Klik dan lihat

Thursday, October 21, 2010

Kerajaan Israel berpecah belah


Pada tahun 930 SM, Nabi Sulaiman wafat. Inilah titik awal merosotnya kerajaan Israel. Kerajaan Israel berpecah menjadi dua, iaitu Israel Utara (Efraim keturunan Yusuf) dan Yehuda (judah) suku Yehuda ini lah yang dikatakan timbulnya nama Yahudi sekarang; terjadi peperangan-peperangan antara kerajaan Israel Utara dan Judah; Kerajaan Assyria turut terlibat. Banyak keturunan Israel yang dijual hingga bertebaran ke luar Jerusalem.

Setelah Nabi Sulaiman meninggal dunia, Rahbi'am /Rehabeam memerintah tahun 922-915 SM. Putera Sulaiman naik takhta menggantikan ayahnya. Perlantikan baginda dibantah oleh Bani Israel, hanya dua suku saja yang mengiktirafnya sebagai raja, iaitu suku Yehuda (Judah) dan suku Benyamin (Benjamin). Manakala 10 suku lain tidak mengiktirafnya. Sepuluh suku ini kemudian mendirikan kerajaan sendiri dan mengangkat Yarbi'am (jerobo'am/Jerobeam) bin Nebat menjadi Rajanya (suku Efraim).

Perpecahan ini bermula disebabkan adanya perbezaan pendapat yang tajam antara Rahbi'am dengan suku-suku Israel Bahagian Utara. Suku-suku Israel Utara meminta supaya raja baharu itu menuntut perubahan sistem cukai tetapi Rahbi'am menolak usul itu. Ini menyebabkan meledaknya dendam kesumat dalam suku Israel Utara yang tersimpan lama sejak zaman Daud dan Sulaiman. Gabungan 10 suku Israel Utara tidak mahu lagi diperintah oleh suku Yehuda sehingga mengistiharkan kemerdekaan mereka sendiri daripada kerajaan Judah. Mereka mengangkat Jerobeam sebagai raja Israel Utara. Jerobeam adalah tokoh yang baru kembali dari pengasingan di Mesir.

Kerajaan yang terdiri daripada dua suku itu bernama Kerajaan Judah dengan ibu kota Jerusalem sedangkan yang terdiri daripada 10 suku bernama Kerajaan Israel Utara dengan ibu kota Samirah (Samaria). Kerajaan Israel Utara ini kemudian mendirikan pusat-pusat ibadat baru di Betel sebagai kerajaan baru yang diasingkan dari Bait Allah jerusalem.

Menurut Flavius Josephus (72 M) dalam bukunya berjudul 'The Antiquities of the jews' buku viii, Chapter 12, No.5 menyebut tentang asal nama Kota Samaria:


"the city called Semareon, but named by the Greeks Samaria;
...called it Semareon. from Semer

Perpecahan ini menimbulkan peperangan sesama keturunan Israel dan mereka selalu bekerjasama dengan bangsa lain bagi menghancurkan saudaranya sendiri sesama Israel. Sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Israel Efraim, mereka bekerjasama dengan bangsa kafir Assyria dan Palestine bagi menghancurkan Kerajaan Judah di Jerusalem. Ini menyalahi janji yang pernah diucapkan oleh 12 suku Bani Israel di hadapan Yusa' (Josua). Kadang-kadang, kerjasama yang dijalin ini menimbulkan pengaruh agama yang kuat sehingga berhala dewa Kanaan,Baal dibawa masuk kedalam Israel pada abad ke-9 SM. Ini terjadi pada masa Raja Ahab. Pada masa ini, muncul Nabi Elia (Ilyas) yang menentang Raja Ahab atas keputusannya memasukkan ajaran pagan ke dalam Israel.

Al-Quran yang turun setelah 1600 tahun kemudian (selepas Haikal Sulaiman dibina) merekodkan keingkaran Bani Israel mentaati hukum-hukumnya sendiri. Ini menjadi faktor awal kehancuran Israel.

Kerajaan Israel terletak di sebelah utara Israel sekarang hingga ke Damaskus,Syria ke utara dan sehingga ke Jerusalem disebelah selatan. Sedangkan Kerajaan Judah terletak di wilayah selatan. Populasi penduduk kerajaan Israel Utara lebih padat daripada penduduk kerajaan Judah. Israel Utara tediri daripada 10 suku Bani Israel manakala kerajaan Judah hanya terdiri dari 2 suku Bani Israel sahaja.

No comments:

Post a Comment