Klik dan lihat

Saturday, September 18, 2010

Kes Sosilawati ,Polis Malaysia perlu berubah demi keamanan Negara

Sedih,Pilu dan Marah ke atas perkara yg menimpa negara sejak akhir-akhir ini. Bila sudah di saat akhir barulah kesemuanya terungkai dan tersebar.Itu kah yg dikatakan ketentuan.Tetapi walaubagaimana pun pihak polis seharusnya berubah agar keamanan di Malaysia ini terjamin.

Tidaklah menyalahkan pihak polis atas kegagalan yang lalu cuma berpandangan agar mereka berubah dari main-main kepada lebih serius berkaitan kes samseng dan jenayah kongsi gelap agar tiada lagi kumpulan-kumpulan ganas yang mengancam nyawa penduduk Malaysia.Kes Sosilawati ini adalah pengajaran yang cukup berguna terhadap pihak Polis. Jangan biarkan penyakit menjadi parah,alangkah baiknya pencegahan dilakukan.

Pihak Atasan polis perlu lebih tegas dalam soal integriti dan ketelusan.Kedua perkara ini menjamin kebaikan dan kecekapan pihak polis.Tiada kedua-dua perkara tersebut maka jangan hairan jika kes seumpama itu berlaku dan berlaku lagi.

No comments:

Post a Comment