Klik dan lihat

Thursday, February 25, 2010

PERKASA is something that I could not fathom


PERKASA – A MISGUIDED RIGHTS GROUP

A friend called up to invite me to attend a gathering in Kampung Baru, Kuala Lumpur this February 27, 2009 in support of PERKASA, a Malay rights group founded by one Datuk Ibrahim Ali. I remembered that name well; a fire-brand Malay politician from Kelantan (is neither an UMNO or a PAS party member) who is now left without any political base to shove his wavering political career.

When the name Ibrahim Ali was mentioned, I said to my friend that I have no liking for him, and if he (Ibrahim Ali) is sincere in his cause to champion the Malay rights, he does not need PERKASA. He could have done it in his capacity as a member of parliament, of which he is one. Why than does he need PERKASA is something that I could not fathom. Anyway, I do not trust politicians heading an NGO or rights group.

Being a politician without any significant political base and who is likely to be ousted in the next general election, I think he needs PERKASA more than any other Malays. And if it is true that his argument to form PERKASA is to champion the cause of Malay rights, why than do we need UMNO? Isn’t UMNO the ‘outfit’ to do the championing, or has UMNO lost that cause, and has instead being relegated to a toothless Malay political party?

I sense something strange in this person named Ibrahim Ali. I believe it is not about championing Malay rights which he says is slowly eroding. Does he not know that the Malay rights are well entrenched in the constitution? What is eroding is the support that people has for him, and this has caused him to fear losing a place in national politics and to be thrown into oblivion come the next general elections. I am sure his constituents in Kelantan have had enough of his antics that are filled with rhetoric, and less of substance.

I apologized to my friend that I will not make it for the gathering, and my presence or absence will not be a lost to Ibrahim Ali himself. I think I have greater things to do that day than to listen to some misguided politicians whom I have little regards for.

CRUSADE AGAINST CORRUPTION

Hikayat terakhir Khairy dalam Umno

KATA pepatah Melayu, 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang'. Dalam pepatah Melayu moden, ayat itu diubah sesuai dengan ungkapan 'jika tiada beruk, masakan pokok bergoncang'.

Dalam terjemahan lain pepatah ini disebut sebagai 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok.'

Pepatah moden ini dipinjam dari seorang tokoh politik muda, sewaktu beliau berkuasa satu ketika dahulu. Ayat ini ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang amat lantang mengkritik kepimpinan PM waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ayat 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok ini', merujuk kepada gangguan terhadap seseorang pemimpin atau sesebuah organisasi. Orang yang menggugat kestabilan seseorang atau sesebuah organisasi, dilabel dengan gelaran beruk.

Istilah beruk dalam politik Malaysia bukannya baru. Ia sudah lama diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang pernah menerbitkan cerpen satira politik bertajuk Maharaja Beruk oleh Yahaya Ismail.

Kepada siapa gelaran beruk itu dirujuk, atau mengapa beruk dijadikan modal politik bukan persoalan yang hendak dibahaskan sekarang.

Persoalan yang hendak dilontarkan penulis, dengan meminjam pepatah Melayu moden, 'beruk-beruk manakah' yang menggoncangkan pokok pemuda Umno, sehinga kedudukan ketua nya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bergoyang?

Bukan goyang sikit-sikit, tetapi bergoyang macam dipukul ribut, sehingga ada desas desus mengatakan, di kalangan exco pemuda Umno mahukan Khairy meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda, kerana didakwa tidak efektif.

Pemuda Umno menunjukkan 'jalan keluar' kepada Khairy, bukan semata-mata kerana beliau tidak efektif. Soal efektif atau efisyen seseorang dalam menjalankan tugas, tidak penting dalam Umno.

Untuk mengelak persepsi negatif terhadapnya, Khairy membuat kenyataan politik, menafikan wujudnya masalah dalam pemuda Umno.

Namun, pergeseran dengan beberapa orang exco pemuda, khususnya Hishamuddin Yahya, jelas menunjukkan beliau tidak mendapat kepercayaan dari kalangan exconya sendiri.

Lebih parah lagi mereka dikatakan memberikan tekanan hebat, dengan mendesak Khairy meletakkan jawatan ketua pemuda.

Khairy seharusnya memahami, mengapa Umno sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi. Hakikat ini memang wujud. Bukan kerana Khairy dikecam anggota exconya. Indikator yang paling besar bahawa Umno tidak mengkehendaki beliau ialah, apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, tidak melantiknya ke sebarang jawatan dalam kerajaan.

Sebelum ini ada laporan mengatakan, Khairy tidak diberikan jawatan, kerana Najib mahu beliau menumpukan tugas mempertingkatkan sokongan golongan muda terhadap Umno.

Ini semua alasan politik semata-mata. Sengaja hendak mencari 'excuse' untuk tidak menjatuhkan 'air muka' Khairy dan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib sudah menunjukkan pendiriannya dengan jelas. Dalam pertemuan pemuda Umno di Putrajaya, 18 Februari lepas. Najib enggan memberikan komitmen untuk melantik Khairy dalam kabinetnya, walaupun ada suara yang mahu beliau diberikan jawatan.

Khairy seharusnya memahami mengapa Najib enggan melantik beliau. Pertamanya, sudah tentu pelantikan Khairy akan dibidas Dr Mahathir. Semua orang tahu Mahathir memang betul-betul anti dengan Khairy. Najib tidak berani lantik Khairy kerana takut diserang Mahathir.

Faktor kedua, barangkali ada kebenarannya cakap-cakap dalam Umno, wujud kerenggangan antara Abdullah dengan Najib dahulu, antaranya berpunca daripada Khairy, dan perkara ini mendorong ramai kalangan penyokong Najib tidak menerima kehadiran Khairy.

Najib sudah menunjukkan sikapnya dengan jelas terhadap Khairy, sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai PM ke-6, beliau menamakan Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri.

Lebih jelas lagi apabila beliau melantik Dato' Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan ketua pemuda Umno, sebagai Timbalan Menteri juga.

Khairy tidak dilantik apa-apa jawatan. Nasib Khairy sama dengan nasib Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan ketua pemuda Umno pada tahun 1993 yang lalu.

Zahid tidak dilantik sebarang jawatan kerana beliau dikenali sebagai 'budak Anwar' (bekas TPM, Dato' Seri Anwar Ibrahim) yang dikatakan banyak mengkritik PM Mahathir ketika itu. Zahid tidak dilantik kerana tidak disenangi Mahathir.

Jadi dalam kes Khairy ini, apakah tidak mungkin, Najib enggan melantik Khairy dalam kabinetnya, kerana Najib tidak menyenangi Khairy? Khairy bukan setakat budak, malah menantu kepada bekas PM, Abdullah.

Soalnya, kita tidak harus lupakan sejarah politik Umno pada tahun 1998, iaitu, wujud persepsi di kalangan penyokong Najib, bahawa yang sebenarnya layak menjadi TPM selepas Anwar disingkirkan ialah Najib, kerana Najib adalah Naib Presiden Umno yang memenangi undi paling tinggi dalam pemilihan Umno.

Mereka beranggapan tindakan Mahathir melantik Abdullah, sudah melambatkan peluang Najib menjadi PM, sejak Mahathir meletakkan jawatan pada bulan November 2003 hingga April 2009.

Perkara ini diakui Mahathir sendiri. Acapkali beliau menyatakan kekesalannya melantik Abdullah menjadi PM. Kebencian Mahathir dan termasuk puak Najib, terhadap Abdullah ketika itu disekalikan dengan kebencian terhadap Khairy.

Bukan soal Khairy tidak layak menjadi ketua pemuda atau anggota kabinet. Soal yang besarnya ialah, Khairy memulakan karier politiknya dengan cara yang tidak disenangi oleh orang-orang Umno.

Apabila wujud bad background ini, laluan Khairy untuk melonjak dalam politik Umno tidak akan mudah. Khairy melalui keadaan yang amat sukar sebenarnya.

Masalahnya Khairy dilihat begitu 'arrogant' sejak bapa mertuanya menjadi TPM dan PM ke-5.

Barangkali sifat Khairy tidak begitu, tetapi kedudukannya yang dekat dengan tampuk kekuasaan, menjadikan persepsi orang Umno terhadapnya, sedemikian rupa.

Menjadi lebih bermasalah kepada Khairy, bukan sekadar puak-puak dalam Umno ini tidak menyukai Abdullah dan beliau sahaja. Malah, segala anak beranak, rakan taulan dan kroni-kroninya, semua sekali hendak 'dibakul sampahkan'.

Orang Umno sendiri yang membangkitkan betapa kemarahan mereka terhadap abang ipar Khairy, Dato' Kamaludin Abdullah, kroni-kroni di New Straits Times seperti Dato' Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan Brendan Pereira. Turut dikaitkan ialah Dato' Patrick Lim atau Patrick Badawi.

Dari sudut sektor korporat, sebelum kejatuhan Abdullah, Khairy dan kroni dikaitkan dengan syarikat Scomi, ECM-Libra, Equine Capital dan juga penganjur pertandingan Monsoon Cup.

Itu belum masuk isu politik. Bagaimana 'geramnya' orang-orang Umno yang anti Khairy, terhadap langkah-langkah politik Khairy sebelum menang jawatan ketua pemuda. Malah semasa menjadi naib ketua, Khairy di'boo' beberapa kali dalam perhimpunan agung umno.

Jika hendak disenaraikan terlalu banyak tuduhan orang Umno terhadap Khairy. Terlalu banyak alasan untuk mereka tidak menerima Khairy dalam Umno lagi.

Penulis tidak berhasrat untuk mengkritik Khairy, tetapi fakta-fakta yang dipaparkan ini, atau yang dikatakan bad background inilah sebenarnya, yang mendorong exco pemuda Umno, berani mendesaknya meletakkan jawatan.

Bad background inilah sebenarnya yang bakal mempercepatkan kejatuhan Khairy dan susur galur politiknya tercatat dalam hikayat Melayu moden.

Untuk menyimpulkan kedudukan politik Khairy, penulis memetik perbualan telefon dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

"Hai, Rashidi, apa khabar," ujar Guan Eng menelefon penulis.

"Hai CM (Chief Minister), saya ok," balas penulis.

"Saya nak beritahu you, saya tengah bengang sekarang ini," katanya.

"You bengang dengan siapa pulak, Utusan (Utusan Malaysia) lagi ke?" soal penulis.

"Bukan, bukan. Itu Utusan satu hal, sekarang saya bengang dengan Khairy. Saya mahu bagi penjelasan pada dia pasal isu Maulid. Dia ada cakap dia mahu penjelasan. Jadi saya call dia. Tapi saya call dia beberapa kali, dia tidak jawab. Lepas itu saya guna satu saluran untuk reach (dapatkan) dia. Itu orang cakap, dia sudah beritahu, dia cakap Khairy tahu saya call, nanti dia akan call balik. Tapi sampai sekarang dia tiada call," ujar Guan Eng panjang lebar.

"Tak payah call dia lah, dia mesti tak mahu cakap dengan you punya," kata penulis.

"Ya lah, saya ingat pun dia tak berani mahu cakap dengan saya. Saya hanya mahu bagi penjelasan saja. Saya mahu dia faham ini semua fitnah," katanya.

"Haiya, kalau itu macam penatlah kerja CM, semua orang hantam you mahu kasi call, biarlah dia," usik penulis.

"Haiya, saya pun hairanlah, apa ini ketua pemuda. Saya ingat dia 'miskin' la. Tak faham kerja kerajaan. Ini pasal (kerana) dia belum jadi Menteri, Timbalan Menteri. Apa ini Oxford (Universiti Oxford) punya orang, saya ingat dia profesional, tapi tak profesional," rungut Guan Eng.

"Tak apalah CM, nanti dia senang-senang dia call you lah. Orang politik selalu itu macam," balas penulis.

"Ha, ha, ha," kami sama-sama ketawa.

Apa pun Khairy harus sedar bahawa sudah tiada tempatnya dalam Umno. Lambat laun, beliau terpaksa keluar juga, sama ada secara paksa atau dikalahkan dengan cara yang amat memalukan dalam perhimpunan agung Umno akan datang.

Keranda politiknya sedang dipersiapkan oleh golongan penentang, hanya menunggu ketukan paku terakhir sahaja.
-Mohd Rashidi Hasan

UMNO hentikan berkokok macam ayam jantan..Islam diserang dalam pelbagai sudut

Bayangkan jika DAP atau pertubuhan bukan Melayu atau bukan Islam lain yang mengeluarkan kenyataan ini, apakah tindakan drastik yang akan dibuat oleh UMNO, PERKASA, media dan blogger pro-BN, dan NGO yang sewaktu dengan mereka? Sudah tentu kecoh di jalan raya dan di media massa dengan kenyataan/laungan provokatif mempertahankan Islam dan Melayu. Contoh terkini, bandingkan kes pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dengan pembatalan perarakan yang sama di Perlis, Johor, dan Pahang. Apa sudah jadi?

MANA PEJUANG-PEJUANG UMNO? MANA PEJUANG-PEJUANG PERKASA? MANA PARPUKARI?

Sekilas pandangan untuk para sahabat...

Sahabat yang dirahmati Allah,

Islam adalah agama yang bukan sekadar bersifat amalan ritual, tetapi Islam adalah ad-Deen atau cara hidup yang menolak sistem-sistem hidup yang batil, Islam sering mengundang rasa jelek dan kebencian di kalangan banyak pihak yang berfikiran korup.

Kalian kena berpegang teguh dengan Islam, walaupun di tempat mana kalian berada samaada sebagai pelajar, pekerja, pegawai, ahli perniagaan, pemimpin politik maupun sebagai rakyat biasa. Kalian akan di pertanggung jawabkan di hadapan Allah s.w.t. untuk merealisasikan Islam dalam kehidupan. Kalian perlu bersatu padu, membina jalinan ukuwah Islamiyah dan silaturahim dan bergerak di dalam jamaah yg kuat dan tersusun rapi.

Islam telah dihina dan diperbodohkan oleh musuh-musuh Islam disegenap sudut. Negara umat Islam telah dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dan mereka menjalankan agenda dan perancangan mereka untuk memecakbelahkan kesatuan umat Islam dengan menguasai ekonomi dan kepimpinan negara. Negara kuasa besar Amerika Syarikat telah memainkan peranan di Iraq, Afghinastan dan Pakistan kononnya untuk memerangi keganasan, hakikat sebenarnya dialah yang menjadi pengganas dengan menyerang dan membunuh umat Islam yang tidak berdosa. Amerika juga memainkan peranan yang licik dengan mempengaruhi negara-negara umat Islam yang kaya dengan hasil minyak dan bersempadan dengan Israel untuk menyekat bantuan kemanusian kepada umat Islam di Palestin.

Dimana letaknya maruah umat Islam, hingga pemimpin-pemimpinnya sanggup menjadi agen pemusnah kepada saudara seagama dengan menafikan hak mereka untuk mendapat bantuan kemanusiaan dan hak-hak beragama dan menikmati kehidupan yang aman dan harmoni.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2000 jumlah umat Islam mencecah kepada 1.902 billion. Daripada jumlah yang ramai ini musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri terutama puak Kristian danYahudi yang tidak akan senang dengan umat Islam selagimana umat Islam tidak mengikut agama mereka. Perancangan mereka berjalan setiap masa untuk melemahkan umat Islam. Memang kita berbangga dengan bilangan umat yang ramai, tetapi teringat juga kata-kata Rasulullah bahawa umat Islam di akhir zaman ibarat buih-buih dilaut, nampak ramai tetapi lemah dan terapung-apung dihanyut ombak. Tiada kekuatan dan mudah dipermainkan. Sebabnya, mereka cintakan dunia dan takut kepada kematian.

Akhir-akhir ini kita digemparkan dengan isu penggunaan kalimah ‘Allah’ telah dibenarkan dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan dalam keputusan lisannya pada 31 hbb. Disember, 2009. Apakah motif mereka cuba mengguanakan nama 'Allah' sedangkan nama yang mulia ini tidak pernah tercatit di dalam kitab Bible mereka. Tujuannya adalah jelas untuk mencabar dan merosakkan pegangan aqidah umat Islam dengan mendatangkan kekeliruan, sedangkan mereka tahu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mewartakan kaliah Allah hanya khusus untuk umat Islam di Malaysia dan tidak boleh di gunakan oleh agama lain.

Permusuhan dan kedengkian dihati mereka memang sentiasa membara, pernah seorang orientalis bernama Snouck Hourgrounje pernah berkata bahawa, "Untuk menghancurkan umat Islam, tidaklah perlu memerangi orang-orang Islam atau menindas mereka dengan mengerahkan kekuatan senjata. Semua ini boleh dicapai dengan mengadu domba antara kelompok mereka dengan kelompok yang lain daripada dalam masyarakat mereka sendiri. Kita tanamkan perbezaan pendapat dan tekankan pada perbezaan mazhab serta tanamkan rasa ragu-ragu dan ketidakpercayaan kepada pemimpin dan ulama-ulama mereka. Manakala anak-anak mereka kita salurkan dengan ideologi-ideologi seperti Marxisme."

Itulah sebahagian usaha Kristian dan Yahudi, yang bekerja siang dan malam dengan penuh sistematik untuk meruntuhkan aqidah Islam dengan cara mempengaruhi dan merusakkan pembinaan keluarga Muslim.

Usaha mereka berjaya. Memang ramai di kalangan orang Islam hari ini lalai dan memandang sepi pada agama. Mereka terdidik dalam satu skima pendidikan yang gagal membesarkan Allah dan gagal membina masyarakat Islam sebenar.

Kejayaan musuh-musuh Islam dalam misi mereka ketara apabila mengeksploitasi wanita-wanita Islam dalam berbagai-bagai kemudahan atau sarana hiburan dan industri melayan nafsu. Waniat-wanita Islam hari ini cenderung mengabaikan tugas mengurus rumah tangganya atau mendidik anak-anaknya supaya menjadi generasi yang kental dan pejuang kebenaran serta keadilan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah Tahrim ayat 6)

Sahabat yang dimuliakan,
Rumah-rumah umat Islam hari ini sarat dengan peralatan hiburan, seperti televisyen, radio, karoake, vedio dan cakera padat dan di dalam komputer dan telefon mudah alih pun di isi dengan lagu-lagu yang melekakan dan alat-alat berkenaan digunakan bukan untuk mendekatkan diri kepada Allah atau menambah kekuatan Islam, tetapi untuk tujuan berleka-leka dan hiburan semasa. Daripada bapa sampai ke anak-anak sanggup menghabiskan masa berhibur berjam-jam di hadapan televisyen dan vedeo atau karoake.

Masaalah umat Islam tidak lagi menjadi keprihatian, masaalah generasi yang semakin rosak dengan pelbagai gejala sosial dan maksiat bukan menjadi agenda yang harus sama-sama di atasi, tetapi dianggap tugas orang lain.

Melihat keadaan ini, usaha memberi kefahaman Islam tulen dan usaha-usaha dakwah perlu digiatkan oleh setiap orang Islam yang merasakan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk membina dan memperkuat agama mereka. Mereka tidak mahu Islam mereka sekadar pada borang atau mykad sahaja. Orang yang tidak mahu dianggap dayus apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. nanti.

Akhir kata orang Mukmin yang hidup mulia di dunia dan akhirat adalah adalah mereka yang terus berjuang menghidupkan agama dan menyelamatkan umat, dan bukan sekadar hidup mengisi perut dan nafsu, kemudian diserang sakit, lalu mengakhiri hidup ini dengan tidak pernah memikul beban dakwah. Maka kembalilah dia menemui Tuhan dengan seribu penyesalan dan kegagalan.

UMNO semakin ghairah dalam mengejar kekalahan

Bagi saya terlalu sukar tetapi tidak mustahil untuk umno mengembalikan sokongan muda kepada umno.

Saya dapat lihat PM sedang bekerja sangat keras untuk memenangi semula hati rakyat. Slogan demi slogan dicipta tetapi hasilnya masih tidak kelihatan ataupun boleh diistilah sebagai ilmu ghaib. Dari cara kerja beliau, saya lihat BN berada dalam keadaan yang sangat sukar.

Politik umno yang lebih menumpukan golongan berumur ternyata amat bahaya kerana golongan yang akan menentukan kerajaan pada PRU nanti adalah dari golongan muda. Mereka juga nanti dengan mudah akan mempengaruhi golongan berumur (ibubapa).

Kerajaan harus ingat, cara berpolitik hari ini tidak sama dengan cara mereka berpolitik dulu. Rakyat kini lebih terbuka dan mencari fakta. Politik perkauman yang sempit, sentimen dan propaganda tidak akan mendapat tempat.

Media arus perdana akan menambah kesukaran BN menghadapi PRU akan datang. Isu-isu yang dimainkan ternyata membuatkan golongan muda bertambah menyampah dengan kerajaan. Golongan Muda terdedah dengan pelbagai sumber, dan tahu menilai. Kini media sudah menjadi bahan lawak kerana apa yang disiarkan ternyata hanya pukul tong kosong.

Cara pengolahan berita ternyata tidak dapat diselindung lagi bahawa mana-mana yang terkena kepada kerajaan akan cuba disembunyikan dan mana-mana yang melibatkan pembangkang, akan dicanang habis-habisan. Cara pemberitaan begini kami anggap seolah-olah untuk membodohkan rakyat. Hanya mereka yang bergantung pada media arus perdana sahaja akan angguk, tetapi yang lebih terbuka akan senyum kecewa kerana media anggap mereka bodoh.

Keujudan Blog-blog terutamanya dari golongan muda yang menyokong umno turut membantu merosakkan perjuangan umno. Terlalu banyak fitnah dan cerita karut tidak masuk akal serta sentimen perkauman dimainkan. Ternyata mereka gagal membantu kerajaan untuk menarik sokongan golongan muda kepada umno/ BN tetapi sebaliknya membuatkan ramai orang lebih menyampah dan menjauhi umno.

Mereka semakin ghairah membuat dan mereka cipta cerita apabila seolah-olah tindakan mereka mendapat restu pemimpin umno. Ini dapat dilihat apabila terdapat tokoh umno yang membuat link kepada blog mereka termasuk blog ini (link kepada link juga turut mempromosi blog mereka spt GOMO, parpukari dll).

Cuba kita bayangkan, Apa komen pembaca berkaitan blog panglima perang cyber, di sana terdapat banyak link ke blog-blog yang menganjurkan fitnah serta cerita dongeng. Kesannya, oh begini rupanya golongan muda umno. Begini ke golongan yang kita mahu untuk memimpin kita suatu hari nanti. Nampak seolah-olah dalam umno hanya terdapat pemuda yang rendah akhlak serta pemudi yang tiada maruah dengan cara berpakaian dan pergaulan puteri umno (dulu saya biasa ke majlis yang melibatkan puteri, dan saya tidak dapat bayangkan jika mereka mengambil alih tampuk wanita suatu hari nanti).

Wednesday, February 24, 2010

Berkawan dengan Yahudi-Bersangka Buruk atau Bersangka Baik.

kita selalu mendengar bahawa bersangka baik itu adalah yang digalakkan ISLAM.Tetapi bersangka buruk rasanya salah tetapi berhati-hati/syak wasangka rasanya lebih baik,lebih-lebih lagi dalam soal pergaulan dengan musuh islam.

Bagaimana ya?

Sebenarnya, ada ayat Al-Quran yang boleh menjadi dalil membolehkan kita mempunyai sikap syak wasangka.

ALLAH SWT berfirman,

” Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasiq bersama dengannya berita, maka selidikilah kebenarannya, agar kamu tidak tersalah hukum atas sesuatu kaum kerana beritanya itu, dan akhirnya nanti kamu akan menyesal” (Surah Al-Hujurat ayat 6)


Rasulullah SAW juga mengamalkan sikap berhati-hati apabila berurusan dengan Yahudi.Inikan pula kita yang lemah dan kekurangan berbanding Rasulullah,sebab itu kita seboleh-boleh jangan ada perhubungan atau lebih parah meminta bantuan dari rejim zionis sebagai contoh perbuatan PKR meminta bantuan dari Soros (dana kewangan untuk dimasukkan ke dalam tabung Free Anwar Campaign)

Bukan apa takut nanti terhutang budi tergadai Body..


Pernah satu ketika orang yahudi menulis perjanjian dalam bahasa yahudi, maka Rasulullah SAW meminta jika ada sahabat yang boleh mempelajari bahasa yahudi ini.

” Sesungguhnya aku tidak mempercayai mereka, ditakuti mereka mempunyai niat yang jahat di dalamnya. Maka adakah sesiapa yang boleh mempelajari bahasa mereka agar kita terselamat dari tipu daya?”(saya lupa terjemahan yang sebenarnya, tetapi maksudnya lebih kurang demikian. Maaf sebab tidak boleh memberikan rujukan)


Dua kes ini, dua dalil ini, kita lihat kepada siapakah kita disuruh bersyak wasangka?

Kepada orang fasiq, dan kepada yahudi(orang-orang yang mengingkari ALLAH).

Bukannya kepada mu'min atau sahabat kita.

Pokoknya, tidak salah hendak berhati-hati, atau bersedia jika berurusan dengan orang yang mungkin mempunyai sejarah hitam antara kita dengan dia. Tetapi bukan pada semua orang boleh kita sandarkan sangkaan buruk kita kepadanya.

Ada satu kisah ulama', di mana ulama' ini berjalan di persisiran pantai dan terlihat seorang lelaki sedang duduk di sebelah seorang perempuan serta bersama mereka berdua satu botol yang kelihatan seperti botol arak. Lantas ulama' itu bersangka buruk di dalam hati lalu mencela dengan berkata di dalam hatinya,

” Alangkah teruknya orang itu, sudahlah berduaan dengan bukan mahram tanpa takut kepada ALLAH, malah meminum arak secara terbuka”

Ternyata, ALLAH hendak mendidik ulama' itu, maka lelaki yang sedang duduk dengan perempuan itu menoleh kepada ulama' tersebut.

” Wahai hamba ALLAH, ini adalah ibuku, dan botol ini isinya adalah air biasa bukannya arak”

Ulama' itu tersentak terkejut. Ternyata dia telah melakukan kesilapan dengan terus menjatuhkan hukuman atas sangkaan yang tiada nasnya.


Berhati-hati itu memang digalakkan, tetapi lihatlah kepada siapa yang anda hendak berhati-hati itu.

Saya masih tak rasa itu boleh diklasifikasikan sebagai 'sangka buruk'. Tetapi itu hanya 'berhati-hati'.

Sangka buruk ni, macam begini.

Kamu nampak si fulan ini lalu di satu lorong, yang anda tahu lorong itu ramai pelacur. Maka, tanpa usul periksa, anda terus menyatakan bahawa, ” Oh, dia ni langgan pelacur rupanya”

Atau, dalam kes lain, anda melihat si fulan ini rajin ke masjid, kemudian pada satu hari, dia tidak datang ke masjid, lalu anda kata, ” ha, dia malas la tu.”

Dalam kes lain pula, anda mempunyai mesyuarat dengan si fulan ini, tetapi ternyata dia terlewat datang. Anda pula berkata, ” Mesti dia nak lari ni”

Ha… itulah contoh-contoh sangka buruk.


Tetapi kalau anda berurusan dengan orang yang sudah pernah mempunyai sejarah membohongi anda, melanggar perjanjian dengan anda, dan pernah menganiayai anda, maka memang selayaknya anda mempunyai sikap berhati-hati untuk menjaga diri. Tetapi, janganlah anda sesekali bersangka buruk kepadanya. Kerana syaitan akan memainkan anda dengan sangkaan anda itu.

Bila sudah jelas kepada anda dia benar dan jujur, maka hentikanlah perasaan yang bukan-bukan dalam jiwa anda terhadap dia. Kerana boleh jadi dia benar-benar telah berubah.

Kalau dia dah tunjuk sahsiah yang baik, jujur dan amanah, lalu anda berkata, ” Alah, dia berlakon je tu…” Ha.. itu sudah terkeluar dari bab berhati-hati, dan sudah memasuki medan bersangka buruk.

Sebenarnya, kalau anda bersangka baik pun, anda untung. Dapat pahala. Dan kemungkinan, ALLAH ubah sikap manusia itu dengan sangkaan baik kamu.


Pokoknya, berhati-hati tak salah. Bersangka buruk yang salah.


ALLAH SWT berfirman dalam surah yang sama(Al-Hujurat) ayat ke 12,


” Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain, Apakah antara kamu ada yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentulah kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”


Ada sangka kita, mungkin betul. Ada sangka kita, mungkin salah. Tetapi bila banyak bersangka-sangka, hanya banyak keburukan sahaja dari kebaikan. Percayalah kata-kata saya, Syaitan akan mengambil peluang ini mempermain-mainkan anda, dan meretakkan hubungan anda dengan manusia lain. Sebab itulah, bila dia sudah menunjukkan perubahan, ok, kita tak cari fasal la nak selidik dalam-dalam. Cuma orang kata, pengalaman itu mengajar. Maka berhati-hatilah, tanpa bersangka buruk, tanpa ungkit cerita lama, tanpa cerita keburukan dia kepada orang lain dan sebagainya.


Saya tutup dengan firman ALLAH SWT dalam surah Al-Hujurat juga, ayat ke 10


” Sesungguhnya setiap mu'min itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua antara mereka yang bertelagah, dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, moga-moga kamu memperolehi rahmat”

Monday, February 22, 2010

P.gunasegaram kurang ajar..

Persuasion, not compulsion

We have already moved way past that. Let’s not allow a small number of religious bigots to take us back into the dark ages. And for that, we all need to stand up and speak up when our individual rights are trampled upon.

Managing editor P. Gunasegaram is appalled by the number of sins committed in the name of God.

.......................................................................................................................................

APA YANG KAU MEREPEK NIE GUNA..SYARIAH ADALAH HAK ORANG ISLAM..KAMU TAK BERHAK WALAU SEDIKIT PUN..JANGAN BERANI MEMPERKECILKAN SOAL AGAMA ISLAM NIE..


SAYA MENYERU SEMUA UMAT ISLAM BERSATU HATI DALAM SOAL KEPENTINGAN ISLAM..TINGGALKAN LAPANGAN POLITIK YANG BERBEZA..BERSATU DALAM SOAL MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN JANGAN BIARKAN PIHAK LAIN MEMPERKECILKAN ISLAM ITU..


SAYA MENYOKONG SEPENUHNYA APA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA BARU-BARU INI..INI ADALAH PERMULAAN BAGI TUJUAN KEBAIKAN DALAM MENCEGAH MASALAH SOSIAL DAN MAKSIAT YANG MELANDA NEGARA KITA.WALAUBAGAIMANA PUN KERAJAAN SEHARUSNYA TIDAK BERHENTI SETAKAT ITU SAHAJA DAN SYOR YANG DILONTARKAN OLEH DR MAZA AMAT BAIK DAN SEHARUSNYA DIPERHALUSI DAN DIAMBIL BERAT OLEH PARA BIJAK PANDAI AGAMA YANG SEHARUSNYA DIPERTANGGUNGJAWAB UNTUK KEBAJIKAN UMMAH BUKAN HANYA TAHU MENYAMAN ORANG LAIN.

Akhirnya Parpu Kari terkantoi dengan Madah berhelahnya..



sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam
kala talam bermuka dua
kala parpu menjadi kari

Blogger Faizal mahu KDN mengambil tidakan tegas terhadap Parpu KaRi


Oleh : Jebat
http://jebat2010.blogspot.com/

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakkan tegas terhadap penulis laman blog Parpukari @ Salim Iskandar pemilik blog http://parpukari.blogspot.com/atau lebih dikenali sebagai House Of PK.



Pada hari Isnin - 22 Fab 2010, Penulis laman blog yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mengeluarkan artikel bertajuk BUKTI KJ ADA LINK DENGAN CIFUT BABI!? , artikel tersebut berbentuk hasutan dan fitnah yang bertujuan mahu menjatuhkan nama baik Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Kononnya beliau mempunyai bukti menunjukan YB Khairy Jamaluddin mempunyai 'link' dengan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim.



Setelah membaca artikel yang dipaparkan dilaman blognya jelas ternyata penulis blog tersebut hanya menyebarkan fitnah dengan membuat andainya sendiri. Penulis laman blog tersebut gagal mengemukakan bukti yang kukuh untuk membuktikan YB Khairy Jamaluddin mempunyai hubungan "sulit" dengan DS Anwar Ibrahim.



Menyifatkan kes seperti blogger Parpu Kari yang menghina Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Yb Khairy Jamaluddin adalah satu perkara yang amat terkutuk dan tidak akan membawa kepada pengukuhan parti malahan hasil karya penulisan beliau langsung tidak mempunyai bahan bukti yang kukuh selain dari menyebarkan fitnah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MEMALUKAN BETUL..BOLEH DAKWA BAWAH AKTA HASUTAN TUU..

Sunday, February 21, 2010

Projek Rumah Rakyat.Bantu lah Rakyat


Memang menjadi wawasan kerajaan untuk merapatkan jurang antara golongan berada dan kurang berada terutama untuk mengimbangkan kualiti kehidupan mereka. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pembela rakyat, kerajaan akan terus berusaha untuk memberi kemudahan perumahan ini kepada rakyat.Persoalannya adakah perkara ini menjadi kenyataan.Pernahkah kerajaan membuat kajian yang terperinci mengenai golongan-golongan yang masih tidak berumah.Jika didapati masih ramai yang tidak memiliki rumah,apakah peranan kerajaan?Bagaimana dengan golongan yang tidak mampu?Bagaimana pula dengan golongan yang terpaksa menyewa seumur hidup mereka semata-mata tidak mampu membeli rumah?

Kerajaan kata kerajaan faham akan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk setinggan dinegara ini. Umpamanya penduduk kampung setinggan di negara ini, yang sebelum ini terpaksa duduk di kawasan persekitaran yang daif, tidak selesa dan sesak. Untuk mengatasi masalah itu, kerajaan terpaksa membangunkan kawasan-kawasan setinggan bagi memberi keselesaan kepada penduduknya. Kerajaan akan pastikan setiap projek perumahan baru itu disediakan kemudahan-kemudahan rekreasi, kawasan lapang dan kemudahan- kemudahan lain yang diperlukan bagi tujuan mempertingkatkan lagi taraf keselesaan penduduk.Bagaimana pula dengan nasib rakyat yang bukan setinggan?Yang ingin membeli rumah tetapi tidak mampu membayar kos yang mahal.Tiada siapa yang terfikir ingin membantu golongan sedemikian.

Teras dasar perumahan yang diutamakan di bawah rancangan malaysia ke-8 ialah penyediaan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa oleh penduduk dari semua peringkat pendapatan dengan penekanan diberi kepada pembangunan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.Satu rancangan yang baik,boleh dikatakan jalan penyelesaian yang baik untuk setiap persoalan yang dilemparkan di atas tetapi bagaimana dengan perlaksanaannya.Boleh dikategorikan sebagai perlaksanaan yang gagal dan memalukan.

Di bawah RM ke-8, adalah dianggarkan keperluan rumah berjumlah 782,300 unit. Ini adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk, pembentukan isi rumah baru dan penggantian rumah yang sedia ada. Daripada jumlah yang dirancangkan, sebanyak 93 peratus adalah merupakan keperluan baru manakala bakinya adalah untuk penggantian rumah. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.223 bilion untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai. Bagi memastikan rumah yang dibina mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa, kerajaan akan terus menyediakan program sokongan melalui penyediaan kemudahan infrastruktur dan langkah-langkah penguatkuasaan yang akan memastikan pembinaan rumah yang sistematik dan cekap.Tetapi akhirnya kisah sedih menghantui rakyat kerana perancangan tersebut hanya indah khabar dari rupa.Hanya tersemat megah diatas kertas perancangan dan gagal dikeluarkan atau dipersembahkan kepada rakyat.

Jika kerajaan berjaya dari segi perlaksanaannya baru lah boleh dikatakan sebagai juara rakyat.



Friday, February 19, 2010

Apa itu diskriminasi yang difikirkan oleh SIS.

Ini diskriminasi ke?

Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum, katanya

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Yang Ini bukan diskriminasi ke? kalau diskriminasi kenapa sis tak menyalak..



Ada Lagi yang lebih teruk Tapi tak mahu siarkan sebab masalah Moral yang melampau dan memalukan melayu sebagai islam.

Rasanya yang nie lagi mencabuli hak kewanitaan.Wanita bukan Objek seks semata-mata.Wanita dimuliakan di dalam islam bukan semata-mata untuk dibogelkan.

Wanita lambang keibuan.Ibu yang menjaga dan membela setiap manusia.Ibu yang menjadi asas kehidupan.

AYUH SIS JANGAN LIHAT ISLAM ITU SEBAGAI KELEMAHAN TETAPI SEBAGAI PENGAJARAN YANG BERGUNA DALAM MEMBENTUK KEPERIBADIAN MANUSIA YANG DIGELAR KHALIFAH

AYUH ZAID IBRAHIM TERUSKAN DENGAN SIKAP KEBODOHAN KAMU TU..KENA DEKAT BATANG HIDUNG SENDIRI NANTI BARU TAHU BAIKNYA HUKUMAN SEBAT TUU..

Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila MASYARAKAT YANG MENGAKU ISLAM yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam. Wallahua'lam.

Wednesday, February 17, 2010

Parlimen Australia dan John Kerry Biadap dan tidak faham erti sejagat


AKIBAT daripada globalisasi, dunia tanpa sempadan, demokrasi liberal, hak asasi dan kebangkitan masyarakat madani, kehidupan kita telah dipengaruhi oleh insiden-insiden yang berlaku di luar sempadan kita. Perkembangan ini telah menghasilkan paradigma baru dalam hubungan antarabangsa. Kini, kita dapat perhatikan pertubuhan serantau, separuh rantau dan organisasi pelbagai hala, mula memainkan peranan yang lebih aktif dan tegas.

Dunia hari ini tidak lagi dipisahkan oleh perbezaan ideologi, tetapi antara negara kaya dan miskin. Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah memperluaskan jurang digital antara negara membangun dan negara maju. Secara umumnya, globalisasi adalah satu proses politik ekonomi, sosial dan budaya yang telah memusnahkan sempadan geopolitik antara negara.

Arus globalisasi melemahkan keupayaan negara bangsa dan pemerintahan untuk bertindak tanpa gangguan dalam membentuk dasar dalaman negara. Kebebasan negara merencana dasar ekonominya di peringkat domestik mengikut kehendak dan kepentingan, juga sering terjejas.

Pada masa ini kredibiliti sesebuah negara bangsa diukur dari sudut kemanusiaan dan hak asasi manusia. Tidak dapat dielakkan lagi bahawa kebergantungan antara negara mengakibatkan kejadian di sesebuah negara memberi kesan terhadap negara lain. Dengan itu timbullah persoalan sama ada prinsip ``tidak campur tangan'' secara holistik dapat dipertahankan ataupun dijustifikasikan lagi. Perkara ini telah dibahaskan secara berterusan. Sebilangan pemerhati berpendapat bahawa prinsip ``tidak campur tangan'' tidak patut menjadi amalan untuk semua keadaan.

Mereka menghujah bahawa skop krisis yang berlaku pada hari ini menimbulkan persoalan yang berbeza dari masa dulu. Mereka juga berpendapat prinsip `tidak campur tangan' yang dianuti begitu lama perlu dikaji semula dan diberi pendekatan baru oleh masyarakat antarabangsa bagi memberi jawapan yang sesuai dan tepat kepada masalah konflik.

Selepas era perang dingin kita menyaksikan peralihan daripada sistem pemerintahan komunisme dan kerajaan kuku besi kepada sistem kapitalisme dan demokrasi liberal. Lantaran itu, pendekatan mengenai hak asasi, kebebasan dan peranan masyarakat madani menjadi isu politik dalam negara dan menimbulkan masalah diplomatik di peringkat antarabangsa. Justeru, ia memerlukan anjakan pemikiran dan penerimaan untuk dilakukan perubahan secara radikal ataupun evolusi. Sudah pasti masing-masing ada kesannya yang tersendiri.

Konsep yang dianggap sejagat oleh sebahagian masyarakat antarabangsa membangkitkan kontroversi kerana pengalaman sejarah dan budaya di sesebuah negara berbeza. Masyarakat antarabangsa yang diwakili negara maju mahukan semua negara menerima pakai prinsip hak asasi untuk melahirkan masyarakat yang saksama dan adil. Mereka berpendirian bahawa amalan hak asasi dan masyarakat madani adalah prasyarat utama bagi membentuk sebuah negara demokrasi tulen, tanpa mengambil kira keadaan dan iklim setempat.

Negara membangun menghadapi cabaran hebat untuk mewujudkan pencapaian pembangunan sosial, budaya serta ekonomi dan pada masa yang sama menegakkan hak politik dan sivil rakyat. Mereka berusaha mencari keseimbangan antara hak politik dan sivil dengan hak untuk mengecapi nikmat pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Mereka juga tidak dapat menerima tekanan dari negara maju yang hendak mengenakan norma dan nilai negara maju sebagai sejagat untuk dipatuhi oleh negara membangun.

Hakikatnya di peringkat dua hala dan pelbagai hala, memang diakui bahawa undang-undang antarabangsa telah menyekat kebebasan mutlak sebuah negara merdeka dan berdaulat dari bertindak sesuka hati. Namun demikian pegangan ini tetap tertakluk kepada prinsip tidak mencampuri hal dalaman negara lain.

Sebaliknya bagi mereka yang mahu melihat supaya campur tangan dibolehkan berpendapat kedaulatan sesebuah negara terpakai jika nilai sejagat terhadap hak asasi diamalkan dan jenayah kemanusiaan tidak berlaku di dalam negara tersebut. Apabila berlaku kezaliman yang tidak berperikemanusiaan dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan di sesebuah negara, maka negara tersebut dianggap hilang hak kedaulatannya. Dalam aspek inilah prinsip konvensional kedaulatan negara dan wilayah kelihatan dipersoalkan. Yang manakah patut diberi keutamaan jika timbul pertentangan antara hak asasi manusia dan hak negara?

Malaysia sudah merdeka dan kita mempunyai undang-undang sendiri tanpa perlu terikat dengan mana-mana kuasa besar, apatah lagi Amerika Syarikat. Biarlah undang-undang di Malaysia yang menentukan sama ada kes terhadap Anwar benar atau tidak dan ia bukan memerlukan campur tangan Amerika Syarikat seperti dakwaan Senator Negara AS, John Kerry yang akan menentang siasatan dan pendakwaan bermotif politik ke atas Anwar. Dakwaan Kerry bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai motif politik terhadap Anwar Ibrahim adalah satu andaian berniat jahat dan tidak demokratik.


Amerika Syarikat sepatut belajar menghormati undang-undang kerana Malaysia mempunyai undang-undangnya sendiri. Biarkan pihak Mahkamah untuk menentukan kesahihan apa yang berlaku dan bukannya memerlukan campur tangan Amerika Syarikat.

Malaysia bukan seperti Amerika yang penuh dengan pencabulan undang-undang.Amat hina dan dina sekiranya ada pihak yang cuba berpaksi kepada kejahatan dunia iaitu Amerika,Israel dan Australia.Yang berpaut kepada dahan songsang seharusnya berasa malu dan menginsafi diri.Perhalusi dan amati bukan membuat pertimbangan mengikut tipu daya syaitan dan munafik yang pandai berlakon selagak pelakon opera.

Monday, February 15, 2010

KEDAMAIAN YANG DICARI..AKU HANYA MANUSIA YANG DAHAGAKAN KEDAMAIAN

Go to fullsize image

Warna kulit dan bahasa y
ang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.
Go to fullsize image

Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka).

Go to fullsize imageGo to fullsize image

Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya.

Go to fullsize imageView Image

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).

Go to fullsize image

Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semulia-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. ( maksud hadis).

Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya ke puncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan budak-budak. (sejarahwan)

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain.Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki. ( Maksud ayat al-Quran 49:13)

Sebelum mata terpejam dan sebelum ia dirapatkan dalam satu kedipan,dalam sekedipan, kita akan dipanggil pulang ke haribaan kaki kasih Tuhan.Sebagai atom di dalam atom di dalam atom.Dia akan memanggil kita dengan kelembutan yang tak terlukiskan.Bagaimana mungkin kita bisa melukiskan kelembutan panggilan paripurnaNya!Bagaimana mungkin kita bisa melukiskan keajaiban cara Ia mengirimkan seruan seruan penghabisan!

Dia jadikan hidup kita tumbuh dan tumbuh dan tumbuh ,ketika hari hari berlalu dan ketika hari hari melaju.Hidup kita ini tiada memiliki kebaikan sama sekali,hingga akhirnya menyebabkan kesusahan dan siksaan.Tawa dan bahagia, nestapa dan derita dalam hidup kita, kebaikan dan keburukan memutus ikatan ikatan darah.Seluruh kesusahan datang menautkan diri dengan kelahiran kita ini.Seluruh kesusahan dan derita kita terkumpul di dalam diri, menjadikan hidup kita siksaan dan rintihan dengan air mata, ratapan dan tawa.

Namun setelah tumbuh melalui cara ini, bahkan hingga akhirnya kita tak dapat lagi melakukan apa apa. Di kala kematian datang memanggil kita, ketika ia mengatakan "Datanglah"

Dan merenggut kita dalam sedetik, ketika ia memberikan seruan itu begitu lembut, menusuk sangat cepat, kita tetap tak menyadari hal ini!Kita percaya bahwa dunia ini sangat luas, memikirkan segala pemikiran yang tak terpikirkan bahwa dunia ini milik kita, bahwa ia adalah sebuah perbendaharaan.

Menyerah pada semua yang kita kumpulkan melemparnya ke jalan, menangis dan berada dalam kesusahan yang memilukan.Kita harus membuka mulut dan menyeru Bapak kita, bersujud di bawah kakiNya dan menuju ke arahNya.Kemudian Dia akan menyeru kita.

Melupakan segala dan hanya mengingatNya kita harus menuju ke arahNya.Pada hari itu segala kesusahan kita akan sirna.*

Kemudian kebahagiaan dan keagungan Tuhan

Dan cintaNya akan datang memeluk kita.

Mengantarkan kepada kita kedamaian dan ketenangan.

Pada hari itu Ia akan datang dan memeluk kita

Dan itulah kedamaian senyatanya.

Seluruh keadaan yang ada selanjutnya semua yang kita kumpulkan,segala yang kita simpan, kita gunakan hanyalah bungkusan dosa semata.Kejahatan dan dosa yang telah kita kumpulkan,segala yang kita kumpulkan dengan kebodohan semata kantong kantong dan bungkusan bungkusan kejahatan.

Jika kita mampu membuang seluruh bungkusan

kebodohan yang kita kumpulkan,

Jika kita mampu mengenyahkan semua kejahatan,

Jika kita mampu mencari kaki Tuhan,

Tuhan Yang Esa, Yang Esa dengan Cinta,

PadaNya kita harus menambatkan keyakinan dan kepercayaan.

Jika kita mampu bersujud di bawah kakiNya

Berserah diri dan tunduk

Maka kita akan memiliki kedamaian dan ketenangan.

Itulah keadilan dan kebenaran

Ketika keyakinan dan penghambaan bersemayam di dalam diri kita dan percaya pada Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Maha Melingkupi.Maka kita akan berada dalam kedamaian dan ketenangan bagi seluruh kehidupan.Kita harus senantiasa hidup dengan keimanan pada Tuhan Yang Maha Esa .

Kita harus hidup dalam keyakinan itu selamanya.

Bagai pohon yang menghasilkan buah yang matang,

berbagi buahnya kepada setiap orang.

Segala yang kita kumpulkan dalam kehidupan

harus kita bagi.

Segala yang kita kumpulkan,

Semua keuntungan yang kita dapatkan dalam kehidupan, hati ini harus berbagi dengan setiap orang.Seperti pohon berbagi buahnya yang matang.Maka kita akan memiliki kedamaian dan ketenangan.Ketika pohon memberikan buahnya, ia tahu apa itu kedamaian.Dan jika pikiran kita memberikan segala yang dimilikinya maka ia pun akan mengetahui kedamaian marilah kita temukan keseimbangan yang akan menjadi jalan terbaik bagi kehidupan, akan menjadi yang terbaik bagi kita

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok budi pekerti

Go to fullsize image

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Go to fullsize image

Tiadalah yang menyentuhkan kau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.

Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,sesungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sungguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.


Tolonglah saudaramu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.

Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.

Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah,iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadanya,saudara yang memberikan balasan setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebarang kebaikan daripada anda.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari.

Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudaranya.

Hiduplah dengan persaudaraan.Saudara yang besar menjadi pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara yang lelaki menjadi pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua.

Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.

Hubungan yang mesra dan saling menghormati antara anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.


Go to fullsize image

Go to fullsize image

Catatan Seorang Perantau.. ..Justifikasi Akal, Mainan Syaitan..


“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

'KEBIJAKAN BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU'

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versiYOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

YAHUDI ROSAK KERANA ORANG-ORANG ALIM MEREKA

Yahudi adalah satu fahaman kebangsaaan Nasionalis Bani Israel (macam perkauman yang melampau dan taksub) yang telah kufur kepada Allah. kekufuran mereka, bermula dengan penyelewengan kitab yang dilakukan oleh orang-orang alim dari kalangan mereka.

Firman Allah;

Maksudnya;
Kecelakaan terhadap mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, kemudia mereka mendakwa “ini daripada sisi Allah”. tujuan mereka adalah untuk membelinya dengan harga yang murah. Kecelakaan terhadap mereka dengan apa yang mereka tuliskan dengan tangan-tangan mereka, dan kecelakaan terhadap mereka dengan apa yang mereka usahakan” (Surah Al-Baqarah : 79)



Dalam kitab mereka, diceritakan tentang nabi Muhammad SAW secara terperinci. Sudah pasti, mereka amat mengenali Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah;

Maksudnya;
Mereka yang diberikan al-Kitab (Taurat), mereka mengenali (nabi Muhammad) sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. dan sesungguhnya satu puak daripada kalangan mereka menyembunyikan kebenaran dalam keadaan mereka mengetahui” (Surah Al-Baqarah : 146)



Pun begitu, uruf dan umum masyarakat bani Israel mempunyai semangat perkauman terlalu menebal. Pada mereka, nabi akhir zaman bukan nabi dari bangsa arab, bahkan pada mereka nabi akhir zaman adalah nabi dari bangsa Bani Israel.

Ekoran itu, mereka selewengkan tentang kenabian Muhammad SAW, sehingga semua umat mereka tertipu dengan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang alim mereka sendiri.

Firman Allah;

Maksudnya;
Mereka tertipu dalam agama mereka sendiri, dengan apa yang mereka reka-ciptakan”(Surah Al-Imran : 24)



Waima penyelewengan itu dilakukan oleh orang-orang alim mereka, tetapi memandangkan pengikut mereka tidak menggunakan akal yang sihat dalam menilai kebenaran, bahkan menyandarkan kepada sentiment dan semangat assobiyyah, menyebabkan mereka terus sahaja mengikut kesesatan orang-orang alim mereka sehingga mereka juga dikira sebagai golongan yang kufur kepada Allah SWT.

Firman Allah;

Maksudnya;
mereka (Yahudi dan Nasrani) mengambil orang-orang alim dan para rahib mereka syirik selain dari Allah” (Surah At-Taubah : 31)



Dalam menafsirkan ayat al-Quran ini, didatangkan satu hadis daripada seorang Kristian bernama Adi bin Hatim bahawa dia berjumpa dengan Nabi SAW dalam keadaan tengkoknya tergantung salib daripada emas.

Adi berkata kepada Nabi, “mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak pernah menyembah orang-orang alim dan para rahib mereka”

Nabi SAW menjawab;

Maksudnya;
mereka (pengikut) mentaati mereka (orang-orang alim dan para rahib) dengan apa yang mereka disuruh, daripada mengharamkan perkara halal dan menghalalkan perkara yang haram. Maka itu, sembahan mereka terhadap orang-orang alim dan para rahib mereka[1]”

Inilah penyelewengan agama yang berlaku pada yahudi dan nasrani. Semuanya berpunca daripada tidak amanahnya golongan ahli-ahli ilmu mereka terhadap kandungan kitab taurat dan injil. Mereka lebih mengikut kehendak sentimen berbanding amanah ilmu, menyebabkan kesesatan telah menimpa golongan ahli kitab sehingga tidak dapat diubatkan lagi sehingga hari ini.

Lebih parah, azab yang dijanjikan oleh Allah kepada ahli kitab ini, tidak dikenakan kepada para ilmuan mereka yang telah menyelewengkan kandungan Al-Kitab, bahkan pengikut-pengikut mereka juga dikenakan azab, disebabkan mereka menilai kebenaran bukan kepada hakikat kebenaran dan dengan akal yang sihat, tetapi menilai dengan sentimen yang wujud dalam diri mereka.

Ya Allah, kami Minta berlindung dengan-Mu daripada tertempias daripada kesesatan yahudi dan nasrani.

Sekian

Wallahu ’Alam

Siri 3: Wahai Saudaraku! Dulu Khilaf Kini Ijmak

PADA suatu ketika dulu dunia umat Islam pernah gawat dengan isu perdebatan hukum rokok. Apapun, perdebatan yang berpanjangan itu tidak menokhtahkan resolusi muktamad sehingga timbul kecelaruan dalam fikiran saya apakah sesuai diistilahkan perdebatan rokok zaman dulu sebagai “kontroversi hukum rokok”! Namun diri saya cukup yakin bahawa perdebatan ulama didasari ketaqwaan dan dilatari etika bukan kedengkian. Mereka telah meninggalkan untuk kita warisan ilmu gemilang, moga Allah s.w.t merahmati ruh mereka- amin.

Kehangatan itu saya dapat dijiwai ketika menelaah kitab-kitab mazhab yang memperdebatkan hukum sigaret. Masing-masing mendirikan hujah, tetapi ternyata kesepakatan hukum tidak tercapai jua. Umat Islam terus dilema, asap rokok terus disedut dalam kekeliruan dan rokok terus dijual dalam kesangsian.

Namun, apakah pada saat ini yang sebegini canggih dengan penemuan atom, kanser, barah, pembedahan teknologi masih menyebabkan kita berada dalam kegelapan mencari-cari keputusan muktamad hukum sigaret seperti saudara kita yang hidup di zaman kapal layar. Sungguh malang! Oleh kerana Rasulullah s.a.w telah wafat, maka umat Islam barangkali menunggu turunnya nabi Isa a.s untuk memutuskan hukum rokok. Waktu itu barulah kita berpuashati dan menyakini bahawa rokok itu haram dan barulah segala usaha pembasmian dilaksanakan seikhlasnya.

Sebab itu saya pernah berhadapan dengan golongan yang tegar mempertahankan hukum rokok sebagai harus atau paling keras hukumnya makruh sahaja kerana diqiaskan dengan bauan yang kurang menyenangkan. Malah dalam situasi terganggunya konsentrasi dan terputusnya ilham menghisap rokok menjadi wajib. Saya percaya mereka juga terkeliru. Saya juga menyakini bahawa jika mereka diberi peluang melihat kesan rokok secara praktikal dan penunjukkan data-data kajian ilmiah nescaya mereka akan bersikap lebih bijaksana, profesional dan matang. Saya tetap bersabar menunggu detik-detik dimasukkan nur hidayat kebenaran Allah s.w.t ke dalam jiwa manusia.

Saudaraku yang budiman! apakah sebelum anda menanam tembakau atau membuka kilang tembakau atau menjual rokok atau menghisap rokok pernah membuat kajian nekad untuk mengetahui hukum rokok? Jika kajian hukum telah anda buat sudahkah anda pastikan kitab zaman mana yang anda rujuk dan sudahkan membuat perbandingan secara komprehensif? Jika belum membuat rujukan, bererti anda hanya bertanya ulama, tetapi ulama yang pakai kitab mana ia dia sandarkan. Ulama itu hisap rokok atau tidak! Jika semua di atas anda tidak lakukan maka anda terlibat dalam fenonema rokok berdasar ikut-ikutan atau terpengaruh dengan budaya yang membinggungkan.

Sebelum saya membuka forum ini lebih jauh izinkan saya menyedut fatwa rokok negeri Kelantan zaman “Tok Kenali”. Alhamdulillah, keterlibatan langsung saya dalam pengeditan khazanah tak ternilai fatwa negeri Kelantan di bawah kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka menemukan saya fatwa rokok itu. Pertanyaan 202, jilid 1, berbunyi; “Tembakau jawa yang kelaziman orang melayu memakannya (menghisapnya) seperti dimasukkan dalam daun nipah (rokok daun nipah) atau sigaret dan cerut dan lainnya daripada daun tembakau itu. Adakah sekelian yang tersebut itu haram atau makruh atau harus?

Jawapan; “Masalah ini khilaf (berselisih) pendapat ulama. Kata setengah halal dan kata setengah haram. Zat tembakau itu suatu yang harus diisti’malkan dia (digunakan) bahkan sunat jika boleh jadi ubat. Jikalau tidak jadi makruh selama tidak jadi (mendatangkan) mudarat dengan dia pada akal atau badan. Adapun jika jadi mudarat dengan dia maka haram diisti’malkan dia (digunakan).

Jika kita mengkaji secara jujur necsaya kita menemui pangkal masalah yang kita perdebatkan ini. Hukum tembakau dan penggunaannya sebagai rokok bergantung kepada sejauh mana bencana kemudaratan pada akal dan badan manusia. Jika terbukti rokok mengancam kemaslahatan hidup maka hukumnya adalah haram. Dengan itu, saya ingin tegaskan bahawa ulama silam tidak menghalalkan rokok secara mutlak tetapi bersyarat bahawa tidak memudaratkan kemaslahatan hidup manusia. Maka sesiapa yang berhukum harus atau makruh merokok dengan menyandarkan pandangan ulama silam adalah sesuatu kekeliruan yang nyata.

Persoalannya, wajarkah sebagai seorang mukmin begitu rendah mutu penghayatan Islamnya dan tidak sudi memberikan kesungguhan mencari kebenaran. Tidakkah dihambat perasaan, dilingkungi ketakutan dan terasa sedikit bersalah sehingga mendorong kita nekad mencari sebuah kepastian. Soal halal haram makanan termasuk ibadat. Rasulullah s.a.w menyebut; “Tidak tumbuh suatu daging dari usaha yang haram melainkan neraka lah yang utama baginya” Dalam situasi yang lain, amalan dan doa kita tidak diterima oleh Allah s.w.t. Amalan itu walaupun sah kerana memenuhi rukun dan syaratnya tetapi tergantung-gantung tidak diangkat ke langit kerana beberapa asas lain tidak dipenuhi.

Saudaraku!, perdebatan dan perbincangan fatwa rokok mula dicatat dalam kitab-kitab Islam hanyalah selepas 1000 tahun Hijrah. Pada tahap itu ulama membincangkan hukumnya dibawa subjek “al-dukhan”, “al-tutun”, “al-tunbak” dan “al-tabgh.” Manakala perbuatan merokok seringkali diistilah sebagai “al-tadkhin”.

Untuk rujukan saudara, sila rujuk dalam Mausu’ah al-Fiqh al-Islami, jilid 12, halaman 65-70. Karya ini berjaya mencatatkan pandangan fuqaha serta aliran mazhab Islam mengenai hukum rokok berserta dengan inti pati pendalilan. Justeru, ruangan ini terlalu sempit untuk membentangkan pandangan tersebut secara rinci. Maka izinkan saya dalam ruangan ini hanya membincangkan dalam suasana semi ilmiah dengan menumpukan mesej dan rumusan yang diperolehi.

Sebelum seseorang berpegang kepada hukum rokok, ia perlu memahami secara jelas 4 senario kematangan ijtihad rokok. Pertama; Dr. Abd al-Jalil Syalabi ahli badan penyelidikan Islam menyatakan menghisap rokok tidak wujud zaman Nabi s.a.w., juga zaman penyusunan teks fiqh para imam yang terawal, juga ketika munculnya mazhab-mazhab fiqh. Perbuatan merokok hanya muncul lebih kurang dalam kurun ke 16 Masihi.

Senario kedua ialah keupayaan fuqaha menyimpulkan hukum rokok amat terhad kepada perumusan dalil-dalil syarak yang umum. Adapun fakta sainstifik mengenai kebaikan atau keburukan rokok tidak diperolehi kecuali dari pemerhatian umum bukan pengkajian. Pada masa mereka itu, dengan tahap teknologi yang seadanya tidak kelihatan secara jelas akan bahayanya merokok itu kepada kehidupan tamadun manusia.

Senario ketiga ialah fokus ulama sewaktu meneliti hukum rokok adalah lebih tertumpu kepada orang yang menghisap itu sendiri bukan kepada bahan yang terkandung dihisap itu serta sejauh mana implikasinya kepada ekonomi dan sosial secara menyeluruh.

Berdasarkan 4 senario di atas, tabiat hukum rokok mengalami reformasi ijtihad kepada 3 peringkat perkembangannya. Peringkat pertama pada zaman permulaan kemasukan rokok ke bumi umat Islam pada tahun 1600. Peringkat kedua tercatat pada zaman pertengahan dan peringkat ketiga ialah zaman moden di mana alat-alat sains mula dicipta.

Sebagai pengetahuan, Dr. Abd al-Jalil Syalabi menjelaskan pada zaman permulaan ada ulama yang menganggap rokok sejenis minuman (syarb) yang hukumnya harus pada zatnya. Hukum ini semata-mata dinisbah kepada orang yang menghisapnya sahaja. Manakala hukumnya secara ditil, ulama tidak bersepakat menurut kedudukan hukum taklifi yang lima sama ada harus bagi orang yang tidak mendatangkan apa-apa kesan atas hartanya dan kesihatannya, ia seperti kopi dan teh yang diminum. Makruh nisbah bagi orang sedikit hartanya, bila harga rokok itu tidak memberi kesan terhadap hartanya bagi keperluan dirinya, keluarga da orang di bawah tanggungannya serta tidak mendatangkan kesan buruk atas kesihatannya.

Haram nisbah bagi orang yang fakir yang memerlukan harga rokok itu untuk belanja hidup dan keperluannya, sebagaimana haram untuknya bila ada kesan buruk kepada kesihatannya. Sunat bagi orang yang mendapat kecergasan daripada menghisap rokok itu bagi setengah daripada kerja-kerjanya. Kedudukannya seperti kedudukan kopi yang menjadikan orang cergas dan tidak mengantuk. Wajib apabila sabit dengan merokok itu dapat menyembuhkan sesuatu penyakit yang dihidapinya. Kedudukan ini sama seperti ubat yang wajib ia gunakan untuk memulihkan kesihatannya.

Inilah beberapa senario ijtihad pada tahun 1600 tahun dahulu dalam isu rokok. Hakikatnya perbezaan hukum di atas bukan dari khilaf pemahaman nas-nas syarak, tetapi manifestasi kegagalan ulama mendapatkan maklumat sebenar. Al-Syeikh al-Akbar Jad al-Haq menegaskan ulama pada era itu berada dalam dilema antara kebaikan dan kemudaratan rokok. Hakikatnya ulama hanya melihat kepada zahir perbuatan merokok dari daun tembakau yang mengeluarkan asap. Mereka tidak mempunyai maklumat mengenai kandungan dalam tembakau yang membawa bahaya besar kepada paru-paru dan sistem tubuh badan manusia.

Manakala pada peringkat pertengahan senario ijtihad mula menampakkan kematangan dengan penyokongan dalil dari saintifik. Namun secara umumnya metodologi penyimpulan hukum syarak masih bergerak secara peribadi. Seorang alim akan berijtihad bersendirian menurut keupayaan alat-alat ijtihad tanpa khidmat nasihat secara khusus dari pakar-pakar sains berkaitan. Contoh mantan Syeikh al-Azhar bernama Syaltut (1893-1963M) menghukum rokok pada kedudukan sama ada haram atau makruh. Beliau mengingatkan bahawa senario ijtihad rokok pada zaman permulaan kemunculannya sesuatu yang tidak jelas dan muktamad. Adapun hukum yang rajih pada zaman ini ialah sama ada haram atau makruh.
Kesedaran terhadap keterbatasan serta kesilapan hukum rokok mula menonjol setelah bukti demi bukti kemudaratan rokok secara saintifik dapat dibuktikan. Mufti Mesir, Dr. al-Syeikh Ahmad al-Tayyib menyebut perbincangan hukum rokok pada peringkat silam tidak sunyi sama ada haram, harus dan makruh bergantung sejauh mana kesan kemudaratan, pembaziran dan kejelekan baunya. Namun, mutakhir ini kajian ilmiah membukti kesan buruk, bahaya dan ancaman terhadap kesihatan dalam mana-mana jua keadaan. Persatuan Kesihatan Dunia dan Persatuan Kesihatan Islam telah menghantar dokumen kemudaratan rokok kepada Majlis Fatwa. Lantas, Majlis Fatwa al-Azhar mengeluarkan kenyataan bahawa jika sabit kemudaratan rokok keatas kesihatan dan kehidupannya maka hukum rokok adalah haram secara syarak.