Klik dan lihat

Monday, July 5, 2010

Anwar dan Rangkaiannya..Kisah pelik si Anwar Ibrahim

Adakah selepas bebas 2004, Anwar berjumpa Nik Aziz atau Haji Hadi Awang untuk membersihkan imejnya ? Tidak juga. Sebaik sahaja bebas, Anwar terus ke Munich, dan selepas itu, balik Malaysia sekejap dan terus berangkat ke Indonesia dan Afrika Selatan, sebelum berhijrah ke United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Adakah selepas bebas, Anwar berjumpa dengan Dr Yusof Al Qaradawi, ulamak ulung yang diagung-agungkan menyebelahinya ? Pun tidak juga. Anwar tidak berminat berjumpa dengan Dr Yusof Al Qaradawi ketika itu yang dilabel sebagai 'ekstrimis' oleh Paul Wolfowitz. Tetapi Anwar menghabiskan masa berjam-jam dengan Paul Wolfowitz di Munich semasa Anwar dirawat di sana.

Bila pula Anwar berjumpa dengan Al Qaradawi ? Selepas Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2005. Ketika itu Institut Brookings dan The Saban Centre menganjurkan Forum US-Musim World, di Doha, Qatar. Anwar menjadi salah seorang penceramahnya. Selepas ceramah Anwar mengambil kesempatan 'melawat' Al Qaradawi. Itupun kerana arahan daripada Paul Wolfowitz kerana untuk menentukan kesahihan tuduhan yang mengatakan Al Qaradawi adalah ekstrimis.

Azmin Ali, pemegang dairi merah Anwar mengesahkan bahawa Anwar menyiasat Al Qaradawi selama lima jam.

Kata Azmin " Tetapi dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi ...DSAI mohon penjelasan betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu... Dr Yusof Qardawi menafikan sekeras-kerasnya", Klik di sini

Maknanya Anwar bukanlah 'terlalu respek' kepada Al Qaradawi sepertimana yang diagung-agungkan ketika ini untuk membersihkan imej liwatnya, malah Anwar pernah menjadi 'barua' kepada si Zionis, Paul Wolfowitz untuk menyiasat ulama tersohor itu selama lima jam.

Tetapi ketika tersepit dengan imej liwat kedua, ulama yang pernah disiasatnya dulu pula dijadikan benteng maruahnya. Itu hanya untuk khalayak Melayu khususnya di kalangan PAS. Tetapi hakikat sebenar, ketika di luar negara, Anwar tidak perlu pun sokongan Al Qaradawi berbanding dengan tokoh-tokoh rangkaian LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender) sedunia.

Kalau tidak ketika Anwar bersusah payah ke Australia, United Kingdom dan terbaru Oslo, kalau bukan untuk mendapatkan sokongan dari tokoh-tokoh pro LGBT ? Sokongan Paul Martin, Michael Danby, Jeremy Corbyn. Semuanya pro GAY. Kenapa semua tokoh yang pro GAY sahaja menyokong Anwar ? Adakah mereka sudah tahu Anwar memang GAY, sebab itu perlu disokong atas nama hak asasi dan kebebasan ?

Begitu juga dengan Forum Kebebasan Oslo. Kenapa Anwar perlu hadir dalam perjumpaan tokoh-tokoh yang pernah dipenjarakan kerana perjuangan 'kebebasan' di seluruh dunia. Kebanyakan daripada mereka adalah pro LGBT. Bukankah ini turut mengesahkan Anwar berada dalam kumpulan LGBT ? Klik di sini

Kembali kepada persoalan, siapakah orang pertama yang dilawati Anwar selepas dibebaskan dari penjara 2004 ? Tokoh itu adalah seorang paderi yang kontroversi di Afrika Selatan. Namanya Desmond Tutu. Anwar melawat Paderi Desmond Tutu pada 1 Disember 2004, sebaik sahaja selepas selesai rawatan di Munich.

Persoalannya kenapa Paderi Desmond Tutu dan bukannya ulamak Dr Yusof Al Qaradawi ?

TheElders2
Desmond Tutu, Presiden The Elders yang mempunyai rangkaian berpengaruh di United Kingdom dan Amerika Syarikat


Sebabnya kerana Desmond Tutu dianggap sebagai paderi 'pencuci dosa' kepada kumpulan homoseksual. Tutu adalah ikon pembela kaum homoseksual atau homophobia sehingga beliau dianugerahkan 'The Presidential Medal of Freedom' pada tahun 2009.Klik di sini

Dalam masa yang sama Anwar perlukan pertolongan Desmond Tutu yang menjadi ketua kepada kumpulan 'The Elders' (organisasi tajaan Soros) sebagai memenuhi cita-cita Anwar untuk berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat. Klik di sini

No comments:

Post a Comment