Klik dan lihat

Friday, October 9, 2009

Rasuah@makan suap@politik wang untuk pengetahuan perak bangkit

Sejak akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan berita-berita berkaitan dengan rasuah atau makan suap di dada-dada akhbar. Tertanya dalam hati, adalah rakyat Malaysia telah hilang nilai dalam diri. Demi kemewahan hidup maruah digadaikan.

Saya secara peribadi bangga dengan kesungguhan Kerajaan dalam usaha menbendung dan menghapuskan gejala rasuah yang sudah lama menular dalam masyarakat.Lebih-lebih lagi apabila tindakan bijak PM menyokong calon bersih Tan Sri Isa Samad sebagai calon di PRK Bagan Pinang.Ini melihatkan pemimpin malaysia bersungguh-sungguh mencegah perbuatan rasuah ataupun istilah politik wang bagi rasuah politik.Ditambah pula dengan isu PKFZ yang berjaya diselesaikan dengan bijak oleh kerajaan,perkara tersebut telah menaikkan imej negara sebagai negara yang paling bersih di dunia dalam soal rasuah dan malaysia telah berjaya mengalahkan Israel dalam soal rasuah.Tahniah kerajaan Malaysia dan SPRM.

Malah usaha murni ini selari dengan firman Allah yang bermaksud : " Andai kata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, maka pasti binasalah langit dan bumi dan segala yang ada di dalamnya". (Surah al-Mukminun : ayat 71).

Dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara, rasuah menjadi ancaman yang cukup berbahaya. Perbuatan rasuah akan mengancam seluruh sistem pembangunan negara yang bakal melahirkan sebuah masyarakat kucar-kacir dan menjadi penyumbang kepada keutuhan sesebuah bangsa. Rasullah s.a.w mengutuk sesiapa sahaja yang memperoleh harta dan wang ringgit melalui amalan rasuah. Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud: " Sesiapa yang kami tunjukkan (lantik) untuk memegang sesuatu jawatan yang sudah kami tetapkan pendapatannya, jika dia mengambil lebih daripada itu, maka sebenarnya dia sudah mencuri".

Mengapa berlakunya rasuah atau makan suap? Biarpun ramai menyedari perbuatan makan suap atau rasuah adalah haram, dibenci Allah dan undang-undang dunia, namun gejala rasuah terus berkembang di kalangan masyarakat, sama ada di peringkat atasan atau bawahan.

Di antara kemungkinan yang membawa kepada gejala rasuah dengan terus berleluasa di kalangan masyarakat adalah kerana ketidakfahaman terhadap istilah rasuah itu sendiri dan kuatnya perasaan tamak dan haloba untuk memiliki kekayaan atau kemewahan dengan cepat. Kekeliruan dan kejahilan seseorang individu mengenai rasuah mungkin berpunca daripada pemahaman yang cetek terhadap kalimah rasuah yang disangka hanya membabitkan wang semata-mata. Sebenarnya rasuah bukan sahaja membabitkan penggunaan wang, turut merangkumi aspek kehidupan lain seperti tidak menjalankan tanggungjawab mengikut tempoh masa ditetapkan atau berlaku tidak jujur dan menyeleweng dalam melakukan tindakan dan perbuatan.

Pengamal rasuah biasanya akan lebih kuat menjalankan tugasnya apabila ditawarkan dengan pelbagai bentuk hamper, hadiah, cenderamata atau apa sahaja yang dianggap sebagai perantara dan pemangkin kepada tercapainya sesuatu keinginan seseorang. Mereka lupa bahawa segala amalan dan tindak tanduk mereka seharian bakal dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak.

Larangan terhadap perbuatan rasuah dijelaskan Rasullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud: "Allah melaknat orang yang menyogok dan minta disogok".(Riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibu Hibban). Laknat Allah bukan sahaja kepada pemberi, malah penerima rasuah kerana jelas kedua-duanya melakukan kezaliman.

Sebagai insan yang cintakan kemurnian hidup, marilah kita bersama-sama berganding bahu membendung dan membanteras gejala rasuah daripada terus merebak di kalangan masyarakat atau Umat Islam. Melalui tugasan, amanah dan tanggungjawab yang dipikul, kita sebenarnya boleh memainkan peranan bagi membasmi penyakit sosial yang amat dikutuk Allah ini.

....namun ada juga kes yang disabitkan rasuah bukan kerana berniat untuk melakukan rasuah tetapi teraniaya.( Jadi berhati-hati apabila menandatangani apa-apa dokumen, takut ada yang ambil kesempatan).

No comments:

Post a Comment