Klik dan lihat

Sunday, October 4, 2009

renungan sejarah buat iktibar bagi yang mahu berfikir

Mereka yang pernah membaca buku ‘The Fall Of Sri Vijaya” tidak akan menerima bulat-bulat cerita bahawa Parameswara menerima Islam semata-mata kerana mimpi. Sejarah menunjukkan bahawa Parameswara pernah pergi ke Kuantong di masa pemerintahan Ming. Disebabkan tidak ada bahtera yang mahu membawa Parameswara pulang ke Melaka, maka Parameswara terperangkap selama dua tahun di Kuantong dan di sanalah baginda lihat bagaimana majunya Islam di Negeri China. Bagaimana Maharaja Ming membantu perkembangan Islam di sana? Kalau hendak tahu lebih lanjut tengok sendiri kisah sejarah yang masih kekal di Guanzau. Jangan asyik dengar cerita orang, jangan jadi katak bawah kaca.

Maharaja China ketika itu menyampaikan ingatan kepada Parameswara bahawa jika bangsa Melayu mahu maju mereka mesti menerima ‘Islam’ dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam, Parameswara dinasihatkan supaya pergi ke Samudara Pasai. Maka rombongan baginda berangkat ke Pasai. Di sana dia melihat bagaimana berjayanya umat Islam di bidang perniagaan dan pentadbiran. Dari Parameswara namanya bertukar menjadi Sultan Megat Iskandar Shah. Melaka pula mula menjadi sebuah pusat perdagangan dan ilmu.

No comments:

Post a Comment