Klik dan lihat

Sunday, May 23, 2010

Tahniah SPRM..semakin berubah kearah Profesionalisme




Begitu banyak perubahan yang dibawakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru iaitu Y. Bhg. Dato' Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed. Saya perhatikan sejak akhir-akhir ini begitu banyak tangkapan yang dilakukan,yang paling menarik hati saya adalah tangkapan ke atas pemberi rasuah.Saya beranggapan jika usaha itu diteruskan,ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada orang awam bahawa mereka sebenarnya telah secara tidak sedar mahupun sedar telah mengugat dan mencalar imej dan integriti penjawat awam.


Kita lihat di zaman ini,rata-rata orang awam atau rakyat Malaysia asyik menyalahkan pihak berkuasa dalam soal rasuah tetapi kita sendiri tidak menyalahkan diri sendiri sekiranya memberi rasuah kepada pihak yang terlibat. Saya merasakan perubahan yang paling utama adalah bersama-sama membantu pihak SPRM memerangi rasuah bersesuaian dengan slogan baru SPRM iaitu "BERSAMA LAKUKAN PERUBAHAN PERANGI RASUAH"

Saya juga membuat penilaian secara peribadi bahawa perubahan yang dilakukan oleh pihak SPRM tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tidak membantu. Kita perlu nilai diri kita,apakah sumbangan dan jasa kita kepada negara?Adakah kita rela negara kita dijajah oleh perasuah. Bila berbicara soal rasuah ianya berkait rapat dengan soal keadilan.

Pemikiran rakyat haruslah berubah,sekarang bukan masa kita untuk memperleceh dan memerangi SPRM tetapi adalah kewajipan kita untuk membantu SPRM dalam usaha memerangi jenayah rasuah.Sekiranya ada perlakuan rasuah itu berlaku maka saya syorkan supaya kita melaporkan kepada pihak SPRM.Disini saya akan sertakan laman web SPRM

http://www.sprm.gov.my/


Selamat menjalankan tanggungjawab kita sebagai warganegara yang baik dan membenci rasuah

No comments:

Post a Comment