Klik dan lihat

Saturday, June 19, 2010

Manusia Politik dan sedikit kisah Anuar Ibrahim

Ramai manusia yang tidak tahu siapa diri mereka yang sebenar-benarnya. Tidak pula kenal siapa yang dinamakan 'manusia politik' yang pandai menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Pemimpin politik dan mereka yang bergelar para intelek dan para bijak pandai yang kononnya mahu membawa perubahan, mahu membawa REFORMASI pun bercakap pasal Islam sedangkan Islam tidak perlu direfomasikan. Islam sudah sempurna. Seratus peratus perfect. Kalau mereka bijak, mereka sesuaikan diri mereka dengan Islam, diri merekalah yang perlu direformasikan.

Apakah kerana mereka berada di atas pentas bersama Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim pula terseksa dan dianggap teraniaya maka kita mesti berikan kerajaan ini pada mereka untuk dilslamkan? Mereka sebenarnya adalah manusia-manusia usang yang tidak tahu apakah erti perubahan, apakah makna reformasi sedangkan mereka gagal untuk mentransformasikan diri mereka sendiri. PKR dari dulu sampai sekarang asyik ambil pemimpin 'second hand' yang tidak dipakai oleh UMNO.

Sejarah telah menunjukkan bahawa orang Melayu sangat cenderung kepada membentuk akhlak yang sempurna sehinggakan apabila belajar dan membaca AI-Quran, penekanan untuk membaca mengikut tajwid amat diutamakan. Tetapi apabila umat Islam memilih untuk berpolitik ianya amat berbeza sekali. Kalau kita pernah ikuti ceramah PAS, pernah bergaul dengan orang PAS, maka kita akan lihat bahawa ada di kalangan mereka yang sepatutnya menunjukkan cara bermasyarakat yang berakhlak yang boleh melindungi umat daripada bencana, tetapi sebaliknya hanya mementing dan mengutamakan puak mereka saja. Mereka ini begitu sombong sekali. Belum pun hari mengundi dah rasa menang. Dan tanpa disedari ada yang telah mengimpot cara politik Muawiyah. Inilah yang dikatakan asobiyyah.Maaf kepada puak-puak PAS.Sudah sampai masanya anda fikirkan sesuatu perubahan.Perubahan yang membawa kebaikan untuk semua umat islam di Malaysia ini.

Kedatangan Islam dengan prinsip muhibbah, ukhuwah (silaturahim) dan kasih sayang telah memerangi sikap taksub dan fanatik di kalangan masyarakat Jahiliyah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:

"Bukan dari golongan kami mereka yang menyeru kepada asobiyyah dan bukan dari golongan kami mereka yang berperang mempertahankan asobiyyah dan bukan dari golongan kami mereka yang mati kerana asobiyyah ".

Perjuangan asobiyyah yang berasaskan taksub dan fanatik melampau jelas bertentangan dengan Islam. Islam telah mengingatkan kita supaya sederhana dalam melakukan apa saja. Jangan sampai berlebihan.

Tindakan-tindakan PAS dan PKR dalam menghina dan mencerca beberapa pemimpin UMNO secara berlebih-lebihan telah memakan puak-puaknya sendiri. Seperti kata pribahasa Arab apa juga yang kita lakukan berlebihan ia akan memukul kita kembali. Kata peribahasa lnggeris pula, bila kejar anjing jangan sampai ke dinding. Kalau dia berpatah balik, terjah kita nahas akibatnya. Makan pun jangan lebih sangat, inikan pula dalam hal mencerca, menghamun, maki, menghina dan sebagainya. Buruk padahnya.

Ada orang yang sudah tidak suka Najib. Ada juga perkara yang Najib buat yang tak berkenan dihati. Tapi bila Najib sudah dihina hingga sedemikian rupa ini dah melampau namanya. Sikit-sikit dah le. Cukuplah. Banyak perkara-perkara baik yang Kerajaan dah buat untuk kita, kenang sikit jasa kerajaan.Bersama-sama membantu kerajaan membetulkan keadaan dan mainkan peranan mengikut kemampuan untuk kesejahteraan kita bersama.Sifat fanatik yang ditunjukkan oleh pembangkang mendedahkan kejahilan diri.

PAS terlupa dalam menghadapi pilihanraya umum 1982 PAS telah menggunakan istilah asobiyyah sebagai senjata untuk menyerang UMNO. Serangan itu dilakukan berdasarkan penafsiran yang difatwakan oleh PAS bahawa Nasionalisme Melayu atau semangat kebangsaan Melayu itu adalah fahaman asobiyyah. Sedangkan Nasionalisme Melayu itu ialah semangat cintakan bangsa dan tanah air yang disebut "wataniah" bukan asobiyyah kerana Rasulullah sendiri cintakan bangsa dan tanahair. Baginda berpesan melalui sabdanya:

"Cintakan watan itu adalah sebahagian daripada iman".

Bagaimanakah cara cintakan tanah air yang harus kita ikut - cara PAS? Kita kena ikut Islam sebab itu kita kena ubah pendirian. Tarik baliklah pengistiharan perang terhadap UMNO. Mari kita bersama-sama UMNO dan kerajaan menentang DAP dan PKR yang dah keterlaluan. Cubalah kita renungkan, adilkah kita dengan hanya beberapa kesilapan yang telah dibuat UMNO kita hukum mereka begitu kejam sekali? Anwar tak pernah buat salah ke? Bandingkan jasa dan kebaikan yang dibawa oleh kerajaan sebelum ini.Lebih-lebih lagi jasa Tun Mahathir yang saya kira amat bernilai dan membantu kita semua.Harus diingat itu adalah anugerah Allah yang diberikan kepada kita sehinggakan lahirnya pemimpin yang hebat seperti Tun Mahathir Tak terkira banyaknya. Berfikir sejenaklah ... Perbuatan pembangkang pada hari ini akan meninggalkan kesan yang tidak baik untuk faedah anak cucu kita nanti.

Tidak mengapa jika ada orang yang menganggap kita telah berubah pendirian. Daripada memerangi Najib, kepada cuba menyelamatkan Najib, dayus jika kita tidak bangun menolong pemimpin selaku institusi kerajaan yang ada. Perdana Menteri itu bapa kita. Pendirian boleh berubah-ubah mengikut masa dan waktu. Tetapi prinsip menegakkan kebenaran dan apa yang haq tetap berkekalan sehingga akhir hayat.

Marilah kita menjadi satu bangsa yang tahu mengenang jasa. Berubah tidak bermakna kita telah menjilat semula ludah kita. Kita tahu Pakatan Rakyat memang tidak mampu menggantikan UMNO sebagai wakil Melayu. Begitu juga PAS. Bangsa Melayu masih kasihkan UMNO.PAS kena beringat dan selalu beringat bahawa jika kepimpinan terlalu bergantung kepada kuasa dan kedudukan, mereka gagal memimpin di dalam dunia sebenar, yang melihat aspek yang lebih penting iaitu PENGARUH!.“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN, PENGARUH DATANG SENDIRI”

Tetapi apakah saya harus mempunyai pendirian yang tidak boleh berubah-ubah terhadap Mahathir? Siapakah itu Mahathir? Siapakah dia sehingga saya tidak boleh mengubah pendirian saya terhadap dia?

Bukankah kita seharusnya mengubah pendirian kita terhadap seseorang pemimpin apabila pemimpin itu sendiri telah mengubah dasar kepimpinannya yang dulu mengutamakan kepentingan rakyat umum tetapi sekarang hanya mengutamakan kepentingan keluarga dan kroninya sahaja?

Mahathir itu seorang Mantan Perdana Menteri. Itu saja. Memang saya pernah mengkagumi dia. Malah sangat mengkagumi sebab apa? Bukan kerana dia pernah menjadi Perdana Menteri, dan bukan kerana dia bernama Dr Mahathir Saya mengkagumi dia kerana dia telah melakukan banyak perkara yang saya flkir patut dilakukan terhadap bangsa dan negara ini, dan dia telah melakukannya dengan begitu berkesan sekali. Dia telah berjaya mengubah banyak perkara. Dia memang seorang pemimpin yang memiliki kebolehan luar biasa.

Sewaktu mengkagumi Mahathir pun saya tidak mengkaguminya membuta-tuli sehingga menafikan langsung kelemahan dia sebagai manusia. Saya bukan ahli parti yang mesti menyerahkan sepenuh taat setia tidak berbelah bagi kepada dia. (Kenapa mesti begitu ya? Menyerahkan sepenuh taat setia tidak boleh berbelah bagi. Seolah-olah dia itu tidak mungkin berbuat jahat! Saya kira konsep itu tidak betul.)

Sebagai penulis, apabila memuji atau menyanjung seseorang, pujian dan sanjungan saya tidak membabibuta. Di mana yang Mahathir perlu dikritik dan ditegur saya mengkritik dan menegurnya secara terus terang. Dengan ikhlas. Ada tempat-tempatnya begitu kasar

Mari kita kembali kepada perkataan Asobiyyah. Asobiyyah dari segi bahasanya ialah suatu sikap taksub atau fanatik melampau yang melahirkan sikap sombong, bongkak, ego dan bangga terhadap diri sendiri, puak keluarga atau bangsa. Sikap ini mendorong seseorang itu melakukan kezaliman terhadap orang lain serta sanggup menolak kebenaran dan mengenepikan keadilan. Setiap yang lahir dari diri dan puaknya sahaja yang benar. Sikap taksub dan fanatik ini berkembang subur di kalangan masyarakat yang memuja pemimpin yang cuma dengar suara pemimpinnya saja. Apakah UMNO sebuah parti yang asobiyyah atau pun PAS yang asobiyyah? Sendiri mahu fikir, sendiri mahu jawablah. Sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah. Jangan jadi burung tiong orang kata asobiyyah, kita kata assobiyyah. Orang kata taghut, kita kata taghut. Siapa Asobiyyah, siapa taghut?

Satu-satunya fenomena yang menandai zaman ini ialah betapa setianya kerajaan-kerajaan di negara-negara Islam mempertahankan sistem Muawiyah. Mereka mengekalkan raja untuk meneruskan kesinambungan dari Sultan Abdul Hamid yang dihapuskan oleh Kamal Atartuk. Sayang kerana tidak tahu politik dan tak baca serta buta sejarah mereka tak nampak sejauh mana kufar telah menguasai jiwa kebanyakan orang Islam dalam membangunkan semula satu tamadun Islam. Ada yang nak jadi Nabi dan dalam masa yang sama ada yang berlagak macarn Tuhan. Apa kata dia, pengikut tak boleh mempersoalkan sama sekali.

Membangunkan satu kerajaan Islam bukannya cerita yang boleh berlaku dalam sekelip mata tetapi apa yang kita saksikan sekarang ini ialah betapa dahsyatnya kesan bencana yang menimpa manusia sejagat sehingga menjadikan tabiat melupakan Tuhan. Pada zaman kita ini sesuatu sifat yang agak unik dalam sejarah manusia tapi yang anehnya mereka tidak pula melupakan pemimpin mereka. Mereka tak menyampaikan amanah Allah dan Rasul tetapi sebaliknya menyebarkan kata-kata pemimpin mereka. Dan sesiapa yang tidak Islam mengikut pendapat pemimpin mereka, maka orang itu adalah kafir. Akhimya orang Islam hidup dalam keraguan. Pi mai pi mai, tang tu juga. Begitulah yang berlaku apabila umat Islam cuma mementingkan syariat dan mahukan politik yang namanya Islam semata-mata tapi tak mahu ikut akhlak Nabi Muhammad SAW.

Perbezaan yang ketara antara orang Islam dan kafir bukan saja soal moral atau pun psikologikal tetapi juga soal sosial dan politik.

Yahudi menyembunyi dan menutup kebenaran. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menahan orang mukmin daripada beriman dan yakin kepada Allah dengan memberikan kekayaan kepada beberapa orang Islam saja. Bagaimana dengan orang yang menuduh orang lain berbohong sedangkan mereka hidup penuh dengan pembohongan. Apakah tidak ada mereka yang berperangai macam Yahudi di kalangan kita?

Pemimpin yang sebenar tidak menconteng najis di mukanya, di muka keluarga dan bangsanya semata-mata untuk kepentingan politiknya dan tidak akan sanggup membohongi anak isteri dan bangsanya semata-mata hendak mengekalkan kuasa.

Memang benar masyarakat tidak dapat menerima segala tuduhan yang tak semena-mena yang dilambakkan ke atas Anwar tapi bolehkah mereka menolak tuduhan tersebut? Kita berasa marah bila Anwar dituduh dengan kes liwat, baca semula buku Konspirasi Kopi Kasi Wang Kasi dan satu trilogi. Tapi bila difikir masak-masak, dibuat penyelidikan, bila dilakukan satu investigative journalism, maka tanda tanya patut timbul dalam diri kita. Betul ke Anwar ini suci? Suci dalam debu atau Dajjal suci?

Kita pun tak tahu benar atau tidaknya Anwar seorang homosexual. Tetapi cara pelbagai tuduhan yang dikenakan ke atasnya terutama dia tidak mendakwa kemuka pengadilan orang yang menuduh dia berlaku curang terhadap isteri orang. Kita mula bertanya siapa Anwar sebenarnya, wira atau penderhaka?

Ada ke pemimpin Islam yang sehebat Anwar boleh jadi macam itu? Patutkah tauke judi dan manusia macam Nala Karupan dijadikan sahabat?

Mereka yang mengikuti perkembangan dalam pergerakan kebangkitan semula Islam semasa sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang tokoh pemimpin intelek Islam yang sering melahirkan perasaan kagum terhadap beberapa orang tokoh reformis dunia Islam yang penuh kontroversi serta berpandangan radikal. Malah beliau terbukti mempunyai perhubungan yang erat dengan beberapa orang tokoh cendekiawan Islam reformis di peringkat antarabangsa.

Nama-nama seperti Jamaluddin AI-Afghani, Hassan AIBanna, Sayyid Qutb, abul A'la Mawdudi, Malik Benabbi, Ali Shariati, Dr. Ismail AI-Faruqi, Dr. Yusof AI-Qardhawi serta beberapa ramai lagi tokoh yang sering dikaitkan dengan kegiatan intelektual Islam moden sering disebut-sebutnya, baik ketika memimpin ABIM, mahupun setelah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Perasaan kagum Anwar terhadap sesetengah tokoh cendiakawan pembaharuan lslam ini bukan sahaja dapat dilihat daripada ucapan mahupun kenyataan akhbarnya, tetapi juga dari segi penglibatannya di dalam aktiviti sesetengah pergerakan Islam yang diterajui oleh tokoh-tokoh berkenaan tapi bila dia pilih Nala teman main tenis selalu ke tempat di mana ada perempuan yang boleh ditiduri, menjadi hak kita untuk sangsi terhadap kepimpinannya.

Kita tak baik menyimpan buruk sangka dan syak wasangka pada orang yang hebat macam Anwar, sebab itu kita harap dia akan menyaman Yahya Ismail kerana menulis buku Anwar & Nalla Seks + Judi & Konspirasi.



Di bawah ini dipetik tulisan Yahya Ismail dari buku tersebut.



Kalau benar Anwar tidak mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin bernama Shamsidar mengapakah dia tidak berani menyaman Ummi Hafilda yang menulis warkah kepada PM mendedahkan skandal seksnya? Apakah kalian menerima Anwar sebagai pemimpin Islam kalau dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang? Kalau anda anggap itu fitnah mengapa tidak mendesak Anwar mengheret Ummi dan keluarga Pak Ali ke mahkamah kerana menabur fitnah memburuk-burukkan imejnya sebagai pemimpin Islam?



Apakah benar dia bermukah dengan isteri orang? Minta dia bersumpah di Masjid dan menjunjung AlQuran di khalayak ramai di hadapan para alim ulama dan para pelajar dan rakyat jelata dan berkata dengan nama Allah bahawa dia tidak bermukah dengan isteri orang.



Ini soal maruah, soal harga diri. Kalau Anwar berdegar-degar bercakap tentang akhlak yang mulia dan mengecam setengah pemimpin politik yang dianggap tidak berakhlak mulia, nah, tunjukkanlah kepada dunia bahawa anda seorang pejuang Islam dan pemimpin politik yang berakhlak mulia. Pilih antara dua - saman malu Ummi Hafilda yang menulis warkah kepada PM atau bersumpah di masjid di khalayak ramai.



Kalau hanya menelan bulat-bulat, seperti ular sawa menelan kambing, apa yang dikatakan Anwar tanpa mendesak dia menyaman malu mereka yang kononnya memfitnahkannya maka sikap anda itu bolehlah dianggap seperti itik jawa pulang petang. Seekor melintasi jalan dan digelek lori sampah yang lain turut melintasi jalan walau pun sudah melihat sahabat handai bergelimpangan dibaham tayar lori.



Bila cakap pasal Anwar, kena cakap pasal Nalla juga yang diambil dalam buku yang sama.



Siapa Nalla sebenarnya? Apakah dia seorang bekas mandur estet? Apakah dia seorang yang berpengaruh dalam dunia bisnes dan politik? Dia dikatakan kelahiran India dan dibesarkan di Malaysia. Bapanya seorang pengusaha todi di Sepang dan persekolahanya cuma sampai ke tlingkatan tiga. Lepas itu dia bekerja sebagai agen Insuran MCIS. Di sinilah dia berjinak-jinak dalam dunia bisnes, mendapat hubungan yang baik dengan pemimpin-pemimpin MIC.



Masuk MIC dan berkenalan dengan pemimpin-pemimpin MIC dari Samy Vellu hingga anak Samy Vellu yang menjadi jutawan segera dan lain-lain. Dikatakan juga Nalla berkenalan baik dengan Vijandren yang terlibat dalam video lucah hingga menjejaskan kerjaya politik bekas ketua pemuda MIC tersebut. Ada kalangan MIC yang tidak senang dengan tingkah laku Nalla dan selepas peristiwa Vijandren dengan video lucahnya maka Nalla memberi selamat tinggal pada MIC dan berayoyo pula dengan pemimpin (Indian Progresive Front) Panithan, yang pada waktu itu, berteduh di bawah payung Semangat 46.



Mengapakah Anwar sering membawa Nalla dalam berbagai rombongannya ke luar negara? Apakah Anwar uga membantu memperkenalkan perjudian di Malaysia kepada para pelabur asing? Apakah dia mempunyai syarikat perkongsian bersama dalam bisnes tertentu? atau mereka mempunyai ikatan batin dalam bidang tertentu yang tidak boleh dikongsikan dengan orang lain?



Sebagai seorang pengarah eksekutif di bidang hubungan korporat Magnum adalah menjadi tugas Nalla untuk mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan tokoh-tokoh politik Melayu khasnya untuk menjaga kepentingan bisnes perjudian itu. Anwar dianggap mereka sebagai seorang tokoh berjiwa Islam yang bakal menjadi Perdana Menteri kelak. Demi menjaga masa depan perjudian di Malaysia Nalla dipertanggungjawabkan untuk mempastikan kepentingan Magnum tidak terjejas sekiranya Anwar menjadi bakal Perdana Menteri. Syarikat-syarikat judi di Malaysia seperti Genting Berhad, Magnum, Tanjung dan Berjaya Toto misalnya mendapat keuntungan beratus juta ringgit setahun di bidang perjudian. Oleh itu mereka mahu mempastikan lesen perjudian tidak ditarik balik di masa depan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri. Tauke-tauke judi takut golongan Islam yang kuat dapat mempengaruhi Anwar untuk mengharamkan perjudian di Malaysia. Justeru itu mereka mendekati Anwar untuk melobi supaya lesen perjudian tidak ditarik balik sekiranya dia menjadi Perdana Menteri kelak.



Anwar nampaknya tidak mengambil kisah mengenai persahabatannya dengan tokoh-tokoh perjudian. Malah dia sanggup menerima derma dari tauke judi. Sewaktu dia menjadi Ketua Pemuda UMNO Anwar telah menerima derma sumbangan dari tauke judi Lim Goh Tong dari Genting Berhad bernilai RM250,000 untuk Yayasan Gerak Bakti Pemuda UMNO. Dalam pilihan raya tahun 1990 seseorang telah mendedahkan hal ini dalam ucapan di pentas politik PAS, Semangat 46 di Balik Pulau, Pulau Pinang.



Dalam ucapan itu beliau menyebut Anwar menerima derma dari tauke judi Genting sebanyak RM500,000. Akhbar Watan menyiarkan berita ini di muka depan. Anwar menjadi gelabah dan berkata dia akan menyaman beliau kerana memfitnahnya. Akhbar-akhbar harian dan TV3 memuatkan berita Anwar akan menyaman beliau kerana isu penerimaan derma dari tauke judi tersebut. Tidak lama selepas pendedahan beliau itu Datuk Najib Tun Razak yang mengganti Anwar sebagai Ketua Pemuda, menjelaskan dalam akhbar bahawa jumlah yang diterima Anwar untuk Yayasan Gerak Bakti Pemuda bukan RM500,000 tetapi hanya RM250, 000! Kini jelaslah kepada umum bahawa Anwar memang menerima derma dari tauke judi sebanyak RM250,000 untuk Yayasan Gerak Bakti Pemuda.



Dalam Ucapan itu beliau meminta Anwar datang ke mesjid tersebut untuk bersumpah sekiranya dia benar-benar tidak mengaku menerima derma dari tauke judi.Beliau dengan beberapa orang penduduk di situ telah menunggu Anwar di mesjid Permatang Pasir pada petang keesokannya di waktu asar untuk bersumpah. Beliau tunggu hingga maghrib tetapi pejuang Islam tersebut tidak berani bersumpah di mesjid tersebut.



Begitulah mengenai latarbelakang sahabat Anwar, sendiri mahu fikirlah maka mereka yang fanataik yang asobiyyah yang buat kezaliman berlebih-lebih inilah yang akan menjadi sasaran di dalam tulisan seterusnya. Tulisan ini tidak akan popular di kalangan mereka yang telah membiarkan diri dikuasai oleh emosi hingga tidak ada lagi ruang untuk diajak berbicara. Belum apa-apa mereka telah menutup dan memekakkan telinga, seolah-olah telinga itu milik hakiki mereka. Tak apa. Tunggu dulu. Satu hari nanti orang akan tahu siapa benar dan siapa salah. Baca buku 'Musa Derhaka' dan 'Challenger - Siapa Lawan Siapa' mengenai apa yang ditulis untuk Musa Hitam. Pada masa ia ditulis pembaca tak dapat menerimanya kerana kebenaran itu amat pahit untuk ditelan.

No comments:

Post a Comment