Klik dan lihat

Thursday, January 28, 2010

PR selangor Juara Rasuah Bukan Juara Rakyat

Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kempen terdesak pihak Umno untuk memenangi hati rakyat dengan slogan ‘Umno Juara Rakyat’ adalah omongan kosong dan gimik politik murahan semata-mata.Dan peringatan untuk AMK,sepatutnya AMK harus sedar diri dan bukan hanya mencari kesalahan lawan tetapi membetulkan sahsiah PKR itu sendiri,dengan sistem pentadbiran yang berterabur,penuh dengan budaya rasuah,kaki perempuan,kaki judi dan pelbagai perkara hina dan dina melanda wabak penyakit PKR.Mana janji perjuangan keadilan kamu?adakah Keadilan kamu lenyap selepas diberi peluang untuk memerintah dan menjadi rakus dan tamak haloba mengaut hasil bumi selangor yang kaya seolah-olah macam harta mak bapak.Mengambil kesempatan di atas kelemahan PTG tinggalan bahtera usang UMNO

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan slogan itu kerana jelas bahawa trek rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya parti itu adalah juara rasuah politik dan banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan negara.Tetapi ketua penerangan Mohd Esli gagal menyuarakan permasalahan rasuah yang melanda PKR,kerana takut di gantung dan kehilangan jawatan dalam parti.Ini bukan pejuang tulen namanya tetapi pejuang dayus yang gagal mendapat tempat dalam UMNO dan akhirnya mencuba nasib di PKR yang hanya 'indah khabar dari rupa'

“AMK Selangor ingin mengingatkan Umno memang juara rakyat dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah dan penyelewengan, skandal akhlak dan moral, membawa kebobrokkan kepada sistem kehakiman, merampas kuasa di Perak dan pelbagai lagi persepsi negatif,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.Adakah rakyat sedar bahawa PKR dan DAP lebih hina dan dina kerana sanggup memperalatkan penyokong mereka walaupun dari segi kesahihannya mereka melakukan rasuah seks seperti mana yang berlaku melibatkan kes EXCO perak dimana beberapa ahli PKR yang terlibat akhirnya secara terus-terang mengaku melakukan rasuah seks.Akhirnya lagi perkara yang sama berulang di Selangor.Ini menampakkan beberapa ahli PKR ini kemaruk seks dan lemah imannya.Paling jelek dilihat apabila kenyataan media,mengatakan bahawa mereka itu bersih,sebersih bayi dan di perangkap.Persoalannya adakah rasuah seks melibatkan satu pihak sahaja.

Oleh itu, tegasnya rakyat perlu menyedari PKR dan DAP akan berbuat apa sahaja untuk mengemis simpati rakyat dan menggunakan pelbagai isu sensitif untuk talian hayat politik sempit mereka.

Baginya, Umno semakin terdesak untuk mengemis sokongan rakyat setelah rakyat menolak politik perkauman sempit yang diamalkannya dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

“Sebelum ini pemimpin-pemimpin politik Umno/BN angkuh dan sombong untuk mendengar suara dan rintihan rakyat malahan suara rakyat sering diperlecehkan dan diinjak-injak, malahan suara daripada golongan muda langsung tidak dipandang,” ujarnya.Tetapi rakyat selangor melakukan kesilapan kerana memilih pemimpin bidan terjun dan tidak berkelayakkan untuk menjadi pemimpin seperti pemimpin-pemimpin PKR selangor yang ada.Rakyat harus sedar bahawa rata-rata pemimpin PKR adalah buangan sampah dari UMNO.Ini bermaksud mereka adalah golongan yang lemah dan tidak berguna.

Kini, katanya rakyat sedar dan mengetahui akan kebobrokkan politik Umno/BN yang sekadar berjuang untuk wang dan kepentingan diri yang sempit, ditambah dengan kekalahan teruk parti itu dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.Namun akhirnya anjing tergigit di pangkal ekor.PKR dan DAP semakin bermaharajalela memerintah mengikut ala samseng mereka.bertambah pesat pusat-pusat aktiviti haram kerana ada golongan haram yang hanya mengejar wang dan kuasa dengan cara berlagak seperti mustapa kamal atartuk.Jika kita menghayati sejarah mustapha kamal atartuk maka kita akan lihat kesamaan yang ada pada kebanyakkan pemimpin PKR.

Tambahnya, AMK Selangor ingin menyatakan bahawa rakyat tidak semudah dan selunak itu untuk terus ditipu dan dibohongi oleh politik Umno/BN yang sarat dengan budaya rasuah, penyelewengan wang rakyat dan skandal yang menjijikkan.Untuk pengetahuan AMK,rakyat tidak tertipu tetapi hanya mengajar UMNO supaya berubah dan berkerja dengan lebih gigih,yang di tipu adalah golongan-golongan pelahap PKR dan DAP yang semakin berani dan keras kepala dengan rakus menipu rakyat selangor sehingga lupa bahawa mereka diperhatikan dan akan menerima balasan secepat mungkin kerana mereka adalah golongan 'cakap tak serupa bikin'

Katanya, jika Umno sahaja juara rakyat bagaimanapula parti komponen dalam BN yang lain.

Ini, tambahnya membuktikan bahawa Umno tidak pernah menganggap bahawa parti-parti dalam BN adalah juara rakyat juga selama ini.

Justeru, ujarnya apa lagi yang ditunggu untuk bersama-sama dalam BN kerana Umno hanya mempergunakan parti-parti komponen hanya dalam pilihan raya sahaja, lemudian jasa dan pengorbanan parti-parti komponen itu terus dilupakan.

“Maka ini adalah masa yang amat sesuai parti komponen dalam BN menilai semula hubungan politik dengan Umno kerana Politik Umno umpama bahtera yang sedang karam sedikit demi sedikit.

“Oleh itu keluar segera daripada bahtera usang Umno yang semakin hari mulai tenggelam akibat arus perubahan besar yang melanda dunia dan iklim politik negara,” ujarnya lagi.
Paling penting tinggalkan PKR yang semakin membusuk,lebih baik UMNO yang usang berbanding PKR yang makin kotor dan hina diibaratkan 'syaitan bertopengkan manusia'

No comments:

Post a Comment