Klik dan lihat

Friday, July 30, 2010

UMNO pandai main sandiwara manakala PKR semakin bijak menipu

Hakikat memang pedih dan perit untuk diterima,apatah lagi untuk ditelan bulat-bulat.Tetapi itu lah kebenaran dan kepedihan yang terpaksa kita terima.Beban itu takkan hilang selagi ada perosak-perosak tersebut menaungi barisan hadapan.

UMNO berpenyakit penipu dan hipokrit begitu juga dengan PKR.PAS pula masih di takuk lama iaitu berbicara soal halal haram tetapi masih melakukan perkara yang haram.

Apalah guna gagasan 1Malaysia jika manusia itu tidak kembali kepada ajaran Al-Quran yang sebenarnya. Kejahilan rakyat terhadap agama menyebabkan mereka tidak takut untuk melakukan maksiat dan jenayah lagi. Lantaran itulah kita tidak hairan golongan-golongan yang seringkali melakukan onar tidak gentar dan takut.

Apalah guna reformasi jika manusia itu tidak melakukan perubahan yang baik,sebaliknya rakus mengejar kemewahan dan kelazatan dosa duniawi. Semakin galak menipu dan semakin bangga membohong.

Apalah gunanya islam diperjuangkan jika hasilnya tidak dilihat tetapi masih keraguan dalam soal tersebut.

Akhirnya perpaduan dicanang di sana sini.Perpaduan demi menyelamatkan melayu korupsi,melayu songsang dan melayu carca marba.

No comments:

Post a Comment