Klik dan lihat

Friday, November 12, 2010

1Malaysian akan pening jika islam tidak diletakkan di hadapan



Contoh satu-Kes tukar agama: Mahkamah benarkan bantahan

Contoh dua-NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BEGINDA membuat pengakuan bahawa beliau sudah murtad daripada Islam!!!

Contoh tiga-Kes Natrah

Contoh empat-Kes Lina Joy


dan banyak lagi yang meragukan dan menjahanamkan imej kerajaan Islam Barisan Nasional. Ataupun hanya islam pada nama? Ataupun islamnya negara itu kerana olahan bijak pandai yang memutar dan membelit tafsiran kerana kepentingan bodoh.

Sebut sahaja melayu automatik dia islam. Itu yang saya dengar tetapi bukan macam itu yang saya faham. Inilah akibatnya jika minda dan diri melayu masih berkiblatkan Barat,senang cara Islam liberal. Boleh ambil undang-undang barat dijadikan sebagai ikutan tetapi perlu lah disesuaikan dengan acuan dan budaya melayu yang dikatakan auto islam ini.

Tetapi lebih afdal dan memang wajib pun jika kita rasa negara ini adalah negara islam maka perlu lah undang-undang islam di amalkan. Ini tidak!!! Undang-undang syariah terbatas dan terbatal dengan perlembagaan itu sendiri ataupun undang-undang persekutuan. Sudah sampai masanya perlembagaan dan undang-undang persekutuan itu dikaji kelemahannya jika tidak
fenomena Murtad itu tidak akan selesai sehingga menjadi barah dan kudis.

Undang-undang islam wajib ditegakkan dan dijadikan undang-undang persekutuan, Jika ini berlaku pasti ini akan menggambarkan seolah-olah kegusaran bukan
islam terhadap kebebasan beragama terbukti benar, keputusan ini sebenarnya, tidak bermakna orang bukan Islam tidak dapat terus mengamalkan agama pilihan mereka. Keputusan tersebut juga sama sekali tidak bermakna mana-mana pihak boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Kebebasan beragama secara keseluruhannya masih dipelihara.

Jangan jadi bodoh hanya kerana mendengar fatwa dan pandangan orang bijak tetapi jahil. Islam itu adil dan saksama. Yang merosakkan dan menjahanamkan islam adalah kerana gaya hidup islam itu gagal dipamerkan oleh Melayu yang auto islam itu.

2 comments:

  1. Salam Tuan Faizal.

    Zahara pun kecewa dengan pemimpin Bn yang majoriti islam tu..tegakkan lah undang-undang islam di Malaysia. Pasti negara bertambah berkat dan makmur

    ReplyDelete
  2. Insyaallah Zahara..yang hak.. kita tetap perjuangkan walaupun pahit

    ReplyDelete