Klik dan lihat

Thursday, June 24, 2010

Anwar perosak parti PAS dan juga telah memesongkan pemikiran Tok Guru Nik Aziz

Apa yang ingin dipersoalkan sekarang, apa akan jadi dengan PAS?

Parti berlabel Islam itu sudah banyak menabur jasa dan bakti kepada Anwar dan pakatan pembangkang terutama ketika pilihanraya kecil kerana PAS mempunyai jentera kempen yang terancang dan amat berkesan.

PAS juga sudah membenarkan parti itu diporak-perandakan oleh Anwar sehingga ujud kumpulan ulama dan Erdogan yang dianggap penyokong setia kepimpinan Ketua Pembangkang itu.

Lebih malang lagi ada blog mencipta karekator menggambarkan kepimpinan PAS pecah empat kepada kumpulan ‘Ulama’, ‘Fulamak”.‘Ulor mak’ dan ‘Alamakk’.

Datuk Dr Harun Din dan Nasaruddin Mat Isa digambarkan pemimpin ulama, Hadi dan Datuk Seri Azizan Razak (Fulamak), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahmad Awang (Ulor mak) manakala Datuk Seri Nizar Jamaluddin,Datuk Husam Musa dan Khalid Samad dalam kumpulan Alamakk.

Sama ada pecah dua, tiga atau tempat, PAS sudah membiarkan parti itu rosak dengan membenarkan Anwar menumpang mengembang pengaruhnya.

Anwar ibarat Dedalu Api – jenis pokok tumpang yang menjahanamkan pokok asalnya.

Amat malang jika kerosakan demi kerosakan terus berlaku dalam PAS gara-gara Anwar sedangkan dalam masa sama DAP terus mengukuh kedudukan di Parlimen dengan pertambahan 29 kerusi berbanding PKR (24) dan PAS (23).

Pengakuan Anwar mahu menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada DAP harus membuka mata pemimpin-pemimpin PAS yang masih kekal dengan perjuangan asal bahawa parti itu hanya jadi kuda tunggangan Anwar semata-mata.

Cukuplah PAS menunggu bulan jatuh ke riba atau mahu menunpang tuah Anwar andai mahu berada dalam Kabinet bayangan Anwar di Putrajaya.

Anwar ibarat enau yang melepaskan pucuknya sahaja dan walaupun ada beberapa lagi wakil rakyat PKR keluar parti menyebabkan kerusi parlimen PKR makin merosot, Anwar tetap mahu jadi Perdana Menteri.

Orang Melayu dan sebilangan jemaah PAS masih sayangkan parti itu tetapi jika pemimpin PAS masih membutakan mata, memekakkan telinga, ahkirnya PAS akan hilang ibarat bulan yang ditelan awan.

Sebab itulah Muktamar Tahunan PAS Ke-56 pada 11 hingga 13 Jun yang lepas di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di Pengkalan Chepa, Kelantan, harus jadi ruang bermuhasabah diri pemimpin-pemimpin PAS yang masih sayangkan parti itu.Tetapi saya kira Muktamar tersebut gagal kerana PAS masih takutkan kelainan dalam kaedah menyuarakan pendapat.

Tidak mengapa jika parti itu menolak kerjasama atau perpaduan dengan UMNO asalkan PAS kembali kepada perjuangan asal dan buktikan parti itu lebih kukuh daripada PKR yang baru setahun jagung.

Pucuk pimpinan tertinggi PAS perlu berani mendesak mana-mana pemimpin dalam parti itu yang tidak bersetuju dengan kepimpinan ulama yang ada sekarang, mereka harus keluar parti.

Kumpulan Erdogan ini boleh memilih bersama-sama PKR ataupun DAP.

PAS tidak rugi menyingkirkan beberapa kerat pemimpin ini kerana ramai lagi pemimpin pelapis dalam PAS yang boleh menggalas cabaran dalam parti dan pilihanraya umum akan datang.

Soalnya, beranikah Hadi, Nasaruddin dan Datuk Mustapa Ali selagi mereka masih dibayangi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?Saya tidak menyalahkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi kita semua tahu bahawa beliau telah dipengaruhi oleh Husam dan Anwar. Husam mempunyai cita-cita yang tinggi dan mengunung.Walaubagaimana pun saya memuji Husam kerana begitu banyak jasa beliau kepada PAS tetapi sayang kerana orang yang berguna macam Husam itu telah dipengaruhi oleh Anwar dan akhirnya akan memakan diri sendiri.

Bagaimanapun, mereka harus ingat bahawa pokok yang sudah tua, lama-kelamaan akan menyembah bumi juga begitu juga dengan Nik Aziz malah PAS sendiri jika mereka masih mahu bertuankan Anwar.Harus diingat senjata Anwar adalah politik menghasut dan fitnah.Ini bukan amalan islam.Alangkah malunya PAS yang mengaku sebagai parti islam terjebak dalam situasi sedemikian.

No comments:

Post a Comment