Klik dan lihat

Thursday, July 8, 2010

UMNO ketinggalan zaman.

Apa pun yang berlaku di Malaysia ini – moral BN dan UMNO terus tercalar.Sebagai contohnya kejadian di Perak.Pakatan rakyat begitu pandai dan arif dalam soal memburukkan lawan sehinggakan alpa dan leka dengan keburukan sendiri.Modal mereka cukup mudah dan sungguh tidak praktikal bagi yang mahu berfikir,iaitu dengan cara politik menghasut dan taichi.Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Yb Suhaimi Raja Pasir.Begitu mudah menyalahkan lawan apabila beliau terjerumus dalam kancah rasuah pasir di Selangor.Bagi yang mahu berfikir pasti tersenyum dan mengatakan bahawa Suhaimi itu sudah hilang akal ataupun sudah mati kutu.

Mungkin perlu digariskan kepada UMNO apa erti menang sorak. Sungguhpun kita tidak boleh menyalahkan UMNO dalam isu lompat parti dan mengambil alih kerajaan Perak kerana Pakatan rakyat juga akan membuat yang sama sekiranya ada peluang tetapi dalam keadaan dan senario yang ada UMNO sering tertinggal dalam menerangkan dan sekiranya ada justifikasi ia sentiasa di tolak dan tidak di terima. Yang lebih mengharukan lagi – apa sahaja di beritakan dan di khabarkan oleh UMNO, sering di tolak biar ia betul dan berjustifikasi. Ini adalah satu keadaan yang agak membimbangkan.

Kekurangan itu makin bertambah hebat apabila adapun ahli-ahli UMNO yang berjuang bersandarkan wang ringgit dan habuan semata-mata.Perkara utama yang digusarkan oleh mereka itu ialah soal peruntukkan dan soal lobang-lobang duit.Jika tembolak mereka tidak disumbat dengan selahap-lahapnya maka menyalak lah golongan-golongan tersebut dan akhirnya kelemahan diri mereka itu akan dipergunakan oleh pihak lawan yang sememangnya terkenal dengan kaedah pembohongan dan putar belit iaitu saudara Anuar Ibrahim.

Penerimaan rakyat semakin terkikis dan walaupun berat untuk kita berkata – kita terpaksa menyatakan yang sebenarnya - bahawa sehingga ke hari ini – kepimpinan UMNO di lapisan pelaksana masih tidak mengerti apa masalah yang sebenarnya dan sekiranya tahu – cara untuk mengambil tindakan masih kabur dan tidak menentu.Lebih-lebih lagi dalam soal persepsi buruk yang melanda rata-rata keseluruhan mereka.Mungkin kerana takut kehilangan pengaruh dan kuasa maka mereka berasa tidak perlu sebarang perubahan, cukup sekadar rajin turun padang.Maklumlah jika tidak dipenuhi tembolok-tembolok itu maka jangan harap ahli-ahli yang mata duitan dan hipokrit itu akan menyokong dan membuat kerja.

Kesimpulan yang dibuat untuk mengatakan bahawa – mereka, pegawai dalam UMNO masih kabur dalam melihat keadaan sebenar – atau masih teraba-raba cara untuk mengatasinya bukan satu kesimpulan yang di buat secara melulu. Ini adalah berdasarkan pengamatan dan setelah menghadiri beberapa pertemuan dalam membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan media khususnya Internet. Kita gagal melihat secara spesifik cara dan bagaimana pihak lawan dapat memanipulasi media ini untuk menjayakan agenda mereka. Keadaan yang ada hari ini amat merunsingkan. Usaha reformasi dalam UMNO masih di pandang remeh dan keadaan ini semakin kritikal. UMNO perlu sedar bahawa peralihan untuk perubahan perlu dibuat secara serius – melihat pada mereka yang benar-benar tahu dan tidak hanya berbincang dengan pakar-pakar politik yang bersandarkan buku-buku kajian tanpa mahu turun padang dan mengetahui senario semasa. Suara-suara kecil rakyat akan bergabung menjadi suara besar. Desas desus dan khabar angin akan dijadikan gelombang kebenaran dan akhirnya menjadi buah mulut yang semakin di percayai orang. Ahli UMNO perlu disedarkan – bahawa masa untuk mereka semakin singkat sekiranya mereka masih berdiri di situ dan tidak berganjak untuk bertindak mengubah langkah agar dapat di terima semula.

UMNO tidak mampu bersandar kepada kekuatan silam – legasi lama dan angan-angan harapan untuk mengabung sokongan Melayu tanpa ada usaha kolektif ke arah itu. UMNO kena bertindak terlebih dahulu – membuktikan mereka sudah sedia untuk berubah. Kepimpinan Bahagian perlu bertindak secara proaktif dan tidak pasif dalam berdepan dengan rakyat. Langkah menyelami masalah dan mendengar suara rakyat perlu dilunaskan dengan pelaksanaan dan bukan retorik janji. UMNO akhirnya perlu tahu – mendengar dan melaksanakan dengan kadar segera – kerana masa bukan mencemburui UMNO – kerana masa terlampau jauh meninggalkan UMNO.

No comments:

Post a Comment