Klik dan lihat

Friday, July 30, 2010

UMNO pandai main sandiwara manakala PKR semakin bijak menipu

Hakikat memang pedih dan perit untuk diterima,apatah lagi untuk ditelan bulat-bulat.Tetapi itu lah kebenaran dan kepedihan yang terpaksa kita terima.Beban itu takkan hilang selagi ada perosak-perosak tersebut menaungi barisan hadapan.

UMNO berpenyakit penipu dan hipokrit begitu juga dengan PKR.PAS pula masih di takuk lama iaitu berbicara soal halal haram tetapi masih melakukan perkara yang haram.

Apalah guna gagasan 1Malaysia jika manusia itu tidak kembali kepada ajaran Al-Quran yang sebenarnya. Kejahilan rakyat terhadap agama menyebabkan mereka tidak takut untuk melakukan maksiat dan jenayah lagi. Lantaran itulah kita tidak hairan golongan-golongan yang seringkali melakukan onar tidak gentar dan takut.

Apalah guna reformasi jika manusia itu tidak melakukan perubahan yang baik,sebaliknya rakus mengejar kemewahan dan kelazatan dosa duniawi. Semakin galak menipu dan semakin bangga membohong.

Apalah gunanya islam diperjuangkan jika hasilnya tidak dilihat tetapi masih keraguan dalam soal tersebut.

Akhirnya perpaduan dicanang di sana sini.Perpaduan demi menyelamatkan melayu korupsi,melayu songsang dan melayu carca marba.

Friday, July 16, 2010

Minyak naik atau Naik minyak

Kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok.Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini, subsidi bagi RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram,"

Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Sememangnya pahit untuk ditelan oleh semua lapisan masyarakat. Ini memandangkan kenaikan kedua-dua komoditi tersebut bakal meninggalkan kesan yang jelas serta nyata dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia . Kenaikan harga minyak ini akan mendorong kenaikan caj-caj perkhidmatan, kos sara hidup dan harga barang-barang keperluan, yang pastinya membebankan terutama sekali di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah. Mereka yang tinggal di bandar-bandar merupakan entiti masyarakat yang akan terjejas teruk disebabkan kos sara hidup tinggi di bandar yang segalanya bergantung kepada kuasa beli bagi mendapatkan sesuatu barang berbanding di kampung setidak-tidaknya boleh memanfaatkan hasil tani.

Pembangunan bukan nilainya pada tumbuhnya bangunan pencakar langit yang hanya bersifat "material" tetapi pembangunan sebenar ialah pembangunan "insani" yang bersifat membangunkan kebajikan rakyat. Insentif yang dikemukakan amat baik tetapi tidak dapat banyak membantu rakyat kerana kesan kenaikan tersebut mempunyai impak besar terhadap keseluruhan ekonomi negara terutama kenaikan caj perkhidmatan dan harga.

Memperkasakan semula mekanisme pengagihan pendapatan atau kekayaan berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial, agar kebajikan golongan miskin dan berpendapatan rendah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Cara kita mengurus ekonomi juga harus dikaji semua dan hendaklah lebih mengutamakan kebajikan rakyat sepertimana yang telah digariskan dalam Islam berhubung dengan konsep kenegaraan.

Seruan mengamalkan budaya belanja berhemah perlu dimulakan diperingkat kepimpinan negara bermula dengan mengurus kos operasi pentadbiran secara berhemah kerana kadang-kala wujud situasi perbelanjaan secara berlebihan seperti pembelian kereta kerajaan dengan kereta import luar negara. Selain itu majlis-majlis dan program-program besar-besaran yang bersifat "ceremonial" semata-mata menelan belanja berjuta-juta ringgit perlu dielakkan.

Setiap projek ataupun program pembangunan perlu dirancang secara berhemah serta teliti untuk mengelakkan sebarang pembaziran yang tidak perlu, dan memaksimumkan wang hasil penjimatan subsidi itu untuk dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Unsur-unsur rasuah dan ketirisan wang peruntukan kerajaan kepada mereka yang tidak berhak wajar diperangi habis-habisan.

Memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti bas awam, teksi, komuter, serta beberapa jenis pengangkutan lain untuk membantu rakyat meringankan beban kenaikan harga minyak.

Memantau harga barang-barang keperluan yang masih menerima subsidi daripada kerajaan, agar tidak ada golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda ekoran daripada kenaikan harga minyak.

Memastikan penyaluran bantuan kebajikan dan subsidi kepada golongan berpendapatan rendah serta miskin dapat dijalankan secara telus dan teratur.

Wednesday, July 14, 2010

Saman Ekor Punca kejatuhan BN.

Saman Ekor akan menjadi punca kekalahan BN di masa akan datang.Perlu ada mekanisma baru untuk menyelesaikan isu ini.Undang-undang dicipta untuk dipatuhi oleh rakyat tetapi penguatkuasa seperti JPJ dan PDRM melanggarnya sendiri dan mengambil sikap seolah-olah diktator.Undang-undang ditangan mereka bukan dipihak mahkamah.

Rakyat takkan nampak diri mereka sendiri bersalah walaupun mereka telah melakukan kesalahan iaitu memandu melebihi had laju tetapi mereka akan nampak bahawa kerajaan tersepit dan kekurangan wang.Ini minda kebanyakkan rakyat.Tidak percaya sila Pak Menteri turun padang dan tanya kepada pihak yang bukan pengampu, apa pandangan mereka mengenai saman ekor yang di Blacklist.Jawapannya " kerajaan tiada duit sebab tu buat macam tu".

Tuesday, July 13, 2010

Kes Bala dipolitikkan

Diceduk dari http://www.ourdifferentview.com/?p=204

SEJAK awal lagi saya tertanya-tanya apakah istimewanya P.I Bala sehingga SPRM terpaksa tunduk mengikut telunjuk dan rentak mainan politik peguamnya. Saya menyokong pandangan dan nasihat Jabatan Peguam Negara agar SPRM tidak meneruskan niat bertemu dengan P.I Bala di London.

Hanya membazirkan wang, masa dan tenaga menemui seorang saksi yang boleh diibaratkan sebagai lalang, sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas untuk menegakkan kebenaran serta keadilan, beliau pasti sanggup tampil menemui SPRM tanpa syarat.

Kes ini amat unik kerana seharusnya apa jua tindakan dalam melaksanakan siasatan wajar diklasifikasikan sebagai rahsia demi keselamatan saksi. Namun, kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan dalam media. Sehinggakan ada surat rahsia dipaparkan dalam laman web untuk tatapan umum.

Kesemuanya ibarat plot dalam sebuah drama yang penuh dengan tanda tanya. Hanya peguam P.I Bala yang tahu tentang motif dan tujuan sebenar di sebalik kenyataan dan tindakan mereka. Kesemua tindakan melarikan, menyorok, provokasi dan kenyataan dalam media menjelaskan bahawa ia dirancang dengan amat teliti untuk tujuan politik pihak tertentu. SPRM digunakan sepenuhnya sebagai punching bag bagi menghentam dan memburukkan pihak lain. Ia tidak adil kerana agensi ini hanya menjalankan tugas. Seringkali dilihat SPRM terperangkap dengan mainan politik ini.

Langkah SPRM menawarkan P.I Bala agar mengemukakan afidavit atau akuan bersumpah sebagai ganti kepada rakaman pernyataannya dianggap wajar. Selama ini pun, terlalu banyak syarat yang dikenakan oleh P.I Bala. Sebagai contoh beliau mahu ketika rakaman percakapan, barisan peguamnya dibenarkan hadir sama. Rakaman juga dibuat dalam bentuk video dan beliau yang menentukan tempat dan sebagainya. Bukankah dengan tawaran menyediakan afidavit jawapan yang diberikan kepada P.I Bala ini memenuhi tuntutan beliau selama ini. Oleh itu tidak sepatutnya peguamnya menolak tawaran SPRM ini.

Sebagai rakyat biasa saya terkejut juga apabila SPRM terperangkap menerima pujukan peguam P.I Bala untuk bertemu di London. Sekiranya SPRM menerima tawaran tersebut dan pergi ke London, mereka akan berhadapan dengan pelbagai masalah perundangan. Antaranya adalah:

Kes rakaman percakapan saksi Malaysia di luar negara seperti P.I Bala ini akan menjadi precedent case untuk kes lain di masa hadapan. Bayangkan selepas ini semua saksi yang ingin dirakamkan percakapannya akan mengenakan syarat untuk dirakam percakapannya di luar negara.

Kebolehterimaan pernyataan saksi boleh dipertikaikan dan tidak diterima oleh mahkamah sekiranya perbicaraan berlangsung kerana proses rakaman percakapan saksi di luar negara perlu menggunakan perundangan dan prosedur yang berbeza iaitu menerusi Akta Bantuan Bersama Mencegah Jenayah 2000 (Mutual Legal Assistance in Criminal Matters). Kalau kita boleh mengimbau apa yang berlaku dalam kes Perwaja, di mana keterangan saksi-saksi di luar negara tidak diterima di mahkamah kerana dianggap tidak sah walaupun ia mengikut MACMA.

Kuasa pegawai SPRM terlucut sebaik sahaja mereka melangkaui sempadan negara ini. Jadi apakah kuasa mereka ketika berada di London untuk memberi amaran kepada saksi dan merakam percakapan saksi.

Ketika berada di London maka undang-undang tempatan (Britain) akan digunakan sepenuhnya. Ini merupakan kelebihan kepada pihak P.I Bala di mana beliau sudah tentunya akan membawa peguam tempatan bagi mengiakan apa jua permintaannya.

Undang-undang di London amat berbeza dengan Akta SPRM dan Kanun Tatacara Jenayah di mana peguam dibenarkan masuk semasa proses rakaman percakapan diambil dan rakaman video juga boleh diambil. Sekali lagi pegawai SPRM akan terperangkap dengan perancangan teliti mereka.

Pemergian pegawai SPRM ke London menggunakan visa-on-arrival adalah hanya sebagai pelawat atau pelancong yang tidak dibenarkan menjalankan apa-apa pekerjaan. Pegawai ini mungkin berhadapan dengan tindakan imigresen kerana menjalankan ‘pekerjaan’ di London.

Saya melihat tindakan SPRM memberikan peluang kepada P.I Bala untuk mengemukakan kenyataan melalui perakuan bersumpah atau afidavit suatu yang sah dan dibenarkan undang-undang.

Berdasarkan afidavit yang dikemukakan ia boleh dijadikan asas untuk SPRM menilai dan memberi petunjuk serta panduan kepada SPRM untuk menentukan hala tuju siasatan. Sekiranya maklumat tambahan diperlukan maka ia boleh diaturkan pertemuan seterusnya. Apa yang penting di tahap ini ialah maklum balas atau keterangan sebenar P.I Bala. Adakah ia benar-benar wujud dengan disokong oleh fakta dan dokumen yang relevan atau hanya rekaan yang membuahkan publisiti negatif kepada SPRM.

Seperkara yang penting, P.I Bala juga harus ikhlas dan jujur untuk memberikan pernyataannya bukan setakat perakuan bersumpah malahan sanggup tampil memberi keterangan dan soal balas dalam mahkamah sekiranya kes ini dibawa ke muka pengadilan.

KHOO CHAI LEE

Kuala Lumpur

Thursday, July 8, 2010

UMNO ketinggalan zaman.

Apa pun yang berlaku di Malaysia ini – moral BN dan UMNO terus tercalar.Sebagai contohnya kejadian di Perak.Pakatan rakyat begitu pandai dan arif dalam soal memburukkan lawan sehinggakan alpa dan leka dengan keburukan sendiri.Modal mereka cukup mudah dan sungguh tidak praktikal bagi yang mahu berfikir,iaitu dengan cara politik menghasut dan taichi.Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Yb Suhaimi Raja Pasir.Begitu mudah menyalahkan lawan apabila beliau terjerumus dalam kancah rasuah pasir di Selangor.Bagi yang mahu berfikir pasti tersenyum dan mengatakan bahawa Suhaimi itu sudah hilang akal ataupun sudah mati kutu.

Mungkin perlu digariskan kepada UMNO apa erti menang sorak. Sungguhpun kita tidak boleh menyalahkan UMNO dalam isu lompat parti dan mengambil alih kerajaan Perak kerana Pakatan rakyat juga akan membuat yang sama sekiranya ada peluang tetapi dalam keadaan dan senario yang ada UMNO sering tertinggal dalam menerangkan dan sekiranya ada justifikasi ia sentiasa di tolak dan tidak di terima. Yang lebih mengharukan lagi – apa sahaja di beritakan dan di khabarkan oleh UMNO, sering di tolak biar ia betul dan berjustifikasi. Ini adalah satu keadaan yang agak membimbangkan.

Kekurangan itu makin bertambah hebat apabila adapun ahli-ahli UMNO yang berjuang bersandarkan wang ringgit dan habuan semata-mata.Perkara utama yang digusarkan oleh mereka itu ialah soal peruntukkan dan soal lobang-lobang duit.Jika tembolak mereka tidak disumbat dengan selahap-lahapnya maka menyalak lah golongan-golongan tersebut dan akhirnya kelemahan diri mereka itu akan dipergunakan oleh pihak lawan yang sememangnya terkenal dengan kaedah pembohongan dan putar belit iaitu saudara Anuar Ibrahim.

Penerimaan rakyat semakin terkikis dan walaupun berat untuk kita berkata – kita terpaksa menyatakan yang sebenarnya - bahawa sehingga ke hari ini – kepimpinan UMNO di lapisan pelaksana masih tidak mengerti apa masalah yang sebenarnya dan sekiranya tahu – cara untuk mengambil tindakan masih kabur dan tidak menentu.Lebih-lebih lagi dalam soal persepsi buruk yang melanda rata-rata keseluruhan mereka.Mungkin kerana takut kehilangan pengaruh dan kuasa maka mereka berasa tidak perlu sebarang perubahan, cukup sekadar rajin turun padang.Maklumlah jika tidak dipenuhi tembolok-tembolok itu maka jangan harap ahli-ahli yang mata duitan dan hipokrit itu akan menyokong dan membuat kerja.

Kesimpulan yang dibuat untuk mengatakan bahawa – mereka, pegawai dalam UMNO masih kabur dalam melihat keadaan sebenar – atau masih teraba-raba cara untuk mengatasinya bukan satu kesimpulan yang di buat secara melulu. Ini adalah berdasarkan pengamatan dan setelah menghadiri beberapa pertemuan dalam membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan media khususnya Internet. Kita gagal melihat secara spesifik cara dan bagaimana pihak lawan dapat memanipulasi media ini untuk menjayakan agenda mereka. Keadaan yang ada hari ini amat merunsingkan. Usaha reformasi dalam UMNO masih di pandang remeh dan keadaan ini semakin kritikal. UMNO perlu sedar bahawa peralihan untuk perubahan perlu dibuat secara serius – melihat pada mereka yang benar-benar tahu dan tidak hanya berbincang dengan pakar-pakar politik yang bersandarkan buku-buku kajian tanpa mahu turun padang dan mengetahui senario semasa. Suara-suara kecil rakyat akan bergabung menjadi suara besar. Desas desus dan khabar angin akan dijadikan gelombang kebenaran dan akhirnya menjadi buah mulut yang semakin di percayai orang. Ahli UMNO perlu disedarkan – bahawa masa untuk mereka semakin singkat sekiranya mereka masih berdiri di situ dan tidak berganjak untuk bertindak mengubah langkah agar dapat di terima semula.

UMNO tidak mampu bersandar kepada kekuatan silam – legasi lama dan angan-angan harapan untuk mengabung sokongan Melayu tanpa ada usaha kolektif ke arah itu. UMNO kena bertindak terlebih dahulu – membuktikan mereka sudah sedia untuk berubah. Kepimpinan Bahagian perlu bertindak secara proaktif dan tidak pasif dalam berdepan dengan rakyat. Langkah menyelami masalah dan mendengar suara rakyat perlu dilunaskan dengan pelaksanaan dan bukan retorik janji. UMNO akhirnya perlu tahu – mendengar dan melaksanakan dengan kadar segera – kerana masa bukan mencemburui UMNO – kerana masa terlampau jauh meninggalkan UMNO.

Wednesday, July 7, 2010

Wahabi

Wahabi adalah satu gelaran yang diberi kepada golongan yang mengikut kaedah dan manhaj dakwah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab ( 1115 – 1206H ) yang dilahirkan di Uyainah, Arab Saudi. Beliau yang bermazhab Hanbali selalu menyeru agar ummat Islam meninggalkan taksub bermazhab. Penekanan juga diberikan dalam aspek pembersihan aqidah dengan cara yang agak tegas. Sesuai dengan zamannya yang banyak tersebar amalan-amalan khurafat dan syirik seperti pemujaan kubur-kubur yang dianggap kepunyaan wali, menyembelih binatang untuk kubur-kubur tersebut dan meninggalkan syariat dalam urusan kehidupan yang merupakan kesan serangan dan tekanan gerakan perang salib. Manhaj ini jelas dilihat di Arab Saudi kerana kerajaannya banyak merujuk dan membuat keputusan berdasarkan ulama-ulama beraliran manhaj ini. Tidak seperti negara-negara lain, para ulama tidak diendahkan oleh pemerintah-pemerintah mereka yang Sekular.

Ibnu Taimiyah ialah seorang ulama pada awal kurun ke 8 Hijrah. Beliau bukan sahabat Rasulullah. Beliau juga seorang yang bermazhab Hanbali dan sering menyeru agar ditinggalkan taksub bermazhab. Berani memperkatakan kebenaran melalui ucapan dan tulisan. Beliau juga turut bersama tentera-tentera Islam berjihad menentang Tatar. Beliau telah syahid pada tahun 728H semasa tahanan di Kota Damsyiq. Beliau digelar Syeikhul Islam kerana keluasan ilmu dan peranannya yang besar kepada ummat Islam.

Imam Ghazali Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, Hujjatul Islam adalah seorang tokoh yang sangat unik dalam sejarah ummat Islam kerana beliau mempunyai kehebatan dalam pelbagai aspek ilmu Islam seperti Fiqh, Usul Fiqh, Tasauf, Falsafah dan ilmu kemasyarakatan. Beliau yang dilahirkan di Parsi pada tahun 450H adalah bermazhab Syafie. Beliau banyak mengarang untuk menolak fahaman-fahaman falsafah Yunani yang meresap ke dalam masyarakat Islam. Kitab Ihya’ Ulumiddin merupakan peninggalan beliau yang besar manfaat dan kesannya kepada ummat Islam sehingga ke hari ini.

Satu perkara yang mesti difahami, tiada seorang di muka bumi ini yang ma’sum ( terpelihara daripada kesilapan) melainkan Baginda Rasulullah S.A.W. Oleh itu, para ulama juga tidak dapat lari dari kemungkinan tersilap di dalam berijtihad. Sekiranya ijtihad mereka betul mereka memperolehi dua pahala. Sekiranya salah, tetap mendapat satu pahala. Perpecahan berlaku dalam masyarakat kerana sifat taksub mereka kepada seorang tokoh. Sedangkan sepatutnya kita mestilah “taksub” kepada kebenaran walaupun daripada siapa ia datang. Tuduhan kafir kepada ulama-ulama ini serta larangan penyebaran kitab-kitab mereka adalah dilakukan oleh golongan yang taksub dan tidak mencontohi ulama-ulama itu sendiri yang sentiasa tunduk patuh kepada kebenaran walaupun ianya datang dari mulut musuh.
Ulama-ulama di atas tergolong di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah insyaAllah.

Monday, July 5, 2010

Anwar dan Rangkaiannya..Kisah pelik si Anwar Ibrahim

Adakah selepas bebas 2004, Anwar berjumpa Nik Aziz atau Haji Hadi Awang untuk membersihkan imejnya ? Tidak juga. Sebaik sahaja bebas, Anwar terus ke Munich, dan selepas itu, balik Malaysia sekejap dan terus berangkat ke Indonesia dan Afrika Selatan, sebelum berhijrah ke United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Adakah selepas bebas, Anwar berjumpa dengan Dr Yusof Al Qaradawi, ulamak ulung yang diagung-agungkan menyebelahinya ? Pun tidak juga. Anwar tidak berminat berjumpa dengan Dr Yusof Al Qaradawi ketika itu yang dilabel sebagai 'ekstrimis' oleh Paul Wolfowitz. Tetapi Anwar menghabiskan masa berjam-jam dengan Paul Wolfowitz di Munich semasa Anwar dirawat di sana.

Bila pula Anwar berjumpa dengan Al Qaradawi ? Selepas Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2005. Ketika itu Institut Brookings dan The Saban Centre menganjurkan Forum US-Musim World, di Doha, Qatar. Anwar menjadi salah seorang penceramahnya. Selepas ceramah Anwar mengambil kesempatan 'melawat' Al Qaradawi. Itupun kerana arahan daripada Paul Wolfowitz kerana untuk menentukan kesahihan tuduhan yang mengatakan Al Qaradawi adalah ekstrimis.

Azmin Ali, pemegang dairi merah Anwar mengesahkan bahawa Anwar menyiasat Al Qaradawi selama lima jam.

Kata Azmin " Tetapi dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi ...DSAI mohon penjelasan betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu... Dr Yusof Qardawi menafikan sekeras-kerasnya", Klik di sini

Maknanya Anwar bukanlah 'terlalu respek' kepada Al Qaradawi sepertimana yang diagung-agungkan ketika ini untuk membersihkan imej liwatnya, malah Anwar pernah menjadi 'barua' kepada si Zionis, Paul Wolfowitz untuk menyiasat ulama tersohor itu selama lima jam.

Tetapi ketika tersepit dengan imej liwat kedua, ulama yang pernah disiasatnya dulu pula dijadikan benteng maruahnya. Itu hanya untuk khalayak Melayu khususnya di kalangan PAS. Tetapi hakikat sebenar, ketika di luar negara, Anwar tidak perlu pun sokongan Al Qaradawi berbanding dengan tokoh-tokoh rangkaian LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender) sedunia.

Kalau tidak ketika Anwar bersusah payah ke Australia, United Kingdom dan terbaru Oslo, kalau bukan untuk mendapatkan sokongan dari tokoh-tokoh pro LGBT ? Sokongan Paul Martin, Michael Danby, Jeremy Corbyn. Semuanya pro GAY. Kenapa semua tokoh yang pro GAY sahaja menyokong Anwar ? Adakah mereka sudah tahu Anwar memang GAY, sebab itu perlu disokong atas nama hak asasi dan kebebasan ?

Begitu juga dengan Forum Kebebasan Oslo. Kenapa Anwar perlu hadir dalam perjumpaan tokoh-tokoh yang pernah dipenjarakan kerana perjuangan 'kebebasan' di seluruh dunia. Kebanyakan daripada mereka adalah pro LGBT. Bukankah ini turut mengesahkan Anwar berada dalam kumpulan LGBT ? Klik di sini

Kembali kepada persoalan, siapakah orang pertama yang dilawati Anwar selepas dibebaskan dari penjara 2004 ? Tokoh itu adalah seorang paderi yang kontroversi di Afrika Selatan. Namanya Desmond Tutu. Anwar melawat Paderi Desmond Tutu pada 1 Disember 2004, sebaik sahaja selepas selesai rawatan di Munich.

Persoalannya kenapa Paderi Desmond Tutu dan bukannya ulamak Dr Yusof Al Qaradawi ?

TheElders2
Desmond Tutu, Presiden The Elders yang mempunyai rangkaian berpengaruh di United Kingdom dan Amerika Syarikat


Sebabnya kerana Desmond Tutu dianggap sebagai paderi 'pencuci dosa' kepada kumpulan homoseksual. Tutu adalah ikon pembela kaum homoseksual atau homophobia sehingga beliau dianugerahkan 'The Presidential Medal of Freedom' pada tahun 2009.Klik di sini

Dalam masa yang sama Anwar perlukan pertolongan Desmond Tutu yang menjadi ketua kepada kumpulan 'The Elders' (organisasi tajaan Soros) sebagai memenuhi cita-cita Anwar untuk berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat. Klik di sini

Sunday, July 4, 2010

Anwar Ibrahim penipu.Blogger pro PR percayakan Anwar ataupun sudah dibiayai oleh Anwar

Kalau anda bukan penyokong Israel, kenapa anda sokong Paul Wolfowitz, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika. Ketika diwawancara oleh Stephen Sackur dalam program BBC HARD TALK, 10 Mei 2005, anda bermati-matian mempertahankan Wolfowitz, ketika seluruh dunia umat Islam mengecam tindakan kejamnya membunuh ribuan umat Islam di Iraq.

Anda bela seorang Yahudi, Zionis bernama Paul Wolfowitz, tetapi dalam masa sama anda kecam seorang muslim bernama Osama bin Laden, sedangkan Wolfowitz yang anda bela telah terbukti sebagai penjenayah dan arkitek perang Iraq yang dibenci oleh seluruh dunia, manakala Osama Laden, yang anda kecam gagal dibuktikan sebagai teroris.

Steve Clemons kata anda penyokong Annapolis Summit

Steve Clemons seorang blloger tersohor terkemuka di Amerika menulis dalam blog popularnya, The Washington Note bahawa anda terlibat sama menyokong Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush dan Condoleeza Rice.

Menurut Steve Clemons anda salah seorang yang menandatangani surat sokongan Annapolis Summit. Anda tandatangani sokongan itu atas kapasiti sebagai AJK Kehormat International Crisis Group (ICG) bersama-sama dengan sahabat-sahabat Amerika anda seperti; JOHN McLAUGHLIN (bekas Timbalan pengarah CIA), JOHN MALOTT, (bekas Pesuruhjaya EU for Foreign Relations ), RITA HAUSER (RAND Corporation Board Member) dan lain-lain. Bukti klik di sini

Apa itu Annapolis Summit ? Annapolis Summit adalah 'perjanjian damai' antara Palestin yang diwakili oleh Mahmod Abbas (Fatah) dengan Ehud Olmert (ketika itu Perdana Menteri Israel) untuk mengiktiraf Isarel sebuah negara yang sah dan mengiktiraf Abbas sebagai Perdana Menteri Boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Ketika majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas menolak Annapolis Summit, anda pula bersekongkol dengan Amerika menyokong penubuhan negara Israel.

Gershon Baskin kata anda anti Hamas

Anda kenal Gershon Baskin ? Dia adalah seorang Yahudi, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Maklumat Israel/Palestin (IPCRI). Dia dakwa pernah jumpa anda di Amerika sebanyak dua kali pada tahun 2005 untuk bertanyakan tentang Hamas. Apa yang anda jawab tentang Hamas kepada Gershon Baskin?

Gershon Baskin kata anda telah mencerca Hamas sebagai tidak demokrasi dan tidak boleh menyertai pilihanraya di Palestin kerana Hamas mempunyai pasukan bersenjata.

Jawapan tegas anda itu yang mengecam Hamas, sangat disukai oleh Gershon Baskin hingga dia membuat catatan khas memuji anda dengan mengatakan "sekiranya Anwar Ibrahim rakyat Palestin, isu perbalahan Palestin-Israel akan selesai kerana Anwar Ibrahim boleh duduk semeja berunding dengan Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel). klik di sini


Website moon of Alabama kata Foundation For The Future missinori Amerika perkuatkan Israel

Anda bermati-matian menafikan Foundation For The Future yang pernah anda pengerusikan sebagai alat tajaan Amerika. Anda beritahu rakyat muslim Malaysia bahawa Foundation itu seolah-olah anda yang buat dengan bantuan kewangan daripada negara-negara Islam di Timur Tengah. Klik di sini

Tetapi rakyat Malaysia boleh boleh diperbodohkan dengan tulisan dan kata-kata anda semata-mata. Jabatan Negara Amerika mewartakan bahawa Foundation for The Future adalah projek tajaan mereka di Timur Tengah melalui projek Amerika yang dinamakan BMENA (the Broader Middle East and North Africa). Malah anda sendiri dilantik menerajui foundation itu dengan eshan Amerika Syarikat. Klik di sini

Apakah misi Foundation For The Future di Timur Tengah ? Laman website moon of Alabama mendedahkan seorang blogger terkemuka Amerika bernama Billmon mendedahkan fungsi utama Foundation itu memberi tajaan dan bekalan senjata kepada kumpulan Fatah, pimpinan Mahmod Abbas (pro Israel/Amerika) supaya melawan kumpulan Hamas. Klik di sini

Apakah ini peranan anda dalam Foundation For The Future sebenarnya ? Memang benar, sebab itu anda takut mengaku yayasan yang anda terajui itu ditaja oleh Amerika, kerana bimbang agenda jahat akan pecah dan diketahui oleh umat Islam.

Gus Dur kata anda agen Amerika

Kawan rapat anda yang sanggup ulang alik dari Indonesia ke Kuala Lumpur semata-mata untuk membela anda dan berkempen untuk memenangkan anda di Permatang Pauh, bernama Gus Dur mendedahkan agenda anda bersama Paul Wolfowitz yang anda sembunyikan selama ini.

Kawan baik anda (Gus Dur) tulis di laman webnya, bahawa dia terlibat sama semasa pertemuan anda dengan Paul Wolfowitz di Munich pada tahun 2004. Dia kata anda telah dilantik oleh Paul Wolfowitz (ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) sebagai Agen Amerika atau jurucakap Amerika di negara Islam untuk melemahkan semangat golongan muda menubuhkan Negara Islam. Kata kawan baik anda lagi, peranan anda dipertanggungjawab oleh bapak zionis di Amerika (Wolfowitz) untuk melemahkan golongan muslim fundalmentalis dengan melahirkan seramai mungkin muslim moderat seperti anda. Klik di sini

Anda tidak bersungguh kecam Israel

Sehari dua ini, anda kerap menulis di blog mengecam Israel dan Amerika kerana kekejaman di Palestin. Tahniah diucapkan.

Anda tidak mengecam Barack Obama dan Hillary Clinton. Kenapa ? Walhal serangan ke atas Palestin dilakukan semasa pemerintahan regim Obama ? Anda juga tidak bersungguh mengecam Israel, ditulis kabur-kabur supaya orang keliru dan dalam masa sama mengecam dunia Arab.

Selalunya jika anda anggap kenyataan media yang sangat penting, anda akan susun dalam bahasa formal dan dibuat dua versi. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Motifnya sangat jelas, tulisan Bahasa Melayu ditujukan kepada rakyat Malaysia, manakala tulisan Bahasa Inggeris ditujukan kepada rakan-rakan anda di Barat supaya mereka mengerti visi anda terhadap sesuatu isu.

Tetapi dalam kes Ghazza, anda hanya buat versi Bahasa Malaysia sahaja dan tulisan anda tidak menyakinkan pembaca, kecuali terpancar unsur mempertahankan pengaruh politik agar tidak dihakis oleh tsunami Israel.

Kedutaan Amerika di Malaysia pun tidak memahami tulisan Bahasa Melayu anda, apatah lagi rakan-rakan anda di Barat terutamanya di Amerika tidak memahami langsung tulisan Bahasa Melayu anda itu.

Anda sendiri mengaku baca karya Yahudi, Hana Arent, sokong Holocaust

Anda sendiri mengakui pernah membaca buku karya Hana Arent, seorang Yahudi di Jerman. Anda mengupas isi kandungan buku itu yang mempertahankan Holocaust, iaitu suatu mitos yang Yahudi dendangkan secara zaman berzaman bahawa rakyatnya dibunuh dengan kejam secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman.



Cara penceritaan anda (video yang pernah diterbitkan oleh AIDC) mengambarkan anda sangat teruja dan sangat simpati dengan pembunuhan Yahudi-Holocaust itu. Begitu syahdu sekali simpati anda dengan pembunuhan itu.

Cara berfikir anda sama dengan rakan baik anda, Gus Dur yang mempertahankan kewujudan Holocaust dan sanggup mengecam Mahmoud Ahmadinejab, Presiden Iran yang mendakwa Holocaust hanya mitos dan propanganda Israel.

Bezanya Gus Dur lebih berterus terang sokongannya kepada Israel, tetapi anda, bersimpang siur tetapi maksud akhirnya sama matlamat dengan Gus Dur.

Anwar Ibrahim, usah munafik, siapa kawan-kawan anda di Amerika yang membantu anda. Siapa Al Gore, siapa Madeline Albright, siapa Cohen, siapa Carl Gershman. Bukankah semua itu Yahudi neokoservatif Amerika yang berusaha melemahkan negara Islam dan bercita-cita memperkuatkan negara Israel ?

kenapa perlu percayakan Raja Petra dan Bala




Pelik dan hairan kerana masih ramai yang mempercayai orang sebegini.Apa kelebihan mereka?Jika diamati dan difikirkan secara halus ianya hanya kerana mengemparkan keadaan dan mencipta omongan kosong.
Adakah kita inginkan orang yang memburukkan imej negara itu dijadikan sumber kepercayaan.Tepuk dada tanya Iman.

Mari kita fikir sejenak dan lihat persamaan ketiga-tiga mereka ini.

1.Anuar
2.Bala
3.Raja Petra

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(Al-Hujurat :6)

Mudah-mudahan ayat di atas dapat mengingat kita untuk selalu waspada, siapa musuh kita yang sebenarnya.Selain sikap waspada dan tidak mudah percaya begitu saja terhadap sebuah informasi yang datang dari seorang fasik, Allah juga mengingatkan agar tidak menyebarkan berita yang tidak jelas sumbernya tersebut sebelum jelas betul duduk persoalannya. Kerana itu tabayyun (meneliti kebenarannya) terhadap satu berita yang belum jelas, merupakan anjuran didalam kehidupan umat islam.

Wallahu’alam bishshawab

UMNO semakin hanyut dalam lena diulit intan

UMNO semakin kayu...

PKR semakin menipu dan membelit..

PAS semakin didominasi oleh bayangan Anuar

Bersimpati dengan Nasib Perkasa..

Alahai pertubuhan-pertubuhan melayu ini,suram dan lunyai...

MCA dan DAP masih bersandiwara bak bermain opera..

Karpal Singh masih gagah walaupun tidak mampu berdiri..

Friday, July 2, 2010

Anwar Penjenayah perang Iraq kerana menyokong yahudi yang dia kata bukan zionis tu..

Perangai Paul Wolfowitz, sama dengan Anwar, seorang ‘opportunist’, ketika Parti Demokrat berkuasa di Amerika, mereka berdua menjadi penyokong kuat Demokrat. Ketika, Parti Republican kembali berkuasa, mereka berdua meninggalkan Demokrat dan menjadi penyokong kuat Parti Republican pula.

Dalam surat kepada Wolfowitz , Anwar menuduh Saddam Husin sebagai diktator serta menyokong tindakan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dari parti Republican menyerang Iraq yang dianggap punca tercetusnya pengeboman World Trade Center (WTC) dan Pentagon.

Bagi saya, apa yang sedang berlaku di Timur Tengah – Palestin, Lebanon, Iraq, Syria dan Iran – adalah satu perancangan kaum pemodal senjata dan pemodal minyak yang bekerjasama dengan kaum Zionis. Kaum pemodal ingin mencari untung, manakala kaum Zionis ingin terus menjajah bumi Palestin dan memastikan keselamatan Israel terjaga.

Sebagai membuktikan Anwar menyokong parti Republican, pimpinan Bush, dari penjara Sungai Buloh juga, Anwar menulis artikel kepada majalah Majalah TIME bertajuk “Who Hijacked Islam?”, mengecam seorang lagi tokoh Islam iaitu Osama bin Laden sebagai pengganas.

Kecaman Anwar ke atas tokoh-tokoh Islam turut dihantar kepada Majalah International Herald Tribune, New York pada 11 Oktober 2001 dalam tulisannya bertajuk “Growth of Democracy Is the Answer to Terrorism”.

Bermakna dalam membuktikan sikapnya pro-Amerika dan pro-Zionist, Anwar sanggup melakukan apa sahaja, termasuk mengkritik dan mengkambinghitamkan tokoh-tokoh Islam yang tidak terbukti bersalah.

Barangkali, sikap Anwar seperti inilah amat disukai oleh Zionist, kerana Anwar ‘berani’ bermusuh dan mengkritik tokoh Islam yang lain (yang dibenci oleh Amerika). Anwar mengkritik dan menyenaraihitamkan Sadam Hussein, Osama Laden, Mohammed Atta atau sesiapa sahaja yang dilabel ‘teroris’ oleh Amerika, tetapi dalam masa sama memuji-muji tokoh-tokoh bukan Islam yang dipuja oleh Amerika termasuk Aung San Suu Kyi (Burma), Gloria Macapagal-Arroyo (Filipina), Manmohan Sign (India) dan lain-lain lagi.

Amat jelas, untuk menawan Iraq ini telah lama terpendam di kalangan para Zionis dan kumpulan 'neocon' yang mengelilingi Rumah Putih. Jelas kepada saya bahawa Osama bin Laden itu hanya satu alasan untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika.

"The war in Iraq was conceived by 25 neoconservative intellectuals, most of them Jewish, who are pushing President Bush to change the course of history. Two of them, journalists William Kristol and Charles Krauthammer, say it's possible. But another journalist, Thomas Friedman (not part of the group), is skeptical. ...That ardent faith was disseminated by a small group of 25 or 30 neoconservatives, almost all of them Jewish, almost all of them intellectuals (a partial list: Richard Perle, Paul Wolfowitz, Douglas Feith, William Kristol, Eliot Abrams, Charles Krauthammer), people who are mutual friends and cultivate one another and are convinced that political ideas are a major driving force of history. They believe that the right political idea entails a fusion of morality and force, human rights and grit."

Dengan usaha bersungguh-sungguh Anwar memerangi ‘penganas-penganas Islam’, menyebabkan Paul Wolfowitz ‘terhutang budi’ hingga sanggup meluang masa melawat Anwar di Munich, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh 2004.

Perbincangan selama tiga jam di Munich, telah menyakinkan Wolfowitz, sehingga Zionist yang digelar ‘arkitek perang ke atas negara Islam’ itu telah mengatur masa depan Anwar sebagai penyokong kuat, parti Republican dan Presiden Bush, Amerika Syarikat.

Anwar berkawan dengan yahudi yang baik kerana yahudi itu menyerang Iraq,Palestin dan Afghanistan

Cukup lah sudah Anwar Ibrahim.Cukup lah sudah drama kamu itu.Kawan-kawan yahudi yang kamu kata bukan Zionis itu lah yang merosakkan negara-negara islam seperti Palestin,Iraq dan Afghanistan.

Pelik dan hairan kerana dalam Malaysia ini hanya Anwar sahaja yang mendapat kebenaran untuk berkawan atau berurusan dengan Yahudi tetapi orang lain jangan harus sekalipun berurusan dengan pihak Yahudi pasti akan dituduh sekular dan pro-yahudi.

Ini lah mentaliti PR yang sudah songsang kerana beranggapan apa yang Anwar buat semuanya betul hatta menyongsang seteruk manapun Anwar itu.Maka tidak hairan lah Anwar berkawan dengan manusia bernafsu songsang seperti tokoh-tokoh yahudi yang dikatakan bukan zionis itu.

Tepuk dada tanya iman