Klik dan lihat

Thursday, February 25, 2010

UMNO semakin ghairah dalam mengejar kekalahan

Bagi saya terlalu sukar tetapi tidak mustahil untuk umno mengembalikan sokongan muda kepada umno.

Saya dapat lihat PM sedang bekerja sangat keras untuk memenangi semula hati rakyat. Slogan demi slogan dicipta tetapi hasilnya masih tidak kelihatan ataupun boleh diistilah sebagai ilmu ghaib. Dari cara kerja beliau, saya lihat BN berada dalam keadaan yang sangat sukar.

Politik umno yang lebih menumpukan golongan berumur ternyata amat bahaya kerana golongan yang akan menentukan kerajaan pada PRU nanti adalah dari golongan muda. Mereka juga nanti dengan mudah akan mempengaruhi golongan berumur (ibubapa).

Kerajaan harus ingat, cara berpolitik hari ini tidak sama dengan cara mereka berpolitik dulu. Rakyat kini lebih terbuka dan mencari fakta. Politik perkauman yang sempit, sentimen dan propaganda tidak akan mendapat tempat.

Media arus perdana akan menambah kesukaran BN menghadapi PRU akan datang. Isu-isu yang dimainkan ternyata membuatkan golongan muda bertambah menyampah dengan kerajaan. Golongan Muda terdedah dengan pelbagai sumber, dan tahu menilai. Kini media sudah menjadi bahan lawak kerana apa yang disiarkan ternyata hanya pukul tong kosong.

Cara pengolahan berita ternyata tidak dapat diselindung lagi bahawa mana-mana yang terkena kepada kerajaan akan cuba disembunyikan dan mana-mana yang melibatkan pembangkang, akan dicanang habis-habisan. Cara pemberitaan begini kami anggap seolah-olah untuk membodohkan rakyat. Hanya mereka yang bergantung pada media arus perdana sahaja akan angguk, tetapi yang lebih terbuka akan senyum kecewa kerana media anggap mereka bodoh.

Keujudan Blog-blog terutamanya dari golongan muda yang menyokong umno turut membantu merosakkan perjuangan umno. Terlalu banyak fitnah dan cerita karut tidak masuk akal serta sentimen perkauman dimainkan. Ternyata mereka gagal membantu kerajaan untuk menarik sokongan golongan muda kepada umno/ BN tetapi sebaliknya membuatkan ramai orang lebih menyampah dan menjauhi umno.

Mereka semakin ghairah membuat dan mereka cipta cerita apabila seolah-olah tindakan mereka mendapat restu pemimpin umno. Ini dapat dilihat apabila terdapat tokoh umno yang membuat link kepada blog mereka termasuk blog ini (link kepada link juga turut mempromosi blog mereka spt GOMO, parpukari dll).

Cuba kita bayangkan, Apa komen pembaca berkaitan blog panglima perang cyber, di sana terdapat banyak link ke blog-blog yang menganjurkan fitnah serta cerita dongeng. Kesannya, oh begini rupanya golongan muda umno. Begini ke golongan yang kita mahu untuk memimpin kita suatu hari nanti. Nampak seolah-olah dalam umno hanya terdapat pemuda yang rendah akhlak serta pemudi yang tiada maruah dengan cara berpakaian dan pergaulan puteri umno (dulu saya biasa ke majlis yang melibatkan puteri, dan saya tidak dapat bayangkan jika mereka mengambil alih tampuk wanita suatu hari nanti).

No comments:

Post a Comment