Klik dan lihat

Friday, June 25, 2010

SPRM:Warga Sarawak prihatin enggan beri percakapan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan tiga pengadu - yang dirujuk sebagai "warga Sarawak prihatin" - menarik balik laporan mereka terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud kerana enggan memberikan percakapan.

Suruhanjaya itu berkata walaupun aduan rasmi telah dibuat di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, pihak terbabit enggan menjalani sesi itu dengan alasan SPRM tidak dapat memberikan kepada mereka salinan aduan yang telah dibuat.

Sehubungan itu, kenyataan bahagian komunikasi korporat SPRM petang ini menyebut, kumpulan tersebut memohon untuk menarik balik aduan yang telah dibuat.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa sesuatu salinan aduan tidak boleh didedahkan atau diberikan kepada mana-mana pihak sebagaimana yang dijelaskan di bawah peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009...," kata kenyataan itu.

Pagi tadi, tiga pengadu menarik balik laporan mereka kepada berhubung dakwaan "rasuah" ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud selepas SPRM didakwa enggan memberikan salinan aduan kepada mereka.

Ahmad Nazib Johari, James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming mendakwa selepas hampir tiga jam membuat laporan di di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.

SPRM menggesa semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengikuti proses yang ditetapkan kerana ia "merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan perlu dipatuhi".

"Keengganan memberikan kerjasama akan mengganggu serta boleh menjejaskan proses siasatan ke atas sesuatu kes tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Seksyen 29 (4) Akta suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan tiga pengadu - yang dirujuk sebagai "warga Sarawak prihatin" - menarik balik laporan mereka terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud kerana enggan memberikan percakapan.

Suruhanjaya itu berkata walaupun aduan rasmi telah dibuat di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, pihak terbabit enggan menjalani sesi itu dengan alasan SPRM tidak dapat memberikan kepada mereka salinan aduan yang telah dibuat.

Sehubungan itu, kenyataan bahagian komunikasi korporat SPRM petang ini menyebut, kumpulan tersebut memohon untuk menarik balik aduan yang telah dibuat.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa sesuatu salinan aduan tidak boleh didedahkan atau diberikan kepada mana-mana pihak sebagaimana yang dijelaskan di bawah peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009...," kata kenyataan itu.

Pagi tadi, tiga pengadu menarik balik laporan mereka kepada berhubung dakwaan "rasuah" ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud selepas SPRM didakwa enggan memberikan salinan aduan kepada mereka.

Ahmad Nazib Johari, James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming mendakwa selepas hampir tiga jam membuat laporan di di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.

SPRM menggesa semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengikuti proses yang ditapkan kerana ia "merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan perlu dipatuhi".

"Keengganan memberikan kerjasama akan mengganggu serta boleh menjejaskan proses siasatan ke atas sesuatu kes tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Panduan:

Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009 menyatakan:

Sesuatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh manamana
orang kepada mana-mana orang selain pegawai-pegawai
Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang tertuduh
dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan di bawah Akta
ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit
daripada aduan itu, melainkan jika pendedahan itu dibuat dengan
persetujuan Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya
yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi.


Sudah jelas bukan?? bahawa ada peruntukkan undang-undang yang menghalang salinan tersebut diberi kepada pengadu..harap-harap tiada blog dangkal yang menulis tanpa usul periksa.Jangan ikut perangai pemimpin PKR yang suka memutar belit fakta.

No comments:

Post a Comment