Klik dan lihat

Thursday, May 27, 2010

Nasib pelajar dan karenah

Hari ini ingin menyentuh soal dan isu pelajar IPTA dan IPTS diseluruh negara.Saban hari kita sudah kebiasaan melihat dan mendengar para pelajar terkandas disebabkan permasalahan berpolitik secara taksub dan membabi-buta.Disini ingin disuarakan pandangan mengenai perkara-perkara tersebut.

Kenapa mesti pelajar berfikiran yang jauh melawan arus?Bagi penulis ada baik dan buruknya.Mungkin kalau digunakan secara baik dapat mematangkan para pelajar dengan bersikap anti-kerajaan tetapi kesan kepada negara amat lah buruk dan boleh penulis kira sebagai tindakan yang dangkal kiranya pelajar yang cerah masa depannya itu menongkah arus dengan songsang dan membabi-buta.Bukankah lebih baik para pelajar itu yang mendokong sistem.

Bagaimana kiranya jika pelajar yang suka menyalahkan pihak kerajaan itu bersikap positif dan jika mereka merasakan mereka dapat lakukan perubahan untuk kebaikan negara maka alangkah baiknya mereka-mereka itu berjuang untuk kecemerlangan diri mereka, seterusnya memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan mempraktikkan kemahuan dan keinginan mereka dalam organisasi kerajaan agar kerajaan malaysia dapat dinilai oleh setiap insan dengan nilai yang berguna dan berintegriti.

Alangkah ruginya jika pelajar-pelajar yang berfikiran dangkal itu ketandusan ditengah jalan.Penulis berpendapat kiranya pelajar-pelajar yang berkontra itu mempunyai sistem keadilan dalam diri yang teguh maka sambutlah seruan penulis iaitu,bersama-sama membantu negara agar memperolehi pemimpin-pemimpin yang bijak,berguna,mahir dan berintegriti.

Harus diingat bahawa pelajar-pelajar yang cemerlang itu yang bakal menerajui barisan hadapan negara.Kecemerlangan negara hadir apabila setiap individu memainkan peranan dengan berkesan dan bukan hanya menyalahkan orang lain.

No comments:

Post a Comment