dan Islamik. Didalam kes ini perayu merupakan adik-beradik yang dibuang oleh pihak sekolah akibat kesalahan memakai serban. Memakai serban semasa sesi persekolahan dianggap bertentangan dengan peraturan pakaian seragam Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Bandar Baru Serting Negeri Sembilan. Perayu merayu perintah mahkamah untuk mengisytiharkan pembuangan sekolah itu tidak sah dan terbatal serta mereka hendaklah diterima semula belajar di sekolah itu.

Semasa penghakimannya, Hakim Mohd Noor Abdullah menyebut:

“..Islam sebagai ad-deen merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia dari lahir sehingga mati, dari bangun pagi hingga ke tidur malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Islam di dalam Perlembagaan Malaysia bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk bergandingan bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas , ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran.

Walaupun kes yang berkaitan dengan penafsiran Islam sudah beberapa kali diputuskan oleh mahkamah, Hakim Mohd Noor dengan berani memilih untuk tidak terikat dengan keputusan sebelumnya yang memberi pengertian sempit kepada perkataan Islam di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Beliau memetik kata-kata Raja Azlan di dalam kes Dato Menteri Othman bin Baginda lawan Dato Ombi Syed Alwi Syed Idrus di mana beliau menyebut:

“…di dalam menafsir peruntukan perlembagaan dua perkara perlu diingat. Pertama, keputusan duluan hendaklah memainkan peranan yang minima. Kedua, perlembagaan mesti dilihat sebagai suatu dokumen yang hidup dan peruntukannya perlu diberi maknanya yang luas bukannya sempit”.

Berpandukan kepada kata-kata ini, beliau membuat kesimpulan dengan menyebut “…..adalah suatu penghinaan kepada Raja-raja Melayu yang mendesak dimasukkan ‘the Muslim or Islamic faith to be the established religion of the federation’ sekiranya perjuangan itu sekadar ‘menelurkan’ ‘Islamic rituals and ceremonies’ sahaja dan bukan ad deen as a complete way of life…’. Beliau menutup penghakiman dengan menyebut ”masalah ini timbul kerana orang Melayu takut kepada bahasa Melayu dan orang Islam takut pada Islam. Mereka bertindak atas apa kata orang bukannya atas apa kata diri sendiri.”

Secara kesimpulannya, kita boleh mengatakan dilalah yang terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia berhubung kedudukan Islam bersifat zonni bukannya qot’ie. Ini kerana perlembagaan tidak menyebut dengan jelas dan peruntukan sedia ada boleh menerima pelbagai penafsiran. Oleh yang demikian, tokoh perundangan Malaysia Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim menekan kepentingan untuk melihat Perlembagaan Malaysia melalui perspektif positif dalam konteks perlaksanaan Islam di Malaysia. Adalah tidak bijak menurut beliau untuk kita selamanya mengambil pendekatan negatif yang sering melabel dan melihat Perlembagaan Malaysia sebagai sekular. Ini kerana kebanyakkan peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia bersifat anjal dan boleh dilenturkan mengikut kehendak perundangan Islam.

Sebagai contoh, Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan perlembagaan sebagai undang tertinggi negara dilihat menjadi cabaran kepada perlaksanaan syariat Islam di Malaysia. Sekiranya di cermati Perkara 4 ini, kita akan mendapati peruntukan ini menyebut mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka undang-undang tersebut terbatal dengan sendirinya.

Maka menurut Prof Ahmad Ibrahim, undang-undang Islam tidak termasuk di dalam ruang lingkup peruntukan dengan dua alasan.

Pertama, yang dimaksudkan undang-undang di dalam Perkara 4 merupakan undang-undang yang diistilahkan sebagai undang-undang bertulis. Undang-undang bertulis merujuk kepada undang-undang ciptaan manusia yang diluluskan di parlimen. Justeru, undang-undang Islam tidak termasuk didalam pengertian ini kerana ia merupakan syariat yang diturunkan oleh Allah s.a.w dan bersih dari campuran aqal manusia.

Kedua, undang-undang yang dimaksudkan di dalam Perkara 4 juga merujuk kepada undang-undang yang diluluskan selepas merdeka. Ini sekali lagi mengeluarkan undang-undang Islam kerana ia tidak diluluskan selepas merdeka bahkan diluluskan oleh Allah s.w.t semenjak dari awal kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mungkin akan ada yang berhujah bahawa undang-undang Islam tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Malaysia kerana Perkara 160 tidak memasukkan undang-undang Islam sebagai sebahagian daripada undang-undang yang diiktiraf. Maka sekali lagi Perkara 160 perlu dicermati. Perkara 160 tidak menyenaraikan dengan terperinci tentang apakah yang dikatakan undang-undang Malaysia sebaliknya menggunakan perkataan “undang-undang Malaysia termasuklah…..”. Perkataan “termasuklah” menunjukkan senarai undang-undang yang dinyatakan tidak bersifat “exhaustive” (penghabisan) sebaliknya memasukkan undang-undang lain yang tidak dinyatakan didalam Perkara 4 Perlembagaan Malaysia. Undang-undang yang tidak dinyatakan disini termasuklah Undang-Undang Islam.

Di sana terdapat pelbagai jalan keluar kepada setiap peruntukan yang dianggap sebagai menghalang perlaksanaan syariat Islam di Malaysia. Ruangan yang ada tidak mengizinkan untuk dibentangkan kesemuanya. Cukuplah sekadar dua contoh utama yang dinyatakan oleh Prof Ahmad Ibrahim sebagai gambaran betapa sikap positif terhadap Perlembagaan Malaysia menatijahkan jalan keluar kepada kekangan yang ada. Maka dalam konteks ini, selain dari kehendak politik, sikap para pengamal undang-undang amat mustahak dalam menentukan perlaksanaan syariat Islam dalam kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai suatu yang boleh dilaksanakan.

1 comment:

  1. Daerah Mayoritas Islam, Non-Islam Damai

    Demikian juga dengan orang Islam. Menurut mereka, Islam adalah agama damai. Bahkan mereka mengatakan, " Di daerah mayoritas Muslim, orang-orang non-Muslim aman-aman saja. " Sementara yang lain berkata, " Lingkungan di tempat tinggal kami ada berbagai agama. Kami bergaul dan hidup bersama dengan rukun dan damai. " Artinya, orang-orang disekitar kami cinta damai. "

    Dari pengalaman kami di Indonesia, di daerah dimana ada mayoritas Kristen atau Hindu, orang Islam juga mengaku hidup cukup rukun dan damai. Memang inilah salah satu ciri khas masyarakat Indonesia, berbagai suku dan agama tetapi dapat hidup rukun dan damai.
    Mengapa Non-Islam Menilai Islam Anti-Damai?

    Sebenarnya kami ingin sekali percaya bahwa Islam benar-benar agama yang cinta damai. Namun hingga kini masih sering muncul sebuah pertanyaan yang cukup mengganggu pikiran, " Benarkah agama Islam mencintai perdamaian? "

    Tidak dapat dipungkiri, ada ajaran agama Islam yang cenderung meyakinkan, bahwa Islam tidak menekankan damai dengan orang lain. Ajaran-ajaran ini ditekankan oleh sebagian umat Muslim. Jujur, nurani non-Islam terusik pada kenyataan bahwa banyak terdapat ayat Al-Quran yang memerintahkan Muslim memerangi non-Muslim.

    Ayat-Ayat Al-Quran yang Memberi Kesan Islam Tidak Suka Damai

    "Dan bunuhlah mereka (orang-orang kafir) dimana saja kamu jumpai mereka . . . . " (Qs 2:191).

    "Maka berperanglah kamu pada jalan Allah . . . Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). . . . ." (Qs. 4:84).

    "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah . . . . dan tidak beragama dengan agama yang benar (Islam)....." (Qs. 9:29).

    " Apabila sudah habis bulan-bulan Haram maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana saja kamu jumpai mereka . . . . . " (Qs 9:5).

    ". . . berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. . . . . ." (Qs. 9:73).
    Benarkah Agama Islam Mencintai Damai?

    Pakar Islam berusaha menjelaskan ayat ini supaya tidak kelihatan anti-damai. Namun ayat-ayat di atas jelas tidak menekankan damai. Sering orang-orang Islam tertentu mempergunakan ayat-ayat ini untuk membenarkan penganiayaan dan pembunuhan terhadap penganut agama lain.

    Ketika saya membaca ayat-ayat tentang "Jihad" dalam kitab umat Islam, pasti muncul pertanyaan, "Benarkah agama Islam mengajarkan damai?"

    Bila melihat ayat-ayat di atas, sebagai seorang Muslim, bagaimana pandangan Pembaca mengenai ajaran Islam tentang cinta damai?
    Injil Mengemukakan Damai Antara Manusia

    Menurut nabi orang Islam, orang Kristen memiliki rasa santun dan kasih. ". . . . Kami jadikan dalam hati orang yang mengikutinya [pengikut-pengikut Isa Al-Masih] rasa santun dan kasih sayang" (Qs 57:27).

    Jelas tidak semua orang Kristen demikian. Namun ajaran pokok Injil adalah ajaran damai dan kasih. Tidak ada ajaran perang. Pelajarilah ayat-ayat suci Injil berikut:

    "Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu" (Injil, Rasul Besar Matius 5:44).

    "Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri" (Injil, Rasul Besar matius 22:39).

    "Kasihilah musuhmu, berbuatlah baik kepada orang yang membenci kamu; minta berkat bagi orang yang mengutuk kamu; berdoalah bagi orang yang mencaci kamu" (Injil, Rasul Lukas 6:27).

    "Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua orang" (Injil, Surat Roma 12:17).

    Kita perlu bertanya pada diri kita, "Adakah ajaran di dunia ini yang mengajarkan damai seperti yang diajarkan Isa Al-Masih?"
    Cara Memiliki Damai Ilahi di Hati

    Seseorang yang ingin hidup damai dengan orang lain, perlu terlebih dahulu berdamai dengan Allah. Isa Al-Masih ingin memberi damai pada saudara.

    "Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Kuberikan kepadamu, dan apa yang Kuberikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu" (Injil, Rasul Besar Yohanes 14:27).

    ReplyDelete