Klik dan lihat

Tuesday, October 20, 2009

Pemimpin negara wajib taat kepada Allah demi kebajikan rakyat

Mari lah kita menghayati kisah hebat ini,agar kita berusaha mencari pemimpin yang selayak-layaknya dan amat lah kita berharap kelahiran semula pemerintahan ala Khulafa Ar Rasyidin. Atau jika tidak pun, amat beruntunglah juga jika lahir seorang pemimpin sehebat Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.(682~720 masehi).
Beliau hanya hidup selama 38tahun dan memerintah tidak sampai pun 3 tahun.Beliau adalah seorang Khalifah bani Umaiyah yg dilantik sebagai Khalifah menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik dalam keadaan yang beliau sendiri tidak suka akan pelantikan tersebut.

Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau berkata:

"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.

Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: “Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, jangan terlalu mencintai kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya lebih mencintai akhirat.

Kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat
kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun.Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas al-Quran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa disisi Allah” Beliau kemudian duduk dan menangis
"Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau mejawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda,anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalir air mata.

Umar Ibn Abdul Aziz mula memeritah pada usia 36 tahun sepanjang tempoh 2 tahun 5 bulan 5 hari. Pemerintahan beliau sangat menakjubkan.
Pada waktu inilah dikatakan tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga harta zakat yang menggunung itu terpaksa diiklankan kepada
sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal lain.

Moralnya disini, jika negara ditadbir menurut hukum Islam sebenar oleh seorang Khalifah yang amanah. Keberkatan dari Allah akan pasti tiba.Tidak perlu lama pun. Tetapi bila hukum Allah dipandang sepi.Keinginan menjadi pemimpin hanya bermotivasikan kekayaan dunia.

Kemungkaran dihalalkan malah dilindungi.Jenayah rasuah dan salahguna kuasa diharuskan dan dihukum mengikut kesesuaian ataupun faktor tertentu dan dibeza-bezakan mengikut pangkat dan ideologi.Sistem politik dikotorkan sehinggakan wujud budaya tawar-menawar dan beli-membeli.Sistem perundangan ditafsirkan mengikut acuan dan selera songsang.Yang berkuasa ada imuniti dan boleh melanggar peraturan yang dicipta.Budaya jatuh-menjatuh dijadikan strategi untuk kepentingan politik dan perniagaan demi menyelamatkan jenayah/kesalahan yang dilakukan.

Seribu tahun sekalipun.....keamanan sebenar tidak mungkin ditemui, tidak kira lah atas perjuangan sebangsa,serumpun ataupun pembangunan.Nilai yang dicari semakin songsang dan berduri.sehinggakan terkadang kita gagal memilih pemimpin yang sebenar-benar layak kerana telah dipengaruhi dengan pelbagai faktor dan muslihat.Yang benar dikeji yang pembelit diangkat dan dijulang.

Renung-renungkan..

No comments:

Post a Comment