Klik dan lihat

Saturday, September 18, 2010

Kes Sosilawati ,Polis Malaysia perlu berubah demi keamanan Negara

Sedih,Pilu dan Marah ke atas perkara yg menimpa negara sejak akhir-akhir ini. Bila sudah di saat akhir barulah kesemuanya terungkai dan tersebar.Itu kah yg dikatakan ketentuan.Tetapi walaubagaimana pun pihak polis seharusnya berubah agar keamanan di Malaysia ini terjamin.

Tidaklah menyalahkan pihak polis atas kegagalan yang lalu cuma berpandangan agar mereka berubah dari main-main kepada lebih serius berkaitan kes samseng dan jenayah kongsi gelap agar tiada lagi kumpulan-kumpulan ganas yang mengancam nyawa penduduk Malaysia.Kes Sosilawati ini adalah pengajaran yang cukup berguna terhadap pihak Polis. Jangan biarkan penyakit menjadi parah,alangkah baiknya pencegahan dilakukan.

Pihak Atasan polis perlu lebih tegas dalam soal integriti dan ketelusan.Kedua perkara ini menjamin kebaikan dan kecekapan pihak polis.Tiada kedua-dua perkara tersebut maka jangan hairan jika kes seumpama itu berlaku dan berlaku lagi.

Wednesday, September 8, 2010

Era Baru Parti Bermasalah akan bermula...akan terus huru-hara

Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR, akan bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan lepas, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober depan.

Menurut surat pekeliling dari setiausaha agung PKR, 222 cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai 27 Ogos hingga 12 September.

Tahniah PKR..Semoga terus merudum..kita akan lihat perangai dan pemikiran Umno dalam PKR