Klik dan lihat

Monday, February 15, 2010

YAHUDI ROSAK KERANA ORANG-ORANG ALIM MEREKA

Yahudi adalah satu fahaman kebangsaaan Nasionalis Bani Israel (macam perkauman yang melampau dan taksub) yang telah kufur kepada Allah. kekufuran mereka, bermula dengan penyelewengan kitab yang dilakukan oleh orang-orang alim dari kalangan mereka.

Firman Allah;

Maksudnya;
Kecelakaan terhadap mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, kemudia mereka mendakwa “ini daripada sisi Allah”. tujuan mereka adalah untuk membelinya dengan harga yang murah. Kecelakaan terhadap mereka dengan apa yang mereka tuliskan dengan tangan-tangan mereka, dan kecelakaan terhadap mereka dengan apa yang mereka usahakan” (Surah Al-Baqarah : 79)



Dalam kitab mereka, diceritakan tentang nabi Muhammad SAW secara terperinci. Sudah pasti, mereka amat mengenali Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah;

Maksudnya;
Mereka yang diberikan al-Kitab (Taurat), mereka mengenali (nabi Muhammad) sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. dan sesungguhnya satu puak daripada kalangan mereka menyembunyikan kebenaran dalam keadaan mereka mengetahui” (Surah Al-Baqarah : 146)



Pun begitu, uruf dan umum masyarakat bani Israel mempunyai semangat perkauman terlalu menebal. Pada mereka, nabi akhir zaman bukan nabi dari bangsa arab, bahkan pada mereka nabi akhir zaman adalah nabi dari bangsa Bani Israel.

Ekoran itu, mereka selewengkan tentang kenabian Muhammad SAW, sehingga semua umat mereka tertipu dengan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang alim mereka sendiri.

Firman Allah;

Maksudnya;
Mereka tertipu dalam agama mereka sendiri, dengan apa yang mereka reka-ciptakan”(Surah Al-Imran : 24)



Waima penyelewengan itu dilakukan oleh orang-orang alim mereka, tetapi memandangkan pengikut mereka tidak menggunakan akal yang sihat dalam menilai kebenaran, bahkan menyandarkan kepada sentiment dan semangat assobiyyah, menyebabkan mereka terus sahaja mengikut kesesatan orang-orang alim mereka sehingga mereka juga dikira sebagai golongan yang kufur kepada Allah SWT.

Firman Allah;

Maksudnya;
mereka (Yahudi dan Nasrani) mengambil orang-orang alim dan para rahib mereka syirik selain dari Allah” (Surah At-Taubah : 31)



Dalam menafsirkan ayat al-Quran ini, didatangkan satu hadis daripada seorang Kristian bernama Adi bin Hatim bahawa dia berjumpa dengan Nabi SAW dalam keadaan tengkoknya tergantung salib daripada emas.

Adi berkata kepada Nabi, “mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak pernah menyembah orang-orang alim dan para rahib mereka”

Nabi SAW menjawab;

Maksudnya;
mereka (pengikut) mentaati mereka (orang-orang alim dan para rahib) dengan apa yang mereka disuruh, daripada mengharamkan perkara halal dan menghalalkan perkara yang haram. Maka itu, sembahan mereka terhadap orang-orang alim dan para rahib mereka[1]”

Inilah penyelewengan agama yang berlaku pada yahudi dan nasrani. Semuanya berpunca daripada tidak amanahnya golongan ahli-ahli ilmu mereka terhadap kandungan kitab taurat dan injil. Mereka lebih mengikut kehendak sentimen berbanding amanah ilmu, menyebabkan kesesatan telah menimpa golongan ahli kitab sehingga tidak dapat diubatkan lagi sehingga hari ini.

Lebih parah, azab yang dijanjikan oleh Allah kepada ahli kitab ini, tidak dikenakan kepada para ilmuan mereka yang telah menyelewengkan kandungan Al-Kitab, bahkan pengikut-pengikut mereka juga dikenakan azab, disebabkan mereka menilai kebenaran bukan kepada hakikat kebenaran dan dengan akal yang sihat, tetapi menilai dengan sentimen yang wujud dalam diri mereka.

Ya Allah, kami Minta berlindung dengan-Mu daripada tertempias daripada kesesatan yahudi dan nasrani.

Sekian

Wallahu ’Alam

No comments:

Post a Comment