Klik dan lihat

Monday, October 5, 2009

Liberalisasi ekonomi.Wajarkah..

Liberal ni ada 4 perkara asasnya iaitu:-

1. Kebebasan bersuara,
2. kebebasan bertingkah laku,
3. kebebasan memiliki,
4. kebebasan beragama.

Dalam liberalisasi ekonomi nih, baru ni kerajaan telah meluluskan 5 Bank asing melabur di Malaysia.. alasannya liberalisasi ekonomi... tetapi tanpa kita sedar, ianya akan mengambil segala kekayaan di negara kita dan membawanya keluar...

Cuba kita bayangkan, rumah di negara kita...??? siapa punya..??? kereta yg menjalar dijalanraya siapa punya...??? kilang, industri, kapal terbang, credit card, perabut, highway, jambatan, dll... siapa punya...???

Bank Punya...Rumah contohnya.. mungkin lebih dari 60% mereka membelinya menggunakan bank... selama 30 tahun atau lebih...hukum hire purchase, kalau tak bayar... tarik.. jadi siapa punya...??? semua bank punya... bermakna dinegara kita ini telah lebih 60 peratus rumah, kenderaan dan lain2 dimiliki oleh Bank..

Betapa kayanya bank2 ini... mereka berhutang dengan bank mungkin selama 30 tahun, bermakna gaji mereka 30 tahun akan datang telah digunakan sekarang... inilah namanya papa kedana... tetapi mereka lupa, sebab telah menjalani kehidupan yg kononnya mewah.. tetapi HIPOKRIT....

Cuba bayangkan credit card...?????? dia boleh bagi credit sebanyak lebih rm5000 kepada penduduk diseluruh dunia... kaya tak dia....??? ini dah tahap kaya melampau....

Kita sebagai penduduk dihimpit dengan bebanan hutang, kereta, rumah, perabut, highway, jambatan, barang letrik, dll... gaji rm5000 sekarang nih... memang le tak cukup... untuk memudahkan belanja... penduduk disogokkan dengan card credit pulak... nampak macam senang dan mewah.. tapi sebenarnya papa kedana....

Inilah keburukan sistem ekonomi KAPITALIS yg sedang kita gengam erat dalam kehidupan kita ...

banyak org berkata.. "itu terpulang kepada masing2, kalau tak suka jangan hutang..." sebenarnya berapa ramai yg tak berhutang....???? sebab kemudahan berhutang sentiasa ada, dan hari2 diiklankan dimedia massa... macamana nak elak...???

Sebab manusia ni adalah makhluk sosial, mereka tak boleh duduk sorang2 dalam gua atau dlm hutan... mereka memerlukan masyarakat untuk berinteraksi... dan pandangan umum masyarakat pula memang cenderong kepada berhutang... lama2 terikut gak....

Waullahualam...

Versi yang asal rasanya meliberalkan ekonomi nih boleh difahami sebagai satu usaha menggalakkan persaingan secara merit, dalam konteks mengejar dan membangunkan sumber/ lebihan aset negara atau individu. Dalam kerangka falsafah dan wacana liberal ekonomi semasa, apa yang mereka perjuangkan ialah kebebasan mutlak inidvidu atau pasaran yang menentukan perjalanan ekonomi.

Bahkan menolak campur tangan negara secara asasnya kecuali penglibatan secara minimal sahaja dibenarkan. Dari Adam Smith, David Hume, David Ricardo, sehingga tokoh ekonomi liberal kontemporari seperti Friedrich Hayek dan Milton Friedman, semua mengangkat darjat humanisme sebagai ukuran mutlak kejayaan seseuatu ekonomi. Tidak ada peranan kerajaan, bahkan agama sebagai pemandu dan panduan ekonomi negara.

Bagi mereka, manusia perlu diberi kebebasan mutlak mengaut keuntungan, walaupun dengan menggondolkan tanah, menipu, merampas hak orang atau menindas.

Namun sekarang, kerajaan Malaysia rasanya mengambil separuh dari dasar ekonomi leberal itu tetapi pada masa yang sama pula membenarkan campurtangan kerajaan dan menerapkan pula kerangka ekonomi Islam yang dipetik dari kajian tokoh ekonomi Muslim seperti Al- Maqarizi, Ibn Khaldun, Abu Yusuf dll. Sesuaikan kaedah "kacukkan" ini ???

No comments:

Post a Comment