Klik dan lihat

Tuesday, October 6, 2009

Saya bukan diletak dalam Majlis Tertinggi Umno untuk jadi ‘Pak Pacak’ - Norza

Interbiu Agendadaily dengan Datuk Norza Zakaria berlangsung ketika jam menunjukkan hampir 8 malam.Beliau bergegas setelah selesai mesyuarat dengan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan beberapa orang lagi pegawai kementerian itu.Kawasan sekitar bangunan kementerian itu di Putrajaya sudah sunyi sepi dan begitu juga di tingkat 11 dimana terletak pejabat menteri dan pejabatnya.

“Menteri saya selalu datang kerja awal pagi dan pulang lewat…”,katanya.Rutin kerja harian Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Kedua ini memang padat.Difahamkan pada jam kerja biasa ramai yang beratur di luar pejabatnya untuk berbagai urusan dari yang besar hinggalah bagi surat sokongan untuk anak tukar sekolah dan hal-hal kecil yang lain.Norza kena menjalankan tugas politik untuk menterinya.

Tiga lagi jawatan penting lain yang disandangnya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno yang mewakili Pergerakan Pemuda Umno,Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan Ketua Pemuda Umno bahagian Wangsa Maju juga memerlukan perhatian yang teliti.

“ Lepas ini saya ada dinner di Gombak dan kemudian kena berkejar ke Kajang pula,.”katanya selepas selesai interbiu itu yang bertumpu kepada soalan mengenai kemunculan begitu ramai tokoh muda dalam politik dan jawatan kerajaan kebelakangan ini.

Tokoh politik yang berasal dari Ampangan, Negeri Sembilan ini menjelaskan mengapa proses peremajaan Umno ini amat perlu dibuat.Norza,38 seorang Chartered Accountant ,lulusan sebuah universiti di Australia mengakui kejayaannya dalam pendidikan adalah hasil dari perjuangan Umno.

Beliau pernah berkerja dengan syarikat Arthur Andersen,Bank Negara,Petronas dan ada pengalaman buka perniagaan sendiri. “Sekarang … I want to give back .”katanya.

Berikut ialah interbiu penuh dengan Datuk Norza Zakaria:

Agendadaily :Ada yang bertanya mengenai track record Datuk bila dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno.Orang yang tidak begitu kenal Datuk anggap semua pencapaian ini dalam sekelip mata atau ikut jalan short cut saja.Bagaimana Datuk nak justify hal ini?

Norza: Saya bukan baru dalam politik.Saya menyertai Umno pada tahun 1992 sebagai ahli biasa Umno dan kemudian Ketua Pemuda cawangan Seksyen 1 Wangsa Maju.(sebelum persempadanan semula pada tahun 1994 cawangan itu dibawah Umno Bahagian Batu).

Waktu itu saya berusia 26 tahun.Sudah lama tu..12 tahun.Saya betul-betul naik setapak demi setapak dari bawah.

Saya pernah jadi ahli jawatankuasa Pemuda bahagian,Setiausaha Pemuda,Naib Ketua Pemuda Bahagian. I have been struggling alone selama ini.Saya tak tiba-tiba jadi begini.

Saya bukan ahli politik payung terjun .Tanggapan itu tidak betul samasekali.

Sejak melibatkan diri dalam Umno saya tak ada godfather ….Pernah dalam poket tinggal duit RM5…RM10.

Saya menang jawatan Exco pemuda Umno Malaysia waktu saya memegang jawatan Naib Ketua Pemuda bahagian Wangsa Maju.Saya berkerja keras selama setahun untuk menang.Saya bertanding pun tanpa dapat endorsement dari Pemuda Wilayah Persekutuan.

Saya jadi Exco Pemuda ketika Umno dalam keadaan krisis kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.Saya serta lain-lain exco dengan Datuk Hishamuddin terpaksa mengharungi segala macam cabaran untuk mengstabilkan keadaan.

Dalam Exco Pemuda Umno saya mulanya jadi Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan dan lepas itu Pengerusi Biro Teknoloji Maklumat.



Agendadaily :Keputusan Datuk dan Datuk Azimi Daim tarik diri dari hasrat nak bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia menjelang pemilihan September lalu menarik perhatian ramai.Ia menjadi bahan bualan ketika itu .Seperti Datuk sedia maklum dugaan popular ia kerana nak beri laluan kepada Khairy menantu Perdana Menteri.?

Norza: Ceritanya begini…bila ada kekosongan jawatan Naib Ketua Pemuda kerana Datuk Aziz Sheikh Fadzir cukup usia 40 tahun…ramai ahli pergerakan Pemuda sudah awal-awal menduga akan berlaku persaingan antara saya dengan Datuk Azimi Daim bagi jawatan itu.Saya sudah putuskan kalau open saya nak masuk.

Saya dapat feedback yang positif dari grassroot. Dugaanya tough fight antara saya dengan Azimi.Orang pandang Azimi sebagai seorang pemidato…orang pandang saya dari segi kerja yang saya deliver selama ini.

Saya boleh jelaskan mengapa dan kenapa saya tarik diri bila Khairy menawarkan diri.Saya mempunyai sebab tersendiri dan yakin saya buat keputusan yang betul.

You kena ingat pada kenyataan asal saya…saya hanya akan bertanding jika Khairy tidak bertanding.Mula-mula memang Khairy buat keputusan tak nak bertanding.

Waktu itu setiap kali orang tanya saya…saya kata saya bertanding kalau Khairy tak bertanding.Saya kata begitu kerana I know he is better than me …saya tahu he is right untuk Pemuda.

Bukan sahaja dari segi kelulusan Khairy….misalnya saya pernah pergi bersamanya ke Singapura untuk menghadiri satu forum anjuran Persatuan Hubungan Antarabangsa Singapura.

Ketika itu dia masih memegang jawatan Timbalan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri.Forum itu ialah mengenai kejayaan kerajaan Barisan Nasional.

Pengerusi persatuan itu Tommy Koh panggil 100 orang top gun pelbagai bidang di Singapura.Dia panggil Khairy jadi speaker.

Cara penyampaiannya yang petah di forum itu telah mendapat pujian dari Tommy Koh.Dia secara terbuka berkata tidak ada pemimpin muda Singapura yang boleh saingi level Khairy.Bagaimana you rasa kalau orang cakap begitu pada seorang pemimpin muda dari Malaysia.

Ini bukan orang biasa cakap tetapi pemimpin terkenal parti PAP cakap tentang seorang pemimpin melayu yang baru berusia 28 tahun.

Sedih kalau orang melayu sendiri tidak mahu mengitiraf kepimpinannya.

Kalau kita bercakap tentang pemimpin muda…kita mahu lebih ramai yang bertaraf global leader.

Memanglah ada kalanya kita kata pemimpin kena turun ke bawah cakap dengan orang di kedai kopi.Soalnya sekarang apakah keutamaan kita.

Hakikatnya kita perlu pemimpin muda yang terbaik diantara kita.Kita mahu bila dia duduk dengan Pemuda BN...ada pemimpin dikalangan orang Cina..orang India….mereka kata inilah pemimpin dia …itulah yang kita nak.

Saya rasa persepsi yang bukan-bukan mengenai hal itu dah kurang sekarang.

Peringkat akar umbi pun dah terima kepimpinan Khairy dan orang pun dah kata betullah pilihan itu.

Waktu kehangatan isu itu dulu saya masih ingat Datuk Hishamuddin beberapa kali kata baik Norza,Azimi dan Khairy adalah pemimpin muda yang boleh bincang antara satu sama lain.Ini adalah soal dalaman pemuda.Tidak ada orang lain yang ada kepentingan yang boleh gugat perpaduan pemuda.



Agendadaily: Masalahnya Datuk kenal Khairy dari dekat …bagaimana orang luar yang tidak tahu apa-apa.?

Norza: Persepsi yang buruk sangka itu timbul kerana mereka bukan dari kalangan ahli Pemuda…kalau dalam Pemuda dia dah tengok macam mana khairy berdebat di universiti ..dah tengok Khairy di mesyuarat exco Pemuda...Orang yang berpeluang tengok ini semua tak akan cakap begitu.Itu sebabnya saya kata itu keputusan Pemuda.

Kita nak buat perubahan...kita percaya boleh buat perubahan..kalau kita nak letak orang tu kerana dia popular tetapi tiga tahun tak buat kerja...you pilihlah..soalnya samada ia baik untuk survival parti.

Kita nak give back …kita tahu sebab Umnolah wujud ramai orang melayu yang macam kita.

Agendadaily :Ada cakap-cakap mengatakan Datuk naik cepat kerana rapat dengan Khairy?

Norza : Itu juga tidak betul.Saya akui memang kenal dia lama Ketika saya jadi Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan…waktu itu keadaan Umno gawat….kita cadangkan kepada Datuk Hishamuddin agar Khairy jadi setiausaha biro bila dia nak masuk Umno.Khairy sudah bersama saya sejak dia menyertai Umno.

Secara politik …saya, Dr Adham Baba dan Khairy yang masuk ke universiti-universiti.Sebab itu saya kata bila timbul soal jawatan Naib Ketua Pemuda tu…saya tahu akan kebolehan Khairy.



Agendadaily: Apa komen Datuk pada pandangan sesetengah pihak yang merasakan banyak sangat Pemuda yang dapat tempat semasa pilihanraya umum lalu.Bukan sahaja calon…ada yang jadi pegawai khas dan setiausaha politik macam Datuk ni.Nampak macam ada ‘gerakan’ terlalu beri keutamaan masukan orang muda sahaja?

Norza: Sebelum 1999..mengapa krisis keyakinan pada Umno berlaku begitu hebat …disamping isu Anwar Ibrahim…disamping isu pembangkang berjaya masuk ke universiti-universiti dan tempat-tempat lain.Ini adalah kerana soal pengitirafan kepimpinan tertinggi pada generasi muda.

You tengok sebelum pilihanraya 1999..dari segi statistik hanya ada satu ahli parlimen yang berusia bawah 40 tahun iaitu YB Datuk Shaziman di Tampin.Selain itu ada 12 ahli dewan undangan negeri bawah usia 40 tahun sedangkan 70 peratus rakyat kita berusia bawah 40 tahun... dan 50 peratus rakyat kita yang kenal satu Perdana Menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerana pengitirafan Umno pada generasi muda begitu rendah menyebabkan mereka merasa tiada tempat mereka bagi sumbangan dalam Umno.

Bila Pak Lah masuk…pada pilihanraya baru-baru ini 54 orang calon Pemuda BN yang bertanding.Dari jumlah itu 48 orang datang dari Pemuda Umno.

Rata-rata dari wakil Pemuda yang bertanding hari ini kita lihat ada yang jadi menteri,timbalan menteri dan setiausaha parlimen,exco kerajaan negeri, setiausaha politik serta jawatan penting lain.

Pak Lah punya konsep ialah generasi muda adalah aset terpenting negara dan merekalah yang akan melepasi garisan penamat Wawasan 2020.

Mengapa perkara ini berlaku….salah satu sebab ia kerana kebolehan Datuk Hishamuddin dan Khairy menampilkan calon-calon Pemuda kepada Perdana Menteri.Kita tak boleh lari dari hakikat tu.

Kalau dilihat dalam prespektif yang betul tanggapan ‘terlalu banyak’ itu salah.Sebenarnya proses peremajaan iaitu masukan golongan muda yang telah menyebabkan Umno berada dalam keadaan baik semula.

Golongan muda tercari-cari bagaimana mereka boleh associate diri dengan Umno…cari idola dia yang boleh tahu pemikiran dan lenggok dia.

Contoh wujudnya Puteri Umno telah memberi nafas baru kepada Umno.

Kita ambil diri kita sebagai contoh sudah.Umur kita dah 40 tahun…umur anak 15 tahun.. you pun tak faham mereka.Katakan umur you 50 atau 60 tahun…persepsi you on the ground dah obsolete .

Tetapi dengan membawa masuk generasi baru you mengurangkan jurang itu.

Itu sebabkan buat pertama kali saluran-saluran golongan muda masa pilihanraya umum lalu telah mengundi Barisan Nasional.Ini kerana mereka percaya sekarang ada harapan dengan Umno.

Apa bezanya negara kita dengan negara-negara lain seperti di Singapuira,Eropah atau Amerika yang pemimpinnya baru berusia 40han atau 50han.



Agendadaily: Mungkin kita dah terbiasa dengan stail lama?

Norza: Satunya terbiasa..kedua, kadang-kadang kita anggap bahawa apa yang kita fikir itulah yang rakyat fikir.Sebab tu BN kena hit teruk pada pilihanraya tahun 1999.Kita hidup dalam pengasingan.

Kita ibarat katak dalam gelas.Kita nampak orang luar tapi tak nak join orang luar.

Inilah pembaharuan yang Pak Lah bawa… kalau Umno nak maju.

Agendadaily: Rasa kurang senang mungkin timbul kerana nampak macam golongan muda ini kurang berpengalaman dan senang-senang dapat kedudukan dan tidak tahu susah payah perjuangan dalam politik?

Norza: Saya tak nafikan generasi muda kurang pertimbangan nostalgia.Contohnya kalau hari ini you beli telefon bimbit…boleh simpan 500 nama…minggu depan keluar telefon baru yang boleh simpan 1,000 nama…saya tak peduli telefon ni….saya beli telefon baru.

Dalam revolusi teknoloji maklumat misalnya.Komputer Pentium III habis….datang Pentium IIII…saya dah tak peduli Pentium III.

Dulu kebanyakan benda yang berlaku dalam negara ia adalah internally driven .Krisislah apalah…hari ini cabaran kita ialah globalisasi.

Meletusnya wabak SAR di China dan Hong Kong…kejap lagi dia sampai ke negara kita.

Pada tahun 1997 masalah serangan keatas matawang.Meletup kat Thailand..lepas tu kena kita.

Jadi macam mana kita nak maju ke depan kalau semata-mata berpaut atas pertimbangan nostalgia.

Macam mana kita nak berjaya semata-mata kerana memikirkan dia dah lama dalam Umno.Orang lain semuanya berdasarkan daya saing dan merit.



Agendadaily: Tidakkah pandangan seumpama ini boleh menyinggung perasaan golongan lama dan veteran Umno?

Norza: Kita sentiasa hargai golongan veteran…masing-masing ada peranan.

Kita perlu juga bertanya sebab apa you marah orang muda dapat jawatan dan kata tak ada pengalaman.

Bagi saya ini berlaku semata-mata kerana tidak ada proses grooming .Orang yang sama memegang jawatan sejak 20…30 tahun lalu.

Adakah you berlaku adil kepada golongan muda sedangkan dalam tempoh 20…30 tahun itu dia tak cakap apa-apa pun pada you .

Pemimpin datang….pemimpin pergi…



Saya sendiri misalnya …satu hari akan tua…dan bila tua saya nak tengok Umno boleh berdiri tegak dan berjaya 100…200 tahun dan selamanya.

Agendadialy: Boleh Datuk perjelaskan tentang soal jangan berpaut nostalgia…?

Norza: Saya bagi satu contoh…dulu kita ini bila tengok filem melayu kita selalu bercakap..kita ada seorang artis serba boleh…namanya P Ramlee.Kita tengoklah filem hitam putih itu berulang-ulang kali.

Cuba tanya diri kita sampai ke mana industri filem negara kita sekarang.

Sekarang ini its all about realism …kita kena berpijak di bumi yang nyata.

Kita nak berdepan persaingan negara-negara lain yang nak tengok kemampuan daya saing kita kurang.

Kita tak boleh hantar pegawai atau orang politik yang tak boleh bercakap dan berunding untuk suatu deal.Kita bukan hidup dalam kampong lagi.

Sebab itu sekalipun saya outspoken …tetapi bila tiba satu hari nanti ada orang yang nampak lebih layak dari saya…saya akan kata you take it .Ia bagus untuk parti.

Soalnya sekarang ramai yang fulltime dalam politik.Dia kata itulah periuk nasi dia.

Saya sendiri kalau tak ada jawatan ini sebagai Setiausaha Politik saya boleh kerja dalam syarikat public listed …sebab saya ada kelulusan sebagai akauntan.

Parti harus mengalakan the best malay to lead .Umno harus ubah pemikiran itu demi survival orang melayu.



Agendadaily: Masalahnya kadang-kadang bila melihat mainan politik..tikam menikam dan sebagainya buat orang fed up dengan politik..?

Norza: Sebab tu kita ada generasi muda ni..contohnya saya dengan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.Dari 13 bahagian 11 Ketua Pemuda Bahagian adalah muka baru… easy to work with.

Ia ibarat sehelai kain putih yang boleh dicorakan.

Adakalanya yang buat timbul perasaan itu bila melihat orang yang sama…pelakon yang sama…Contohnya bila orang buka televisyen ..alahai bilik-balik muka ni saja.

Parti harus mengikis budaya-budaya lama yang dirasa merugikan.

Tujuan kami dalam Pemuda iklas.Kalau kita kekal macam tu…Umno makin lama makin jauh jurangnya dnegan orang kebanyakan...tak nak fikir nak rapatkan jurang itu …OK syok sendirilah.



Agendadaily: Umno berasal dari kampong ..dan membawa aspirasi orangh bawahan.Kini muncul golongan muda ..yang nampak elit belajar yang belajar dari luar negara dan sebagainya.Ada cakap-cakap yang kita dengar kata faham kah mereka masalah orang kampong..masalah orang melayu?

Norza: Hakikatnya budak-budak muda yang berjaya inipun adalah hasil dari perjuangan Umno.Konsepnya kalau dulu bapa petani ..anak mesti lebih baik.

Kedua..mereka ini faham masalah orang kampong.

Sebenarnya kalau delivery system kita dah bagus…dah tak ada orang miskin dah.

Tidak lama dulu ada yang memekik nak naikan Dasar Ekonomi Baru dari 18 peratus kepada 30 peratus.Katakan kita letak lagi RM 10 billion.Kalau 10 billion bagi kat orang melayu tetapi 9 billion darinya terlepas kat tangan orang Cina…apakah masalah itu akan selesai.



Agendaily: Apakah impian Datuk mengenai corak pemikiran politik orang melayu yang sepatutnya?

Norza: Melayu harus berubah dari politik yang emosional.Contohnya kadang-kadang kat Umno Bahagian…ada yang kata... aku tak sukalah Norza tu.Cuba tanya dia sebab apa tak suka…jawabnya entahlah aku bencilah kat dia…sebabnya tak ada.

Inilah masalahnya dengan politik kita…emosional dan tak rasional.

Lihatlah pada orang Amerika.

Lepas pemilihan Presiden antara Bush dan Kerry… lets forget about politic .. five years down the road kerja sahaja...

Orang Cina …lepas pemilihan…mereka kata lets work together …soal pelajaran diperjuangkan bersama...begitu juga kalau menyentuh tentang kuil dan sebagainya.

Kita masjid pun pecah dua…sebab apa?... emosional.

Sebab itu kalau ada the old school of thought …semata-mata saya tak suka kamu sebab kau ni tak pergi kenduri akulah..merajuklah sebab itu inilah…kemanakah hala kita nanti.

Orang lain dah dahului kita 100 tahun ke depan…kita dok syok sendiri…kita kata kita OK..nak pegang jawatan... tapi tak ada kemampuan…tak ada daya saing... ke manaka kita nanti.Yang rugi orang melayu.

Orang kata ramai lagi best brain kat luar tu tak mau join Umno…tapi you janganlah bunuh orang-orang macam kami ini.Sekalipun kami boleh hidup selesa di luar memegang jawatan yang baik tetapi kami masih mahu kerja keras untuk parti…fikir macam mana nak kukuhkan parti.

Kalau Umno tak fikir survival ..nak hidup macam katak dalam gelas…kita berdepan dengan risiko.

Walaupun usia Umno sudah 50 ke 60 tahun ia adalah sebuah institusi…ia bukan individu.



Agendadaily: Isu politik wang yang heboh setiap lepas pemilihan jawatan Umno boleh jejaskan imej Umno dimata orangramai.Bagimana Datuk melihat hal ini?

Norza: Politik wang menang tidak harus jadi amalan.Itu pendirian kita.

Sebenarnya isu politik wang adalah soal sampingan.Masalahnya sekarang kita nampak ia seperti isu induk pula.Kalau you letak merit…accountability ia akan jadi isu kecil.

Masalahnya dalam zaman materialistik ni…semuanya perlu duit.Kebanyakan pemimpin-pemimpin kalau tak ada duit dia tak boleh buat kerja sekarang.

Apapun kita harus tahu pilih pemimpin yang tahu mentabir..tahu apa benda dia boleh buat dan tak boleh buat.

Sekarang ni kebanyakan kita blurr. Kejap ni boleh buat ...kejap ni tak boleh buat.

Ada benda-benda yang kita buat secara impromtu …macam bomba… terbakar lari ke sana…terbakar lari ke sini.

Parti harus reengineer …sesuaikan dengan keadaan sekarang. You tak boleh lari dari wang untuk berpolitik.Soalnya sekarang macam mana nak pilih yang terbaik dalam yang terbaik dalam Umno.

Delivery system harus baik…orang yang patut dapat kontrak you bagi kontrak ..orang miskin punya you jangan kacau…patut kontraktor kelas F…kelas F lah ..kalau kat situ pun nak tapau ,kelas A tapau ,kelas B tapau .Ini masalahnya.



Agendadaily: Jelas nampak sekarang hanya orang-orang yang ada duit saja boleh jadi pemimpin…Kalau tak ada duit..baik di cawangan,bahagian ataupun pusat…sebaik mana pun kalau tak boleh jaga orang-orang di bahagian…susah nak menang..tidakkah ia satu fenomena yang membimbangkan?

Norza: Untuk bergiat dalam politik dan jadi pemimpin…saya berpendirian begini… dan saya selalu kata kepada budak-budak di bahagian saya.. you make sure beras ada di rumah, you make sure kepimpinan you berjaya dalam family ..anak you dapat pelajaran yang terbaik..isteri you boleh duduk relaks masa you keluar rumah berpolitik..baru you boleh anggap diri you seorang pemimpin..baru boleh jadi pemimpin kepada masyarakat.

Ini lain…kejar jawatan dulu baru cari yang lain… itu old school of thought . Equal distribution of wealth itu yang orang melayu nak.

Kita kena pandang semua orang sama.Walaupun dia bukan ahli parti dan kontraktor kelas apapun…kalau dia layak dia berhak dapat.

Ini ada orang politik bila dapat surat sokongan menteri…campak kat officer …tak nak jumpa officer …tak nak lobi..dia ingat dapat surat menteri tu dah halal you the right person to get it.

Nak jadi pemimpin ..jangan jadi liability pada orang.Bagi alasan kononnya sebagai ketua cawanagan..ada kenduri kat kampong boleh donate kalau ada duit…kalau tak boleh jangan…jadi liabiliti pada orang lain.



Kita kena ingat keadaan dah berubah.

Dulu jurutera melayu berapa kerat sangat …sekarang jurutera dah ramai.

Mana ada syarikat melayu macam Acer,Intel dan Microsoft.

Kita masih cakap lagi tentang kontrak kelas F…masih cakap lagi tentang Mad tu tak guna... Mad ni tak guna.

Sekarang ini bagaimana kita hendak mempersiapkan generasi muda kita yang tidak ada arah tuju ...yang tak tau apa...Ramai jadi penagih…Ada duduk rumah…tunggu mak bapa bagi 10.. 20 ringgit setiap hari.

Mahukah kita melihat keadaan ini berterusan?

Bayangkan kini ada 250,000 penagih dadah.

Masuk ke universiti pula katakan ada 1,000 dimana antaranya ada lima orang pelajar Cina.Yang lima tulah yang dapat top student .Lain-lain tu mediocre saja ..sebabnya mereka terlalu comfortable … mereka duduk dalam dunia mereka.

Mereka fikir kalau aku masuk univertsiti..paling tidak aku dapat kerja dengan kerajaan..aku buat bisnes..tak apa..ada orang Cina nak tolong aku…aku jadi Ali dia jadi Baba .

Kalau kita terus menerus layan pemikiran macam ni… kemana kita nanti.

Dalam menentukan survival orang melayu…kita harus berpandangan jauh.Pernah kita buat seminar mengenai bisnes,pasal IKS seperti MCA…kerja kita berlaga sahaja...kita reverse ke belakang saja ..ini yang sungguh membimbangkan…



Agendadaily: Sebagai Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan..tempat yang paling mencabar sekali dalam negara…apa visi dan program yang Datuk nak laksanakan untuk bawa perubahan ?

Norza: Saya dah panggil mesyuarat Perhubungan Pemuda yang pertama pada 20 November lalu…saya dah namakan biro-biro awal-awal lagi.

Pesanan saya kepada semua.berhentilah politiking..mulalah buat kerja khususnya khidmat masyarakat… reach out to the rakyat..kita tak nak lagi buat program semata-mata untuk orang Umno.

Ini satu pemikiran baru yang saya nak bawa…Umno ni kalau dilihat kuat tetapi tidak bersama masyarakat…tak guna.

Saya akan panggil semua ahli jawatankuasa Pemuda Umno Wilayah Persekutuan pada 17 Disember ni …saya bagitau term of rerefence …hala tuju perjuangan dan visi saya.

Kita harus bergerak ikut suasana politik semasa.Misalnya dulu majoriti undi di kawasan parlimen Wangsa Maju sahaja 25,000 tetapi pada pilihanraya 1999 kerana krisis keyakinan yang begitu hebat (isu Anwar) seluruh 11 bahagian di Wilayah Persekutuan ketika itu hanya dapat majoriti18,000 undi.

Jadi pemimpin waktu krisis dan waktu Umno OK berbeza.Dulu kita tumpukan pada gerak gempurlah…nak berlagalah..sekarang ni kita nak bersama dengan masyarakat.

Saya seorang tak boleh buat semua ini…seluruh ahli pemuda wilayah jiwai hala tuju tu.

Konsep saya lain… you akan nampak perubahan dalam masa enam bulan ni.

Agendadaily: Maksud Datuk nak Pemuda Umno lebih visible dalam masyarakat?

Norza: Ya…mereka harus visible …sanggup kotorkan tangan… fahami apa masalah rakyat.bukan duduk atas kayangan… fikir syok sendiri.

No comments:

Post a Comment