Klik dan lihat

Saturday, June 19, 2010

Melayu itu bijak dan ramah tetapi peti-peti itu di gua rahsia.

Untuk membuka peti-peti rahsia di 'Gua Rahsia' kita perlu tahu katakuncinya (password) terlebih dahulu.Tetapi ada peraturannya.Peraturannya ialah MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.

Sebagaimana perubahan Bahasa Melayu dari zaman ke zaman,begitu juga bangsanya.

Kita tidak boleh membayangkan seorang pedagang Melayu yang sedang berniaga rempah dan kayu-kayu cendana dilorong-lorong bazar di Kota Uruk,Sumeria serupa dengan Abang Mat yang berniaga ikan di pasar malam di Teluk Intan pada hari ini misalnya.

Kita tidak boleh membayangkan seorang gadis Melayu yang berkahwin dengan seorang raja Chaldea misalnya sebagai tanda persefahaman ekonomi dan politik lebih 1500 tahun
dahulu adalah berbaju kebaya atau berbaju kurung dan berselendang merah jenama 'Samarinda'.

Antara kesilapan ketara peti-peti ini tidak boleh dibuka walaupun diberi katakunci ialah SUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan sewaktu menafsir rahsia di dalam peti.Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun boleh berbeza.Kita tidak boleh mengatakan nama seorang raja,Fan Shih-Man adalah seorang Cina
hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man (Fan Shih-Man adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba kepada seorang raja Melayu Funan).Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara adalah seorang India yang serupa dengan Encik Gopal,jiran sebelah rumah kita misalnya,yang menjadi raja memerintah negarakota-negarakota bangsa Mala (tidak kira yang keMelayuan atau KeJawaan) hanya kerana namanya bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman.

Jika anda mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa anda,anda tidak akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina hanya kerana terdapat peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka.Hanya orang yang tidak pernah membaca biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak semena-mena apabila ditunjal oleh teori-teori yang pelik sebegini.Mengapa tidak mengambil kira teori yang lebih awal seperti Hang Tuah yang berasal dari Pulau Duyung,atau dari Orang Laut atau dari suku kaum Bugis-Makasar.Ini lebih meyakinkan dari mereka-reka nama Melayu seperti Tuah kepada Too Ah atau Jebat kepada Jee Fat.Jika Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-tiba melihat anak-anak Melayu berpogo di gig-gig punk,beliau tidak akan mengenal bangsanya sendiri,dan mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah berpesta kemenangan akibat gaya rambut trojan mereka.INGAT!MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Terutama sekali bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa pelaut dan pedagang pada masa dahulu,tinggal di Nusantara yang strategik sebagai
laluan perdagangan antarabangsa,mudah menyerap tamadun asing dan gemar berinteraksi dengan bangsa asing yang lain.

'Rempah dan Kemenyan' kita boleh tahu pada masa dahulu perdagangan rempah,kayu-kayan dan herba adalah ekonomi utama bangsa Malayo-Polynesian pada zaman purba.Pada zaman dahulu (juga hingga kini) laluan Kepulauan Melayu adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara China,India dan Barat(Timur Tengah).Satu teori yang munasabah ialah,rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang India,kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya.Para pedagang India dan Melayu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak hairanlah kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah 'diindiakan' sebagai pertukaran budaya kerana sebab-sebab keagamaan.Fikirkan,jika kita katakan bahawa Tamadun China itu adalah agung,hebat dan sememangnya menjadi 'kuasa besar' di sebelah Timur,bagaimana empayar-empayar seperti Babylon,Chaldea,Sumeria,Median dan Parsi berhubungan dengan mereka?Pada masa dahulu jalan darat ke China adalah satu mitos sebab itu apabila Marco Polo berjaya mencari jalan darat ke China,masyarakat Barat berasa amat pelik dengan barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari China.Marco Polo juga diketahui cuba untuk menutup panduan jalan darat ke China kerana dengan itu hanya dialah yang mampu memonopoli jualan barangan dari China.

PADA MASA DAHULU MEREKA BERHUBUNGAN MELALUI JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa
melalui Kepulauan Melayu.Daripada mereka menyeberangi dataran-dataran tinggi China,gurun dan padang-padang steppe berbahaya dan berhadapan dengan kaum-kaum barbarian,nomad juga Monggol,lebih baik mereka berlayar dengan kapal-kapal.Ini lebih mudah dan sudah tentu raja-raja Judah misalnya akan bertemu dengan pelaut-pelaut Melayu yang peramah dan terlebih mesra dengan bangsa asing ini,bukan kaum nomad yang ganas dan hauskan kepala manusia.

Sejarah keagungan sesuatu bangsa boleh lenyap,jika bangsa itu tidak punya jati diri,melakukan kesilapan demi kesilapan atau tidak mengikuti perubahan teknologi dan ilmu pengetahuan.Walaupun pada satu-satu masa bangsa itu pernah membina negarakota dan kerajaan,namun semua itu tidak mustahil boleh hilang tidak berjejak sekiranya bangsa itu tidak kuat menahan cabaran dan dugaan.Jika 'Firaun' pun boleh tewas di tempat sendiri,apatah lagi bangsa yang bernama Melayu ini yang dikurniakan 'Tanah air yang aman dan menghairankan'

Ini tidak menghairankan,bagaimana sejarah bangsa Arab yang dahulunya adalah para guru kepada orang Eropah yang berada di Era Kegelapan,telah menjadi apa yang kita saksikan sekarang.Dahulu,di kota gedung ilmu,Baghdad...orang-orang Eropah ini tertunduk-tunduk menyalin sekelumit ilmu dari guru-guru agung setaraf Ibnu Sina dan Al-Biruni,namun kini anak cucu mereka yang menjadi canggih dan hebat hasil ilmu dari kota ini telah melanggar kota ini dan membedilnya malah memalukan penduduknya.

Jika ini terjadi kepada bangsa Arab,tidak mustahil ia akan terjadi di sini.Jika dahulu bangsa Monggol amat digeruni Timur dan Barat dengan kekuasaan tenteranya yang tidak mengenal penat dan lelah serta suka berperang,kini apakah yang kerajaan Monggol ini boleh buat apabila seorang rakyatnya dibunuh disini.Tiada apa yang mampu dilakukan,kerana bangsa Monggol pada hari ini bukanlah Monggol ketika era
Kublai Khan dan Gengkhis Khan.Malah China juga menekan bangsa Monggol sehingga negaranya sekecil yang ada sekarang,padahal bangsa ini pernah menakluk seluruh China dahulu.Jika peristiwa ini terjadi di zaman keagungan Monggol dahulu,sudah tentu Kublai Khan akan mengarahkan bala tenteranya melanggar China,membunuh para penduduknya,menjarah tanah-tanahnya,dan membumihanguskan kota-kotanya.

Bangsa Turki yang dikurniakan amanah khilafah selepas bangsa Arab tidak layak lagi
memegangnya,pernah menakluk empayar yang amat luas dan punyai kekuatan ketenteraan yang hebat sehingga bangsa Eropah meminta bantuan mereka ketika Perang 30 Tahun (The Thirty Years' War) dan sekali lagi dalam Perang Dunia Pertama.Akhirnya semua itu memakan diri akibat semakin lemah menghayati ajaran Islam dan menyokong pemimpin yang anti-Islam dan juga pemimpin yang pandai berlakun dan berlagak seolah-olah alim.

No comments:

Post a Comment