Klik dan lihat

Monday, June 14, 2010

Semangat Perkauman amat penting jika difikirkan secara Positif

Kita perlu mengamalkan sikap perkauman.Perkauman yang dimaksudkan ialah perkauman yang positif. Ini kerana semua kaum yang berjaya didunia ini mengamalkan sifat perkauman mereka yang kuat sehinggakan pada asalnya mereka kecik tetapi dengan sifat perkauman mereka yang kuat mereka kelihatan gah dimata dunia sebagai contoh Negara Jepun.....

Dalam Islam juga Nabi menyuruh supaya umatnya apabila berkata dengan sesama Islam maka hendaklah mereka berkata dengan nada yang lembut. Tetapi apabila mereka berkata dengan kaum yang lain maka hendaklah mereka berkata dengan nada yang tegas.

Amalan Hidup Yang Progresif Melalui Perubahan Dan Penambahbaikan Yang Berterusan

"if a man has not been seen for three days, his friends should take a good look at him to see what changes have befallen him" ( Old Japanese saying )

Perubahan dan penambahbaikan dalam kehidupan orang Jepun

Selepas Perang Dunia Kedua, kebanyakkan syarikat-syarikat di Jepun terpaksa berusaha untuk memulihkan keadaan perniagaan mereka. Setiap hari merupakan cabaran dan progres baru bagi pengurus dan pekerja. Usaha-usaha menghadapi cabaran-cabaran ini telah banyak membentuk pemikiran pengurus dan pekerja syarikat-syarikat Jepun ke arah mencari jalan memulih dan menambahbaik perniagaan mereka yang terjejas akibat perang. Dengan berpandukan kepada pelbagai kaedah penambahbaikan yang diperkenalkan pada penghujung tahun 1950 dan awal 1960 oleh W.E Deming dan J.M Juran, Jepun telah memperkenalkan cara hidup yang berlandaskan ‘perubahan dan penambahbaikan’.
Kebangkitan semula Jepun dalam arus perniagaan akibat dari kesan peperangan telah membuka persoalan dari pelbagai pihak termasuk orang-orang barat tentang bagaimana orang Jepun berjaya untuk ' hidup semula’ dan menghasilkan ‘the economic miracle success’.
Kepercayaan Jepun
Kepercayaan bahawa ‘penambahbaikan tidak seharusnya ada penamatnya’. telah tertanam begitu mendalam dalam pemikiran orang-orang Jepun.

Kepercayaan ini menghasilkan pepatah lama Jepun ‘ Sekiranya seseorang tidak dilihat selama tiga hari, rakan-rakannya hendaklah memandangnya dengan betul-betul untuk melihat apakah perubahan yang terdapat padanya’.

Oleh itu seorang Jepun hendaklah sentiasa berubah jika mahu dilihat oleh rakan-rakannya. Berpegang teguh kepada pepatah tersebut, perubahan telah menjadi satu cara hidup dan nilai serta amalan orang-orang Jepun yang membawa banyak kejayaan kepada mereka. Bagi orang-orang Jepun ‘ perubahan’ bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah atau take for granted. Walaupun pada zahirnya mereka ini nampak ‘kerdil’ dari segi saiz badan dan ukuran setiap langkah mereka, namun pada hakikatnya walaupun kerdil, pemikiran mereka adalah tinggi dan setiap langkah yang diambil penuh berhati-hati. Dari segi amalan, orang Jepun melihat jauh ke hadapan ( pro-active) walaupun pada zahir mereka jalan menunduk.


Tetapi perubahan tersebut takkan tercapai di kalangan melayu sekiranya tiada semangat perkauman yang kuat dalam diri masing-masing.Semangat kecintaan sesama melayu akan melahirkan bangsa yang bijak dan bertanggungjawab ianya kerana, masing-masing akan mengambil berat dan memantau perubahan dan kemajuan saudara sesama melayu.Lebih ramai melayu yang berjaya maka lebih aman hidup kita sesama Melayu.

No comments:

Post a Comment