Klik dan lihat

Sunday, October 24, 2010

Kisah Menara Babel dan Ulangan sejarah bagi yang berfikir


Raja Namrud, nama penuhnya adalah Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh. Beliau adalah cicit kepada Nabi Nuh. Dilaporkan yang beliau adalah orang yang pertama mengasaskan kerajaan dan menjadi raja sebuah empayar selepas peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Jajahan beliau termasuk Babylon dan kawasan Mesopotamia yang berpusat di sebuah tempat bernama Shinar. Beliau memerintah selama 400 tahun. Beliau juga dikenali sebagai individu yang membina Menara Babel.

Raja Namrud adalah seorang raja yang berani dan memiliki pengaruh serta kekuatan. Pada mulanya, beliau cuba meembahagiakan rakyatnya tetapi kemudian didapati yang rakyatnya percaya kebahagian yang mereka kecapi itu datangnya daripada Tuhan iaitu Allah s.w.t. Maka Raja Namrud menghujahkan yang beliau berkuasa memberi kebahagian kepada mereka dan jangan merujuk elemen kebahagian itu kepada tuhan. Mereka perlu merujuk padanya.

Lama-kelamaan beliau dapati tiada jalan bagi memalingkan ketakwaan manusia daripada Tuhan melainkan dengan mengubah pendekatannya pada rakyat. Maka beliau mengubah corak pemerintahan kepada perlaksanaan pendekatan yang zalim dan berkuku besi bagi tujuan mengubah ketakwaan mereka pada Tuhan kepada pengharapan sepenuhnya yang berterusan kepada kuasanya (Raja Namrud).

Pada ketika ini, seluruh rakyat jelata tunduk dan mengikuti segala kehendaknya. Mereka takut hendak menunjukkan sebarang ketakwaan kepada Tuhan. berdasarkan arahan Raja namrud, mereka mendirikan sebuah menara yang digelar Menara Babel tanpa menghiraukan kesakitan demi kesakitan yang mereka rasai. Pada masa yang sama mereka juga perlu mengelakkan daripada berlaku pengecuaian. Kononnya falsafah dan propoganda disebalik pembinaan menara ini adalah bagi menyatukan semua manusia, makhluk ciptaan Allah. Maka dibina sebuah binaan yang dapat mengapai langit yang tinggi bagi membuktikan yang manusia tidaklah selemah mana dan ingin menunjukkan bahawa mereka itu maju.

Selepas masuk minggu keempat pembinaan mereka mula membuat batu bata dengan pembakaran api. Batu bata itu digunakan sebagai pemangkin. Tanah liat pula diambil dari lautan dan mata air yang berdekatan dengan Shinar. Ia kemudian disimen dengan campuran simen,air,pasir dan kapur serta dikuat dan dilekatkan dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tar sebagai turapan yang mengukuhkan struktur itu daripada ditembusi air.


bersambung...

No comments:

Post a Comment