Klik dan lihat

Sunday, October 4, 2009

Kesan Rasuah dirasai di Malaysia Adakah Rakyat merelakannya

Tujuan Islam, serta agama-agama lain dan perundangan negara mengharamkan rasuah adalah untuk menghalang berleluasanya ketidakadilan sosial. Ketidakadilan ini berlaku kerana pemilikan atau apa sahaja bentuk anjaran terhadap sesuatu pihak tidak diasaskan kepada ciri-ciri yang sewajarnya. Apabila ketidakadilan ini menular dan mengakar-umbi maka survival sesebuah masyarakat akan terancam, sekurang-kurangnya dalam lima perkara, iaitu:

a. Menggugat pertumbuhan ekonomi. Kita sedia maklum negara Malaysia sedang dalam proses menjadi sebuah negara maju. Pertumbuhan ekonomi sebanyak sekurang-kurangnya 8 peratus melebihi satu dekad menunjukkan kita berpotensi untuk merealisasikan Wawasan 2020. Bagaimanapun, untuk mengekalkan momentum tersebut maka kita perlu mengelakkan pembaziran. Dalam hal ini rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi (indirect cost to all economic activity). Sebagai contoh, kita memerlukan pelaburan asing, yang, banyak. Bagaimanapun jika pelabur asing menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang dilingkari kegiatan rasuah, maka mereka tidak akan begitu berminat untuk melabur di sini. Secara tidak langsung, daya saing kita berkurangan. Usaha kita menarik pelabur asing, untuk memajukan Multimedia Super Corridor akan juga terjejas kerana mereka akan lebih berminat untuk pergi ke negara yang dianggap bersih dari rasuah.

b. Kestabilan politik. Kestabilan politik merupakan faktor terpenting, kejayaan Malaysia ketika ini yang membolehkan bidang ekonomi berkembang subur. Sekiranya amalan rasuah menjadi budaya ia akan menvebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap pemimpin. Pada satu tahap kritikal rakyat boleh memberontak dan mencetuskan revolusi sebagaimana yang, berlaku di banyak negara pada abad ini. Keyakinan masyarakat dalam Kerajaan dan pemimpin akan terhakis seperti yang, berlaku di Korea Selatan, Parti Kongres di India dan Parti Liberal Demokratik, Jepun jika tindakan tegas tidak diambil. Rasuah merupakan satu ancaman "bukan ketenteraan" seperti komunisme, yang menggugat kestabilan, keadilan sosial dan kesejahteraan negara.

c. Etika dan nilai. Etika dan nilai-nilai yang murni hanya subur dalam masyarakat yang mendokong keadilan sosial. Dengan kata lain jika rasuah bermaharajalela maka etika dan nilai akan dikesampingkan oleh masyarakat, seterusnya mengancam survival sesebuah negara bangsa.

d. Rasuah memihak kepada si kaya. Dengan berleluasanya rasuah maka jurang perbedaan antara si kaya dengan si miskin akan terus melebar. Keadilan sosial akan tergugat. Dan pembangunan negara akan tidak sekata.

Itulah sebabnya Islam memandang budaya rasuah ini sebagai perkara yang amat keji. Ia bukan sahaja boleh meruntuhkan negara malahan juga agama Islam sendiri. Maruah agama, bangsa dan negara tercemar dan tergadai sekiranya rasuah berleluasa. Ini disebabkan gejala rasuah memang mempunyai elemen penindasan, penganiayaan dan kezaliman. Jlka dilihat dari perspektif sosio-ekonomi, akan terjemahlah ungkapan

"yang kaya semakin kaya

yang miskin papa kedana".

Jurang yang miskin dan yang kaya makin meluas. Rasa tak puas hati makin membara. Yang kaya akan lupa daratan dan yang miskin menaruh dendam. Keadaan ini sudah pasti memberi satu ancaman kepada negara jlka tidak dibendung.

Seperti satu cerita jenaka yang popular sedikit masa dulu yang memberi mesej kewujudan strata sosial kesan dari kemiskinan akibat rasuah berbunyi begini:

"Apabila 4 lapisan masyarakat yang mempunyai latar belakang, ekonomi yang berbeza, setiap kali bila bangun pagi, maka mereka bertanya;

"Bapak hari ini apa kita bisa makan pak?

atau

"Bapak, hari ini, kita makannya apa"

atau

"Bapak, hari ini, kita makan di mana, dan dengan siapa?

atau

"Bapak, hari ini ya mahu makan siapa?

Bayangkanlah sekiranya golongan yang mahu makan siapa ini dibiarkan bermaharajalela tanpa dibenteras.

Sebab itu Allah S.W.T. memberi amaran keras seperti firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud;

"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan bathil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan jalan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui".

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bemaksud;

"Allah melaknat pemberi dan penerima rasuah".

"Masuk neraka si pemberi dan si penerima rasuah".

Saya ingin tegaskan sekali lagi, rasuah itu bukan hanya. berlaku dalam bidang perniagaan, atau keusahawanan. Bahkan dalam bidang-bidang lain - politik, intelektual, budaya, peradaban dan sebagainya. Oleh yang demikian, dalam membahaskan soal rasuah ini saya sangat berharap skopnya tidak dihadkan kepada rasuah dalam bentuk wang, hadiah atau aspek-aspek kebendaan semata-mata.


Persoalan penting yang boleh dibangkitkan di sini ialah, apakah rasuah sudah meniadi satu budaya kepada masyarakat kita? Jika ia sudah membudayai kehidupan masyarakat kita sejauh manakah ianya sudah menjalar dan menjadi cara hidup kita? Dan jika ini sudah berlaku, bagaimanakah seharusnya gejala ini kita tangani?

Pada pandangan saya, walaupun gejala ini diakui wujud dan sedang merampas hak dan kepentingan rakyat, namun ianya masih boleh dikawal dan masanya masih belum terlewat. Kita masih bemasib baik kerana amalan ini belum lagi dianggap "halal". la dilakukan ditempat yang "gelap"; di bawah meja tetapi bukan di atas meja. Sudah barang tentu dengan kesedaran terhadap nilai-nilai Islam, takut hukuman, malu kepada masyarakat umum, dipecat dari jawatan dan sudah pasti keberkesanan dari operasi-operasi yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan yang diberi tanggungjawab, maka amalan ini masih boleh dibendung.

Walaupun amalan rasuah di Malaysia tidak dapat dinafikan telah meningkat jika dibandingkan dari dekad 70an dan 80an, tetapi ia bukanlah menjadi satu cara hidup yang diterima oleh masyarakat.

Saya berpendapat strategi penyelesaian jangka panjang yang difikirkan berkesan adalah berdasarkan falsafah

"Prevention is better than cure".

Antara pendekatan yang boleh diambil

Kaedah Pendidikan :

a. Maka tidak syak lagi kaedah pendekatan menerusi pendidikan adalah satu-satunya yang terbaik. Generasi muda, generasi pelajar hari ini wajib dididik, diajar supaya membenci, memusuhi dan seterusnya menghindari amalan rasuah. Nilai-nilai 'bersih' dan 'adil' akan menjadi tema penting dalam kurikulum pendidikan. Dua pepatah yang berkaitan dengan isu ini boleh dijadikan asas berfikir dan bertindak kepada generasi muda.

"Rakyat Malaysia bukan sahaja bersih tetapi ia perlu kelihatan bersih"

"Keadilan bukan hanya perlu dilakukan, ia juga mesti diperlihatkan".

Menerusi kurikulum baru pendidikan Islam yang telah dilaksanakan jelas memberikan penekanan akhlak yang amat terpuji. Di dalamnya termasuk nilai seperti amanah, bijaksana, bertanggungiawab, iffah (harga diri), ihsan, berani dan lain-lain.

Konsep Allah melihat apa yang kamu lakukan; setiap perbuatan baik akan dihitung walaupun sebesar zarah dan begitu juga perbuatan yana jahat; jasad yang tumbuh dari makanan yang haram akan menjadi bakaran api neraka dan seterusnya mendidik adab pelajar serta tanggungjawab terhadap Allah dan makhluk lain - Insya-Allah akan menyumbang kepada lahimya generasi bebas rasuah.

b. Kempen meningkatkan kesedaran rakyat tentang bahayanya rasuah. Ini boleh dilakukan menerusi media massa seperti akhbar, radio dan telivisyen.

c. Menggubal dasar-dasar yang mampu memberi peluang yang seimbang untuk rakyat mendapatkan hak mereka sekiranya berkelayakan dan sekaligus menafikan dasar pintu belakang

d. Kesedaran yang mendalam di kalangan . masyarakat supaya mengelakkan amalan memberi rasuah.

Akhir sekali, satu perkara,yang ingin saya bangkitkan ialah soal keadilan (Justice). Sebenamya, pada hari ini memerangi rasuah adalah juga bermakna kita sedang berjuang menegakkan "keadilan". Percayalah sesungguhnya keadilan adalah induk dalam sesebuah Kerajaan. Jika keadilan ini dapat dimanifestasikan dalam pentadbiran kita, maka rasuah tidak mungkin mendapat tempat di mana-mana.


No comments:

Post a Comment