Klik dan lihat

Sunday, February 21, 2010

Projek Rumah Rakyat.Bantu lah Rakyat


Memang menjadi wawasan kerajaan untuk merapatkan jurang antara golongan berada dan kurang berada terutama untuk mengimbangkan kualiti kehidupan mereka. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pembela rakyat, kerajaan akan terus berusaha untuk memberi kemudahan perumahan ini kepada rakyat.Persoalannya adakah perkara ini menjadi kenyataan.Pernahkah kerajaan membuat kajian yang terperinci mengenai golongan-golongan yang masih tidak berumah.Jika didapati masih ramai yang tidak memiliki rumah,apakah peranan kerajaan?Bagaimana dengan golongan yang tidak mampu?Bagaimana pula dengan golongan yang terpaksa menyewa seumur hidup mereka semata-mata tidak mampu membeli rumah?

Kerajaan kata kerajaan faham akan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk setinggan dinegara ini. Umpamanya penduduk kampung setinggan di negara ini, yang sebelum ini terpaksa duduk di kawasan persekitaran yang daif, tidak selesa dan sesak. Untuk mengatasi masalah itu, kerajaan terpaksa membangunkan kawasan-kawasan setinggan bagi memberi keselesaan kepada penduduknya. Kerajaan akan pastikan setiap projek perumahan baru itu disediakan kemudahan-kemudahan rekreasi, kawasan lapang dan kemudahan- kemudahan lain yang diperlukan bagi tujuan mempertingkatkan lagi taraf keselesaan penduduk.Bagaimana pula dengan nasib rakyat yang bukan setinggan?Yang ingin membeli rumah tetapi tidak mampu membayar kos yang mahal.Tiada siapa yang terfikir ingin membantu golongan sedemikian.

Teras dasar perumahan yang diutamakan di bawah rancangan malaysia ke-8 ialah penyediaan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa oleh penduduk dari semua peringkat pendapatan dengan penekanan diberi kepada pembangunan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.Satu rancangan yang baik,boleh dikatakan jalan penyelesaian yang baik untuk setiap persoalan yang dilemparkan di atas tetapi bagaimana dengan perlaksanaannya.Boleh dikategorikan sebagai perlaksanaan yang gagal dan memalukan.

Di bawah RM ke-8, adalah dianggarkan keperluan rumah berjumlah 782,300 unit. Ini adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk, pembentukan isi rumah baru dan penggantian rumah yang sedia ada. Daripada jumlah yang dirancangkan, sebanyak 93 peratus adalah merupakan keperluan baru manakala bakinya adalah untuk penggantian rumah. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.223 bilion untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai. Bagi memastikan rumah yang dibina mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa, kerajaan akan terus menyediakan program sokongan melalui penyediaan kemudahan infrastruktur dan langkah-langkah penguatkuasaan yang akan memastikan pembinaan rumah yang sistematik dan cekap.Tetapi akhirnya kisah sedih menghantui rakyat kerana perancangan tersebut hanya indah khabar dari rupa.Hanya tersemat megah diatas kertas perancangan dan gagal dikeluarkan atau dipersembahkan kepada rakyat.

Jika kerajaan berjaya dari segi perlaksanaannya baru lah boleh dikatakan sebagai juara rakyat.



No comments:

Post a Comment