Klik dan lihat

Tuesday, October 6, 2009

kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel

Harakahdaily
Tue | Oct 06, 09 | 11:54:59 am MYT
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Bekas Presiden Tranparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low dicadangkan menyertai parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk membolehkan beliau perjuangkan ketelusan dengan lebih bermakna lagI

Cadangan ini dibuat oleh anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali selepas Paul meletakkan jawatannya baru-baru ini.

Langkah sebegini telah diambil oleh bekas presiden TI-M sebelum ini, Tengku Abdul Aziz yang menyertai DAP dan dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

Aziz kemudiannya dipilih sebagai Senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Sebagai Senator dari negeri itu, Aziz dianggap antara pihak yang terlibat dengan usaha untuk membanteras rasuah dan ketelusan di negeri itu sehingga diiktiraf oleh TI International baru-baru ini.

Paul meletakkan jawatan sebagai Presiden TI-M baru-baru ini selepas Laporan Rasuah Dunia 2009 (GCR 2009) menjadikan kes penyelewengan projek Perlabuhan Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ) sebagai contoh penyelewengan di Malaysia.

Image Paul (gambar) meletakkan jawatan kerana selain Presiden TI-M, dia juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Task Force yang dibentuk untuk menyiasat PKFZ.

Beliau merasakan dirinya bertembung kepentingan antara Presiden TI-M, TI-Dunia dan ketua pasukan Task Force itu. Oleh itu, beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden TI-M itu.

Menurut Setiausaha TI-M, Dr Loi Kheng Min berkata, Paul Low menerima segala tanggungjawab sehingga tersiarnya chapter Malaysia dalam laporan GCR 2009.

Bagi Paul Low, Skandal PKFZ adalah titik hitam penting dalam sejarah rasuah negara ini dan berharap ia menjadi pengajaran kepada agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ketika mengemukakan laporan TI-M baru-baru ini, Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu.

Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45

4 comments:

  1. Salam faizal,

    Dah buruk sangat Malaysia,alah baiknya pergi duduk israel lah ya

    ReplyDelete
  2. Salam dulu faizal,

    Terima kasih banyak bagi pendapat dalam blog saya.Pandai awak kutup kerajaan,buruk sangat kerajaan BN ni.Saya rasa tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan pas ya

    ReplyDelete
  3. malaysia tak buruk yang buruk orang/golongan yang menjadikannya nampak buruk

    ReplyDelete
  4. salam...

    DEMI MASA kini di www.duniacacamarba.blogspot.com

    tk kerana pautan duniacacamarba

    ReplyDelete