Klik dan lihat

Thursday, December 31, 2009

Islam VS ekonomi 1israel

Kita berbicara soal ekonomi Islam (mu'amalah maliyah). Dalam perkara penerbitan fatwa dalam bidang mu'amalah maliyah dipercayai menggunakan keempat sumber hukum yang disepakati oleh ulama suni, iaitu Al-quran, Hadis Nabawi, ijma ', dan qiyas, serta menggunakan salah satu sumber hukum yang masih diperselisihkan oleh ulama; iaitu, istihsan , istishab, dzari'ah, dan 'urf.

Dalam proses penerbitan fatwa dianggarkan mempelajari empat mazhab suni, iaitu imam mazhab yang empat: Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, disamping pertimbangan lain yang bersifat temporal dan kondisional. Oleh kerana itu, perlu mengkaji secara saksama dan perlu dilakukan penelitian untuk mengetahui sifat fatwa-fatwa dalam bidang ekonomi Islam dari segi dasar perumusannya, sosial-ekonomi disekelilingnya dan respons masyarakat terhadap fatwa-fatwa itu.

Fatwa-fatwa ekonomi Islam yang boleh disebutkan, dasar-dasar untuk mengeluarkan fatwa merujuk pada urutan tingkatan; Al-quran, Sunat Nabawi, ijma'-qiyas, serta dalil global lain.

Hal ini masih harus dilengkapi dengen carian dan kajian kepada pendapat-pendapat oara imam mazhab terdahulu. Kemudian meminta pandangan para ahli dalam bidang masalah yang akan diambil keputusan fatwanya.

Dalam prosedur penetapa fatwa tentang fasal 3 ayat 2 dan 3 disebutkan mengenai masalah yang telah jelas hukumnya (qath'iy) hendaklah Majlis Fatwa menyampaikan sebagaimana adanya, dan fatwa menjadi gugur selepas diketahui ada nas (teks) daripada Al-Quran dan sunah. Dalam masalah yang berlaku khilafiyah di kalangan mazhab, maka yang difatwakan adalah hasil tarjih selepas memerhatikan fiqh muqaran (perbandingan) dengan menggunakan kaedah-kaedah ushul fiqh muqaran yang berkaitan dengan pen-tarjih-an.

Sebaiknya,disepakati dan seharusnya cara penulisan dan format keputusan Majlis Fatwa biasanya mengemukakan bahawa Majlis telah mengadakan siding pada tangga tertentu berkenaan dengan adanya soalan yang telah diajukan oleh orang-orang atau badan-badan tertentu. Kemudian dilanjutkan dengan mengemukakan dalil-dalil yang dipergunakan sebagai dasar pembuatan fatwa dipilih.

Dalil bagi kebanyakan fatwa bermula berdasarkan ayat Al-Quran disertai hadis yang bersangkutan serta kutipan naskah-naskah fekah dalam Bahasa Arab. Dalil secara akal (rasional) dan pendapat para pakar juga kadangkala disertakan sebagai keterangan pendukung. Selepas itu barulah kenyataan sebenarnya dari fatwa itu diberikan dan perkara itu dinyatakan di bahagian akhir.

Pengujian terhadap corak pemikiran hukum ekonomi Islam, dilihat dari fatwa-fatwa majlis dapat dilihat dari majlis fatwa tentang bunga bank.Islam menetapkan suatu keputusan bahawa bunga bank termasuk riba nasiah yang haram hukumnya. Keputusan ini melibatkan sejumlah ahli ulama

Keputusan tentang bunga (interest) itu terdiri atas dua bahagian: konsideran dan ketetapan. Ketetapannya terdiri atas empat bahagian: pengertian bunga bank, hukum bunga bank, hukum Bermu'amalah dengan bank konvensional, dan dasar-dasar penetapan fatwa.

seharusnya Ketetapan ijtima 'ulama majlis fatwa tentang bunga bank terdiri atas tiga bahagian: pertama, pengertian bunga dan riba. Bunga bank adalah tambahan yang dikenakan untuk transaksi pinjaman wang yang dikira daripada pokok pinjaman tanpa mempertimbangkan anfaat / keputusan pokok tersebut, berdasarkan lamanya pinjaman (durasi), dan diperhitungkan secara pasti di awal berdasarkan prosentase. Sedangkan riba adalah tambahan tanpa ganjaran yang terjadi kerana penggantungan dalam bayaran yang diperjanjikan dahulu. Ini adalah riba nasi'ah.

Kedua, ketetapan bahawa amalan pembungaan wang dalam perbankan konvensional telah memenuhi kriteria riba yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW, yakni riba nasi'ah. Dengan demikian, praktik pembungaan bank wang termasuk salah satu bentuk riba, dan haram hukumnya.

Ketiga, hukum Bermu'amalah dengan bank bank yang menggunakan sistem bunga (bank konvensional) ditetapkan dua hukum: bagi penduduk yang tinggal di daerah yang sudah terbentuk perbankan Kewangan Syari'ah(yang asli) , tidak dibenarkan (haram); dan bagi penduduk yang tinggal di daerah yang belum terbentuk Perbankan Kewangan Syari'ah, dibenarkan melakukan kegiatan transaksi di institusi kewangan konvensional dengan alasan keterpaksaan dan kecemasan (al dlarurat wa al hajat).Wallahualam..

1 ISRAEL-'Kuasa dunia khianati rakyat Gaza'

ANGGOTA pasukan keselamatan Hamas mengawal penunjuk perasaan membantah tindakan Mesir membina sekatan keluli bawah tanah yang memisahkan Gaza dengan wilayah Mesir, kelmarin.

Masyarakat antarabangsa gagal desak Israel tamatkan sekatan

BAITULMAQDIS: Sekumpulan 16 pertubuhan hak asasi manusia, termasuk Amnesty International dan Oxfam, semalam berpendapat dunia sebenarnya 'mengkhianati' penduduk Gaza apabila mereka gagal mendesak Israel menamatkan sekatan di kawasan diperintah Hamas itu.

"Masyarakat antarabangsa sebenarnya mengkhianati rakyat Gaza kerana tidak berupaya melaksanakan tindakan berkesan bagi menamatkan sekatan Israel yang menghalang pembinaan semula dan pemulihan di kawasan berkenaan," kata satu laporan.

Setakat ini, Israel dan Mesir hanya membenarkan bantuan kemanusiaan kepada wilayah berkenaan sejak Hamas merampas kuasa pada Jun 2007.

"Bukan Israel saja yang menindas rakyat Gaza melalui sekatan yang menghukum semua orang yang tinggal di sana semata-mata kerana perbuatan segelintir orang.

"Kuasa dunia juga gagal dan malah mengkhianati rakyat biasa Gaza. Mereka pernah menggenggam tangan dan mengeluarkan kenyataan, tetapi tidak mampu mengambil langkah bermakna bagi mengubah dasar yang menghalang pembinaan semula kawasan berkenaan," kata Jeremy Hobbs, Pengarah Eksekutif Oxfam International.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata Israel kini hanya membenarkan 41 muatan penuh lori bagi membawa bahan binaan ke Gaza sejak peperangan yang memusnahkan kawasan berkenaan selama 22 hari yang dilancarkan oleh negara Yahudi itu hampir setahun lalu yang berakhir dengan gencatan senjata yang dipersetujui bersama pada 18 Januari lalu.

"Hanya sedikit daripada pemusnahan besar yang menimpa rumah, infrastruktur dan perkhidmatan awam, ladang serta perniagaan dapat diperbaiki kerana kekurangan bahan," kata laporan berkenaan.

Kira-kira 1,400 rakyat Palestin dan 13 rakyat Israel terbunuh dalam peperangan itu, yang meratakan sebahagian besar bumi Gaza, sebuah wilayah miskin di mana majoriti besar penduduknya bergantung pada bantuan asing.

Israel menguasai semua tempat kecuali kawasan sempadan Gaza, iaitu terminal Rafah dengan Mesir, yang jarang dibuka oleh Kaherah.

"Orang sakit, mereka yang berada dalam keadaan trauma dan penduduk miskin dihukum oleh dasar kejam dan haram oleh pihak berkuasa Israel," kata Pengarah Amnesty International United Kingdom, Kate Allen. – AFP

1 Israel semakin mengila


Al-Khalil – Ahli Parlimen Palestin, Sameera Al-Halaika dari blok parlimen Hamas dalam Dewan Perundangan Palestin (Palestinian Legislative Council) pada Jumaat lepas (20 November) memberi amaran bahawa perancangan Israel untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa sudah sampai ke peringkat akhir, dan menambah bahawa tindakan berpeluk tubuh dunia Arab dan Islam telah menghantar mesej yang salah kepada tentera penjajah Israel.

Beliau turut mengkritik “suasana kematian” yang menyelubungi dunia Arab dan Islam serta pengabaian terang-terangan mereka terhadap tanah suci Islam itu, sambil menekankan bahawa penghapusan etnik terancang Israel terhadap bangsa Arab dan umat Islam di wilayah terjajah Baitul Maqdis berlaku dalam keadaan tanpa ditentang dan sudah sampai ke peringkat akhir.

Untuk itu, ahli perundangan tersebut menyeru negara-negara Arab dan Islam supaya menghentikan sikap berpeluk tubuh mereka sebaliknya berdiri teguh di samping saudara seIslam dan seArab mereka di wilayah terjajah Baitul Maqdis. Menurut Halaika, penduduk Palestin di situ sedang berhadapan dengan barah kehancuran yang bekerja siang dan malam untuk menghapuskan kehadiran mereka di kota suci tersebut sama ada dengan merobohkan tempat tinggal mereka atau merampas dan membatalkan kad pengenalan penduduk mereka, antara sebahagian tindakan-tindakan haram Israel bertujuan untuk mengubah demografi kota suci Baitulmaqdis supaya menguntungkan pendatang-pendatang Yahudi.

Kenyataan Halaika dibuat berikutan pendedahan Yayasan Al-Aqsa untuk Sejarah dan Warisan terhadap tindakan penggalian terbaru Israel, termasuk pembinaan dua terowong dan dua lif pengangkut berdekatan sempadan barat Masjid Al-Aqsa untuk menghubungkan pintu pagar Al-Magharba dengan Plaza Al-Buraq, yang membolehkan serangan terhadap masjid tersebut lebih mudah dilakukan.

Sumber: Ikhwanweb

Saturday, December 12, 2009

1 ISRAEL SEDIKIT PENGHAYATAN SEJARAH

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka. (saya akan tulis kemudian tajuk khas bab ini)

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

"Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan.

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza. Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia.

"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Zaman"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights