Klik dan lihat

Thursday, June 17, 2010

Saksi Belot..Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan...walaubagaimana pun tahniah kepada SPRM kerana melakukan kerja dengan baik sekali.

Dipetik dari Malaysiakini

Bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Norza Zakaria bersyukur selepas mahkamah melepas dan membebaskannya pagi ini daripada tuduhan rasuah.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Sesyen di Temerloh pagi ini selepas pihak pendakwa tidak mahu meneruskan kes kerana saksi belot.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana telah terlepas daripada satu pengalaman yang perit, memedihkan dan memalukan saya.

"Saya ucap terima kepada keluarga, penyokong dan sahabat yang memberi sokongan yang tidak berbalah bagi dari dulu hingga sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac tahun lalu.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Jan tahun lalu di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, Temerloh.

Pada 4 Jun lalu, tiga saksi dalam kes rasuah Norza (kiri) dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana dituduh memberi keterangan palsu di mahkamah.

Mereka adalah kontraktor, Mohammad Anuar Mohd Yunus, 43, guru sekolah, Jalaluddin Johan, 55, dan pembantu penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang, Mohd Sabri Aziz, 45.

Semua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Pada 14 Mei sebelum itu, lima lagi saksi kes tersebut didakwa di mahkamah yang sama, atas tuduhan yang sama.

Mereka ialah Datuk Khadri Musa, 47; Datuk Yusof Jamaludin, 53; Nor Azhar Abdul Latif, 48; Nasaruddin bin Abdullah, 47; dan Shaiful Azman Mokhtar Affendi, 46.

Khadri merupakan seorang ahli perniagaan, manakala Yusof pula berkhidmat sebagai pengarah jabatan hal ehwal khas (JASA) Pahang. Nor Azhar pula merupakan pembantu penerangan JASA Daerah Maran, Pahang. Nasaruddin merupakan seorang Kontraktor manakala Shaiful Azman adalah pegawai Seranta di Unit Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai langkah beliau selepas ini, Norza berkata: "Saya tidak mahu fikir tentang politik lagi buat masa ini.

"Saya akan bergiat semula dalam masyarakat melalui NGO."

Ditanya mengenai kedudukannya dalam Umno, Norza berkata, beliau masih ahli Umno tetapi tidak memegang jawatan dalam parti.

Katanya, ini selaras dengan keputusan MT Umno sebelum ini supaya beliau tidak memegang apa-apa jawatan atau menawarkan untuk apa-apa jawatan.

KOMEN FAIZAL

Bagaimana negara akan bersih daripada Rasuah sekiranya saksi-saksi berkeadaan begini.Di mana akhirnya, saksi yang didakwa kerana memberi keterangan palsu(di dunia) tetapi bagaimana soalnya di akhirat kelak.

Oleh itu marilah kita bersama-sama membantu pihak SPRM dalam usaha memerangi rasuah.

BERSAMA KITA LAKUKAN PERUBAHAN PERANGI RASUAH.

No comments:

Post a Comment