Klik dan lihat

Wednesday, February 24, 2010

Berkawan dengan Yahudi-Bersangka Buruk atau Bersangka Baik.

kita selalu mendengar bahawa bersangka baik itu adalah yang digalakkan ISLAM.Tetapi bersangka buruk rasanya salah tetapi berhati-hati/syak wasangka rasanya lebih baik,lebih-lebih lagi dalam soal pergaulan dengan musuh islam.

Bagaimana ya?

Sebenarnya, ada ayat Al-Quran yang boleh menjadi dalil membolehkan kita mempunyai sikap syak wasangka.

ALLAH SWT berfirman,

” Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasiq bersama dengannya berita, maka selidikilah kebenarannya, agar kamu tidak tersalah hukum atas sesuatu kaum kerana beritanya itu, dan akhirnya nanti kamu akan menyesal” (Surah Al-Hujurat ayat 6)


Rasulullah SAW juga mengamalkan sikap berhati-hati apabila berurusan dengan Yahudi.Inikan pula kita yang lemah dan kekurangan berbanding Rasulullah,sebab itu kita seboleh-boleh jangan ada perhubungan atau lebih parah meminta bantuan dari rejim zionis sebagai contoh perbuatan PKR meminta bantuan dari Soros (dana kewangan untuk dimasukkan ke dalam tabung Free Anwar Campaign)

Bukan apa takut nanti terhutang budi tergadai Body..


Pernah satu ketika orang yahudi menulis perjanjian dalam bahasa yahudi, maka Rasulullah SAW meminta jika ada sahabat yang boleh mempelajari bahasa yahudi ini.

” Sesungguhnya aku tidak mempercayai mereka, ditakuti mereka mempunyai niat yang jahat di dalamnya. Maka adakah sesiapa yang boleh mempelajari bahasa mereka agar kita terselamat dari tipu daya?”(saya lupa terjemahan yang sebenarnya, tetapi maksudnya lebih kurang demikian. Maaf sebab tidak boleh memberikan rujukan)


Dua kes ini, dua dalil ini, kita lihat kepada siapakah kita disuruh bersyak wasangka?

Kepada orang fasiq, dan kepada yahudi(orang-orang yang mengingkari ALLAH).

Bukannya kepada mu'min atau sahabat kita.

Pokoknya, tidak salah hendak berhati-hati, atau bersedia jika berurusan dengan orang yang mungkin mempunyai sejarah hitam antara kita dengan dia. Tetapi bukan pada semua orang boleh kita sandarkan sangkaan buruk kita kepadanya.

Ada satu kisah ulama', di mana ulama' ini berjalan di persisiran pantai dan terlihat seorang lelaki sedang duduk di sebelah seorang perempuan serta bersama mereka berdua satu botol yang kelihatan seperti botol arak. Lantas ulama' itu bersangka buruk di dalam hati lalu mencela dengan berkata di dalam hatinya,

” Alangkah teruknya orang itu, sudahlah berduaan dengan bukan mahram tanpa takut kepada ALLAH, malah meminum arak secara terbuka”

Ternyata, ALLAH hendak mendidik ulama' itu, maka lelaki yang sedang duduk dengan perempuan itu menoleh kepada ulama' tersebut.

” Wahai hamba ALLAH, ini adalah ibuku, dan botol ini isinya adalah air biasa bukannya arak”

Ulama' itu tersentak terkejut. Ternyata dia telah melakukan kesilapan dengan terus menjatuhkan hukuman atas sangkaan yang tiada nasnya.


Berhati-hati itu memang digalakkan, tetapi lihatlah kepada siapa yang anda hendak berhati-hati itu.

Saya masih tak rasa itu boleh diklasifikasikan sebagai 'sangka buruk'. Tetapi itu hanya 'berhati-hati'.

Sangka buruk ni, macam begini.

Kamu nampak si fulan ini lalu di satu lorong, yang anda tahu lorong itu ramai pelacur. Maka, tanpa usul periksa, anda terus menyatakan bahawa, ” Oh, dia ni langgan pelacur rupanya”

Atau, dalam kes lain, anda melihat si fulan ini rajin ke masjid, kemudian pada satu hari, dia tidak datang ke masjid, lalu anda kata, ” ha, dia malas la tu.”

Dalam kes lain pula, anda mempunyai mesyuarat dengan si fulan ini, tetapi ternyata dia terlewat datang. Anda pula berkata, ” Mesti dia nak lari ni”

Ha… itulah contoh-contoh sangka buruk.


Tetapi kalau anda berurusan dengan orang yang sudah pernah mempunyai sejarah membohongi anda, melanggar perjanjian dengan anda, dan pernah menganiayai anda, maka memang selayaknya anda mempunyai sikap berhati-hati untuk menjaga diri. Tetapi, janganlah anda sesekali bersangka buruk kepadanya. Kerana syaitan akan memainkan anda dengan sangkaan anda itu.

Bila sudah jelas kepada anda dia benar dan jujur, maka hentikanlah perasaan yang bukan-bukan dalam jiwa anda terhadap dia. Kerana boleh jadi dia benar-benar telah berubah.

Kalau dia dah tunjuk sahsiah yang baik, jujur dan amanah, lalu anda berkata, ” Alah, dia berlakon je tu…” Ha.. itu sudah terkeluar dari bab berhati-hati, dan sudah memasuki medan bersangka buruk.

Sebenarnya, kalau anda bersangka baik pun, anda untung. Dapat pahala. Dan kemungkinan, ALLAH ubah sikap manusia itu dengan sangkaan baik kamu.


Pokoknya, berhati-hati tak salah. Bersangka buruk yang salah.


ALLAH SWT berfirman dalam surah yang sama(Al-Hujurat) ayat ke 12,


” Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain, Apakah antara kamu ada yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentulah kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”


Ada sangka kita, mungkin betul. Ada sangka kita, mungkin salah. Tetapi bila banyak bersangka-sangka, hanya banyak keburukan sahaja dari kebaikan. Percayalah kata-kata saya, Syaitan akan mengambil peluang ini mempermain-mainkan anda, dan meretakkan hubungan anda dengan manusia lain. Sebab itulah, bila dia sudah menunjukkan perubahan, ok, kita tak cari fasal la nak selidik dalam-dalam. Cuma orang kata, pengalaman itu mengajar. Maka berhati-hatilah, tanpa bersangka buruk, tanpa ungkit cerita lama, tanpa cerita keburukan dia kepada orang lain dan sebagainya.


Saya tutup dengan firman ALLAH SWT dalam surah Al-Hujurat juga, ayat ke 10


” Sesungguhnya setiap mu'min itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua antara mereka yang bertelagah, dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, moga-moga kamu memperolehi rahmat”

No comments:

Post a Comment