Klik dan lihat

Monday, June 28, 2010

Kita boleh berjaya jika ada 10 perkara ini. 10 perkara yang merupakan Rahsia kejayaan ilmuan islam.

Antara rahsia kejayaan ilmuwan dan intelektual islam suatu waktu dahulu ialah:

1.Mengkaji Quran dan hadis.
Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada nabi saw melalui perantaraan malaikat Jibrail.Quran adalah gedung ilmu kerana mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Quran menerangkan pelbagai perkara kepada manusia.
Ramai orang islam tidak menyedari bahawa sarjana dan ilmuwan bukan islam menjadikan Quran sumber rujukan dalam pelbagai perkara kerana mereka yakin dan percaya Quran adalah keajaiban dan mengandungi pelbagai rahsia dan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Salah satu contoh penemuan idea dan teknologi yang diperolehi sarjana barat ialah mengkaji surah Fil yang menceritakan tentera bergajah dikalahkan sekumpulan burung yang membawa batu-batu di kakinya.Ilmuwan barat mendapat idea dan mencipta pesawat yang diletakkan bom dan senjata di bawah badan pesawat.Idea ini datang daripada pengkajian Quran.
Kejayaan sarjana dan ilmuwan islam suatu masa dahulu adalah kerana mereka meneliti dan menelaah pelbagai isi kandungan Quran.Quran memberikan pelbagai asas dan manusia perlu mencari idea dan pengetahuan atau kemahiran berdasarkan asas yang diberikan Quran.
Sarjana islam memang suka membaca Quran,meneliti setiap ayat dan membuat kajian dan penyelidikan.Mengkaji Quran akan memberi idea dan pengetahuan baru kepada ilmuwan.
Pada suatu waktu dahulu,kebanyakan ahli astronomi mengatakan matahari tidak berganjak atau beredar.Apabila Quran menyatakan bahawa matahari beredar sebagaimana firmannya dalam surah Yasin bermaksud “ Dan matahari itu beredar mengikut orbitnya,demikianlah ketentuan Tauhan yang Maha Perkasa,lagi Maha Mengetahui”.Ilmuwan dan sarjana barat telah mencari kebenaran tersebut dan berjaya mencipta pelbagai alat sehingga membuktikan bahawa kandungan Quran adalah benar.
Kebanyakan cendekiawan islam suatu masa dahulu menjadikan Quran sebagai rujukan dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi,kajian haiwan,sosial,
sains,perubatan,geologi,kesusteraan,fizik,tamadun,politik dan lain-lain.Sarjana islam juga mengambil pelbagai hadis sebagai pengkajian dan asas penemuan pelbagai perkara.
Sebuah hadis mengajar umatnya agar memasukkan atau menenggelamkan lalat yang memasuki bekas minuman,kemudian membuangnya kerana nabi saw mengatakan pada sebelah badan lalat adalah racun,manakala sebelah lagi adalah penawar.
Pada masa kini telah terbukti bahawa lalat adalah pembawa penyakit taun dan amat berbahaya kepada manusia.Jutaan manusia mati disebabkan taun.Hadis tersebut jelas mendidik umatnya menjaga kesihatan dan mengamalkan penjagaan kesihatan dengan baik.Walaupun hadis dan Quran berusia ribuan tahun,namun isinya adalah relevan dan sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada ilmuwan islam masa kini.
Sarjana islam dan intelektual perlu terus menerus mengkaji Quran dan hadis dan mejadikan kedua-duanya sumber rujukan pelbagai perkara.Malah jika seseorang membaca dan meneliti Quran,pelbagai idea-idea dalam pelbagai cabang kehidupan seperti politik,sains,kemasyarakatan,perniagaan dan lain-lain dapat diperolehi.

2.Mempraktikkan ajaran islam.
Kebijaksanaan ilmuwan islam pada masa dahulu banyak bergantung kepada idea.Bagaimana sarjana islam memiliki pelbagai idea dan mendapat penemuan-penemuan berharga?Jawapannya ialah mempraktikkan ajaran islam sebagaimana diajar Quran dan hadis.Jika menurut intelektual barat,kebijaksanaan seseorang bergantung kepada I.Q.I.Q boleh berkembang jika seseorang berusaha mengasah otak dan fikiran.Namun islam lebih mementingkan kepada pengisian spiritual dan rohani.Islam mendidik umatnya melakukan pelbagai ibadat seperti solat tahajjud,membaca Quran,memikirkan dan meneliti kejadian makhluk lain.Sarjana islam pada masa dahulu amat mementingkan ibadat dan pengisian rohani demi membersihkan hati dan jiwa.Jiwa yang bersih akan menghasilkan pelbagai ilham dan idea yang bernas.Ribuan dan jutaan cendekiawan islam tidak pernah terkenal dengan sikap kaki arak,berjudi,suka memperlekehkan orang lain,hasad dengki,sombong,mencari ilmu untuk membanggakan diri atau membuktikan diri lebih bijak.Sarjana islam menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan berusaha mendalami ilmu untuk kebahagiaan manusia sejagat.Tiada satu pun ajaran islam mendidik umatnya menjadi malas,tidak berdikari,mementingkan diri sendiri,tamak,ego,hasad dengki dan lain-lain amalan jahat dan keji.Sarjana islam mempraktikkan amalan yang diajar nabi dan Tuhan.Dengan kesungguhan mempraktikkan ajaran islam,sarjana dianugerahkan I.Q cemerlang dan sentiasa mempunyai idea-idea bernas dan praktikal.
Pada masa kini kebanyakan ilmuwan dan intelektual islam tidak mempraktikkan ajaran islam yang sebenar.Mereka sering berdebat dan berbalah dalam isu remeh-temeh dan tidak relevan.Malah ada sesetengah ilmuwan bersikap menjatuhkan orang lain dan menganggap diri lebih baik.Sikap negatif tersebut telah memberi peluang saintis dan ilmuwan barat dan bukan islam lebih maju dan berjaya dalam pelbagai bidang dan umat islam masih ketinggalan.Jika ilmuwan dan cendekiawan islam mahu berjaya dan maju sebagaimana ilmuwan silam,mereka perlu mempraktikkan ajaran islam.Hanya dengan mempraktikkan ajaran islam,seseorang mendapat ketenangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang dan lapangan.

3.Menyebarkan ilmu.
“Sampaikanlah apa-apa dariku walaupun sepotong ayat”.Hadis tersebut jelas menunjukkan islam adalah agama yang mementingkan ilmu dan penyebaran ilmu.Ketika islam berkembang dan maju,ilmuwan mengamalkan sikap menyebarkan ilmu dan memberi peluang cendekiawan lain termasuk bukan islam mempelajari ilmu dan penemuan yang telah dikaji sarjana islam.Sarjana islam tidak pernah mengamalkan sikap monopoli dalam apa jua bidang sama ada ekonomi,politik dan kemajuan teknologi.Sikap suka menyebarkan ilmu diamalkan sarjana islam demi memberi manfaat kepada semua umat manusia di mana pun berada.

4.Merendah diri.
Ilmuwan islam terkenal dengan sikap merendah diri dan tidak pernah berbangga dengan ilmu yang ada.Ketika sijil belum diperkenalkan,sarjana islam terus menerus menimba ilmu dan mencari pelbagai pengetahuan yang relevan dan efektif untuk kemajuan manusia.Pada masa kini,kebanyakan ilmuwan berlumba mendapatkan sijil tertinggi dan pangkat.Taraf pendidikan dan pangkat adalah paling utama kepada sarjana islam.Memang tidak dinafikan bahawa taraf pendidikan dan pangkat adalah penting tetapi bagi islam,pengetahuan yang tinggi adalah lebih penting.Apa guna memiliki PHD dan pelbagai ijazah tetapi tidak mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Ini berpunca sikap tidak merendahkan diri.Manusia terkaya berbangsa Yahudi,Bill Gates
adalah manusia yang tidak memiliki pendidikan tinggi sehingga PHD tetapi beliau mampu membuktikan kejayaan.Ilmuwan silam tidak pernah memikirkan tahap pendidikan dan pangkat kerana mementingkan sifat merendah diri.Ilmuwan islam menambah ilmu dan membuat pelbagai pengkajian bukan untuk membanggakan diri tetapi untuk kemajuan manusia pada zamannya dan manusia akan datang.Hartawan islam yang terkenal dan termasuk sepuluh sahabat yang akan ke syurga ialah Saidina Abdul Rahman bin Auf.Beliau terkenal sebagai manusia yang amat merendah diri daripada segi pemakaian,tutur kata dan amalan.Apabila beliau berjalan bersama pekerja,orang ramai tidak kenal manakah majikan dan pekerja.Begitu merendah diri dan tawadduk.

5.Berani mencuba.
Seorang pakar perubatan islam mati ditimpa penyakit ketika mencari penemuan untuk membasmi virus penyakit tersebut.Ini adalah kisah benar,bukan kisah untuk mengangungkan tokoh islam.Intelektual dan sarjana islam adalah manusia yang berani mencuba.Mereka berjalan ratusan dan ribuan kilometer demi mencari ilmu dan penemuan.Mereka berani berhadapan risiko menggunakan teori perubatan kepada diri sendiri.Ilmuwan pada masa kini perlu berani mencuba dalam apa jua bidang.Pada masa kini pelbagai alat dan kemudahan yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai ujian dan kajian.Manusia yang takut mencuba sebenarnya telah gagal.Tetapi tidak dinafikan begitu banyak kekangan dari segi undang-undang dan perjuangan hak asasi ikutan barat telah melambatkan proses tersebut.

6.Mengejar pahala selepas mati.
Sebuah hadis bermaksud “ Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah,ilmu bermanfaat dan anak soleh mendoakannya”.
Ilmuan islam dan intelektual memanfaatkan didikan hadis dengan mencari pelbagai penemuan dan pengkajian demi manfaat masyarakat semasa hayatnya dan akan datang.Itulah pegangan ilmuwan islam pada masa dahulu.Mereka mencari dan terus mengkaji pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk kebaikan manusia dan berharap manusia dapat memanfaatkannya.Ibnu Sina contohnya,mengarang buku dan memasukkan pelbagai teori dan teknologi yang dapat dimanfaatkan oleh manusia pada zamannya dan dimanfaatkan manusia sehingga 500 tahun selepas kematiannya.Bagaimana beliau mampu mengarang buku dan dapat dimanfaatkan begitu lama?Jawapannya ialah beliau mahu mengejar pahala selepas mati.Hadis itu jelas menunjukkan bahawa seseorang islam akan terus menerus mendapat pahala walaupun telah mati jika meninggalkan ilmu manfaat dan sedekah jariah.Meninggalkan ilmu melalui buku adalah sedekah jariah yang amat bernilai dan berharga.Pernah pada zaman kegemilangan islam,seorang khalifah islam memberi galakan agar lebih ramai ilmuwan dan cendekiawan menggembelengkan usaha menulis pelbagai ilmu di dalam buku dan buku akan dibayar dengan timbangan emas.Begitu tulus hati seorang khalifah sehingga bernai memberi tawaran sedemikian.
Kebanyakan sarjana islam masih bersifat kolot dan tidak terbuka.Pernah pada zaman penjajahan,bangsa Melayu hanya berada di pondok-pondok mengaji dan mempelajari ilmu agama sahaja dan terus terkebalakang dalam pelbagai ilmu dan kemahiran lain.Fikiran dan mentaliti orang islam hancur dan lembab lantaran fikiran ibu bapa yang mengatakan menuntut ilmu sains,teknologi,bahasa inggeris,politik,perubatan dan lain-lain adalah sekular dan boleh merosakkan akidah.Itulah pandangan kebanyakan ibu bapa pada zaman tersebut.Jika ilmuwan dan sarjana islam mahu berjaya,mereka perlu berusaha gigih dalam mencari penemuan dan teknologi terkini demi manfaat dan masahah manusia pada zaman kini dan akan datang.Andainya seorang doktor muslim berjaya menemui ubat pembunuh virus penyakit kencing manis contohnya,dia akan terus menerus mendapat pahala selagi manusia masih menggunakannya shingga ke hari kiamat.Itulah sikap mengejar pahala selepas mati.

7.Rajin membaca.
Tiada manusia berjaya tanpa membaca.Malah perkataan pertama yang diwahyukan ialah “ Bacalah”.Kebanyakan ilmuwan islam pada zaman dahulu adalah rajin membaca.Mereka belajar pelbagai bahasa dan tulisan demi menambah pengetahuan dan pendidikan.
Kita masih memiliki beberapa sarjana yang kolot dan tidak terbuka.Apabila pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris diajar di sekolah,ramai menuding jari dan menyalahkan kerajaan dan menganggap langkah tersebut mematikan bahasa Melayu.Langkah tersebut dibuat demi menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris
kerana kebanyakan maklumat,pengkajian,buku ilmiah yang wujud pada zaman ini berbahasa inggeris.Pada zaman kegemilangan islam,sarjana barat dan timur mempelajari bahasa Arab kerana kebanyakan bahan ilmiah ditulis dalam bahasa Arab.Apabila zaman telah berubah,bahasa Inggeris telah mengambil tempat.Usteru umat islam perlu menuruti perubahan zaman.Intelek islam adalah manusia yang rajin membaca.Bukan hanya membaca hadis dan Quran tetapi pelbagai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bahasa.Tiada sarjana islam yang menguasai hanya dua bahasa.Kebanyakan mereka menguasai sekurang-kurangnya empat dan lima bahasa iaitu bahasa yang amat penting pada zaman mereka.Membaca tiada noktah.Ilmuwan islam yang mahu berjaya dan menambahkan pengetahuan serta menemui pelbagai penyelidikan baru perlu rajin membaca pelbagai bahan ilmiah.Setinggi mana pun pendidikan dan sijil yang diperolehi,membaca adalah amalan yang perlu diterusklan sepanjang hayat.Ilmuwan dan inteletual islam perlu mencontohi tabiat dan peribadi bekas perdana menteri,Tun Dr.Mahathir yang rajin membaca di mana pun beliau berada.Sebelum mendapat idea penubuhan Proton,beliau membaca hampir 30 buah buku dunia pemotoran.Beliau mampu mengubah mentaliti dan pemikiran bangsa Melayu dengan membaca,malah berani menanggung risiko dipecat dari politik kerana menulis buku The Malay Dilemma.Beliau menjadikan setiap daerah di pelusuk negara memiliki anak Melayu menjadi doktor,jurutera,usahawan dan lain-lain.

8.Mengutamakan perkara yang lebih penting.
Ilmuwan islam terkenal sebagai manusia yang memanfaatkan masa.Menyedari masa adalah terbatas sedangkan pekerjaan dan tugas adalah banyak,maka mereka mengutamakan perkara yang lebih penting dan utama.
Mengapa ilmuwan pada masa kini sibuk bertelagah dan berbalah dengan ilmu atau kepakaran yang tidak penting?Mereka tidak menjaga masa dan tidak menyedari kepentingannya.Banyak perkara penting perlu dilakukan berbanding aktiviti asyik bertelagah.Ilmuwan silam asyik dengan pembacaan dan pengkajian.Mereka mengorbankan masa dalam pelbagai pengkajian dan ujian demi mencari teori dan teknologi.Malah ada ilmuwan yang membujang sehingga akhir hayat.Begitu besar pengorbanan mereka.
Jika sarjana dan intelektual meletakkan perkara penting dan utama dalam kehidupan,pastinya sarjana islam lebih berjaya dan cemerlang pada zaman kini.

10.Ikhlas dalam semua perkara.
Niat utama seseorang muslim dalam apa jua perkara adalah ikhlas.Keikhlasan
ilmuwan silam adalah kunci kejayaan cemerlang.Mereka membuat kajian dan penemuan demi agama,negara dan manusia sejagat.Mereka tidak pernah mempedulikan pujian,pangkat sijil dan gelaran.Apa yang penting ilmu yang diperolehi akan ditulis demi generasi akan datang.Ikhlas adalah kunci penting dalam apa jua pekerjaan.
Demikianlah sifat dan peribadi ilmuwan,sarjana dan tokoh islam yanga telah berjaya pada suatu masa dahulu.Jika mereka boleh berjaya pada zaman yang tiada komputer,internet,kapal terbang,pengimbas x-ray dan lain-lain alat teknologi moden tetapi boleh berjaya,ilmuwan dan sarjana islam yang hidup pada zaman ini boleh lebih cemerlang dan berjaya.Islam kini dipandang hina dan rendah kerana islam tidak berjaya membuktikan kejayaan mereka.Justeru semua pihak terutama ilmuwan dan intelektual islam perlu bangkit dan berusaha dengan komited mengembalikan kegemilangan islam dan ilmu.Pelajari kejayaan ilmuwan silam dan jadikan mereka mentor dan role-model yang baik.Kembalikan maruah dan kegemilangan islam….

No comments:

Post a Comment