Klik dan lihat

Sunday, May 30, 2010

Judi Bola dan sinonimnya

Berbicara soal judi kelihatan semakin ramai jagoan-jagoan yang lahirnya dari penternak judi yang membangkang soal judi yang berlesen tetapi pada masa sama masih mengaut keuntungan dengan memberi perlindungan kepada judi haram yang bertambah haram jika dinilai dari kaedah perundangan.

Cyber cafe itulah sinonimnya nama yang agak berlapik dan dilihat seolah-olah bersih tetapi dari segi lahirannya bukanlah semanis yang kita sangkakan.Agak kurang ajar dan biadap kiranya mereka-mereka itu menafikan kewujudan sinonim-sinonim tersebut.

Kelihatan mereka melaung-laung kan perkara yang memberi keuntungan kepada mereka, hasilnya rakyat terus-menerus ditipu dan diperbodohkan dengan taktik-taktik yang hina kerana mereka itulah sebenarnya perosak kepada negara.

Sudah berkarun-karun hasil yang haram itu dinikmati oleh kekuasaan yang dipegang oleh mereka-mereka itu.Sudah pasti hasil masyur mereka itu terjejas kiranya judi bola itu dilesenkan.Maka kuranglah si pemabuk dan si pejudi itu singgah di teratak hina mereka.

Sampai bilakah perjuangan kebodohan mereka itu akan diteruskan, jika dilihat tiada kebaikan yang ingin dibawa oleh mereka tetapi perpecahan merupakan agenda terpenting mereka.Masih ramai yang menanggung harapan yang semakin sia-sia tetapi tetap degil meneruskan agenda sempit dan mengarut yang didokong oleh si mata lebam itu.

Nak jadi kerajaan kebajikan sepatutnya perkara yang baik didahulukan bukannya mencari kesilapan orang lain dan berlagak suci. Jika dilihat dan diamati apakah sumbangan mereka kepada negara pasti jawapan yang hambar akan kita temui. Layakkah mereka-mereka yang menjadi punca kerosakan itu dinobatkan sebagai jagoan negara seterusnya memimpin negara yang tercinta ini.Pastikan jangan sesekali mereka-mereka itu memegang tampuk kepimpinan negara. Jika berlaku amatlah rugi dan malang nasib kita bersama.

Friday, May 28, 2010

Sejarah, falsafah, sosiologi, dan pendidikan.

Berbincang soal fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar, dan kemasyarakatan yang memainkan peranan dalam proses memajukan dan mengkedepankan peradaban manusia dan perjalanan sejarah kita. Menganalisis tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan bagaimana kesetiakawanan, atau perpaduan sosial (al’-asabiyyah) melahirkan satu tamadun baru dan juga kekuasaan siasah. Jika dilihat perkadaran sejarah adanya ulangan yang berlaku hampir-hampir sebagai rentak yang sama dengan berulang-ulang dalam proses naik turun dan jatuhnya peradaban manusia dan patut dibuat analisis tentang faktor-faktor yang membawa ke arah yang demikian.


Pandangan-pandangan berkaitan revolusionari sepatutnya boleh menarik perhatian ulama dan sarjana Islam, dan juga para pemikir Barat,lebih-lebih lagi dalam pemerhatiannya tentang pengajian sejarah dan jika ianya:

1.menghubungkan peristiwa-peristiwa satu dengan yang lainnya melalui kaedah sebab dan musabab;
2.mengambil kiasan antara yang telah lalu dengan apa yang berlaku masa hadhir;
3.mengambil kira kesan dari alam sekitar dalam apa yang berlaku;
4.mengambil kira kesan daripada keadaan-keadaan perekonomian dan perkara-perkara yang diwarisi.

Pengajian sejarah harus dimulakan secara kritikal. Ianya diberi pengajian dan penelitian secara analisis ke atas peradaban manusia, permulaannya, faktor-faktor yang membawa kepada pembangunannya, dan juga faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhannya. Dengan itu nampaknya ia akan mula mengasaskan satu ilmu baharu, iaitu ilmu berkenaan dengan pembangunan sosial atau sosiologi.Dengan memilih kaedah atau cara istimewa dan baharu dalam analisis , ianya tercipta dua ilmu baharu iaitu Historiologi atau analisis dan kajian sejarah sebagai ilmu khusus dan juga sosiologi sekaligus.


Sejarah adalah tertakluk kepada undang-undang sarwajagat dan ianya dapat menyatakan kriteria untuk kebenaran sejarah.


"Kaedah untuk membezakan antara apa yang benar dan apa yang palsu dalam sejarah ialah berdasarkan kepada kemungkinannya berlaku atau mustahilnya berlaku. Ertinya ialah: kita mesti memeriksa masyarakat manusia dan bezakan antara ciri-ciri yang bersifat asasi yang penting dan yang tidak boleh terpisah daripadanya dalam tabiat kejadiannya dan apa yang bersifat mendatang, dan yang tidak perlu diambil kira, dengan mengenali secara lebih jauh lagi apa yang tidak mungkin menjadi milik baginya.Kalau kita lakukan ini, maka kita ada peraturan untuk membezakan kebenaran sejarah daripada kesilapan dengan cara kaedah pendalilan (‘kaedah demonstratif’) yang tidak ada syak lagi padanya.Ianya dasar yang murni yang dengannya ahli sejarah boleh mengesahkan apa-apa yang mereka laporkan.


Oleh kerana itu perlu diberi penekanan kepada akal fikiran dan keperluannya dalam menghakiki sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan, setengah sarjana mendakwa bahawa pemikiran cara ini seolah-olah cuba menolak pengetahuan agama yang biasa dan konvensyenal dan menggantikannya akal fikiran dan falsafah rasional. Ini tidak berasas sama sekali.Boleh diperhatikan bahawa setengah alirah berfikir mengajar perkara-perkara yang tidak rasional tetapi ini bukan sifat Islam yang selalu memberi penekanan kepada pemerhatian dan pencerapan serta pemikiran, dan ianya memberi peringatan kepada mereka yang tidak membawa iman kerana tidak menggunakan akal fikiran dan renungan. Dalam Surah al-Baqarah: ayat 164 terdapat ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dalam pergantian siang dan malam, dan berlayarnya kapal-kapal melalui lautan untuk faedah umat manusia, dan hujan yang Tuhan turunkan dari langit, dan kehidupan yang diadakanNya melaluinya kepada bumi yang mati, dan haiwan-haiwan semua jenisnya yang ada di serata bumi, dan perubahan angin dan awan yang mengekori yang ditundukkan antara langit dan bumi - (di dalam ini semuanya) sesungguhnya ada tanda-tanda bagi orang-orang yang bijaksana dan berfikir”. Dan dalam (2.170), ada ayat yang bermaksud:” Bila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang Allah telah wahyukan". Mereka berkata: 'Tidak: kami akan ikuti jalan-jalan datuk nenek kami". Apa? walaupun datuk nenek mereka tidak mempunyai mempunyai ilmu kebijaksanaan atau akal serta bimbingan?


Tentang kaedah penyelidikan seharusnya diberi penekanan tentang perlunya perkara-perkara kemasyarakatan dan peristiwa sejarah diberi analisis secara saintifik dan objektif. Semua yang berlaku dalam sejarah dan mesyarakat itu bukannya hasil daripada perkara-perkara yang berlaku secara berkebetulan, tetapi semuanya dikawal oleh undang-undangnya yang tersendiri, undang-undang yang boleh dicari dan didapati dan kemudian boleh diaplikasikan dalam penyelidikan tentang masyarakat, tamadun dan sejarah.Ahli sejarah membuat kesilapan dalam penyelidikan mereka tentang peristiwa sejarah kerana tiga faktor.

1.kejahilan mereka tentang hakikat dan keadaan peradaban dan umat manusia;
2.sikap prejudis atau prasangka mereka;
3.sikap mereka bertaklid mengikut laporan-laporan yang diberi oleh orang lain tanpa usul periksa.

Kemajuan yang sebenarnya serta pembangunan, datang melalui kefahaman yang tepat tentang sejarah dan kefahaman yang tepat dan benar itu boleh dicapai melalui pemerhatian terhadap tiga perkara penting.

1.Seseorang ahli sejarah itu hendaklah jangan ada prasangka dengan apa cara sekalipun samaada pro atau kontra terhadap sesuatu perkara samaada manusia atau idea.
2.Seseorang itu hendaklah mengesahkan dan memeriksa laporan-laporan yang didapati.Ia hendaklah mempelajari apa yang boleh dipelajari seboleh-bolehnya berkenaan dengan ahli-ahli sejarah dan laporan-laporan yang didengari dan dibaca, dan seseorang itu hendaklah memeriksa akhlak mereka yang berkenaan serta adakah mereka itu beramanah dalam ilmu sebelum diterima laporan-laporan mereka.
3.Seseorang itu hendaklah jangan membataskan sejarah kepada penelitian tentang sejarah politik dan ketenteraan sahaja ataupun berita-berita berkenaan dengan para pemerintah dan negara-negara sahaja.Ini kerana sejarah bukan sahaja terdiri daripada yang demikian sahaja bahkan terdiri daripada penelitian terhadap suasana-suasana kemasyarakatan, keagamaan dan perekonomian.


Kitab al-‘Ibar(Ibnu Khaldun) - membicarakan sejarah bangsa Arab, sejarah para penguasa semasa, penguasa-penguasa Eropah sezaman dengannya, sejarah Arab zaman purba, Yahudi, Yunani, Rom, Parsi purba, dan sejarah islam, dan sejarah Mesir dan sejarah Afrika Utara, terutamanya sejarah bangsa Barbar dan kabilah-kabilah yang berdekatan. Jilid terakhir al-Tasrif, sebahagian banyak membicarakan hal kehidupan masyarakat itu sendiri. Sebagaimana halnya dengan kitab-kitabnya yang lain, ianya ditulis dari segi perspektif analitikal dan memulakan cara baharu dalam menulis seni biografi.


Lokasi peradaban manusia sebenarnya bukan sahaja berkiblatkan Barat. Pendedahan berterusan kepada pancaran radiasi televisyen mungkin telah membuatkan kita lupa bahawa peralatan-peralatan 'canggih' manusia terawal pernah ujud di Tanah Jawa dan sekitar daerah Nusantara. Tidak semua sejarah peradaban yang kita pelajari berakhir dengan kegembiraan. Peradaban Roman yang gagah pernah menyembah bumi kerana keangkuhannya. Kita juga mungkin tertanya-tanya tentang apa yang berlaku pada kelangsungan peradaban Empayar Islam yang terkenal dengan penemuan ilmunya. Sebelum tergadah, molek juga kita belajar dari kesilapan lalu.


McLuhan mengatakan bahawa kita kini hidup dalam satu kampung global yang dirangkaikan oleh media elektronik, televisyen umpamanya. Yang jauh telah didekatkan. Dunia semakin kecil. Jika ada yang tidak selesa dengan kehadiran Bapak Surnoyo dan Bapak Heryanto dari Madura mahupun Bang Ali Akhbar dan Bang Mujeed dari Dhaka, agaknya ada yang lebih resah dengan kehadiran IBM dan Apple, SONY atau yang sejenis dengannya. Tidak menghairankan jika cetusan budaya kini boleh muncul dari Saleem, Kent, Dunhill, Marlboro dan sebagainya. Jika asimilasi pengaruh luar dilihat sebagai lanjutan imperialisma ataupun desakan ekonomi, mungkin kita perlu merujuk keputusan Sultan Melaka mengahwini Puteri Hang Li Po dulu! 'MOU' dan "joint ventures' sudah lama bertapak di Nusantara. Multiculturalism tidak perlu disumbat kepada kita kerana sudah ada versinya sendiri di sini sejak dari zaman kesultanan Melaka dahulu. Malah 'multimedia' bukanlah perkara yang baru jika ditinjau cetusan seniman Timur Jauh dahulukala. Namun keresahan terkini yang datang seiring dengan nama-nama syarikat gergasi teknologi tetap ada.


Seiring dengan keresahan ini, ada yang mengatakan bahawa kemunculan teknologi canggih (yang sehingga kini masih dibekal oleh Barat) bakal mengakhiri kemanusiaan, terutama apabila teknologi dianggap memangkin kepupusan fitrah semulajadi manusia secara fizikal mahupun spiritual. Ironisnya, ada yang memerlukan Blade Runner dan Terminator dari Hollywood untuk mengingatkan tentang kemungkinan sebegini.


Baudrillard mengingatkan kita kepada ke'asli'an yang semakin haus dikikis oleh 'simulacra' - rantaian salinan demi salinan demi salinan realiti yang berlaku di pentas elektronik, sehingga yang tinggal bukan lagi yang asli. Apabila manusia semakin jauh meninggalkan 'badan'nya sendiri untuk berfungsi menerusi perantaraan mesin berteknologi tinggi, sesekali terasa ada juga kebenarannya. Dengan bantuan teknologi canggih, kita sudah tidak perlu lagi 'menghadirkan' jasad badan untuk berkomunikasi dan melakukan pelbagai perkara. Dalam satu persembahan, Paul Sermon berkongsi bantal dengan seorang yang berada di tempat lain. William Gibson telah lebih awal melukiskan gambaran kehadiran tidak berjasad dalam novel Neuromancernya. Apakah agaknya persediaan kita menghadirkan diri tanpa jasad dalam ruang maya?


Agak menarik juga bila difikirkan bahawa pengalaman 'out of the body' ini sudah lama ujud dalam tradisi keagamaan, persilatan dan perubatan dunia 'ketiga'. Mungkin banyak boleh dipelajari dari penglihatan yang tidak berpusatkan profail fizikal seperti yang pernah diturunkan Imam Al-Ghazali. Apapun, kedatangan istilah 'maya' yang bermaksud virtual - tiruan atau bayangan sesuatu realiti sebenar, menjelaskan lagi bahawa ungkapan 'alam maya' sememangnya tepat untuk menggambarkan persekitaran yang semakin menjadi 'peniruan'. Di manakah letak duduknya 'realiti' yang hakiki?


O.B. Hardisson mengatakan bahawa apabila sesuatu produk teknologi menggantikan pancaindera asli dan menjadi sebahagian dari lanskap kehidupan yang biasa, kesedaran terhadap keupayaan semulajadi kita lesap seiring dengannya. Stelarc dengan pendekatan seni persembahan narchisticnya merelakan sebelah badan beliau dikawal oleh input elektronik yang dipam dari Internet. Kalau kita boleh meminta Ustaz Haron Din untuk menghalau makhluk halus yang merasuk badan, siapa pula agaknya yang kita panggil untuk menghalau 'data' yang merasuk terus ke hujung euron otak kita? Bill Gates dan kuncu-kuncunya?


Berserah kepada takdir? Rasanya sikap yang dicadangkan oleh tajuk esei ini sudah hilang relevensinya di ambang era teknologi maklumat. Jika kita mahu belajar dari kelewatan menghadirkan diri dalam revolusi industri, kita perlu bijak mentafsir 'tanda' dan 'alamat', mahir mengatur tindakan dan bersedia berubah dan membuat penyesuaian dalam menghadapi revolusi maklumat. Kita seharusnya mampu merencanakan 'nasib' dan mengusahakannya mengikut acuan yang sesuai dengan fitrah 'badan' dari kacamata kita. Sumber yang kita kesampingkan untuk mengutip habuk sudah lama mengingatkan bahawa Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali mereka sendiri cuba mengubahnya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


Kita disuruh menuntut ilmu hingga ke Negeri China. Tidak salah jika bersedia untuk terus meneroka, ujud dan hadir walau di ceruk ruang siber mana sekalipun. Istilah 'surfing' yang dikaitkan dengan 'pelayaran' menghadapi 'gelombang' Internet mungkin boleh mengingatkan kita kepada keberanian bangsa yang 'MELAYar' suatu masa dahulu.


Jika badan atau jasad hidup kita merupakan metafora untuk suatu kehadiran dan jatidiri, apakah nasib yang bakal menanti keduanya apabila kita bergerombolan berhijrah ke ruang siber yang semakin mendekati kita? Walaupun hijrah itu memang disuruh, kita perlu menyoal apakah ruang siber tersebut akan menentukan jatidiri kita atau sebaliknya. Jika begini halnya, kita perlu bertanya rahsia sang 'ular' kerana siular walau melingkar akar, tidak hilang bisanya.

Ada yang beranggapan bahawa Amerika Syarikat membina peradabannya di pentas televisyen dan filem. Pembinaan perdabadan sebegini tidak dapat dilaksanakan tanpa khidmat dari para seniman. Malah, menerusi pertolongan golongan inilah maka mereka dapat memujuk dunia untuk turut berhijrah masuk ke dunia fiksional mereka; menari dan beraksi mengikut rentak yang telah diatur berdasar acuan penyesuaian yang sudah pasti memenuhkan poket penguasa pentas. Badan kita yang berhijrah ke dalam naratif televisyen dan filem semakin haus jati dirinya dikikis oleh acuan yang tidak kita sedari. Kerlipan lampu dan bintang mengaburi pandangan kita. Keindahan dunia ciptaan ini terlalu sukar untuk ditolak. Kerana kejahilan kita menyesuaikan kehadiran 'badan' dengan 'ruang ciptaan orang lain,' kita kehilangan diri di celah transmisi fiksyen yang dipancar terus ke dalam ruang tamu kediaman kita. Ketaatan buta, rendah diri, hormat tak bertempat dan kurang keyakinan telah menggadai badan yang kononnya terpaksa menerima keadaan tanpa banyak menyoal. Tidak wajar berlagak Hang Nadim kerana kelak badan dihumban ke laut. Inikah agaknya yang dikatakan 'dah nasib badan...'


Jika naratif sejarah seni Barat boleh berbangga dengan Impresionisma yang lahir dari reaksi terhadap fotografi, atau Kubisma yang cuba mentafsir Einstein dan montaj filem, atau Futurisma yang muncul seiring dengan teknologi automobil dan banyak lagi, kita mungkin mengatakan bahawa kita terlewat dan terlalu jauh untuk merasa bahangnya. Dengan revolusi teknologi maklumat, kelewatan bukanlah isu. Cuma bila berhijrah ke alam siber kelak, janganlah kita lupa membawa tok-tok guru, ahli sejarah, ahli fikir, ahli budaya dan ahli seni yang tinggi dan halus sentuhan fikiran serta hatinya.


Mungkin kita boleh menggunakan profail dan fungsi otak sebagai model untuk menangani perubahan dan membina peradaban. Pembangunan individu yang mampan dan seimbang bergantung banyak kepada kemampuan menggunakan sepenuhnya kedua-dua fungsi otak sebelah kiri dan kanan - imbangan antara sesuatu yang kuantitatif dan kualitatif, objektif dan subjektif, fizikal dan spiritual, spesifik dan holistik, berurutan dan berangkaian, selari dan bertali-arus, teratur dan berkecamuk, dan segala bentuk dualiti yang mendasari kejadian warga alam. Kedua-duanya menyempurnakan satu sama lain walaupun berfungsi secara berbeza. Peradaban yang tiada imbangan sebegini adalah rapuh dan mudah tumbang. Pokok yang tinggi dan gagah tetap akan jatuh menyembam disergah angin sakal jika akarnya lekeh.


Sebolehnya, di celah kerancakan kita menilik 'nasib' atas ukuran nombor, kelajuan, indeks, geraf dan ringgit, atau atas pundak sang usahawan, jurutera, penganalisis sistem, pengaturcara perisian dan yang sekaum dengan mereka, kita tiliklah atas ukuran nilai kemanusiannya yang lebih dekat dengan fitrah kehadiran manusia di atas muka bumi ini. Jika kini rantau sebelah Timur dianggap kekurangan dari segi warisan materialnya, ia kaya dengan warisan kerohaniannya. Di sinilah tunas sumbangan kita kepada peradaban manusia sejagat boleh hidup 'berimbangan' dan tumbuh subur untuk dimunafaatkan generasi akan datang. Kita kaya dengan sumber kemanusiaan yang tinggi. Sentuhan kemanusiaan ini selalunya dibekalkan oleh golongan karyawan yang jujur. Kita berdoa semoga golongan sebegini masih ujud, tidak pupus dan terus hadir walau di pentas maya sekalipun.Bak kata Dilla semuanya berpandukan niat dan harus diingat niat yang baik sahaja diberi pahala manakala niat yang jahat tidak dapat apa-apa.

Thursday, May 27, 2010

CEO Sime Darby disiasat oleh SPRM

Pemangku presiden baru dan ketua pegawai eksekutif (CEO) konglomerat berkaitan kerajaan, Sime Darby Berhad, hari ini dikunjungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap kerugian besar yang dialami syarikat tersebut.

Bercakap kepada pemberita di Pusat Konvensyen Sime Darby petang ini, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata badan pencegah rasuah itu menyoalnya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

"Saya mengadakan perbincangan serius selama tiga jam dengan (SPRM). Mereka mengemukakan soalan-soalan umum kerana (siasatan) masih di peringkat awal.

"Sime Darby akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.

Syarikat multi-portfolio itu mendapatkan liputan buruk selepas ia mendedahkan pada 13 Mei lalu kerugian besar berjumlah RM964 juta yang melibatkan projek di bawah bahagian tenaga dan utilitinya.

Menurut keputusan suku ketiga yang diumumkan hari ini, Sime Darby mengalami kerugian operasi sebanyak RM1.019 bilion untuk divisi tersebut.

Ini menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM309 juta - dan ini merupakan kali pertama ia mengalami kerugian bagi tempoh suku tahun.

Kumpulan ini juga mengumumkan bahawa ramalan kerugian atas empat projek bermasalah - Qatar Petroleum (QP), Maersk Oil Qatar (MQP) Kelautan dan Empangan Bakun - berjumlah RM1.3 bilion.

Antara empat projek, Empangan Bakun merupakan kerugian terbesar yang dianggarkan pada 13 Mei berjumlah RM450 juta.

Nasib pelajar dan karenah

Hari ini ingin menyentuh soal dan isu pelajar IPTA dan IPTS diseluruh negara.Saban hari kita sudah kebiasaan melihat dan mendengar para pelajar terkandas disebabkan permasalahan berpolitik secara taksub dan membabi-buta.Disini ingin disuarakan pandangan mengenai perkara-perkara tersebut.

Kenapa mesti pelajar berfikiran yang jauh melawan arus?Bagi penulis ada baik dan buruknya.Mungkin kalau digunakan secara baik dapat mematangkan para pelajar dengan bersikap anti-kerajaan tetapi kesan kepada negara amat lah buruk dan boleh penulis kira sebagai tindakan yang dangkal kiranya pelajar yang cerah masa depannya itu menongkah arus dengan songsang dan membabi-buta.Bukankah lebih baik para pelajar itu yang mendokong sistem.

Bagaimana kiranya jika pelajar yang suka menyalahkan pihak kerajaan itu bersikap positif dan jika mereka merasakan mereka dapat lakukan perubahan untuk kebaikan negara maka alangkah baiknya mereka-mereka itu berjuang untuk kecemerlangan diri mereka, seterusnya memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan mempraktikkan kemahuan dan keinginan mereka dalam organisasi kerajaan agar kerajaan malaysia dapat dinilai oleh setiap insan dengan nilai yang berguna dan berintegriti.

Alangkah ruginya jika pelajar-pelajar yang berfikiran dangkal itu ketandusan ditengah jalan.Penulis berpendapat kiranya pelajar-pelajar yang berkontra itu mempunyai sistem keadilan dalam diri yang teguh maka sambutlah seruan penulis iaitu,bersama-sama membantu negara agar memperolehi pemimpin-pemimpin yang bijak,berguna,mahir dan berintegriti.

Harus diingat bahawa pelajar-pelajar yang cemerlang itu yang bakal menerajui barisan hadapan negara.Kecemerlangan negara hadir apabila setiap individu memainkan peranan dengan berkesan dan bukan hanya menyalahkan orang lain.

Sunday, May 23, 2010

Tahniah SPRM..semakin berubah kearah Profesionalisme




Begitu banyak perubahan yang dibawakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru iaitu Y. Bhg. Dato' Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed. Saya perhatikan sejak akhir-akhir ini begitu banyak tangkapan yang dilakukan,yang paling menarik hati saya adalah tangkapan ke atas pemberi rasuah.Saya beranggapan jika usaha itu diteruskan,ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada orang awam bahawa mereka sebenarnya telah secara tidak sedar mahupun sedar telah mengugat dan mencalar imej dan integriti penjawat awam.


Kita lihat di zaman ini,rata-rata orang awam atau rakyat Malaysia asyik menyalahkan pihak berkuasa dalam soal rasuah tetapi kita sendiri tidak menyalahkan diri sendiri sekiranya memberi rasuah kepada pihak yang terlibat. Saya merasakan perubahan yang paling utama adalah bersama-sama membantu pihak SPRM memerangi rasuah bersesuaian dengan slogan baru SPRM iaitu "BERSAMA LAKUKAN PERUBAHAN PERANGI RASUAH"

Saya juga membuat penilaian secara peribadi bahawa perubahan yang dilakukan oleh pihak SPRM tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tidak membantu. Kita perlu nilai diri kita,apakah sumbangan dan jasa kita kepada negara?Adakah kita rela negara kita dijajah oleh perasuah. Bila berbicara soal rasuah ianya berkait rapat dengan soal keadilan.

Pemikiran rakyat haruslah berubah,sekarang bukan masa kita untuk memperleceh dan memerangi SPRM tetapi adalah kewajipan kita untuk membantu SPRM dalam usaha memerangi jenayah rasuah.Sekiranya ada perlakuan rasuah itu berlaku maka saya syorkan supaya kita melaporkan kepada pihak SPRM.Disini saya akan sertakan laman web SPRM

http://www.sprm.gov.my/


Selamat menjalankan tanggungjawab kita sebagai warganegara yang baik dan membenci rasuah

Saturday, May 22, 2010

Melayu di Ali Baba kan oleh Pakatan rakyat..

Sungguh bijak dan arif PR menipu dan mengaut keuntungan hasil bumi negeri yang diperintah oleh mereka..Bagaikan tidak percaya,ucapan lembut seolah-olah tidak pernah membuat dosa ataupun umpama sebersih bayi dalam diam-diam memperbodohkan rakyat terutama kaum melayu yang tersepit antara memilih Jin ataupun syaitan sebagai dampingan..

Pilih Jin takut..sebab tak larat nak tanggung..sampai kering darah kena hisap dengan Jin
pilih syaitan dan iblis lagi lah teruk,kerana bajingan-bajingan tersebut mempunyai tipu helah yang hebat bak pelakon opera..

Bayangkan..sampai bila kita terumbang-ambing..sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab kita seharusnya bersama-sama dengan agensi penguatkuasa membanteras jenayah dan salahlaku..paling ketara dan isu yang hangat buat masa ini adalah isu rasuah,salahguna kuasa dan penyelewengan.

Isu tersebut bukan hanya terletak pada pihak pemerintah tetapi beban tersebut harus digalas oleh semua masyarakat tanpa mengira fahaman politik..di sini kita boleh lihat pihak yang ikhlas dalam menegakkan keadilan.

Keadilan tidak boleh diukur hanya kerana hebatnya kita membangkang dan memperlecehkan keupayaan mana-mana agensi penguatkuasa tetapi keadilan itu dapat diukur dengan cara bagaimana dan apa sumbangan kita kepada masyarakat dan negara dalam soal memerangi jenayah.Jangan hanya harapkan agensi penguatkuasa tetapi kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan keadilan seharusnya bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan persepsi masyarakat dan meningkatkan mutu dan kualiti kehidupan setiap warganegara Malaysia.