Klik dan lihat

Friday, July 2, 2010

Anwar Penjenayah perang Iraq kerana menyokong yahudi yang dia kata bukan zionis tu..

Perangai Paul Wolfowitz, sama dengan Anwar, seorang ‘opportunist’, ketika Parti Demokrat berkuasa di Amerika, mereka berdua menjadi penyokong kuat Demokrat. Ketika, Parti Republican kembali berkuasa, mereka berdua meninggalkan Demokrat dan menjadi penyokong kuat Parti Republican pula.

Dalam surat kepada Wolfowitz , Anwar menuduh Saddam Husin sebagai diktator serta menyokong tindakan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dari parti Republican menyerang Iraq yang dianggap punca tercetusnya pengeboman World Trade Center (WTC) dan Pentagon.

Bagi saya, apa yang sedang berlaku di Timur Tengah – Palestin, Lebanon, Iraq, Syria dan Iran – adalah satu perancangan kaum pemodal senjata dan pemodal minyak yang bekerjasama dengan kaum Zionis. Kaum pemodal ingin mencari untung, manakala kaum Zionis ingin terus menjajah bumi Palestin dan memastikan keselamatan Israel terjaga.

Sebagai membuktikan Anwar menyokong parti Republican, pimpinan Bush, dari penjara Sungai Buloh juga, Anwar menulis artikel kepada majalah Majalah TIME bertajuk “Who Hijacked Islam?”, mengecam seorang lagi tokoh Islam iaitu Osama bin Laden sebagai pengganas.

Kecaman Anwar ke atas tokoh-tokoh Islam turut dihantar kepada Majalah International Herald Tribune, New York pada 11 Oktober 2001 dalam tulisannya bertajuk “Growth of Democracy Is the Answer to Terrorism”.

Bermakna dalam membuktikan sikapnya pro-Amerika dan pro-Zionist, Anwar sanggup melakukan apa sahaja, termasuk mengkritik dan mengkambinghitamkan tokoh-tokoh Islam yang tidak terbukti bersalah.

Barangkali, sikap Anwar seperti inilah amat disukai oleh Zionist, kerana Anwar ‘berani’ bermusuh dan mengkritik tokoh Islam yang lain (yang dibenci oleh Amerika). Anwar mengkritik dan menyenaraihitamkan Sadam Hussein, Osama Laden, Mohammed Atta atau sesiapa sahaja yang dilabel ‘teroris’ oleh Amerika, tetapi dalam masa sama memuji-muji tokoh-tokoh bukan Islam yang dipuja oleh Amerika termasuk Aung San Suu Kyi (Burma), Gloria Macapagal-Arroyo (Filipina), Manmohan Sign (India) dan lain-lain lagi.

Amat jelas, untuk menawan Iraq ini telah lama terpendam di kalangan para Zionis dan kumpulan 'neocon' yang mengelilingi Rumah Putih. Jelas kepada saya bahawa Osama bin Laden itu hanya satu alasan untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika.

"The war in Iraq was conceived by 25 neoconservative intellectuals, most of them Jewish, who are pushing President Bush to change the course of history. Two of them, journalists William Kristol and Charles Krauthammer, say it's possible. But another journalist, Thomas Friedman (not part of the group), is skeptical. ...That ardent faith was disseminated by a small group of 25 or 30 neoconservatives, almost all of them Jewish, almost all of them intellectuals (a partial list: Richard Perle, Paul Wolfowitz, Douglas Feith, William Kristol, Eliot Abrams, Charles Krauthammer), people who are mutual friends and cultivate one another and are convinced that political ideas are a major driving force of history. They believe that the right political idea entails a fusion of morality and force, human rights and grit."

Dengan usaha bersungguh-sungguh Anwar memerangi ‘penganas-penganas Islam’, menyebabkan Paul Wolfowitz ‘terhutang budi’ hingga sanggup meluang masa melawat Anwar di Munich, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh 2004.

Perbincangan selama tiga jam di Munich, telah menyakinkan Wolfowitz, sehingga Zionist yang digelar ‘arkitek perang ke atas negara Islam’ itu telah mengatur masa depan Anwar sebagai penyokong kuat, parti Republican dan Presiden Bush, Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment