Klik dan lihat

Monday, October 4, 2010

Isu Judi jangan di pandang Ringan..Ini bukan soal politik tetapi soal islam

Saya melihat kedua-dua pihak mencari jalan mudah iaitu saling salah-menyalahi.Walaupun di haruskan penerimaan wang hasil haram itu tetapi kita sepatutnya melihat dalam sudut yang berbeza iaitu usaha menghapuskan hasil tersebut.Jika ianya tidak dapat dilakukan sekalipun adakah usaha untuk mengurangkannya tidak dapat dilakukan.

Ini bukan soal tanggungjawab pembangkang atau pemerintah tetapi tanggungjawab semua pihak yang bergelar islam.Walaupun hukum kata harus tetapi tidak kah kita sebagai umat islam tidak berasa malu kerana membenarkan aktiviti-aktiviti yang haram itu berlaku di malaysia yang dikatakan sebagai negara islam ini.

Baik kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri tidak kira Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat,kesan judi atau hasil-hasil haram ini akan melemahkan umat islam dalam pelbagai sudut jika dihayati dan difikirkan secara berakal.

No comments:

Post a Comment